Carian Terperinci
Pengunjung
13459
Tarikh Kemaskini 2010/11/14
Ringkasan pertanyaan
Kenapa Iblis (syaitan) diciptakan daripada api?
soalan
Kenapa Iblis (syaitan) diciptakan daripada api?
Jawaban Global

Pertanyaan Ini Tidak Mempunyai Jawapan Lengkap. Sila Klik Kategori Jawapan Detail.

Jawaban Detil

Allah swt, Maha Bijaksana atas segala sesuatu dan segala perbuatanNya berdasarkan hikmah yang sempurna. Oleh sebab itu, seluruh kewujudan juga diciptakan olehNya berdasarkan kebijaksanaan dan hikmah Ilahi yang sempurna, dengan memberikan bentuk dan kondisi terbaik yang sesuai dan layak bagi hakikat mereka.[1] Penciptaan syaitan daripada api juga berdasarkan pada hikmah dan kebijaksanaan Ilahi ini. Syaitan merupakan salah satu jenis jin, tercipta daripada api dan mempunyai jasmani yang lembut dan halus.Dalam satu klasifikasi yang umum material atau jism terbagi kepada dua:

Jism atau material yang rendah seperti material dari wujud seperti haiwan dan manusia yang tercipta daripada tanah, dan material yang halus seperti kewujudan daripada kelompok jin yang tercipta dari api. Kedua-dua bentuk material ini memiliki saiz dan ukuran, akan tetapi masing-masing terdapat perbezaan yang hakiki. Salah satu dari perbezaan tersebut adalah syaitan tidak mampu dilihat oleh manusia, bahkan dengan kelembutan yang dimilikinya, terdapat kemungkinan mereka mampu melakukan penjelmaan yang berubah-ubah dalam berbagai-bagai bentuk dan boleh ke mana-mana sahaja yang mereka kehendaki. Namun sebalik daripada itu, manusia boleh dilihat oleh syaitan dan tidak memiliki kemungkinan untuk melakukan perubahan dalam diri dan tempat yang dihuninya dalam waktu cepat, melainkan dengan gerakan yang bertahap.

Hikmah yang tersembunyi daripada penciptaan syaitan ini boleh disebutkan dalam perkara-perkara berikut:

Pertama: Ujian dan cubaan bagi syaitan, syaitan diciptakan daripada api sedangkan manusia daripada tanah. Syaitan yang menganggap bahawa api lebih tinggi daripada tanah memandang dirinya lebih tinggi daripada manusia dan dengan alasan ini jugalah yang membuat sehingga dia tidak mentaati perintah Allah swt untuk bersujud kepada Nabi Adam a.s. Oleh sebab itu, hikmah yang paling utama daripada penciptaan syaitan daripada api ini adalah untuk menguji syaitan itu sendiri, adakah dia akan merasa bangga dengan lahiriahnya yang tercipta daripada api, atau adakah dia akan sentiasa taat dengan perintah-perintah Ilahi? Seperti yang diketahui alasan yang dikemukakan oleh syaitan atas keingkaran terhadap perintah Ilahi untuk bersujud kepada Nabi Adam a.s dan menolak perintahNya adalah kerana, "Aku lebih baik daripadanya: Engkau ciptakan aku dari api, sedang Engkau menciptakannya daripada tanah." (Qs. Al-A'raf [7]: 12)

Kedua: Ujian dan cubaan bagi umat manusia, syaitan adalah musuh utama manusia, satu makhluk yang sentiasa menimbulkan perasaan was-was dan ragu-ragu dalam diri manusia, menjerumuskan manusia dalam keyakinan-keyakinan yang salah dan sentiasa mengajak manusia untuk melakukan amal perbuatan yang fasik dan melalaikan. Syaitan adalah sumber kepada segala waswas, tipudaya, dan kelicikan, sehingga kebatilan yang tidak memiliki sebarang hakikat walau sedikitpun, akan mereka nampakkan sebagai sebuah kebenaran. Metodologi yang mereka terapkan adalah kelicikan dan tipudaya. Mereka akan menyesatkan manusia dari batinnya dengan cara-cara yang tidak dapat disaksikan oleh manusia.

Kerana materialnya yang sangat lembut, syaitan boleh memasuki batin manusia. Sudah pasti hal ini terjadi dengan kehendak manusia itu sendiri, iaitu manusia itu sendiri yang memberikan jalan kepada syaitan untuk memasuki hatinya dan jika tidak kerana hal itu, dan manusia tidak menginginkan kehadirannya, maka sama sekali tidak akan ada jalan bagi mereka untuk memasuki batin manusia.

Walaupun manusia tidak melihat syaitan dan ia tersembunyi daripada pandangan lahiriah manusia, akan tetapi manusia harus waspada dan sentiasa menjauhkankan diri daripada musuh yang nyata seperti ini, sebagaimana yang tercatat dalam salah satu firmanNya, "Hai anak cucu Adam, janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syaitan… Sesungguhnya ia dan pengikut-pengikutnya melihatmu dari suatu tempat yang kamu tidak boleh melihat mereka." (Qs. Al-A'raf [7]: 27).

Dan inilah ujian dan cubaan bagi manusia bagaimana dia menghadapi musuh yang seperti ini.


[1]. Meskipun kita tidak boleh memahami hikmah daripada keberadaan mereka. Dan kerana keterbatasan ilmu kita jugalah sehingga kita tidak mampu mengetahui hikmah dari begitu banyak persoalan-persoalan yang ada.

Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Bilangan komen 0
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai
Sila masukkan nilai

Pertanyaan-pertanyaan Acak

Populer Hits