Carian Terperinci
Pengunjung
7491
Tarikh Kemaskini 2010/11/14
Ringkasan pertanyaan
Apakah yang dimaksudkan dengan minuman yang suci (syarâban tahûrâ) sepertimana yang disebut di dalam al-Qur’an?
soalan
Apakah yang dimaksudkan dengan minuman yang suci (syarâban tahûrâ) sepertimana yang disebut di dalam al-Qur’an?
Jawaban Global

Syarâb” bermakna minuman dan “thahûr” bererti sesuatu yang suci dan menyucikan. Terdapat banyak ayat yang menyebutkan bahawa di syurga nanti akan terdapat bermacam-macam jenis minuman yang menyegarkan, suci serta mempunyai kualiti yang variasi. Dalam satu ayat al-Qur’an disebut sebagai “syarâban thahûrâ”, “Tuhan memberikan minuman syarâban thahûrâ kepada mereka.” Walaubagaimanapun apa yang dimaksudkan dengan syarâban thahûrâ di sini terdapat tiga pendapat iaitu:

1.   Sebahagian berpandangan bahawa yang dimaksudkan dengan syarâban thahûrâ adalah sejenis minuman yang diminum selepas menikmati makanan syurgawi. Minuman tersebut menyucikan seluruh kotoran-kotoran batin dan yang mengalir dari makanan ini hanyalah keringat (peluh) yang semerbak dan wangian aromatik dari kulit badan mereka.

2.   Sebahagian yang lain pula berpendapat bahawa yang dimaksudkan dengan syarâban thahûrâ di sini adalah segala manfaat rohani dan maknawi untuk melepaskan dahaga maknawi dan suluk ruhani, sebagaimana yang dinukil daripada Imam Shadiq a.s yang bersabda: "Lantaran orang-orang beriman meminum syarâban thahûrâ maka mereka dipalingkan dari selain Allah dan dihadapkan kepada maula (Tuhan) mereka." Diriwayatkan dari Imam Baqir a.s yang bersabda: “Orang-orang mukmin tatkala meminum minuman itu, Allah swt dengan perantara minuman tersebut, menyucikan hati-hati mereka daripada hasad.”

3.   Sebilangan yang lain daripada dua pandangan di atas mengatakan: Oleh sebab manusia merupakan campuran indah dari tanah dan Ruh Ilahi, selain nikmat-nikmat material, Allah swt juga menganugerahkan nikmat ruhani dan maknawi kepadanya dan oleh sebab manusia itu dalam sir suluknya berbeza-beza,  maka nikmat syurgawi mereka juga berbeza-beza antara satu sama lain. Pada ayat al-Qur’an, minuman-minuman syurga diekspresikan dalam bentuk yang paling indah, disertai dengan seindah-indah susunan. Misalnya “Dan (di dalam surga itu) ada bidadari-bidadari yang bermata jeli laksana mutiara yang tersimpan baik.” (Qs. Al-Waqiah [56]:22-23), “Mereka dikelilingi oleh anak-anak muda yang tetap muda, dengan membawa gelas, cerek, dan seloki (piala) berisi minuman yang diambil dari mata air syurga yang mengalir. (Qs. Al-Waqiah [56]:17-18) "Diedarkan kepada mereka gelas yang penuh berisi khamar (arak) yang suci. (Warnanya) putih bersih, sedap rasanya bagi orang-orang yang meminumnya. Tidak ada dalam khamar (arak) zat yang dapat merosakkan akal dan mereka tidak mabuk kerananya." (Qs. Al-Shaffat [37]:45-47)

Sebahagian manusia sebagaimana abrar (orang-orang yang mengerjakan kebajikan) minum daripada  minuman yang menyegarkan (Rahiq Makhtum) di mana cap kasturi yang terpelihara daripada kebatilan melekat padanya. Serta terjaga dari segala noda dan nista. Dan nikmat-nikmat orang-orang yang didekatkan kepada Allah (muqarrabun) adalah arak murni Tasnim di mana pemberi minuman itu adalah Zat Suci Allah dan pialanya adalah hakikat yang sangat berharga, ma’rifat dan cinta kepadaNya. Dinukil daripada Nabi s.a.w bahawa beliau bersabda: “Tasnim merupakan minuman termulia di syurga yang diminum oleh Muhammad dan keluarganya. Manakala ashâbul yamin dan penduduk syurga lainnya meminum dari campuran minuman tersebut.”

Kesimpulannya, sebagaimana seluruh manusia di dunia berada pada peringkat-peringkat yang berbeza, di syurga juga mereka memiliki kedudukan yang pelbagai dan berbeza-beza dan nikmat yang mereka dapat di syurga juga bersesuaian dengan kandungan dan kemampuan ruhani mereka. Oleh sebab itu, dalam al-Qur’an disebutkan dengan takbir yang berbeza-beza. Sebahagian disebut sebagai “ashâbul yamin”, sebagian dijuluki “abrâr” sebahagian digelari “muqarribun” di sisi Allah swt. Dan nikmat yang mereka peroleh juga mengikut kedudukan mereka yang berbeza-beza.

Jawaban Detil

Syarâb” bermakna minuman dan dalam al-Qur’an al-Karim digunakan sesuai dengan makna ini: “Di dalamnya mereka bertelekan (di atas pelamin) sambil meminta buah-buahan yang banyak dan minuman di syurga itu.”  (Qs. Shad [38]:51) dan pada ayat yang lainnya, “Dialah yang telah menurunkan air hujan dari langit; daripada air itulah bahan minumanmu dan daripada air itu juga tumbuh-tumbuhan yang kamu gunakan untuk menggembalakan ternakmu (tumbuh).” (Qs. Al-Nahl [16]:10)

Tahurselain bermakna suci[1] ia juga bermakna menyucikan.[2] “Dan Kami turunkan dari langit air yang dapat menyucikan.” (Qs. al-Furqan [25]:48)

Syarâban Thahûrâ

Dalam al-Qur’an terdapat banyak ayat yang menyebutkan bahawa di syurga terdapat bermacam-macam jenis minuman yang menyegarkan dan suci[3] tersedia dengan pelbagai kualiti. Cairan-cairan sungai yang mengalir di syurga ini berbeza dengan cairan-cairan yang terdapat di dunia ini baik daripada segi bahan, inti sari dan juga kualiti. Ini disebabkan sungai-sungai di dunia tidak mengandungi cairan lain selain air kemudian air-air ini setelah beberapa lama akan memiliki bau. Akan tetapi cairan-cairan sungai di syurga dari dua sisi ini memiliki keunggulan di mana ayat-ayat al-Qur’an menyentuh masalah ini; Al-Qur’an menyebutkan empat minuman yang terdapat pada empat sungai yang terdapat di syurga.[4] Sungai air untuk melepaskan dahaga, sungai susu untuk memenuhi kebutuhan makanan, Sungai madu untuk kenikmatan dan kekuatan, sungai khamar (arak) untuk bersenang-senang, minuman-minuman ini setelah diciptakan dengan berlalunya zaman, sekali-kali tidak akan mengalami kerusakan dan perubahan.[5]

Pada ayat-ayat lainnya disebutkan tentang “Rahiq Makhtum[6] atau Tasnim[7] atau minuman yang bercampur dengan Kafur[8] atau Zanjabil.[9] Pada satu ayat al-Qur’an ditegaskan dengan redaksi “syarâban thahûrâh” “Wa saqahum rabbuhum syarâban thahûrâh” (Qs. Al-Insan [76]:21) Tuhan mereka meminumkan mereka minuman yang menyegarkan di mana pemberi minuman (Sâqi) mereka adalah Allah Swt sendiri.

 

Pandangan Para Mufassir

Kepelbagaian pendapat tentang minuman khusus syurga yang memberikan kehidupan ini dapat dihimpunkan dalam tiga jenis pendapat yang berikut ini:

1.     Dimaksudkan dengan syarâban thahûrâh adalah sejenis minuman yang diteguk oleh penduduk syurga setelah menyantap hidangan syurgawi dan menyucikan seluruh kotoran-kotoran batin dan tidak berbaki daripada kotoran ini kecuali keringat yang harum semerbak dan wangian aromatik dari kulit badan mereka.[10] Di mana penafsiran ini adalah jenis penafsiran materialistik terhadap segala nikmat dan makanan syurgawi tetapi dengan kualiti dan keistimewaan yang lebih unggul dan kelazatan yang lebih banyak sepertimana banyak ayat dan riwayat[11] yang mencirikan minuman-minuman syurgawi ini dengan takbir yang paling indah disertai seelok-elok pemberi minuman (Saqi), misalnya “Dan (di dalam surga itu) ada bidadari-bidadari yang bermata jeli. laksana mutiara yang tersimpan baik.” (Qs. Al-Waqiah [56]:22-23), “Mereka dikelilingi oleh anak-anak muda yang tetap muda, dengan  membawa gelas, cerek, dan seloki (piala) berisi minuman yang diambil dari mata air surga yang mengalir. (Qs. Al-Waqiah [56]:17-18) "Diedarkan kepada mereka gelas yang penuh berisi khamar yang suci. (Warnanya) putih bersih, sedap rasanya bagi orang-orang yang minum. Tidak ada dalam khamar zat yang dapat merusak akal dan mereka tidak mabuk karenanya." (Qs. Al-Shaffat [37]:45-47)

2.     Dimaksudkan dengan syarâban thahûrâh adalah nikmat-nikmat ruhani dan maknawi untuk mereka yang meniti jalan maknawi dan suluk ruhani. Dalam tafsir al-Mizân, syarâban thahûrâh ini dikatakan sebagai pensucian-pensucian ruhani daripada segala noda kelalaian mengingat Tuhan dan menyingkap segala hijab penghalang dalam memperhatikanNya.[12] Sebagaimana diriwayatkan daripada Imam Shadiq a.s: "Lantaran orang-orang beriman meminum syarâban thahûrâ mereka dipalingkan daripada selain Allah dan dihadapkan kepada maula (Tuhan) mereka."[13] Dalam tafsir Atyab al-Bayân disebutkan bahawa syarâban thahûrâh ini menyucikan seluruh hati orang-orang yang berbuat kebajikan (abrâr) dari akhlak tercela dan sifat buruk, fantasi-fantasi yang merosakkan, duka dan nestapa, dan segala kotoran dan nista.[14]

Daripada riwayat yang dinukilkan daripada Imam Baqir a.s bahawa tatkala orang-orang beriman meminum syarâban thahûrâh, Allah swt, dengan perantara minuman yang menyucikan itu, menyucikan hati-hati mereka dari sifat hasad.[15] Sebahagian ulama berkata: Lantaran karam dalam tauhid murni dan keputusan yang sempurna (kamal inqitâ’) dari kita di sisi Allah adalah kesusian yang sempurna, sehingga segala sesuatu yang tidak seiring dengannya maka ia tidak memiliki kesucian kerana minuman yang diteguk daripada tangan Saqi (pemberi minuman) seperti ini akan menyucikan manusia daripada segala sesuatu selain Tuhan. Kandungan ucapan ulama ini dipandang sebagai sebuah hakikat keseluruhan dan meliputi yang dipetik dari mutiara pelajaran Ahlulbait a.s.[16] Dari Imam Shadiq a.s dinukilkan bahawa beliau bersabda: Minuman ini menyucikan dan membersihkan jiwa dan raga mereka daripada segala sesuatu selain Zat Yang Esa dan Kudus kerana satu-satunya zat yang suci adalah Tuhan dan dengan mengingatiNya akan menyucikan manusia daripada segala noda serta mencegahnya dari segala nista.” [17]

3.   Sebagian penafsir menggabungkan dua pendapat ini dan berkata:[18] Disebabkan manusia merupakan campuran indah antara tanah dan ruh Tuhan, selain rezeki-rezeki material, nikmat-nikmat ruhani dan maknawi juga diberikan kepada mereka dan oleh sebab manusia berbeza dalam sair suluknya nikmat syurgawi yang mereka peroleh juga berbeza-beza. Sebahagian manusia sebagaimana abrâr (orang-orang yang mengerjakan kebajikan) meminum daripada minuman yang menyegarkan (Rahiq Makhtum) di mana cap kasturi terpelihara dari kebatilan melekat padanya. dan terjaga dari segala noda dan nista. Dan nikmat-nikmat orang-orang yang didekatkan kepada Allah (muqarrabun) adalah arak murni Tasnim. Dari hadis yang dinukilkan dari Nabi s.a.w disebutkan bahawa beliau bersabda: “Tasnim merupakan minuman yang paling mulia di syurga di mana Muhammad dan keluarganya meminumnya. Ashabul Yamin dan penduduk syurga lainnya meminum dari campuran minuman tersebut.” [19] Dimana yang memberikan minuman (Sâqi) tersebut adalah Zat Kudus Ilahi, “Tuhan memberikan kepada mereka minuman yang bersih.” (Qs. Al-Insan [76]:21) dan pialanya adalah hakikat yang sangat berharga makrifat dan kecintaan kepadanya. “Sesungguhnya orang yang berbuat baik (abrar) itu benar-benar berada dalam kenikmatan yang besar (syurga). Mereka (duduk) di atas pelamin sambil memandang (keindahan syurga). Daripada wajah mereka kamu dapat mengetahui kesenangan hidup mereka yang penuh kenikmatan. Mereka diberi minum daripada Rahiq Makhtum (khamar murni) yang tempatnya termeterai daripada kasturi.” (Qs. Al-Muthaffifin [83]:25-26)

Dari apa yang disampaikan di atas dapat disimpulkan bahawa sepertimana di dunia ini seluruh manusia berada pada tingkatan yang berbeza-beza kesempurnaannya, di syurga juga mereka memiliki tingkatan dan perbezaan yang berbagai-bagai dan nikmat yang mereka peroleh di syurga juga sesuai dengan kemampuan ruh mereka. Dengan alasan inilah kita temui takbir yang pelbagai di dalam al-Quran tentang tingkatan mereka. Sebahagian digelari “ashâbul yamin”, sebahagiannya dijuluki “abrâr,” sebagian dipanggil “muqarrabûn,” di sisi Ilahi. Dan sesuai dengan kedudukan masing-masing mereka memperoleh kenikmatan syurgawi. Apa yang pasti nikmat-nikmat syurgawi penuh melimpah dengan kelazatan dan kegembiraan serta memberikan kehidupan, bukan seperti yang digambarkan di dunia.



[1]. Qamus Qur’an, jil. 2, hal. 242

[2]. Fakhurrazi, Tafsir al-Kabir, jil. 30, hal. 254

[3]. Nampaknya pembahasan mensucikannya minuman-minuman surga tidak sebagaimana yang mengemuka di dunia. Karena najis dan kekotoran tidak ada jalannya di surga dan apa yang mengemuka di sana adalah tingkatan kesempurnaan dan kematangan.

[4]. “(Apakah) perumpamaan (penghuni) surga yang dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa yang di dalamnya ada sungai-sungai dari air yang tiada berubah rasa dan baunya, sungai-sungai dari air susu yang tiada berubah rasanya, sungai-sungai dari khamar (arak) yang lezat rasanya bagi peminumnya, dan sungai-sungai dari madu yang murni.” (Qs. Muhammad [47]:15)

[5]. Makarim Syirazi, Payâm-e Qur’ân, Tafsir Maudhu’i, Ma’âd dar Qur’ân, jil. 6, hal. 244

[6]. “Mereka diberi minum dari Rahiq Makhtum (khamar murni) yang dilak (tempatnya), laknya adalah kesturi.” (Qs. Al-Muthaffifin [83]:25-26)

[7]. “Dan campuran khamar murni itu adalah dari Tasnîm . (yaitu) mata air yang darinya orang-orang yang didekatkan kepada Allah minum.” (Qs. Muthaffifin (83): 27-28

[8]. “Sesungguhnya orang-orang yang berbuat kebajikan minum dari gelas (berisi minuman) yang telah dicampur dengan air Kafur (yang semerbak mewangi).” (Qs. Al-Insan [76]:6-5)

[9]. “Di dalam surga itu mereka diberi segelas minuman yang telah dicampur dengan Zanjabil (Jahe).” (Qs. Al-Insan [76]:17-18)

[10]. Fakhrurazi, Tafsir al-Kabir, jil. 30, hal 254 dan Tafsir Majma’ al-Bayan, jil. 10, hal. 623 

[11]. Dalam hal ini Anda dapat merujuk ke Abdullah bin Sinan yang meriwayatkan dari Imam Shadiq As pada Tafsir Nur al-Tsaqalaîn, jil. 5, hal. 30 & 32, hadis 30.

[12]. Allamah Thaba-thabai, Tafsir al-Mizan, terjemahan Musawi Hamadani, jil. 20, hal. 361.  

[13]. Minhaj al-Shadiqin, jil. 10, hal.110. Majma al-Bayan, jil. 10, hal. 623.  

[14]. Tayyib Sayid Abdulhusein, Atyab al-Bayan dar Tafsir al-Qur’an, jil.  13, hal. 327.

[15]. Tafsir Syafi az Kafi yang menukil dari tafsir Ahsan al-Hadits, Sayid Ali Akbar Karasyi, jil. 11, hal. 27.  

[16]. Abdullah Jawadi Amuli, Tafsir Maudhui’ Qur’an dar Qur’an, jil. 5, hal. 298 & 302.

[17]. Thabarsi, Majmâ’ al-Bayân, jil. 10, hal. 623.  

[18]. Abdullah Jawadi Amuli, Tafsir Tasnim, jil. 1, hal. 27, Intisyarat Isra, cetakan pertama 1378 .  

[19]. Allamah Majlisi, Bihâr al-Anwâr, jil. 44, hal. 3; Ilmu al-Yaqin, jil. 2, hal. 1253 dinukil dari kitab Tafsir Tasnim 

Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Bilangan komen 0
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai
Sila masukkan nilai

Kategori

Pertanyaan-pertanyaan Acak

Populer Hits