Carian Terperinci
Pengunjung
8808
Tarikh Kemaskini 2011/08/20
Ringkasan pertanyaan
Apakah kisah tentang keengganan Iblis untuk sujud itu memang suatu fakta atau hanyalah cerita khayalan?
soalan
Apakah kisah tentang keengganan Iblis untuk sujud itu memang suatu fakta atau hanyalah cerita khayalan?
Jawaban Global

Sebelum menjawab pertanyaan ini, adalah penting disebutkan di sini bahawa salah satu jalan untuk mengenal sesuatu ialah ta’rif bil mitsal atau mendefinisikan sesuatu dengan menyampaikan contoh-contoh iaitu menjelaskan hakikat secara rasional dengan cerita-cerita penjelasan yang tidak abstrak dan dapat disentuh. Metodologi ini digunakan agar mudah difahami oleh sebahagian besar manusia. Ini disebabkan manusia secara umumnya lebih akrab dengan hal-hal yang dekat dengan kehidupan mereka dan cara seperti ini juga dipakai oleh al-Quran dalam menyampaikan penjelasan-penjelasan tertentu melalui bahasa yang mudah difahami oleh para pembacanya.

Kisah Iblis dalam al-Quran juga adalah sebahagian daripada cara yang dipakai oleh al-Quran untuk menjelaskan maksudnya. Ada dua pendapat berkenaan dengan itu, apakah cerita-cerita dalam al-Quran itu kenyatan atau khayalan belaka.

Pandangan pertama mengatakan, bahawa kisah-kisah ini hanyalah simbol dan sama sekali tidak ada faktanya di luaran. Kisah-kisah seperti itu disampaikan untuk menjadi jalan yang mudah dicerna oleh para pendengarnya. Agar mereka dapat menangkap benang merah dan kandungan makna yang mendalam dan rahsia-rahsia yang dibalut oleh kata-kata tertentu. Sebahagian yang lain berpandangan bahawa kisah-kisah ini memiliki kenyataan di luar dan bukan lagi sekadar dongeng belaka.

Ada kemungkinan bahawa kisah Iblis adalah simbolik sahaja iaitu simbolik takwini kerana sulit untuk menerima itu sebagai sebuah hakikat yang realiti sebab perintah tuhan ini boleh jadi dalam format amr maulawi/amr tasyri atau amr takwini. Jika difahami sebagai amr maulawi/tasyri’i (perintah yang berkonsekuensi hukum) maka ini juga sulit untuk diterima kerana perintah sujud tidak hanya berlaku untuk Iblis tapi juga untuk malaikat, sedangkan malaikat tidak mungkin menjadi objek taklif dan perintah sujud juga tidak mungkin terbahagi menjadi dua kategori supaya menjadi tasyri’i dan tamstili.

Jika perintah itu sebahagian dari amr takwini maka itu adalah takwini (tata-cipta) daripada Allah (s.w.t), dan tidak mungkin tidak terealisasi dan mahu tidak mahu ia harus ada. Tidak mungkin ada penentangan sedangkan Iblis pada kenyataanya tidak sujud. Ia menentang perintah itu, jadi tidak ada jalan lain selain menafsirkannya sebagai kisah tamtsili saja, cuma kisah tamtsili  tidak selalu khayalan dan tidak bererti tidak ada peristiwa aslinya. Ertinya itu adalah sebuah kenyataan dalam kategori akal yang diungkapkan dalam bahasa yang dapat dicerap inderawi. Jangan sekali–kali ada anggapan bahawa peristiwa besar dan sebahagian dari sebuah penjelasan agama ini tidak memiliki bukti-bukti luaran.

Jawaban Detil

Dengan penjelasan di atas kita segera ingin mengetahui hakikat iblis itu sendiri.

1. Pengertian Iblis dan tamtsil.

Iblis yang diceritakan ayat al-Quran sebagai sebuah makhluk yang hidup, memiliki kesedaran dan kecerdasan, mendapatkan tugas, tidak dapat dilihat dan pandai menipu. Ia menentang perintah tuhan untuk sujud sehingga terusir dan mendapatkan ancaman seksaan. Ia lebih sering disebut pada sebahagian ayat  sebagai syaitan dan hanya ada di dalam sebelas ayat ia disebut sebagai Iblis.[1]

Menurut Lisân al-‘Arab, Iblis diertikan sebagai individu yang putus asa dari rahmat Tuhan dan yang menyesali. Al-Quran juga menyentuh tentang identiti Iblis iaitu, Kana min al-jinn (ia sebahagian dari golong jin).[2] Berbagai nama Iblis tidak akan mengubah identitinya yang sejati dan tentang redaksi Iblis sendiri ada yang mencurigainya apakah ia berasal dari bahasa Arab atau tidak.[3]

Tamtsil ertinya membuat misal, contoh, perumpamaan. Raghib Isfahani penulis kitab Mufradât al-Qur’ân, mengatakan demikian, “Matsal adalah menjelaskan sesuatu kata dengan perumpamaan.”

 

2- Pendefinisian dengan contoh dan metodologi tamtsil versi al-Quran:

Definisi itu ada yang menggunakan had rasm (desription) atau dengan contoh (matsal). Sebab tidak semua orang dapat mencerap definisi dengan had atau dengan rasm, lantaran untuk menyoroti pengelasan (jins) setiap terma bukanlah pekerjaan yang mudah. Berbeza dengan penjelasan melalui contoh, cerita atau perumpamaan. Sebab yang dibidik oleh definisi dengan tamtsil adalah hal-hal yang akrab dan dekat dengan daya dan wawasan objek bicara.

Dari satu sisi, tamtsil memang mendekatkan kata-kata dengan fikiran kata ganti nama kedua (mukhatab) tetapi dari sisi lain ada hal-hal yang mungkin disisihkan dari definisinya. Contohnya ketika penjelasan tentang hubungan antara badan dan roh. Ia dapat dijelaskan melalui perumpamaan bahawa badan itu seperti kapal dan roh itu seperti nakhoda, atau seperti pihak berkuasa dengan kota. Jadi roh di dalam badan seperti seseorang yang berkuasa di dalam sebuah kota atau layaknya seorang nakhoda dan bahteranya.[4]

Imam Husain (a.s) dan Imam Shadiq (a.s) berkata, “Ilmu pengetahuan (ma’arif ) al-Quran terbahagi kepada empat bahagian, sebab daya tampung manusia juga berbeza satu sama lain; iaitu ibârah, isyârah, lathâif dan haqâiq. Ibârah untuk orang-orang awam, isyârah untuk orang-orang khusus, dan lathâ’if untuk para auliya dan haqâ’iq untuk para nabi.”[5]

Meskipun berbeza-beza tapi semua adalah objek bicara al-Quran; semuanya sama untuk memahami pesanan-pesanan dari langit.

Inti daripada matsal adalah wujudnya persamaan antara definisi dengan perumpamaan tersebut, mempermudahkan penjelasan konsep dan kerana itu jarang yang mempermasalahkan perumpamaan.

Mengumpamakan al-Hak dengan cahaya dan kebatilan dengan kegelapan adalah salah satu matsal yang sangat popular di kalangan masyarakat arab dan juga non arab seperti yang dapat dilihat dalam kitab-kitab Taurat dan Injil.[6]

Ada dua pendapat tentang tamtsil (perumpamaan) dalam al-Quran iaitu yang pertamanya ialah bahawa tamtsil itu sekadar fiksyen dan demi untuk menurunkan konsep-konsep yang berat. Sementara pendapat kedua mengatakan bahawa tamtsil di dalam al-Quran memang berbicara tentang suatu fakta yang ada.

Perbezaan ini misalnya dapat dilihat ketika Allah menyerupakan manusia dengan keledai, atau anjing menurut pendapat yang pertama bahawa manusia bukanlah benar-benar keledai atau anjing. Tetapi memiliki kesamaan dari sisi tidak mau menerima kebenaran. Sementara dalam pandangan kedua memang manusia itu hakikatnya adalah keledai atau anjing dan bentuknya yang asli tersebut akan muncul di dalam hakikat. Kerana itu di dalam ayat al-Quran ada kalimat wa idza al-wuhusyu husyirat (saat binang-binatang buas dikumpulkan).[7]

 

Apakah kisah tentang Iblis tidak mahu bersujud itu kisah fiksyen atau realiti?

Untuk menjawabnya,   ada hal-hal yang perlu dijelaskan terlebih dahulu bahawa perintah sujud itu tidak mungkin sebuah perintah yang hakiki sebab ada dua jenis perintah pertama perintah tarsyri’i seperti “Dan rukuklah bersama orang-orang yang rukuk! (Qs. Al-Baqarah [2]: 43) dan kedua perintah takwini, seperti “Datanglah kamu berdua menurut perintah-Ku dengan patuh atau terpaksa,” Keduanya menjawab, “Kami datang dengan patuh,” (Qs. Fushshilat [41]:11) dua perintah ini adalah dua perintah yang tidak dapat dihindari. Sesungguhnya perintah-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya, “Jadilah!” Maka terjadilah ia.” (Qs. Yasin [36]:82)

Menukil kata-kata Imam Ali bahawa firman Allah (s.w.t) itu, bukanlah suara atau sahutan yang terdengar bunyinya, melainkan khalq dan ijad (penciptaan).

Dan kedua perintah itu sulit terjadi dalam kisah iblis, sebab jika itu takwini maka ertinya sujud tidak boleh dilanggar sebab perintah takwini ertinya perintah yang berurusan dengan penciptaan (khalq dan I’jâd) sebagai perintah yang pasti terlaksana. Adapun kecenderungan perintah itu tasyri’i kerana malaikat bukan makhluk yang sesuai mendapatkan perintah tasyri. Makhluk-makhluk suci tidak mungkin melanggar perintah Allah, ketaatan adalah kemestian (dharuri) kerana itu tidak ada tempat mengeluarkan perintah dalam bentuk tasyri’i terhadap mereka.

Ada beberapa pendapat lain tentang hal tersebut :

Pertama, bahawa perintah tasyri’i ini itu boleh berlaku untuk Iblis sebab ia adalah dari golongan jin dan ia juga seperti manusia mendapatkan taklif dari Tuhan.

Kedua, Iblis dari golongan jin.

Ketiga, Iblis mendapatkan perintah tasyri’i untuk sujud kerana itu ia juga dapat melanggar atau mematuhinya. Keempat, malaikat dan Iblis sama-sama mendapatkan perintah sujud itu yang berlaku untuk malaikat dan juga untuk Iblis

Dengan keempat mukadimah itu bagaimana mungkin terjadi dua perintah iaitu bahawa yang satu perintah tasyrii untuk Iblis dan satu lagi perintah takwini untuk malaikat?

Dalam menjawab pertanyaan ini harus dikatakan bahawa, Pertama, perintah itu pada awalnya hanya ditujukan untuk malaikat tapi kemudian Iblis juga dimasukkan di dalamnya. Jadi hakikatnya bukan perintah tasyri’i.

Kedua, ada yang menduga bahawa Iblis mendapat perintah tasyri tidak mengubah perintah takwni itu menjadi perintah tasyri’i.

Ketiga, adanya dua perintah terhadap Iblis memerlukan dukungan argumen yang kuat – namun sebahagian menyatakan kemungkinan ada dua perintah itu dengan bersandar pada teks ayat idz ammartuka.

Keempat, adanya dua perintah kerana ada perbezaan sasaran perintah juga memerlukan justifikasi dan sampai sekarang belum ada penjelasan seperti itu.

 

Kesimpulan

Berdasarkan tanggapan-tanggapan di atas maka dapat disimpulkan bahawa perintah sujud itu bukan tasyri’i dan bukan takwini, dan tidak mungkin dapat dibayangkan ada bentuk ketiga atau perintah lain kerana kedua-duanya tidak dapat disatukan. Satu-satunya jalan adalah bahawa perintah sujud itu diinterpretasikan sebagai perintah tamtsil iaitu perintah dalam bentuk metafora atau perumpamaan. Meskipun tamtsili (perumpamaan) bukan bererti perintah sujudnya tidak ada atau pun tidak realiti, atau juga dengan pengertian itu adalah sebuah kenyataan dalam kategori akal yang diekspresikan dalam bahasa yang dapat dicerap inderawi. Seperti yang terjadi di dalam surah al-Hasyr perihal turunnya al-Quran di atas gunung yang berbunyi “Sekiranya kami menurunkan al-quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan takut kepada Allah, Dan itu tamtsil (perumpaman-perumpamaan ) kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir (Qs. al-Hasyr [59]: 21).[8]

Adanya perintah untuk besujud kepada Adam bukanlah perintah takwini dan juga bukan perintah tasyri’i tapi sebuah tamtsil dari sebuah realitinya iaitu maqam yang paling agung di dunia adalah maqam kemanusiaan (insaniah); darjat khalifatuLlah manusia , sehingga para malaikat sujud sedangkan Iblis memberontaknya. [9]

 

Tujuang penggunaan matsal dalam bahasa al-Qur’an

Pelbagai matsal  yang digunakan dalam al-quran mengandungi beberapa tujuan di antaranya iaitu :

1.     Untuk memberi peringatan tentang kebenaran risalah para nabi;

2.     Untuk menjadi bahan pantulan tentang segala sesuatu;

3.     Untuk memahami segala sesuatu;

4.     Dan tujuan-tujuan ini adalah fasa-fasa perjalanan kesempurnaan, pengetahuan dan persepsi manusia. Yang sudah ditunjukkan di dalam surah Ibrahim ayat 25, surah Al-Hasyr ayat 21 dan surah al-‘Ankabut ayat 43. [10]



[1]. Sayid Ali Akbar Quraisyi, Qamus al-Quran klausul Iblis

[2]. Indeks: Syaitan, Malaikat atau Jin?, pertanyaan 857

[3]. Ayatullah Jawadi Amuli, Tasnim, jil. 3 , 318.

[4]. Ibid, jil. 2, hal. 525.

[5]. Bihârul Anwâr,  jil. 75, hal. 278

[6]. Tasnim, jil. 2, hal. 509.

[7] Ibid, hal. 231.

[8]. Ayatullah Abdullah Jawadi Amuli, Tafsir Mau’dhui, jil. 6, hal. 183.

[9] Tamtsil itu dapat berlaku jika mendapat dukungan naqli dan akli , jadi akidah dan yang lain tidak dapat menjustifikasi adanya tamtsil.

[10] Ayatullah Makarim Shirazi, Mitsalhâ-ye Zibâ-ye Qur’ân, hal. 15.

Opini
Bilangan komen 0
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai
Sila masukkan nilai

Pertanyaan-pertanyaan Acak

  • Bagaimana Tuhan memiliki ilmu terhadap perbuatan manusia sebelum perbuatan tersebut dikerjakan?
    8707 Teologi Klasik 2011/05/09
    Apa yang menyebabkan pengutaraan pertanyaan seperti ini adalah kerana tidak mempunyai pengetahuan yang benar tentang hubungan Tuhan dengan waktu. Tuhan adalah sarmadi (azali dan abadi) dan tidak tertaklukdengan masa. Ertinya  Tuhan berkuasa atas masa dan tidak dibatasi oleh waktu. Pada prinsipnya adalah tidak benar ketika kita berkata bahawa bagaimana Tuhan ...
  • Apa yang menjadi latar belakang penolakan agamawan atas doktrin wahdat al-wujud?
    8430 Irfan Teori 2011/08/20
    Wahdat al-wujud adalah gagasan yang paling fundamental dalam lapangan irfan. Menurut pandangan dunia irfan seperti dalam mazhab Ibnu Arabi, wahdat al-wujud adalah doktrin yang paling ...
  • Apakah falsafah kemaskulinan wacana al-Qur’an?
    8186 Tafsir 2013/02/02
    1. Kita tidak boleh menganggap ungkapan dan perbicaraan al-Qur’an sebagai bersifat maskulin melainkan kita dapat menentukan bahawa spiritual hikmah ke atas lafaz dan bicara al-Qur’an itu bersandar kepada jantina dan kita dapat menentukan bahawa ia berpaksi atas maskulin. Melalui berbagai ayat al-Qur’an dapatlah difahami bahawa wacana yang ...
  • Bilakah al-Quran yang ada pada zaman kita sekarang ini dikumpulkan?
    9281 Ulum Al-Quran 2010/11/14
    Pertanyaan Ini Tidak Mempunyai Jawapan Detail. ...
  • Mengapa Syiah memiliki keyakinan terhadap masalah imāmah dan para imam secara khusus?
    11960 Teologi Klasik 2013/03/30
    Nampaknya yang anda maksudkan dari pertanyan ialah bagaimana kita dapat meyakini dan memahami peribadi imam. Akan tetapi sebelum menjawab pertanyaan anda seharusnya terlebih dahulu kami menjawab pertanyaan mengapa kita harus meyakini masalah imāmah? Imāmah dalam Islam memiliki nilai penting dan merupakan tingkatan terakhir dalam perjalanan manusia menuju ...
  • Dengan memperhatikan bahawa Tuhan adalah Mahatahu secara mutlak, lantas apakah motif ujian-ujian Tuhan bagi manusia?
    7114 Teologi Klasik 2011/04/19
    Sebagaimana menurut pertanyaan yang diajukan, pelbagai ujian Ilahi bukanlah bermaksud untuk menyingkap apa-apa yang tidak diketahui lantaran Tuhan Mahatahu atas segala sesuatu. Namun ketika kita merujuk kepada ayat dan riwayat, maka kita akan menemui bahawa pelbagai ujian ini merupakan sebuah tradisi (sunnah) dan kanun Ilahi yang berpijak ...
  • Bagaimana syaitan melakukan pengaruh pada fikiran dan menyampaikan segala kehendaknya kepada manusia?
    19782 Teologi Klasik 2011/06/21
    Sebelum mengulas tentang jalan-jalan pengaruh syaitan pada manusia, perlulah kita mengenal ciptaan yang bernama syaitan walaupun secara ringkas. Terdapat banyak pandangan tentang sumber kata terbitan syaitan dari segi bahasa di kalangan para pemikir. Namun yang paling benar kita katakan adalah kosa kata ini datang dari perkataan "sya-tha-na" yang ...
  • Apakah agama masyarakat dapat diubah?
    7696 Teologi Baru 2011/09/22
    Dalam menjawab pertanyaan di atas, pertamanya perlulah dijelaskan di sini tentang apa yang dimaksud dari perubahan dalam pertanyaan tersebut. Kadangkala boleh jadi yang dimaksudkan dengan redaksi “agama masyarakat dapat diubah”, adalah perubahan pada “akar agama Ilahi dan benar – yang diterima oleh sebuah masyarakat; dalam ...
  • Meskipun Zaid bin Ali as-Sajjad merupakan salah seorang dari Ahlulbait, tetapi mengapa ia mengakui kekhalifahan Abu Bakar?!
    7714 تاريخ بزرگان 2011/07/21
    Walaupun penyoal dengan yakin mengatakan bahawa “Zaid bin Ali bersaksi keatas kebenaran Abu Bakar sebagai khalifah, tetapi setelah penelitian yang banyak didalam sumber-sumber referensi penelitian yang kami ada, kami tidak menemui bukti dan dalil yang menguatkan pernyataan di atas. Kerana itu, pertama-tama kami akan menganggap dakwaan Anda ...
  • Sejarah dan asal usul pemikiran Baha’iyyah.
    12485 Teologi Klasik 2012/01/19
    Pengasas dan pelopor aliran Baha’iyyah adalah Mirza Hussain Ali Nuri yang memeluk ideologi Ali Muhammad Bab dan beriman dengan dakwaan-dakwaannya setelah kemunculan dan huru-hara Ali Muhammad Bab dengan propaganda Mullah Husein Busyrawiyah. Setelah kematian Bab dan berpaling dari mentaati saudaranya Yahya Subḥ Azal (Pengganti Bab), Mirza Hussain Ali Nuri ...

Populer Hits