Carian Terperinci
Pengunjung
14540
Tarikh Kemaskini 2012/04/15
Ringkasan pertanyaan
Apakah hakikat dosa? Apa pengaruhnya terhadap roh dan jiwa manusia?
soalan
Saya ingin bertanya, apakah gambaran kita tentang dosa? Bukankah dosa itu sesuatu amalan yang menyebabkan kerosakan atau menghilangkan hak dari dirinya atau dari orang lain? Apakah gambaran anda tentang tentang dosa dan bagaimana dapat menyelamatkan diri daripadanya?
Jawaban Global

Jawapan untuk pertanyaan di atas mempunyai 4 bahagian:

  1. Hakikat dosa: Dosa dalam bahasa Arab disebut dengan ʼithm dan ‘iṣyān (اثم و عصيان).  Dosa dengan pengertian ini memiliki makna berpaling dari perintah tuan, melakukan kesalahan dan kesilapan. Seorang pelaku dosa menuruti syahwat dan kemarahan sebagai ganti mengikuti akal. Dalam keadaan ini, mungkin ia melakukan dosa di samping mengkhianati diri sendiri. Dosa adalah perangkap syaitan di mana  dalamannya adalah api dan luarannya adalah kelazatan dan keinginan syahwat yang segera. Mereka yang lalai dengan keenakannya akan terjebak dalam azab Ilahi.
  2. Kesan dan pengaruh dosa: Dosa mempunyai kesan negatif, baik yang sifatnya peribadi mahupun sosial. Antara kesan dan pengaruh negatif dosa yang bersifat peribadi ialah: Kegelapan dan kekejaman hati, terhindar dari pengetahuan dan rahsia-rahsia Ilahi, menjadikan hati sebagai sarang syaitan, dosa menjadi hijab dan penghalang dari mengenal diri dan Allah (s.w.t). Hilangnya kelazatan munajat, penerimaan ibadah, mengingkari kiamat, pahala dan pembalasan akhirat.

Kesan dan pengaruh negatif dosa yang bersifat sosial di antaranya ialah: Menyebabkan kemerosotan dan kemunduran masyarakat, terjebak dalam penyelewengan akhlak walaupun secara zahirnya kelihatan mengalami kemajuan, ke arah berhadapan dengan kemerosotan dan kehilangan nilai-nilai kemanusiaan dan akhlak.

  1. Punca dosa: Tokoh-tokoh agama menganggap bahawa kejahilan dan kelalaian merupakan dua punca asas yang menyebabkan terjerumusnya seseorang ke dalam perbuatan dosa. Senjata paling penting musuh dan jalan untuk mereka mempengaruhi insan ialah melalaikan. Kejahilan juga merupakan sumber kerosakan, iaitu jahil tentang nilai-nilai kewujudan insan, jahil mengenai nilai-nilai kesucian dan kemurnian, jahil terhadap pembalasan dosa dan lain-lain lagi.
  2. Jalan penyelesaian: Ada beberapa penyelesaian yang dapat disebut di sini, di antaranya ialah:
  1. Taubat dan istighfar: Taubat bermakna kembali kepada Allah (s.w.t) disertai dengan niat untuk meninggalkan dosa. Taubat ini sendiri mempunyai beberapa peringkat.
  2. Mengingati dosa.
  3. Mengingati Allah (s.w.t).
  4. Keinginan dan kehendak manusia.

 

Jawaban Detil

Dosa dalam bahasa Arab disebut dengan ʼithm dan ‘iṣyān (اثم و عصيان) yang membawa makna menderhaka, menyalahi, tergelincir dan bertentangan dengan suruhan serta larangan mawlā; iaitu melakukan perbuatan yang tidak sesuai menurut pandangan mawlā dan Yang Maha Mencipta. Ia dilarang kerana mempunyai kerosakan, atau pun tidak melakukan dan meninggalkan suatu perbuatan yang diwajibkan ke arah kebaikan. Oleh itu dosa bertentangan dengan pengabdian dan perhambaan.

Insan berdosa yang sepatutnya menaati akal telah meletakkan syahwat dan  amarah (daripada cabang kemanusiaan) sebagai ganti amīr al-maʻzūl; iaitu menundukkan akal. Syahwat dan amarah menjadi kekasihnya ketika bermaharaja lela dalam dirinya. Oleh itu ketika setiap pekerjaan yang dilaksanakan hendaklah bersesuaian dengan syahwat, atau atau disenangi oleh rasa amarah. Dengan ini, ia pun terjerumus dalam perbuatan dosa. Sebagaimana seseorang manusia berkewajipan untuk tidak mengkhianati orang lain, maka ia juga berkewajiban untuk tidak mengkhianati dirinya.

Sekiranya seseorang meletakkan syahwat dan amarah tersebut pada akal praktikal, dan menempatkan wahm dan khayalan itu pada akal teori, maka ia adalah seorang perampas dan telah mengkhianati dirinya sendiri.  Jikalau seseorang itu berkhianat dalam makrifat, maka ia juga berkhianat dalam amalan di samping tidak memperdulikan hak-hak asasinya sendiri.[1]

 

Dosa merupakan perangkap syaitan

Riwayat-riwayat daripada Ahlulbait (a.s) menyebut bahawa bergantung kepada material itu merupakan perangkap dan peralatan perburuan, Manakala dosa-dosa itu menjadi tali-tali dan tempat syaitan berburu; iaitu dosa-dosa itu merupakan perangkap-perangkap di mana syaitan menggunakannya untuk memburu manusia-manusia dan tali-tali yang ada padanya itu digunakan syaitan untuk mengikat setiap manusia. Sudah tentu tali-tali tersebut dalam berbagai bentuk. Ada yang tebal dan ada yang nipis. Syaitan memperdaya setiap orang dengan cara yang khusus. Sebahagian mereka dengan kekayaan, pangkat dan kedudukan manakala  sebahagian yang lain dengan naluri jantina, dan berbagai lagi yang sepertinya.

Api neraka diaduk dengan kelazatan dan kenikmatan yang diselewengkan. Ini bermakna di dalam perangkap adalah api dan di luar bagaikan gelas syahwat, maka insan terjatuh ke dalam perangkap yang menyala akibat citarasa gelas syahwat.[2]

 

Kesan dan pengaruh dosa

Kesan-kesan negatif dosa itu dibahagi menjadi dua bahagian, iaitu kesan terhadap peribadi dan pada sosial.

 

Kesan-kesan negatif dosa peribadi

  1. Sebenarnya dosa itu merupakan kotoran dan kenistaan yang menggelapkan roh. Akibat dosa, manusia tidak lagi merasakan kenikmatan tidur yang diiringi mimpi-mimpi indah berupa makrifat dan pengetahuan. Ia juga tidak dapat meraih kesejahteraan bangun dari tidur yang menghasilkan penemuan ilmu kebaikan dan pengajaran yang sahih kepada orang lain. Oleh kerana itu, jikalau roh menjadi gelap kebanyakan rahsia-rahsia terpendam daripadanya. Allah (s.w.t) menjadikan roh sebagai sumber ilham dan bersumpah dengan menyebutnya. Pesuluk adalah seseorang yang dikatakan sedikit berbicara dan menjaga makanannya, dengan inilah ia dapat mendengar suara ilham-ilham Ilahi, kerana jikalau seseorang hendak mendengar suara dari dalam dirinya maka ia harus diam dan tidak berbicara.[3]
  2. Ketika seseorang itu berada di bawah kepimpinan syaitan dan menerima bisikan-bisikannya, lalu beramal berasaskannya, maka secara bertahap hatinya akan menjadi kediaman syaitan, sehingga syaitan menjadi pelayannya sepertimana yang telah disebutkan dalam beberapa ayat Al-Qurʼan.[4] Hati manusia pendusta dan pembohong menjadi tempat syaitan mendarat. Namun seseorang beramanah dan menepati janji dalam masalah-masalah ilmiah, hatinya akan terpelihara dari menjadi pengkalan syaitan. Begitu juga dalam masalah-masalah harta dan ilmiah.[5]
  3. Dosa, merupakan penghalang untuk mengenal diri. Akibat dosa, manusia melupakan Allah (s.w.t) dan kelupaan ini adalah penghalang dari mengenal diri. Ia tidak akan membiarkan sesiapa pun mengenal dirinya sendiri.[6]

Kalau ada seseorang yang menjerumuskan dirinya dalam kerosakan, maka ia telah menjatuhkan kewujudan dirinya untuk selamanya.  Ia juga mengikat dirinya sendiri dan tidak apa pun yang dapat melepaskan ikatan tersebut, walaupun api neraka; kerana meskipun api itu mempunyai kekuatan untuk mencairkan besi, namun andainya besi itu adalah api, iaitu api yang berbentuk besi, maka tak ada apa pun yang dapat mencairkannya (api mencairkan api yang berbentuk besi adalah sesuatu yang mustahil).[7]

  1. Kesan-kesan dosa yang lain ialah seseorang pendosa itu akan kehilangan kelazatan bermunajat dan sentiasa berhasrat andainya beliau dapat meraih kelazatan dan kenikmatan beribadah. Namun kerana dosa dan kekerasan hati, perkara itu pun hilang dari dirinya. Syaikh Shaduq dalam kitabnya al-Tawhīd, menukil daripada Imam Ridha (a.s) bahawa; “Ada seseorang bertanya: Mengapa Allah (s.w.t) itu tidak dappat disaksikan (mahjūb)? Beliau bersabda: Allah (s.w.t) itu dapat disaksikan (tidak mahjūb), apa yang menyebabkan kamu tidak dapat menyaksikanNya hanyalah akibat melimpah ruahnya dosa laksana tirai yang melindungi penyaksian secara fitrah. Ia tidak izinkan manusia menyaksikan Allah (s.w.t) dengan mata fitrahnya.[8]

Dosa yang menjadi tirai penghalang dalam riwayat-riwayat Islam juga telah menjadi perhatian besar. Sebagaimana Rasulullah (s.a.w) bersabda bahawa: Ketika seorang manusia melakukan dosa maka akan zahirlah titik hitam di dalam hatinya itu. Jikalau ia menghindarinya serta bertaubat, maka hatinya akan berkilau. Namun jikalau ia mengulangi dosa tersebut maka titik hitam itu akan bertambah banyak sehingga memenuhi hatinya”.[9] Begitu juga Rasulullah (s.a.w) bersabda: “Dosa yang telah melimpah ruah dapat merosak hati manusia”. Atau dinukil dari Imam Shadiq (a.s), beliau berkata: “Tiada yang lebih merosakkan hati melebihi dosa. Hati yang berada di bawah pengaruh dosa secara perlahan-lahan dosa itu akan memberikan kesan sehingga ia menguasai diri manusia.” Begitu juga Imam Shadiq (a.s) berkata: “Saya berwasiat (kepadamu) untuk bertakwa dan wara’ dari segala yang diharamkan.  Berusaha dan seriuslah dalam beribadah, ketahuilah bahawa ibadah tidak bermanfaat tanpa menjauhi hal-hal yang diharamkan”.

Dalam hadis Nabi (s.a.w) yang disabdakan kepada Abu Zar menyatakan bahawa: “Wahai Abu Zar, dasar agama ialah meninggalkan dosa dan rahsia agama adalah taat kepada Allah (s.w.t).  Ketahuilah sekiranya dalam kesan solat, kerana badan pun menunduk (ruku’) dan kerana puasa badan pun menjadi kurus, semua berguna dan manfaatnya kecuali dengan wara’ dan meninggalkan dosa-dosa. Wahai Abu Zar, mereka yang meninggalkan hal yang diharamkan di dunia ini dan memilih kezuhudan, berhak menjadi wali-wali dan sahabat-sahabat Allah (s.w.t)”.[10]

  1. Mengingkari hari kiamat: Dosa dapat menjadi penghalang untuk mengenal hari kiamat; iaitu boleh jadi seseorang itu tahu tentang hari kiamat, namun ilmunya tertanam di bawah lapisan hawa nafsu. Sudah tentu ilmu seperti ini tidak memberikan manfaat.[11] Dalam surat al-Muṭaffifīn ayat 11-14, Al-Qurʻan menyebut tentang orang yang menolak bulat-bulat hari kiamat, kemudian mengatakan: Dalil-dalil kiamat sangatlah jelas dan orang yang mengingkarinya itu hanyalah para pendosa dan orang yang melampaui batas, mereka tidak akan pernah tunduk terhadap ayat-ayat Ilahi. Oleh kerana itu ketika ayat-ayat Ilahi dibacakan tentang mereka, mereka menolaknya dan berkata: "Itu semua adalah mitos dan khayalan orang terdahulu.” Al-Qurʼan dengan jelas menyatakan bahawa: "Tidaklah seperti apa yang mereka sangka, ucapan-ucapan ini (terluah dari mulut mereka) akibat daripada perbuatan-perbuatan buruk dan dosa-dosa mereka kerana  karat telah menduduki hati-hati mereka."  Ayat-ayat ini dapat digunakan dengan baik bahawa dosa itu dapat menghilangkan kelembutan hati sehinggakan hakikat tidak berpantul daripada cermin Ilahi ini (baca: hati). Jikalau tidak, ayat-ayat yang benar ini khususnya tentang masalah penciptaan (mabda’) dan hari kiamat (ma’ad) sudah cukup jelas dan terang.[12]

 

Kesan-kesan negatif dosa yang besifat sosial kemasyarakatan

Dosa menyebabkan kemunduran masyarakat. Tingkat kejahatan dan jenayah semakin bertambah dan ia memberi reaksi dengan mengganggu kegiatan-kegiatan individu aktivis masyarakat di samping menghalang kemajuan. Bahkan di kalangan masyarakat Barat, mereka yang melakukan dosa dan jenayah mempunyai kedudukan yang rendah dan tidak mempunyai tempat di sisi masyarakat.

 

Punca dosa adalah kelalaian dan kejahilan

Senjata paling penting musuh dan jalan utama pengaruhnya di dalam manusia ialah melalaikan. Jikalau syaitan mampu membuat seseorang itu lalai, maka ia tidak akan lagi merasa sulit dalam mewujudkan kejahilan berkali ganda. Sekiranya bisikan syaitan, menghilangkan gambaran kebajikan dari benak manusia maka syaitan pun merasa lebih senang dan nyaman. Kejahilan pula merupakan punca kejahatan dan kerosakan.

Ayat-ayat berkenaan dengan kisah Nabi Yusuf (a.s) menunjukkan bahawa rasa cinta yang berlumuran dengan dosa dan kesesatan hubungan jenis itu semua bersumber dari kebodohan dan kejahilan. Kejahilan terhadap harga kewujudan manusia,  jahil terhadap kesan positif dari kesucian dan kemurnian diri dan jiwa,  jahil terhadap balasan dosa. Akhirnya jahil terhadap seluruh perintah dan larangan Allah (s.w.t).[13]

 

Jalan penyelesaian dari dosa:

Ada beberapa penyelesaian dan jalan penyelamat yang dapat disebutkan di sini:

  1. Taubat dari dosa[14] dan beristighfar[15]:  Taubat dalam bahasa Arab diertikan sebagai rujū’ (kembali), ketika hamba kembali kepada tuannya dikatakan ia telah bertaubat. Allah (s.w.t) dalam Al-Qurʼan menyeru kepada seluruh kaum mukminin untuk bertaubat.
  2. Mengingati (akibat buruk) dosa.[16]
  3. Mengingati Allah (s.w.t).[17]
  4. Adanya keinginan dan tekad (untuk tidak melakukan dosa).[18][]

 

 


[1] . Jawadi Amuli, Abdullah, Marāhil-e Akhlāq dar Qur’ān, hal 332-334.

[2] .Nahjul Balāghah, khutbah ke 176; Abdullah Jawadi Amuli, Mabādi Akhlāq dar Qur’ān, hal 318; Mulla Mahdi Naraqi, Jāmi’u al-Sa’ādah, hal 194; Abdullah Jawadi Amuli, Tasnīm, hal. 400.

[3] . Jawadi Amuli, Abdullah, Marāhil-e Akhlāq dar Qur’ān, hal 155-159.

[4] . "Apakah Aku beritakan kepadamu, kepada siapa syaitan-syaitan itu turun? Mereka turun kepada tiap-tiap pendusta lagi yang banyak dosa." (Qs. Syu’ara [26]: 221-222).

[5] . Jawadi Amuli, Abdullah, Mabādi Akhlāq dar Qur’ān, hal 112.

[6] . "Syaitan telah menguasai mereka lalu menjadikan mereka lupa mengingat Allah. Mereka itulah golongan syaitan. Ketahuilah bahawa sesungguhnya golongan syaitan itulah golongan yang rugi." (Qs. Al-Mujadalah [58]:19)

[7] . Jawadi Amuli, Abdullah, Mabādi Akhlāq dar Qur’ān, hal 235-236.

[8] .Syekh Shaduq, al-Tauhid, hal 252; Jawadi Amuli, Abdullah, Fitrat dar Qur’ān, hal 103.

[9] . Tafsir Qurthubi, jil. 10, hal 705; Rûh al-Ma’āni, jil. 30, hal 73.

[10] .Kulaini, Ushûl al-Kāfi, jil. 2, bab dosa-dosa, riwayat 1 dan 13; Makarim Syirazi, Payām-e Qur’ān, jil. 1, hal 360-367; Dur al-Manthûr, jil. 6, hal 326; Allamah Majlisi, Hilyat al-Muttaqīn, hal. 98.

[11] . "Pernahkah kamu pernah melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya, dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya (bahawa ia tidak layak lagi memperoleh petunjuk), serta Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan di atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat)? Mengapa kamu tidak mau ingat?" (Qs. Al-Jatsiyah [45]:23); Jawadi Amuli, Abdullah, Tafsir Tasnīm, jil. 2, hal 203.

[12] .Makarim Syirazi, Payām Qur’ān, jil. 1, hal 361; Tafsīr Fakhrurrazi, jil. 31, hal 94.

[13] . Jawadi Amuli, Abdullah, Tafsir Tasnīm, jil. 3, hal 397; Nasir Makarim Syirazi, Payām Qur’ān, jil. 1, hal 88.

[14] . "Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung." (Qs. Al-Nur [24]:31).

[15] .Nahjul Balaghah, hikmah 409; Mulla Ahmad Naraqi, Mi’raj al-Sa'ādah, hal 669; Syahid Muthahari, Falsafe-ye Akhlāq, hal 164.

[16] .Abdullah Jawadi Amuli, Mabādi Akhlāq dar Qur’ān, hal 55-56.

[17] .ibid.

[18] . "Hai orang-orang yang beriman, ingatlah Allah sebanyak-banyaknya." (Qs. al Ahzab [33]:41).

 

Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Bilangan komen 0
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai
Sila masukkan nilai

Pertanyaan-pertanyaan Acak

Populer Hits