Carian Terperinci
Pengunjung
1729
Tarikh Kemaskini 2012/04/15
Ringkasan pertanyaan
Dengan mengamati beberapa pertentangan antara sains dan agama, maka apakah kaitan antara keduanya?
soalan
Dengan mengamati beberapa pertentangan antara sains dan agama, maka apakah kaitan antara keduanya?
Jawaban Global

Saya mempunyai pertanyaan tentang perkara di bawah ini:

  1. Tidakkah menurut pemahaman secara teoritis, agama mempunyai asas emosi? Sedangkan sumber ilmu adalah pemahaman akal dan empirikal? Namun sejak pensyariatan agama bermula, hari ini agama semakin mengalami penambahan dan berbaur dengan budaya-budaya masyarakat yang berinteraksi dengannya, yang kemudian menjadi penyebab dasar-dasar asasinya bersatu dengan unsur-unsur penambahan tersebut. Namun, hal seperti ini tidak terjadi pada sains, kerana selagi waktu bergerak, sains menjadi semakin jelas dan semakin nyata dalam memberikan hasil.
  2. Misalnya ketika anda tengah bertabligh kemudian muncul pula keraguan, ikhtilaf, dan perbezaan dalam masalah-masalah prinsip dan kemestian-kemestian dalam agama. Maka ini akan menyebabkan iman para pengikut agama menjadi lemah yang berakhir dengan ketidakyakinan pada rukun-rukun utama agama. Namun keraguan yang terjadi dalam persoalan-persoalan sains tidak akan memberikan akibat yang demikian, bahkan keraguan dalam masalah ini akan menyebabkan keyakinan terhadapnya.
  3. Ketika dikatakan bahawa agama merupakan sebuah persoalan yang berkaitan dengan selera, manakala setiap orang memasuki agama apa pun menurut kehendak dan bentuk yang diinginkannya, maka ia tidak menghasilkan perpaduan dan keharmonian. Sedangkan di dalam sains, apabila perjalanannya menjadi jelas dan objektifnya disepakati, ianya membentuk satu kepercayaan yang utuh. Kemungkinan sains mempunyai berbagai kepercayaan yang tidak bersatu, namun masih ada harapan untuk perselisihan ini akan hilang di masa depan. Tetapi perkara ini tidak terjadi dalam agama.

Ringkasnya, nasib baik agama dapat membangunkan masyarakat berakhlak untuk manusia (dengan syarat agama itu sendiri tidak rosak, kerana setiap zaman agama mengalami perubahan dan mudaratnya menjadi lebih banyak daripada manfaatnya) dan menghindarkan mereka dari kemunduran dan kemerosotan (sains sosial, akhlak, dan sebagainya). Demikian pula kehidupan material dan spiritual manusia mengalami peningkatan taraf dengan mengenal alam sekitar serta mengikuti peraturan-peraturan nya. Bukankah lebih baik kita cuba berlapang dada dengan merenung lebih mendalam terhadap hakikat alam, kemudian mendapatkan cahaya hakikat diraih melalui logik alam, bukan melalui ajaran-ajaran agama?

Jawaban Detil

Pertanyaan-pertanyaan anda mempunyai beberapa persoalan yang memerlukan jawapan dengan artikel-artikel berasingan. Namun di sini kami akan menunjukkan beberapa subjek secara ringkas. Kami harap dengan petunjuk yang dikemukakan dapat membantu kami dan anda dalam memperolehi jalan menuju hakikat agama.

  1. Dari perspektif teoritis, dasar-dasar agama bukanlah terletak pada emosi. Perkataan agama memiliki berbagai fungsi dan penggunaan yang menunjukkan berbagai tingkatan dan tahap agama.
  1. Agama Nafs Al-Amrī: pada tahap hakiki di alam Ilahi, iaitu apa yang ada di alam Ilahi dan perjalanan rabbani untuk memberi hidayah kepada manusia ke arah hari kebangkitan. Dengan kata lain, Nafs Al-Amrī              adalah perjalanan antara permulaan dan penghujung seseorang manusia. Oleh kerana zat manusia-manusia adalah satu maka bahagian-bahagian preskripsi penyembuhan juga menjadi satu. Oleh itu agama di peringkat ini menjadi hal yang universal dan menyeluruh serta tidak bergantung pada keadaan masa dan tempat.

Agama yang seperti ini dapat diperolehi melalui tiga jalan:

  1. Melalui wahyu dan penyaksian yang khusus untuk sebahagian orang tertentu.
  2. Melalui jalan naqlī, iaitu penjelasan daripada jalan pertama (wahyu dan penyaksian) yang sampai ke tangan kita dengan metodologi naqlī.
  3. Melalui akal, iaitu akal menyedari dan mengetahui dengan cara mengikuti analisa-analisa teoritis sehingga dapat menemui sebahagian unsur-unsurnya, di mana kami akan memberikan penjelasannya kemudian.
  1. Agama mursal, iaitu rasul-rasul yang diutuskan daripada Allah untuk memberikan hidayah kepada manusia yang mengandungi unsur-unsur yang universal dan menyeluruh, kerana agama itu bersumber dari nafs al-Amrī, dan dari sisi lain ia meliputi unsur-unsur kedudukan dan keadaan. Ini disebabkan pengiriman sesuatu agama ini kepada mereka sentiasa memerhatikan dan memfokuskan kedudukan zaman, tempat dan keturunan.
  2. Agama makshūf (apa yang difahami oleh manusia biasa), iaitu agama nafs Al-Amri atau agama mursal dengan merujuk pada akal atau naqlī supaya menjadi penjelas kepada seseorang.
  3. Agama institutional, ianya adalah sebahagian daripada agama makshūf yang menjadi umum dan berinstitut. Ianya tampil sebagai peraturan yang dianuti sebahagian kelompok masyarakat.

Oleh kerana Islam merupakan agama terakhir yang diutuskan oleh-Nya, sepanjang sejarah ia menerangkan seluruh hal dengan menggunakan wahyu dan naqlī daripada nafs al-amri. Namun disebabkan Islam adalah agama mursal, ia perlu mempunyai unsur-unsur kedudukan dan keadaan yang disesuaikan dengan orang yang dibicarakan dan sebagainya… Walau bagaimana pun hendaklah diberi perhatian bahawa setiap unsur kedudukan dan keadaan akan muncul samada selaras dengan satu unsur, beberapa unsur, atau sebahagian unsur dunia yang meliputi segala-galanya. Apa yang terdapat dalam Islam sebagaimana yang dikatakan sebagai falsafah[1] atau ajaran[2] tidak dipengaruhi dengan kesan-kesan mawqi’iyyati (keadaan dan kedudukan). Ini disebabkan pembentukan unsur-unsur agama seperti ini bertumpu kepada dimensi kestabilan hakikat-hakikat alam dan manusia. Memang benar, sistem[3] akan menjelma dalam setiap mawqi’iyyati. Sebenarnya peranti-peranti institusi-institusi alam semesta terjadi dengan penyesuaiannya dalam format kedudukan peranti-peranti segala institusi mawqi’iyyati. Hakikatnya mekanisme ekonomi atau politik Islam di era tersebut, hendaklah dilaksanakan mengikut plan yang berasaskan sistem Islam, sebagaimana kita telah saksikan dengan apa yang dibentuk oleh Nabi (s.a.w), di zaman awal Islam.[4]

Oleh itu apa yang anda saksikan bukanlah pengasasan agama secara emosi, bukan juga agama tidak berhubung dengan sains. Namun kedua-dua wahyu dan akal turut campur dalam hal ini. Dari perspektif lain unsur-unsur mawqi’iyyati membentuk skopnya sendiri sehingga tidak memberi kesan terhadap elemen-elemen dunia agama yang universal.

  1. Meskipun ilmu-ilmu berdasarkan eksperimen memerlukan bantuan kita dalam merancang mekanisme, namun ia tidak efektif dalam istinba (pengeluaran hukum) unsur-unsur alam universal, pencapaian falsafah, ajaran dan sistem Islam. Dengan kata lain setelah istinba unsur-unsur alam universal (menurut agama) melalui metodologi fikah dan penelitian, barulah tiba giliran untuk menjelaskannya dengan sains manusia di mana ia memfokuskan asas falsafah, ajaran dan sistem menurut plan modus operandi yang bersesuaian.[5]
  2. Manusia memiliki dua kegiatan, iaitu aktiviti yang dilakukan secara bijak[6] dan aktiviti yang dilakukan dengan sesuka hati[7]. Sampai satu masa manusia akan sampai kepada kebahagiaan ketika kegiatan-kegiatan sesuka hati itu diletak di bawah naungan aktiviti-aktiviti yang bijak. Dalam keadaan inilah tabiat insan bersesuaian dengan akal, dan kecenderungan diri mengikuti iradah (kehendak).

Paksi kegiatan-kegiatan yang bijak adalah sebuah rangkaian maksud dan matlamat-matlamat yang jauh dari kawalan di mana mahu tidak mahu, ia memerlukan rancangan, program, metodologi dan prasarana untuk sampai kepada tujuan. Kegiatan-kegiatan ini tidak boleh bertentangan dengan kecenderungan-kecenderungan tinggi kemanusiaan. Jika tidak, seandainya aktiviti berpaksikan tujuan-tujuan kebinatangan. Maka ia akan menjadi lebih bahaya daripada tindakan kebinatangan yang dilakukan secara sesuka hati. Apa yang pasti, akal tidak mampu menyediakan rancangan dan program yang komprehensif dalam lingkaran luas dan menyeluruh sehingga dapat memenuhi kebahagiaan seluruh dimensi manusia. Oleh kerana akal tidak meliputi seluruh kemaslahatan hidup, maka dari sinilah ideologi dirasakan sebagai satu keperluan, di mana ia dapat menentukan garisan asli lebuhraya kebahagiaan, dan tugas akal serta ilmu merupakan pergerakan dalam garisan asli ini. Oleh kerana itu hendaklah dikatakan bahawa ilmu membentuk sarana dan kelengkapan, manakala iman membentuk matlamat. Ilmu juga memberikan kecepatan, mengiringi iman yang memandu arah. Selain itu ilmu tidak mempunyai kemampuan untuk matlamat, arah tujuan dan rancangan komprehensif demi kebahagiaan manusia.[8]

  1. Sekarang jelaslah, tanpa wahyu manusia tidak akan mampu mencapai kebahagiaan (kebahagiaan di akhirat).  Masalah ini yang masih tertinggal ialah: boleh jadi air jernih menjadi keruh dalam pengalirannya. Budaya-budaya dan pemikiran-pemikiran yang berbeza juga berkemungkinan boleh mengubah wajah asli agama. Namun dengan alasan ini kita tetap tidak boleh menyangkal kepentingan air sehingga mengatakan bahawa kita tidak memerlukannya. Bahkan hendaklah air itu dijernihkan dan dibeningkan dari kekeruhan melalui rawatan. Begitu juga agama Islam mempunyai rawatan asas untuk menyelesaikan masalah ini. Kita berkeyakinan bahawa Islam adalah agama terakhir dan penutup dari segala agama langit yang lain di mana penutupannya terjadi di bawah dua unsur: Kesempurnaan dan bersih daripada penyelewengan. Islam di sepanjang zaman telah aman daripada penyelewengan, tokok tambah, dan lain-lain lagi, hasil manfaat daripada dua penyebab iaitu: Pertama, sumber asli Islam iaitu Al-Qur’an kekal terpelihara daripada segala penyelewengan. Hal ini dinyatakan dalam firman-Nya, "Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Al-Qur’an, dan sesungguhnya Kami benar-benar menjaganya."[9] Yang kedua ialah terdapat pengasasan metodologi khusus untuk mengambil manfaat sumber-sumber Islam daripada Rasulullah (s.a.w) dan para imam maksum (a.s) di mana di bawah sinarannya pemahaman yang sahih daripada pelajaran-pelajaran agama dapat diterima. Melalui metodologi ini, setiap masa Islam yang murni tanpa ada sebarang pindaan dan penyelewengan dapat ditentukan dengan merujuk kepada sumber-sumber Islam. Selain itu perjalanan ketuhanan yang jelas dapat dibezakan daripada perjalanan-perjalanan sesat.[10]
  2. Meskipun akal di sisi al-Qur’an diterangkan sebagai sumber mengenal agama, namun dalam perkara-perkara tertentu agama itu mengandungi makrifat-makrifat yang tidak mampu disedari akal.

Al-Quran telah berulang kali mengingatkan noktah ini, iaitu Rasulullah (s.a.w) telah mengajar sesuatu dan menerangkan berbagai subjek kepada kamu, yang mana kamu tidak mampu untuk mengetahuinya, dan kamu tidak mampu menemui ilmu itu. Hal ini jelas dalam salah satu ayat-Nya, "Kami telah mengutus kepadamu seorang rasul daripada kalangan kamu (sendiri) yang membacakan ayat-ayat Kami kepadamu, menyucikanmu, mengajarkan kepadamu al-Kitab dan hikmah, dan mengajarkan kepadamu apa yang kamu tidak mampu untuk mengetahuinya."[11] Ini bukan bermaksud kamu diajar apa yang belum kamu ketahui, namun kamu boleh menemui jalan pemahamannya melalui kesedaran yang ada pada standard badan.

Dalam perbahasan akidah, pembicaraan pertama yang dibahaskan adalah akal. Sekiranya akal memberikan pandangan yang pasti dan meyakinkan, kita hendaklah mengubah zahiriah nash-nash menurut kepentingan akal. Namun tidak semua makrifat-marifat dapat dibicarakan oleh akal. Akal dapat membuktikan adanya hari akhirat sehinggalah menyabitkan kiamat sebagai kebangkitan jasmani. Walau bagaimana pun akal tidak dapat menerangkan ciri-ciri kejasmanian di hari kiamat dan apakah yang terjadi di hari tersebut. Jurusan furuʻ dan fikah mengambil kira akal sebagai salah satu sumber misalannya taqlid adalah salah satu cabang-cabang fikah di mana ia adalah hasil keberkatan pemikiran. Meskipun demikian, akal masih berdepan dengan batasan-batasan seperti berikut:

  1. Kesedaran akal hanya terbatas dalam lingkungan universaliti sahaja manakala selain dari itu ia menggunakan kelengkapan lain seperti indera. Oleh kerana kadangkala indera pun boleh tersilap, maka dalam analisa yang dicerap oleh indera serta hasil keputusan yang dicapai daripada kerja-kerja akal juga berbentuk sebuah kesilapan.
  2. Akal tidak dapat menghukum sesuatu dalam beberapa skop, contohnya dalam perincian hari kebangkitan.[12]

Kesimpulannya bagaimana kita dapat menemui makrifat keyakinan dalam semua masalah melalui sains yang berasaskan akal sehingga tidak lagi memerlukan agama?

  1. Dalam bidang akidah (tauhid, keadilan Ilahi, kenabian, imamah, dan kehidupan alam akhirat), taqlid adalah sesuatu yang tercela meskipun kita diwajibkan bertaqlid dalam bidang furuʻ dan hukum hakam. Walau bagaimana pun taqlid masih berasaskan akal meskipun mujtahid tidak menyediakan dalil-dalil hukum; Iaitu pengeluaran hukum dan pemberian fatwa daripada pihak mujtahid juga melalui jalan metodologi dalil dan berasaskan penerimaan akal.

Syak dalam kedua-dua bidang ini merupakan hal yang dipuji. Ini disebabkan syak adalah tangga pertama untuk memperolehi hakikat di mana insan yang tidak mempunyai syak dan bantahan, ia tidak akan bertindak untuk sampai kepada hakikat. Harus diberi perhatian juga bahawa syak adalah tangga pertama dan jambatan yang harus dilalui. Berhenti dan tenggelam di dalam syak tanpa mencari jawapannya bukan hanya tidak diterima dalam wacana agama, bahkan dalam wacana ilmiah pun dianggap sebagai suatu perbuatan yang tercela dan sia-sia. Namun tidakkah sesama kita bersetuju bahawa masyarakat awam serta mereka yang bukan pengamal ilmu perubatan, tidak akan memberikan perhatian kepada aturan doktor serta tidak ragu-ragu dalam penggunaan ubat-ubatan? Apakah yang yang dapat dibanggakan dengan orang seperti sofis (yang menggunakan sofisme) yang syak dalam semua perkara dan tenggelam di dalam keraguan? Sudah tentu kita tidak boleh leka terhadap noktah ini, di mana kita tidak sepatutnya menguniversalkan dan menzahirkan syak. Ini disebabkan kadang-kadang kita tidak mempunyai kemampuan untuk memahami sebahagian perkara, dan tidak ada kekuatan untuk melalui syak yang digunakan sebagai tangga menemui hakikat. Tidak ada bezanya antara agama dan sains dari perspektif ini.[13]

  1. Kami tidak mempunyai akidah bahawa agama merupakan sebuah hal ehwal yang berkaitan dengan citarasa. Agama dalam pandangan kami ialah Ṣirāṭul Mustaqīm dan jalan yang lurus untuk manusia. Manakala tauhid mempunyai hubungan dengan kebahagiaan manusia. Memilih agama tidak seperti memilih rumah kediaman, pakaian dan sebagainya yang bergantung pada selera seseorang.

Agama merupakan sebuah kebebasan yang berkaitan dengan seluruh manusia dan dari perspektif inilah ia dihitung sebagai sebahagian daripada hak-hak umum manusia.[14]

  1. Menurut pandangan kami, Pluralisme dalam urusan agama merupakan hal yang tidak dapat diterima. Adalah tidak benar jika sesiapa saja boleh menghasilkan agama dan ideologi.[15] Apakah seluruh makrifat dan akidah yang saling bertentangan itu benar?[16]

Sekalipun jika pemilik akidah-akidah yang saling bertentangan ini mempunyai niat yang baik dan hakikatnya sedang mencari sesuatu, masalah hak dan batil, benar dan dusta tetap tidak akan selesai dalam perjalanan-perjalanan irfan dan i’tiqad.

  1. Jikalau permasalahan di dalam sains menjadi kesepakatan semua orang, dalam agama-agama Ilahi juga terdapat fundamental yang dikongsi dan disepakati bersama oleh semua orang. Fokus kepada perbahasan ini juga memerlukan makalah yang lain. Andainya hari ini ada berbagai pendapat dalam wacana sains yang tidak berbahaya demi masa depan semata-mata kerana mencari penemuan sebuah hakikat, mengapakah kata-kata ini tidak diterima untuk agama?

Pertamanya, di dalam Islam, perbezaan pendapat tentang ushul dan masalah asasi di kalangan ulama bukanlah sebuah ikhtilaf. Andainya terdapat ikhtilaf dalam perbahasan minor (جزئى), ia tidak mendatangkan kerosakan dan bahaya terhadap prinsip hidayah dan kebahagiaan umat manusia.

Kedua, ikhtilaf minor dalam bidang furu’ (cabang) akan diatasi di masa depan kelak dengan kemunculan Imam Mahdi (ajf). Jikalau dalam sains terdapat kemungkinan bahawa perbezaan-perbezaan asasi masalah penting akan dirungkai dan diselesaikan di masa depan, maka perkara ini juga akan terjadi di dalam agama sehingga ke peringkat yang meyakinkan.

  1. Sejak bila agama masuk dalam kitaran? dan bahayanya lebih banyaki dari manfaat? Tidakkah di awal Islam telah muncul revolusi, dengan memasukkan agama dalam kehidupan manusia yang dibelengu jahiliyah, dan mengasaskan tamadun yang terang berseri-seri sehingga membuatkan kelompok lain tunduk hormat padanya sambil mengiktiraf kebenarannya?[17]

Individu-individu yang merasa tewas dengan kemajuan-kemajuan industri Eropah dan Amerika hari ini telah melupakan atau tidak nampak khazanah seni, budaya, penyelidikan ilmu umat Islam dan kesan-kesannya di dalam kemodenan Barat sekarang ini.

Betapa gagah dan membangunnya pergerakan yang Islam berikan kepada manusia sehingga dalam jangkamasa yang terlalu singkat, bangsa yang paling lembab di atas muka bumi mencapai kemajuan daripada semua bangsa-bangsa. Manakala gelombangnya memberikan kehidupan baru, perkembangan dan kecemerlangan kepada penghuni dunia sehingga beberapa ketika.

Hari yang Islam menapak di dalam kehidupan manusia, semuanya telah mengalami perubahan. Perubahan muncul di dalam perasaan dan kesedaran, perubahan dalam idea dan pemikiran, perubahan di dalam seluruh urusan hidup, interaksi individu dan masyarakat.

Kemunculan Islam dalam kurun ke-dua terlalu pesat, namun perkembangannya tetap tenang dan secara semulajadi yang merangkumi dari pantai laut Mediterranean sehinggalah ke gurun sahara Afrika, dari persisiran lautan Atlantik sehinggalah ke tembok besar China. Dengan kekuasaan kerajaan yang paling besar dan paling kuat, dunia dapat ditakluki ketika itu.

Di wilayah Utara askar pasukan muslimin berjaya menjejakkan kaki di gunung Pyrenees (banjaran gunung di Eropah barat daya yang membentuk sempadan semulajadi antara Perancis dan Sepanyol) selepas pembukaan Andalus. Kemudian mereka sampai ke negeri-negeri di sempadan Perancis. Sementara itu pasukan yang lain di wilayah Timur mara ke arah China apabila berjaya membuka Sind dan Punjab.[18]

  1. Agama mempunyai program dalam tiga bahagian untuk manusia dan sentiasa berusaha untuk berinteraksi dengan ketiganya secara sahih:
  1. Interaksi manusia dengan dirinya sendiri;
  2. Interaksi manusia dengan yang lain dan yang selain dirinya (alam sekitar dan masyarakat);
  3. Interaksi manusia dengan Tuhan.

Dengan ini Islam memberikan perhatian kepada dunia dan akhirat. Di samping mencari kemakmuran dunia, Islam juga mensejahterakan akhirat yang terkeluar dari tanggungjawab etika keduniaan dan lain-lain lagi…

Agama juga memberi perhatian kepada hati, di samping menyebut ke-tiga-tiga bahagian program di atas. Tidak ada sains yang dapat menggantikan kedudukan agama dari ketiga-tiga bahagian ini.[19] Bagaimana mungkin akhlak yang berasaskan duniawi mampu menjamin pelaksanaan dan menggantikan akhlak agama?

Bagaimana mungkin sains dapat menawarkan program-program yang komprehensif dan menyediakan kebahagiaannya kepada manusia sedangkan hingga ke hari ini ianya sendiri dan dimensi kewujudannya belum benar-benar ditemui sepenuhnya?

Apakah agama tidak akan dihitung sebagai agama sekiranya pemahaman-pemahaman diperolehi daripada eksperimen dan alam sekitar dalam bentuk penemuan hukum alam (laws of nature)?

Mengapakah anda memaksa menjadikan agama bertentangan dengan kefahaman-kefahaman yang berjaya dihasilkan?

Kami juga menerima bahawa ilmu-ilmu manusia itu bermanfaat. Akan tetapi sebagaimana yang telah kami jelaskan sebelum ini, ilmu sains sosial dan yang lain-lainnya, dalam bentuk mekanisme yang sesuai dengan bantuan kita.

Ianya juga tidak berupaya menyediakan ajaran, falsafah dan sistem. Manusia di peringkat awalnya memerlukan program-program dan ajaran lebih daripada apa sahaja. Kadangkala manusia merujuk kepada mekanisme, dan rekabentuk mekanisme-mekanisme yang sesuai di dalam Islam telah disediakan kepada manusia. Agama juga menyediakan perkara-perkara yang sains tidak berupaya menanggungnya sendirian.

 

Sumber-sumber untuk maklumat lebih mendalam:

  1. Hadawi Tehrani, Mahdi, Wilāyat wa Diyānat, hal. 13-56.
  2. Hadawi Tehrani, Mahdi, Bāwarhā wa Pursesy-hā.
  3. Hadawi Tehrani, Mahdi, Mabāni Kalām-e Ijtihād.

 


[1] . Maksud ajaran ialah unsur-unsur agama yang merupakan aspek pandangan dunia  Islam dalam sebuah institusi tertentu seperti politik atau perekonomian, dan hubungan yang terdapat antara unsur-unsur ini dengan pandangan dunia Islam ini adalah sebagaimana hubungan antara partikular terhadap universal.

[2] . maksud ideologi ialah unsur-unsur yang berasal dari kesimpulan-kesimpulan world view (pandangan dunia) dan falsafah, di mana "keharusan-keharusan" merupakan salah satu unsur yang termasuk di dalamnya, dan pada waktu yang sama juga memiliki dimensi asasi, di mana yang termasuk di dalamnya adalah dasar-dasar dan tujuan-tujuan.

[3] . Majmuk dari institusi-institusi dunia universal yang dihuraikan berdasarkan ideologi dan memiliki hubungan yang khas antara satu dengan yang lain kemudian membentuk kelengkapan-kelengkapan harmoni yang akan memberikan kewujudan tujuan-tujuan berdasarkan prinsip dasar. Institusi dapat didefinisikan seperti: kesimpulan objektif dasar-dasar dan tujuan-tujuan ideologi tanpa bergantung dengan keadaan dan penstrukturan hukum-hukum dunia menyeluruh.

[4] . Hadawi Tehrani, Mahdi, Mabāni Kalāmi-ye Ijtihād, hal. 383-404.

[5] . Ibid, hal. 403-404.

[6] . Perbuatan-perbuatan yang berasaskan dasar-dasar kebaikan, dan manusia melakukannya dengan kekuatan akal dan kehendaknya sendiri.

[7] . Perbuatan-perbuatan yang berasaskan hukum kecenderungan dan perasaan dan memiliki sumber instink.

[8] . Muthahhari, Murtadha, Muqaddimeh-i bar Jahān Bini, jil. 1, hal. 22-71, 253-262.

[9] . Qs. Al-Hijr (14): 9.

[10] . Metodologi ini dalam istilah fikah disebut dengan fiqh jawhari atau fikah substansif. Silakan lilhat, Hadawi Tehrani, Mahdi, Bawārhā wa Pursesy-hā, hal. 26-31.

[11] . Qs. Al-Baqarah (2):50 & 236.

[12] . Hadawi Tehrani, Mahdi, Bawārho wa Pursesy-hā, hal. 46-58.

[13] . Muthahhari, Murtadha, Ponzdah Guftār, hal. 227-247.

[14] . Muthahhari, Murtadha, Jihād, hal. 41-55.

[15] .: Qadrdon Qaramalaki, Muhammad Hasan, Qurān wa Pluralism. Rabbani Gulpaigani, Ali, Tahlil wa Naqd Pluralisme Dini.

[16] . Silahkan lihat indeks: Pluralisme.

[17] . Pada bahagian ini, mempelajari keitab-kitab berikut akan membawa manfaat: Khadāmat Mutaqābil Islām wa Irān, Murtadha , Muthahhari, terjemahan pendahuluan Ibnu Khaldun; Dharurat-e Muhandesi Tamaddun Islāmi, hal. 13-30; Sayyid Muhammad Mahdi Mir Baqiri, Tarikh-e Tamaddun, Will Durant, jil. 11, hal, 77; Dāiratul Ma'ārif Qarn Bistum, jil. 6, dan ... Tarikh Tamaddun Islam qa Gharb, Dr. Gustave Lebon, Mirats- Islam, Dr Mirhauf..."

[18] . Rujuklah Musawi Lari, Mujtaba, Sinemāye Tamaddune Gharb, hal. 167-346.

[19] . Silakan lihat Indeks: Akal, Ilmu dan Agama.

 

Opini
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai
Sila masukkan nilai

Kategori

Pertanyaan-pertanyaan Acak

  • Apakah hakikat dosa? Apa pengaruhnya terhadap roh dan jiwa manusia?
    2408 Akhlak Praktikal 2012/04/15
    Jawapan untuk pertanyaan di atas mempunyai 4 bahagian: Hakikat dosa: Dosa dalam bahasa Arab disebut dengan ʼithm dan ‘iṣyān (اثم و عصيان). Dosa dengan pengertian ini memiliki makna berpaling dari perintah tuan, melakukan kesalahan dan kesilapan. Seorang pelaku dosa menuruti syahwat dan kemarahan sebagai ganti mengikuti akal. Dalam keadaan ini, mungkin ...
  • Dapatkah Anda jelaskan ciri-ciri rasm al-Usmani itu apa saja?
    2927 Ulum Al-Quran 2012/11/20
    Utsman Thaha adalah kaligrafer (khattât) terkenal dari Suriah yang hidup pada abad kontemporer. Naskah kaligrafinya memiliki banyak keunggulan seperti keteraturan, harmoni, tulisan yang sangat indah, dan tetap memperhatikan kaidah-kaidah rumit tajwid. ...
  • Bagaimana menjelaskan kes pembunuhan seorang remaja di tangan Nabi Khidr (a.s), sedangkan kita ketahui bahawa anak tersebut tidak melakukan dosa? Apakah perbuatan ini tidak bertentangan dengan sunnah Tuhan?.
    1642 Teologi Baru 2011/05/22
    Menurut beberapa ayat dan riwayat beserta tafsir yang ada, kita dapat mengambil kesimpulan bahawa pembunuhan remaja tersebut oleh Nabi Khidir (a.s) bukan disebabkan kemarahan dan hawa nafsu. Namun kita meyakini pembunuhan remaja tersebut mengandungi hikmah dan kemaslahatan tertentu. Lebih-lebih lagi kita ketahui bahawa remaja tersebut dibunuh oleh seorang hamba yang ...
  • Apabila malaikat tidak melakukan dosa, bagaimana pula dengan malaikat Harut dan Marut yang mengajar sihir kepada manusia?
    2426 Teologi Klasik 2011/05/10
    Para malaikat merupakan kewujudan (makhluk) yang sangat mulia dan pemurah serta memiliki tipologi (model, jenis, golongan, dsb- Kamus Dewan Edisi Ke-empat) kebaikan yang melimpah – yang dijelaskan dalam al-Qur'an – di antaranya tiadanya sifat-sifat dan tipologi bumi dan haiwan pada wujud mereka dan pada dasarnya mereka sama sekali tidak memiliki ...
  • Apakah solat itu? Kenapa kebanyakan para pemuda menghindar dari melaksanakan solat?
    1734 Akhlak Praktikal 2011/07/21
    Solat merupakan marhalah kemuncak peningkatan bagi setiap langkah ahli suluk –urafa'- dan sebuah lintasan tempat dimana seorang salik dapat berbicara dengan Tuhannya secara langsung dan tanpa perantara.Allah Swt dalam al-Quran berfirman, "Dirikanlah salat untuk mengingat-Ku." (Qs. Thaha [20]:14). Dan Aku akan zuhur dalam ingatakan kamu berperantakan solat. Jika ingatan kepada ...
  • Perintah al-Qur'an yang manakah golongan minoriti yang tinggal di Iran dikehendaki mematuhi peraturan hijab?
    1170 Teologi Baru 2013/01/08
    Shubhah ini mungkin berada di dalam fikiran kebanyakan individu yang mempersoalkan apakah perlunya hijab bagi umat Islam?, menurut kaedah dan hukum manakah golongan minoriti agama di Iran (Kristian dan lain-lain lagi) juga diwajibkannya? Dalam kesempatan ini, terdapat beberapa prinsip perlu diberi perhatian: 1. Apa yang ditimbulkan al-Quran tentang hijab ialah: hijab tidak ...
  • Apakah Tuhan itu dapat dilihat? Bagaimana?
    914 Teologi Klasik 2013/03/30
    Sesuai dengan hukum akal dan syariat, sesungguhnya Allah tidak dapat dilihat dengan mata zahir, baik di dunia mahupun di akhirat. Namun Allah dapat disaksikan dan dilihat dengan mata hati. Hati dapat menyaksikan dan melihat Allah (s.w.t) menurut kemampuan eksistensialnya. Hal ini dapat dilakukan melalui jalan penyaksian (shuhūd) batin, setelah pengaturan ...
  • Bagaimana hubungan antara kehendak Ilahi dan keinginan manusia?
    2657 Teologi Klasik 2011/01/17
    Manusia adalah kewujudan yang Mumkin  (iaitu kewujudan yang possible, iaitu ia boleh ada ketika ada penciptaanya dan boleh tiada ketika tiada penciptanya. Hubungan wujud dengan tidak wujud baginya adalah sama) yang mana hakikat wujud dan seluruh dimensi keberadaannya bersumber dari Allah Swt. Allah Swt dengan kehendak takwini-Nya menciptakannya dalam keadaan ...
  • Apakah telaga kautsar itu?
    2466 Tafsir 2011/07/21
    Kata "kautsar" mempunyai erti kebaikan yang banyak dan melimpah. Dan terdapat begitu banyak contoh (mishdaq) untuk kata kautsar ini, seperti: telaga dan sungai kautsar, syafaat, nubuwwat atau kenabian, hikmah, ilmu, generasi dan keturunan yang banyak.Kautsar memiliki dua mishdaq (wujud), iaitu mishdaq duniawi (Sayidah Fathimah az-Zahra) dan mishdaq ukhrawi (telaga kautsar).Telaga ...
  • Apa yang menjadi latar belakang penolakan agamawan atas doktrin wahdat al-wujud?
    1700 Irfan Teori 2011/08/20
    Wahdat al-wujud adalah gagasan yang paling fundamental dalam lapangan irfan. Menurut pandangan dunia irfan seperti dalam mazhab Ibnu Arabi, wahdat al-wujud adalah doktrin yang paling pokok. Doktrin ini mengatakan bahawa wujud hakiki, hakikat yang realiti adalah tunggal dan  azali dan wujud itu adalah kewujudan Allah (s.w.t). Sementara kewujudan- kewujudan yang lain ...

Populer Hits

  • Apakah sebab-sebab kemunculan berbagai aliran dan mazhab di kalangan kaum muslimin?
    26892 Teologi Klasik 2011/10/22
    Terdapat penyebab yang beragam berkenaan dengan kemunculan pelbagai aliran dan mazhab dalam Islam. Di antaranya adalah ketidakpedulian sekelompok umat Islam terhadap wasiat-wasiat dan ucapan Rasulullah (s.a.w) berkenaan dengan masalah khilafah dan keimamahan Imam Ali (a.s), masuknya para pemeluk agama lain di kalangan umat Islam, percampuran dan pertukaran budaya dengan mereka, ...
  • Mengapa orang Syiah mengerjakan solat dengan tangan lurus? Dan mengapa orang Sunni mengerjakan solat mereka dengan tangan bersedakap?
    8885 Huquq Dan Ahkam 2012/07/18
    Islam adalah agama suci yang diturunkan Allah pada ummat manusia melalui NabiNya, Muhammad al-Musthafa (s.a.w). Islam adalah agama yang satu, dan selama Nabi Muhammad (s.a.w) hidup, semua ajaran dan syari’at yang dibawa Islam masih murni dan tidak ada ruang bagi para musuh Islam memalsukannya. Namun semuanya berubah ketika penjaga utama ...
  • Sandaran (sanad) dua ayat terakhir dari surah at-Taubah dan peristiwa di dalamnya?
    7743 Tafsir 2010/12/29
    Secara umum yang dimaksud dengan "sanad" dari soal yang diajukan sangat tidak jelas dan masih kabur. Dan zahirnya pertanyaan begini tidak memiliki jawapan khusus. Namun boleh jadi tujuan dari pengajuan pertanyaan tersebut adalah ingin memahami sebab-sebab penurunan ayat tersebut (sya'n an-nuzul) atau penafsiran dari ayat yang dimaksudkan. Atau karena adanya ...
  • Apakah tanda-tanda kemunculan Imam Mahdi a.s?
    5905 Teologi Baru 2010/11/14
    Perbahasan tentang kemunculan Imam Mahdi a.s merupakan perbahasan yang agak rumit sehingga memerlukan penelitian secara menyeluruh terhadap topik mahdawiyat, tetapi secara keseluruhan daripada riwayat yang telah digunakan di mana tanda-tanda kemunculannya adalah dapat dilihat dari satu sudut yang terbahagi kepada dua:1.     Tanda-tanda yang pasti sebelum kemunculan adalah: keluarnya kumpulan Sufyani, ...
  • Mengapa orang-orang Jamal (seperti Aisyah, Thalha, Zubair) mengangkat senjata melawan Imam Ali As?
    5421 تاريخ بزرگان 2011/07/21
    Dengan memperhatikan sumber-sumber sejarah, kita akan mengkaji sebab-sebab berlakunya perang Jamal dari kedua belah pihak dan kemudian memberikan penilaian atasnya: A.    Sebab-sebab terjadinya perang Jamal dalam pandangan orang-orang Jamal:1.     Dalam jumlah yang terdapat dalam ucapan-ucapan Aisyah dan Thalha dapat ditegaskan bahawa diantara faktor-faktor terpenting berlakunya perang Jamal adalah kerana ingin menebus ...
  • Jikalau mata dan telinga orang mati terbuka setelah kematian, mengapakah kedua-duanya saling bertanya antara satu sama lain tentang peristiwa-peristiwa selepas kematiannya sendiri?!
    5262 Teologi Klasik 2011/07/18
    Terbukanya pandangan barzakhi setelah kematian merupakan sebuah perkara yang berlaku secara umum; ertinya ketika seluruh manusia mengalami kematian, mereka akan menyaksikan malaikat pencabut nyawa sesuai dengan amal perbuatannya. Mereka bercakap-cakap dan mendengar suaranya. Setelah kematian ia menjelma, dan dalam bentuk terbatas dan sesuai dengan kehidupan barzakhi ia akan dihadirkan di ...
  • Bagaimana Proses terjadinya Hari Kiamat menurut falsafah dan ahli kalam dan dalil-dalil apakah yang digunakan oleh keduanya untuk menyabitkan Hari Kiamat?
    4930 Teologi Klasik 2011/07/19
    Ma'âd bermakna manusia dibangkitkan setelah kematian di mana manusia kembali hidup dan seluruh amal perbuatannya akan diperhitungkan dalam kehidupan baru. Keyakinan ini secara umum dan ringkasnya ialah kesepakatan seluruh ahli kalam dan falsafah ilahi dan seluruh umat Islam beriktikad dengannya menuruti ayat al-Qur'an. Tentang bagaimana proses terjadinya hari kebangkitan, sumber-sumber ...
  • Mengapa Syiah dipandang sebagai ajaran sesat?
    4769 Teologi Klasik 2012/07/18
    Untuk menjelaskan masalah ini, hendaklah diberi perhatian terhadap beberapa noktah penting ini: Sekiranya maksud anda "Syiah" itu ialah perbuatan yang silap yang dilakukan beberapa orang pengikut Syiah, maka sandaran terhadap perbuatan begini adalah jauh dari keadilan. Ini disebabkan: Islam tidak punya aib pada zatnya Setiap yang tercela berasal dari penganutnya Apakah metodologi langsung yang ...
  • Sebenarnya berapa lama proses penurunan Al-Quran baik secara serentak mahupun secara beransur?
    4438 Ulum Al-Quran 2011/08/20
    Turunnya Al-Quran secara serentak (daf’i) berlangsung di bulan Ramadhan, di malam Lailatul Qadar. Sebahagian riwayat memperkuatkan anggapan seperti ini bahawa malam Lailatul Qadar  ialah malam turunnya keseluruhan Al-Quran secara sekaligus dan hal itu terjadi di malam keduapuluh tiga Ramadhan di hari kelimapuluh enam setelah bi’tsat (pengangkatan Nabi (s.a.w) secara rasmi).Ulama ...
  • Apakah orang-orang beriman akan mendapat kenikmatan alam kubur dan orang-orang kafir akan dibalas dengan azab kubur?
    4386 Teologi Klasik 2011/12/19
    Syaikh Mufid dalam kitab Awâil al-Maqâlat-nya, membahagikan manusia menjadi empat bahagian berdasarkan keyakinan dan amalan perbuatan mereka:1.             Orang-orang beriman yang bertakwa2.             Orang yang melakukan dosa tanpa iman dan penentang keras kepala3.             Orang-orang beriman yang melakukan dosa besar dan tidak bertobat. Akan tetapi dosa mereka bukan kerana penentangan dan keras kepala ...

Jejaring