Carian Terperinci
Pengunjung
1857
Tarikh Kemaskini 2011/10/22
Ringkasan pertanyaan
Apakah bonda Imam Mahdi (a.j.) juga digolong sebagai maksum?
soalan
Apakah bonda Imam Mahdi (a.j.) juga digolong sebagai maksum?
Jawaban Global

Dalam pandangan Syiah, yang mempunyai kedudukan maksum (dalam erti umum) hanyalah para nabi dan pengganti mereka. Erti maksum di sini adalah bahawa mereka suci dari setiap kesalahan, kelupaan dan perbuatan dosa sepanjang hidup mereka, sama ada dalam memahami sesuatu, dalam menyampaikan wahyu, ataupun dalam pelaksanaan hukum Syarak. Selain mereka, tak ada sesiapa pun yang mencapai kedudukan seperti ini. Namun demikian, mungkin juga sebahagian manusia juga mempunyai kedudukan maksum seperti itu, contohnya keturunan nabi seperti Sayyidah Zainab, Ali bin Ja’far Shadiq, Sayyidah Ma’sumah dan juga sebahagian para ulama.

 

Oleh kerana itu, selain Sayyidah Zahra yang dikenali juga sebagai Itrah Ahlulbait, tak ada seorang pun daripada para Ibu Imam Maksum (a.s) yang mempunyai kedudukan maksum (ishma) dalam erti yang khusus ini. Lebih-lebih lagi sebahagian daripada mereka adalah seorang hamba yang memeluk Islam setelah menjadi tawanan perang, yang pada hari berikutnya memperolehi keberkatan dan kesucian di dalam rumah yang suci dan mendapati kesediaan untuk mengandung seorang manusia yang maksum dan melahirkannya; ertinya pada sebahagian perkara, kemungkinan ia sebagai seorang muslim, atau boleh jadi tidak termasuk orang yang menerima keesaan Tuhan, sesuai dengan nukilan sejarah yang menyebutkan bahawa termasuk dari golongan ini adalah ibunda daripada Imam Zaman (a.j). Dalam perkara ini beliau tidak termasuk sebagai maksum dalam erti khusus sebagaimana tersebut, kedudukan beliau tidak seperti kedudukan Ahlul Bait, namun kerana ia berada di dalam rumah Imam Maksum, sehingga ia pun mempunyai kelayakan untuk mengandung, melahirkan, menyusui,  dan mendidik seorang juru penyelamat manusia yang dinanti  kemunculannya.

Jawaban Detil

Kemaksuman dari perspektif bahasa ialah keterpeliharaan dan keterjagaan. Adapun secara istilah bererti terpelihara dan terjaga dari pada perbuatan salah, tercela dan dosa. Kesucian dari kesalahan dan perbuatan dosa mempunyai dua kemungkinan. Pertama, adalah pada masa hidupnya (mulai sejak lahir sampai ia meninggal). Seorang maksum tidak melakukan kesalahan dan kelupaan dalam memahami sesuatu, dalam mengajarkan sesuatu, dan dalam melaksanakan hukum syari'at agama Ilahi. Erti khusus kemaksuman ini hanya dapat diperolehi pada diri seorang Nabi dan para Imam (a.s), tak ada satu pun dalil yang boleh menunjukkan bahawa manusia lain pun memiliki kedudukan seperti ini.[1]

 

Kedua, maksum nisbi yang terdapat pada berbagai individu adalah mempunyai darjat kekuatan, kelemahan serta berbeza sifatnya dan boleh bertukar. Dalam urusan agama, setelah melakukan kerja keras, sungguh-sungguh, tepat dan teliti, manusia boleh juga melakukan kesalahan dan boleh juga tidak melakukan kesalahan. Kerana itu, kemaksuman nisbi ini dapat diketahui dengan cara memperhatikan kualiti dan kelemahannya, hal ini dikenali dengan istilah “malakah adalat” (sifat mental manusia untuk berlaku adil) pada manusia; iaitu tak lagi melakukan dosa yang disengaja atau dosa besar.

 

Syiah tidak mengakui kemaksuman khusus pada manusia selain para Nabi dan para Imam (a.s.), namun tidak mengingkari adanya kemaksuman nisbi yang dimiliki oleh manusia selain para Nabi dan para Imam, seperti keturunan nabi dan juga para ulama. Tetapi ini disebabkan demi menjunjung tinggi kehormatan kepada para keturunan Nabi, keturunan para Imam dan seluruh kaum kerabatnya, para ulama yang tulus serta mereka yang memiliki keutamaan. Sementara itu tidak terlihat mereka melakukan dosa dan perbuatan yang tidak senonoh.

 

Begitu juga ibunda para Imam, saudara perempuan dan sudara lelaki mereka; iaitu tidak boleh mereka ini dikaitkan dengan kemaksuman yang bermakna khusus sebagaimana menolak kaitan mereka dengan penderhakaan dan kejahatan. Mengenai ibu-ibu para Imam seperti bonda Imam Mahdi (a.j.), ia juga termasuk dalam kategori ini kerana menurut catatan sejarah, ia adalah seorang hamba yang didapati dalam nukilan sejarah disebutkan bahawa “Malikah (Shaiqal) putri Yasyu’a putera mahkota kaisar Rom dan ibunya adalah salah seorang cucu Syam’un bin Hamun, seorang penerima wasiat Nabi Isa (a.s.) dan sebagai tawanan perang, ia dibeli oleh Imam Hadi (a.s.) untuk diserahkan kepada Imam Hasan ‘Askari (a.s.)”. Menurut nukilan sejarah lain ia disebut sebagai “Seorang hamba yang berada di rumah Hakimah binti Ali Hadi (a.s.) yang kemudian ia serahkan kepada abangnya.”

 

Walau bagaimana pun sebahagian daripada usianya dahulu bukanlah seorang muslim, setelah menjadi tawanan ia memasuki rumah yang penuh keberkatan, lalu ia pun menjadi seorang muslimah dan menerima pendidikan Islam serta bersih dari melakukan perbuatan syirik dan akhirnya dapat menjadi isteri Imam Hasan Askari yang kemudian hamil serta melahirkan seorang manusia maksum. Ini adalah contoh daripada salah seorang ibunda para imam.[2]

 

Tidak diragukan lagi bahawa untuk menjadi seorang ibunda daripada imam maksum, bukan setakat memerlukan kelayakan yang luar biasa, tetapi juga harus memiliki kelebihan yang tinggi, rahim yang suci, ianya merupakan nilai yang khusus dimiliki oleh para imam (a.s). Oleh kerana itu, dalam buku panduan berziarah kepada para maksum kita dapati doa yang menyebutkan bahawa: "Allah telah mencurahkan bantuannya kepadamu dari tulang sulbi yang suci dan berasal daripada kerabat yang suci sehingga kalian disucikan dari najis jahiliyah. Engkau adalah seorang suci lagi disucikan. Ayah-ayah dan Ibu-ibumu adalah manusia suci lagi disucikan".[3]

 

Dalam buku panduan ziarah khusus kepada Imam Zaman (a.j) di Samarra juga terdapat ungkapan doa:

"Salam bagi bonda imam dan juga kepada utusan rahsia dari ilahi, dan pembawa manusia yang paling mulia, salam bagimu wahai yang ucapannya selalu benar yang selalu diredai, salam bagimu wahai seorang yang suci lagi bertakwa, Aku bersaksi bahawa engkau telah mendidik anakmu dengan baik dan telah pula menyampaikan amanah yang engkau pikul. Semoga Allah (s.w.t) reda kepadamu dan membuatmu bahagia dan menjadikan syurga sebagai tempat kembalimu dan peristirahatanmu, Dia telah memberikan kenikmatan dan kemuliaan yang dengannya Dia memampukanmu.[4]

 

Kesimpulannya adalah bahawa Ibunda Imam Zaman (a.j.) itu bukanlah mempunyai kemaksuman khusus seperti yang dimiliki oleh 14 orang para Imam maksum, akan tetapi, setelah beliau memasuki lingkungan tempat Imam Hasan Askari (a.s.) dan menjadi sebahagian daripada keluarga beliau, ia pun akhirnya memiliki tingkat kemaksuman nisbi seperti yang telah dijelaskan di atas, sehingga ia pun akhirnya mempunyai kelayakan untuk mengandung seorang manusia suci secara khusus iaitu Imam Zaman (a.j.), memberikan susu kepadanya, dan menjadi jaminan kepadanya sebagai wanita yang dihormati kedudukan.[]

 

Sumber telaah:

1.     Muhammad Taqi Misbah Yazdi, Ma’ârif Qur’ân, (Rah wa Rahnema Syinasi), jil. 4 dan 5, hal. 147-212.

2.     Muhammad Taqi Misbah Yazdi, Âmuzesy-e ‘Aqâid, jil. 1 dan 2, hal. 232-260, pelajaran 24-26.

3.     Syaikh Abbas Qummi, Mafâtih al-Jinân.

4.     Syaikh Abbas al-Qummi, Muntahâ al-Âmal, hal. 940, 1044-1050.



[1] . Mishbah Yazdi, Muhammad Taqi, Ma’ârif Qur’an (Rah wa Rahnama Syenasi), Jil. 4 dan 5, Hal. 147-212

[2] . Misbah Yazdi, Muhammad Taqi, Âmuzesy ‘Aqâid, Pel. 24-26, jil. 1 dan 2, Hal. 232-360

[3] . Qumi, Syaikh Abbas, Mafâtih al-Jinân, Ziarah Aimah Baqi’ (a.s) dan juga ziarah yang lainnya.

[4] . Ibid, Ziarah orang tua Hadrat Qaim (a.j)

Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai
Sila masukkan nilai

Kategori

Pertanyaan-pertanyaan Acak

  • Oleh kerana Imam Keduabelas Syiah ghaib, maka seluruh konsepsi imamah diragukan?
    1392 Teologi Klasik 2011/06/21
    Berkenaan pertanyaan yang dikemukakan secara global tanpa menyebutkan contoh-contoh tentang  kontradiksi masalah ghaibah dan konsepsi imamah, oleh itu di sini kita harus mengulas tugas-tugas imam, kemudian sesuai atau tidak sesuainya dengan masalah ghaibah menjadi objek analisa kita.Imamah – selaku penerus kenabian dan yang membezakannya dengan kenabian hanyalah masalah wahyu – ...
  • Mengapa Syiah dipandang sebagai ajaran sesat?
    4754 Teologi Klasik 2012/07/18
    Untuk menjelaskan masalah ini, hendaklah diberi perhatian terhadap beberapa noktah penting ini: Sekiranya maksud anda "Syiah" itu ialah perbuatan yang silap yang dilakukan beberapa orang pengikut Syiah, maka sandaran terhadap perbuatan begini adalah jauh dari keadilan. Ini disebabkan: Islam tidak punya aib pada zatnya Setiap yang tercela berasal dari penganutnya Apakah metodologi langsung yang ...
  • Apakah matlamat Allah menciptakan manusia?
    1891 Teologi Klasik 2012/05/17
    Tuhan adalah zat yang Maha Sempurna secara mutlak, suci dari semua kekurangan dan kecacatan, Maha Kaya dari semua kewujudan di alam semesta ini, tidak memerlukan apa pun, sebaliknya makhluk-makhluk-Nya pula ialah mereka yang perlu dan berhajat kepada-Nya. Di sisi lain, dalam kesempurnaan-Nya Allah adalah zat yang Maha Bijaksana dan penuh ...
  • Dimanakah letak kebahagiaan dan kesempurnaan manusia?
    2680 Akhlak Teori 2011/01/01
    Jawapan lengkap untuk pertanyaan ini berada dalam ruang lingkup jawapan terhadap dua pertanyaan asasi berikut ini:1.     Apa erti kebahagiaan? Apakah kebahagiaan tersebut terpisah dari kesempurnaan atau tidak?2.     Apakah pegertian wujud manusia? Adakah ia hanya wujud materi murni sahaja atau …?Yang jelasnya kebahagiaan tidak terlepas dari kesempurnaan, sejauh mana manusia memperoleh ...
  • Mengapa dalam ayat al-Quran secara zahiriah dinyatakan para nabi juga melakukan kesalahan dan tidak ada ayat yang secara zahiriah tentang kemaksuman para nabi?
    1859 Teologi Klasik 2011/05/22
    Sebelum kami menjawab pertanyaan ini, ada beberapa penjelasan dan mukadimah yang kami anggap perlu dijelaskan di sini sebagai berikut:1.     Dengan memperhatikan tema pertanyaan di atas, ia tidak menyebut makna, pembahagian, dan dalil-dalil kemaksuman (kesucian dari segala bentuk dosa dan kesalahan);2.     Terdapat berbagai pendapat dan perselisihan mengenai persoalan kemaksuman yang tidak ...
  • Tolong jelaskan asas pemikiran Syiah dan ciri-cirinya?
    1860 Teologi Klasik 2013/02/16
    Asas pemikiran Syiah dan seluruh sumber maʻārif (jamak bagi perkataan pengetahuan) Syiah adalah al-Qur'an. Syiah melihat seluruh zahir ayat-ayat Al-Qur’an, perilaku dan perbuatan, bahkan diamnya Nabi (s.a.w) sebagai hujjah. Selanjutnya Syiah juga memandang ucapan, perilaku dan diamnya para Imam Maksum juga sebagai hujjah. Di samping al-Qur'an menjelaskan hujjiyah (argumentatif) melalui ...
  • Meskipun Tuhan tahu bahawa ramai manusia yang akan memasuki neraka, mengapakah Tuhan tetap mencipta mereka?
    1532 Teologi Klasik 2012/07/18
    Azab Ilahi merupakan balasan bagi segala perbuatan ikhtiar manusia kerana mereka tidak memanfaatkan perantaraan petunjuk-petunjuk. Mereka juga tidak mendengar seruan samada utusan batin dan utusan zahir. Ilmu Tuhan tentang nasib, cara berinteraksi dan tingkah laku ‘kewujudan’ tidak menjadi sebab timbulnya isu paksaan atas mereka dan sebenarnya pengetahuan Tuhan hanyalah adalah penyingkap ...
  • Berapakah jumlah masyarakat Yahudi Iran dan bagaimanakah sikap kerajaan Iran dengan mereka?
    1695 Undang-undang 2011/01/17
    Di Republik Islam Iran terdapat agama-agama menoriti seperti Yahudi, Kristian, Zarathustra dan sebagainya yang hidup di samping kaum Muslimin. Mengikut data statistik yang disebarkan oleh kaum Yahudi Iran sendiri bahawa jumlah terkini kaum Yahudi (Kalimi) yang hidup[1] di Iran adalah 20 ribu orang. Mereka juga –seperti masyarakat yang lain- memperoleh ...
  • Apakah ajaran Zoroaster termasuk agama Ilahi?
    1808 Teologi Klasik 2011/10/22
    Dengan mendengarkan lagu nyanyian-nyanyian keagamaan mereka, boleh difahami bahawa ajaran Zoroaster pada awalnya adalah ajaran yang mempercayai tauhid (monoteisme). Akan tetapi dengan meneliti lebih dalam kepada ajaran-ajarannya yang tertulis dalam kitab “Avesta”, maka diketahuilah bahawa dalam ajaran itu terdapat dualisme ketuhanan. Tapi sesuai dengan penelitian tarikh, ternyata hal ini baru ...
  • Apakah malam laylatul qadar ada banyak bilangannya? Apakah siang harinya juga temasuk laylatul qadar?
    1105 Tafsir 2013/03/30
    Laylatul qadar adalah malam yang penuh keberkatan dan sangat penting. Sesuai dengan nas ayat al-Qur'an, laylatul qadar terjadi pada bulan Ramadhan. Dalam pertanyaan yang dikemukakan di atas terdapat beberapa kemungkinan seperti berikut: Maksud dari “berapa banyak jumlah” malam laylatul qadar ialah: Malam 19, 21 dan 23 dalam satu tahun sebagaimana yang ...

Populer Hits

  • Apakah sebab-sebab kemunculan berbagai aliran dan mazhab di kalangan kaum muslimin?
    26776 Teologi Klasik 2011/10/22
    Terdapat penyebab yang beragam berkenaan dengan kemunculan pelbagai aliran dan mazhab dalam Islam. Di antaranya adalah ketidakpedulian sekelompok umat Islam terhadap wasiat-wasiat dan ucapan Rasulullah (s.a.w) berkenaan dengan masalah khilafah dan keimamahan Imam Ali (a.s), masuknya para pemeluk agama lain di kalangan umat Islam, percampuran dan pertukaran budaya dengan mereka, ...
  • Mengapa orang Syiah mengerjakan solat dengan tangan lurus? Dan mengapa orang Sunni mengerjakan solat mereka dengan tangan bersedakap?
    8865 Huquq Dan Ahkam 2012/07/18
    Islam adalah agama suci yang diturunkan Allah pada ummat manusia melalui NabiNya, Muhammad al-Musthafa (s.a.w). Islam adalah agama yang satu, dan selama Nabi Muhammad (s.a.w) hidup, semua ajaran dan syari’at yang dibawa Islam masih murni dan tidak ada ruang bagi para musuh Islam memalsukannya. Namun semuanya berubah ketika penjaga utama ...
  • Sandaran (sanad) dua ayat terakhir dari surah at-Taubah dan peristiwa di dalamnya?
    7717 Tafsir 2010/12/29
    Secara umum yang dimaksud dengan "sanad" dari soal yang diajukan sangat tidak jelas dan masih kabur. Dan zahirnya pertanyaan begini tidak memiliki jawapan khusus. Namun boleh jadi tujuan dari pengajuan pertanyaan tersebut adalah ingin memahami sebab-sebab penurunan ayat tersebut (sya'n an-nuzul) atau penafsiran dari ayat yang dimaksudkan. Atau karena adanya ...
  • Apakah tanda-tanda kemunculan Imam Mahdi a.s?
    5867 Teologi Baru 2010/11/14
    Perbahasan tentang kemunculan Imam Mahdi a.s merupakan perbahasan yang agak rumit sehingga memerlukan penelitian secara menyeluruh terhadap topik mahdawiyat, tetapi secara keseluruhan daripada riwayat yang telah digunakan di mana tanda-tanda kemunculannya adalah dapat dilihat dari satu sudut yang terbahagi kepada dua:1.     Tanda-tanda yang pasti sebelum kemunculan adalah: keluarnya kumpulan Sufyani, ...
  • Mengapa orang-orang Jamal (seperti Aisyah, Thalha, Zubair) mengangkat senjata melawan Imam Ali As?
    5411 تاريخ بزرگان 2011/07/21
    Dengan memperhatikan sumber-sumber sejarah, kita akan mengkaji sebab-sebab berlakunya perang Jamal dari kedua belah pihak dan kemudian memberikan penilaian atasnya: A.    Sebab-sebab terjadinya perang Jamal dalam pandangan orang-orang Jamal:1.     Dalam jumlah yang terdapat dalam ucapan-ucapan Aisyah dan Thalha dapat ditegaskan bahawa diantara faktor-faktor terpenting berlakunya perang Jamal adalah kerana ingin menebus ...
  • Jikalau mata dan telinga orang mati terbuka setelah kematian, mengapakah kedua-duanya saling bertanya antara satu sama lain tentang peristiwa-peristiwa selepas kematiannya sendiri?!
    5239 Teologi Klasik 2011/07/18
    Terbukanya pandangan barzakhi setelah kematian merupakan sebuah perkara yang berlaku secara umum; ertinya ketika seluruh manusia mengalami kematian, mereka akan menyaksikan malaikat pencabut nyawa sesuai dengan amal perbuatannya. Mereka bercakap-cakap dan mendengar suaranya. Setelah kematian ia menjelma, dan dalam bentuk terbatas dan sesuai dengan kehidupan barzakhi ia akan dihadirkan di ...
  • Bagaimana Proses terjadinya Hari Kiamat menurut falsafah dan ahli kalam dan dalil-dalil apakah yang digunakan oleh keduanya untuk menyabitkan Hari Kiamat?
    4916 Teologi Klasik 2011/07/19
    Ma'âd bermakna manusia dibangkitkan setelah kematian di mana manusia kembali hidup dan seluruh amal perbuatannya akan diperhitungkan dalam kehidupan baru. Keyakinan ini secara umum dan ringkasnya ialah kesepakatan seluruh ahli kalam dan falsafah ilahi dan seluruh umat Islam beriktikad dengannya menuruti ayat al-Qur'an. Tentang bagaimana proses terjadinya hari kebangkitan, sumber-sumber ...
  • Mengapa Syiah dipandang sebagai ajaran sesat?
    4754 Teologi Klasik 2012/07/18
    Untuk menjelaskan masalah ini, hendaklah diberi perhatian terhadap beberapa noktah penting ini: Sekiranya maksud anda "Syiah" itu ialah perbuatan yang silap yang dilakukan beberapa orang pengikut Syiah, maka sandaran terhadap perbuatan begini adalah jauh dari keadilan. Ini disebabkan: Islam tidak punya aib pada zatnya Setiap yang tercela berasal dari penganutnya Apakah metodologi langsung yang ...
  • Sebenarnya berapa lama proses penurunan Al-Quran baik secara serentak mahupun secara beransur?
    4430 Ulum Al-Quran 2011/08/20
    Turunnya Al-Quran secara serentak (daf’i) berlangsung di bulan Ramadhan, di malam Lailatul Qadar. Sebahagian riwayat memperkuatkan anggapan seperti ini bahawa malam Lailatul Qadar  ialah malam turunnya keseluruhan Al-Quran secara sekaligus dan hal itu terjadi di malam keduapuluh tiga Ramadhan di hari kelimapuluh enam setelah bi’tsat (pengangkatan Nabi (s.a.w) secara rasmi).Ulama ...
  • Apakah orang-orang beriman akan mendapat kenikmatan alam kubur dan orang-orang kafir akan dibalas dengan azab kubur?
    4367 Teologi Klasik 2011/12/19
    Syaikh Mufid dalam kitab Awâil al-Maqâlat-nya, membahagikan manusia menjadi empat bahagian berdasarkan keyakinan dan amalan perbuatan mereka:1.             Orang-orang beriman yang bertakwa2.             Orang yang melakukan dosa tanpa iman dan penentang keras kepala3.             Orang-orang beriman yang melakukan dosa besar dan tidak bertobat. Akan tetapi dosa mereka bukan kerana penentangan dan keras kepala ...

Jejaring