Carian Terperinci
Pengunjung
1664
Tarikh Kemaskini 2012/05/17
Ringkasan pertanyaan
Siapakah dajjāl itu? Berikanlah penjelasan tentangnya dan riwayat-riwayat yang berkaitan dengannya.
soalan
Siapakah dajjāl itu? Berikanlah penjelasan tentangnya dan riwayat-riwayat yang berkaitan dengannya.
Jawaban Global

Salah satu daripada tanda-tanda kemunculan Imam Zaman (a.f.s) adalah keluar dan munculnya sebuah makhluk yang menyesatkan yang bernama "Dajjāl". Dajjāl dari segi bahasa dapat dikatakan kepada setiap pendusta. Terdapat juga definisi sifat-sifat sangat aneh yang berkaitan dengannya yang biasanya ditemukan dalam sumber-sumber Ahlusunnah. Namun oleh kerana sumber-sumber ini selalunya tidak memiliki sanad yang boleh dipercayai, maka kami tidak akan bersandar dengannya.

Betapa kuat peranannya sebagai peribadi yang menyesatkan sehingga kita diberi peringatan untuk menghindari dari setiap faktor yang boleh menyesatkan.

Lalu apakah dia adalah seorang manusia? Teknologi? Iblis? Ataukah … pertanyaan-pertanyaan seperti ini telah menyebabkan terdapatnya berbagai tanggapan tentangnya. Saranan kami ialah jauhilah setiap faktor yang membawa kepada penipuan dan pembohongan, dan jangan pula menjadi penyokongnya sehingga tidak sedar, ternyata kita telah menjadi pengikutnya atau telah terjerumus dalam tipu dayanya!

Jawaban Detil

Salah satu daripada tanda-tanda kemunculan Imam Mahdi (a.j.f)[1] ialah keluarnya individu yang mengerikan bernama Dajjāl. Menurut ahli bahasa, "Dajjāl" dapat dikatakan untuk setiap pembohong walau apa pun bentuknya.

Riwayat (kebanyakannya dapat ditemui dalam sumber-sumber Ahlu Sunnah) menceritakan terdapat berbagai sifat-sifat aneh yang ada padanya. Di antaranya ialah ia mendakwa dirinya sebagai tuhan[2], memiliki umur yang panjang[3], sentiasa disertai oleh air dan api[4], mengubati orang yang buta sehingga dapat melihat, dan menyembuhkan penyakit hawar.[5]

Pada suatu hari Amirul Mukminin Ali (a.s) berkata sebanyak tiga kali dalam salah satu pidatonya, "Tanyalah apa sahaja yang kamu ingin bertanya sebelum kamu kehilanganku." Seorang daripada kalangan orang-orang yang baik bernama Ṣaʻṣaʻah bin Ṣuḥān bangkit dari tempatnya dan bertanya, "Wahai Amirul Mukminin, siapakah Dajjāl itu?"

Dalam menjawab pertanyaan tersebut beliau berkata, "Ketahuilah bahawa namanya adalah Dajjāl al-Ṣā’id bin aṣ-Ṣāʼid. Sungguh malang orang yang mengiyakan dan menerimanya dan sungguh beruntung orang yang menganggapnya sebagai pendusta. Dia (Dajjāl) akan muncul dari sebuah daerah yang terkenal dengan nama "Aṣbaḥān", sebuah daerah yang dihuni orang-orang Yahudi. Kelopak mata kanannya saling melekat tanpa mempunyai lekuk mata (sama rata). Sementara mata yang lainnya terletak di dahi dan memiliki cahaya yang sungguh terang seolah-olah seperti cahaya bintang di pagi hari. Pada matanya terdapat daging yang seakan-akan bercampur dengan darah, di dahinya (iaitu di antara kedua-dua matanya) terdapat tulisan kāfir di mana setiap kitab dan orang-orang buta huruf akan mampu membacanya. Dia mengharungi samudera-samudera dan matahari bergerak bersamanya. Di hadapannya terdapat gunung yang mengepulkan asap dan di belakangnya terdapat gunung berwarna putih yang disangka masyarakat sebagai makanan. Dia muncul pada suatu musim kering yang sangat parah. Di bawah kakinya terdapat seekor keldai berwarna hijau atau berwarna gelap. Setiap langkah kaki keldainya mampu menempuh jarak satu batu. Dia begitu cepat bergerak dan berputar di permukaan bumi. Ketika dia melalui mata air atau air, maka tempat itu akan menjadi kering sehingga hari kiamat tiba. Dengan suara yang sangat keras (sehingga seluruh penghuni yang berada di barat dan timur mendengarnya) ia berteriak, "Datanglah ke arahku, wahai para wali dan para sahabatku! Akulah (tuhan yang) telah menciptakan dan membentuk wajah-wajah, menentukan takdir dan membimbing kalian." Ketahuilah, dia berdusta dengan kata-katanya! Kerana sesungguhnya dia adalah musuh Allah … dan pada akhirnya dia akan dibunuh oleh tangan (Imam Mahdi a.j.f) orang yang memimpin solat yang diikuti oleh Nabi Isa (a.s)."[6]

Tentang siapakah hakikat Dajjāl itu sendiri, untuk sementara ini kami tidak dapat mendapatkan keputusan yang penghabisan, namun dalam masalah ini, secara ringkas terdapat beberapa tanggapan dan kemungkinan berikut:

  1. Dajjāl merupakan individu hakiki yang melakukan perkara-perkara luar biasa yang berbentuk sihir. Ia muncul pada akhir zaman selaku sumber fitnah yang luar biasa dan besar bagi umat manusia, sebagaimana hal ini dilihat dengan jelas dari makna dari segi bahasa bahawa perkataan dajjāl itu sendiri. Ia merupakan individu penyihir yang memiliki berbagai prasarana material. Sebahagian riwayat menyebutnya sebagai "Masīh kesesatan" yang bertentangan dengan "Masīh kebenaran", iaitu Nabi Isa (a.s).

Dia mula melakukan aksinya untuk melawan Imam Zaman (a.j.f) pada zaman kemunculan beliau, dengan istilah lain, dia mengibarkan benderanya sendiri pada masa kemunculan Imam (a.j.f). Ia merupakan salah satu daripada orang-orang yang berumur panjang yang sebenarnya pada saat ini pun telah ada dan akan tetap hidup sehingga kemunculannya. Dia juga akan menguasai seluruh dunia kecuali Mekah dan Madinah.[7]

  1. Yang dimaksud dengan Dajjāl adalah Iblis.
  2. Yang dimaksud dengan Dajjāl adalah Sufyāni.
  3. Dajjāl sebenarnya lebih berdimensikan simbol dan kod.
  4. Dajjāl merupakan simbol dari puncak tamadun dan teknik Barat yang mengoyak dan mengancam Islam serta dasar-dasarnya. Ia sebuah tamadun yang merancang untuk memerintah akan cuba menakluki setiap manusia. Dengan jelas kita dapat menyaksikan bagaimana tamadun dan teknik materialist Barat telah mampu menguasai seluruh lapisan masyarakat pada saat ini, bahkan termasuk kaum muslimin juga.[8][]

 

 

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih jauh mendalam sila rujuk:

Dajjāl Durugh-gu-ye Faribandeh, Fashlnomeh Mau'ud, No. 4.

 


[1] . Sudah tentu di dalam kitab Ahlusunnah tanda ini dikenali sebagai salah satu daripada tanda-tanda akan terjadi hari kiamat (Sunan Tarmudzi, jil. 4, hal. 507-519; Sunan Abi Daud, jil. 4, hal 115; Shahih Muslim, jil. 8, hal. 46-81), akan tetapi dalam sumber-sumber riwayat Syiah juga disebutkan bahwa tanda ini merupakan salah satu daripada tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat (Biharul Anwar, jil. 6, hal. 296, bab 1) selain itu juga dianggap sebagai tanda-tanda kemunculan Imam Zaman (a.j.f). Sudah tentu ada persamaan antara tanda-tanda kemunculan yang juga merupakan tanda-tanda kebangkitan tidak terdapat pertentangan, kerana kemunculan Imam Zaman (a.j.f) itu sendiri merupakan tanda-tanda akhir zaman.

[2] . Sunan Ibnu Majah, jil. 2, hal. 1360.

[3] . Shahih Muslim, jil. 8, hal. 205.

[4] . Shahih Bukhāri, jil. 8, hal. 103.

[5] . Musnad Ahmad, jil. 5, hal. 13.

[6] . Muntakhābul Ātsār, Luthfullah, Shafi, bab 3, hal 532, hadis ke 8.

Dalam sebahagian riwayat dikatakan bahawa akhirnya dia tewas di tangan Isa Al-Masih (a.s) (Biharul Anwar, jil. 14, hal. 348, bab 24) atau dikatakan pula bahwa akhirnya dia tewas di tangan Nabi Isa (a.s) di samping pintu gerbang "Lad" di daerah Syam. Untuk keterangan lebih lengkap sila rujuk: Bihārul Anwār, jil. 52, hal. 193 dan 209, Kamāluddin, 525 dan 526, Kasyful Ghummah, jil. 3, hal. 281; Al-Masāilul 'Asyr, telah dicetak pada Mushnaf-mushnaf Syeikh Thusi, jil. 3, hal. 122; Irsyād, jil. 2, hal. 271; Kanzul Ummal, jil. 14, hal. 198-200.

Sudah tentu kedua-dua ta'bir ini tidak memiliki perbezaan iaitu Nabi Isa (a.s) berada di sisi Imam Mahdi (a.f.j) dan aktiviti-aktiviti peperangan diserahkan kepada pemimpin perang.

[7] . Al-Faqih, jil. 2, hal. 564, bab Tahrimul Madinah wa Fadhlaha …; At-Tahdzib, jil. 6, hal. 12, bab 5, Tahrimul Madinah wa Fadhlaha.

[8] . Tārikh Ma Ba'da adz-Dzuhur, Sayyid Muh. Shadiq, Shadr, hal. 141-142, dengan nukilan dan memanfaatkan: Mau'ud Syināsi, Ali Ashgar Radhawi, Nasyr Masjid Jamkaron, hal. 533.

 

Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai
Sila masukkan nilai

Kategori

Pertanyaan-pertanyaan Acak

  • Apakah Nabi (s.a.w) dan para imam (a.s) melakukan praktik mut’ah?
    1676 Huquq Dan Ahkam 2011/11/23
    Sebelum menjawab pertanyaan ini, haruslah diperhatikan bahawa apabila sebuah perkara itu diperbolehkan dan kebolehannya telah ditetapkan oleh al-Qur’an dan Sunnah, maka hal itu tidak lagi memerlukan perbuatan para maksum kerana makna boleh bagi sebuah amalan ialah bermakna bahawa mukallaf bebas memilih untuk melakukan perbuatan tersebut atau meninggalkannya.Akan tetapi, apakah jenis ...
  • Mengapa orang-orang Jamal (seperti Aisyah, Thalha, Zubair) mengangkat senjata melawan Imam Ali As?
    5481 تاريخ بزرگان 2011/07/21
    Dengan memperhatikan sumber-sumber sejarah, kita akan mengkaji sebab-sebab berlakunya perang Jamal dari kedua belah pihak dan kemudian memberikan penilaian atasnya: A.    Sebab-sebab terjadinya perang Jamal dalam pandangan orang-orang Jamal:1.     Dalam jumlah yang terdapat dalam ucapan-ucapan Aisyah dan Thalha dapat ditegaskan bahawa diantara faktor-faktor terpenting berlakunya perang Jamal adalah kerana ingin menebus ...
  • Apakah Imam ‘Ali (a.s) memiliki isteri yang lain selama Sayidah Zahra (a.s) masih hidup?
    1769 تاريخ بزرگان 2011/12/19
    Sesuai dengan apa yang disebutkan oleh kitab-kitab sejarah bahawa isteri pertama Amirul Mukminin Ali (a.s) adalah Sayidah Fatimah. Di zaman hayat Sayidah Zahra, Imam ‘Ali (a.s) tidak menikah dengan wanita lain. Oleh kerana salah satu wasiat Hadhrat Zahra (a.s) iaitu beliau hendaklah menikah dengan Amamah binti ‘Ash yang pada hakikatnya ...
  • Apa hubungan antara wahdatul wujud dalam pandangan Ibnu Arabi dan Falsafah Hikmah Mulla Shadra?
    2965 Irfan Teori 2011/12/19
    Meskipun wahdatul wujud sebelum Ibnu Arabi terkemuka di kalangan kebanyakan urafa tetapi tidak dapat diragukan bahawa pandangan Ibnu Arabi yang lebih menonjol dalam hal ini.Makna wahdatul wujud Wahdatul wujud dalam pandangan urafa (plural dari arif) dan Ibnu Arabi bukanlah wahdatul wujud konsepsi (mafhum), melainkan yang dimaksud dengan wahdatul wujud adalah ...
  • Apakah perbezaan antara wilāyatul faqih mutlak dan wilāyatul faqih?
    1237 Huquq Dan Ahkam 2011/11/23
    Kekuasaan-kekuasaan wali faqih dapat dikaji dalam dua paksi berikut:Wali faqih memiliki wilāyah atas orang ramai.Wali faqih memiliki kuasa atas berbagai urusan.Apabila autoriti wali faqih kita anggap tidak terbatas pada beberapa orang tertentu (seperti orang gila, anak yatim dan sebagainya) dan kekuasanya tidak terhad pada urusan-urusan seperti (pengadilan dan fatwa) maka ...
  • Apa saja ciri-ciri darah haidh dan darah istihadha itu?
    1953 Haid dan Nifas 2013/06/09
    Darah haidh pada umumnya kental, hangat dan warnanya merah cenderung hitam atau kuning serta keluar dengan tekanan dan agak panas.[1] Wanita yang mengeluarkan darah seperti ini dari rahimnya disebut wanita haidh (hâidh). Adapun darah istihadhah ghalibnya berwarna kuning dan dingin serta keluar tanpa tekanan dan tidak panas. Demikian juga tidak kental. ...
  • Apakah wahyu itu? Dan bagaimanakah wahyu itu diturunkan kepada para nabi?
    2649 Tafsir 2011/01/01
    Wahyu dari sudut bahasa bererti isyarah -petunjuk- cepat yang boleh diketogorikan dari jenis perkataan, atau dari kod-kod percakapan, atau dari bentuk suara yang "tunggal", baik dalam bentuk suara yang tersusun atau dalam bentuk tanda dan seumpamanya.Makna-makna dan penggunaan-penggunaan yang berbeza-beza dari kalimat ini dalam al-Quran telah mengajak kita untuk memerhatikan ...
  • Bagaimana pandangan Islam tentang perniagaan dan perdagangan dengan sistem Network Marketing (NM) yang digagas oleh compensation plan?
    2500 Huquq Dan Ahkam 2011/11/23
    Perniagaan dan perdagangan dengan sistem elektronik sebagaimana yang mereka jelaskan, adalah perniagaan dan perdagangan tanpa perantara atau broker di mana pembeli barang atau pembeli perkhidmatan melakukan urusniaga melalui internet. Perniagaan dan perdagangan seperti ini jika dilihat dari sisi penggunaan sarana elektronik, kemudahan dan kecepatannya dalam melakukan urusniaga, maka ianya tidak ...
  • Mengapa Allah (s.w.t) tidak memberikan petunjuk kepada orang-orang fasik?
    2788 Teologi Klasik 2012/07/18
    Petunjuk (hidayah) terbahagi menjadi beberapa bahagian: Petunjuk takwīnī yang bersifat umum iaitu fitrah tauhid; ertinya petunjuk primer yang dimanfaatkan oleh seluruh manusia. Berdasarkan ajaran-ajaran al-Qur'an, pada peringkat pertama Allah (s.w.t) menganugerahkan petunjuk-Nya kepada seluruh manusia dan membuka jalan bagi mereka untuk mencapai kebahagiaan dan kesenangan melalui fitrah dan syariat. Petunjuk takwīnī yang ...
  • Apa yang menjadi latar belakang penolakan agamawan atas doktrin wahdat al-wujud?
    1713 Irfan Teori 2011/08/20
    Wahdat al-wujud adalah gagasan yang paling fundamental dalam lapangan irfan. Menurut pandangan dunia irfan seperti dalam mazhab Ibnu Arabi, wahdat al-wujud adalah doktrin yang paling pokok. Doktrin ini mengatakan bahawa wujud hakiki, hakikat yang realiti adalah tunggal dan  azali dan wujud itu adalah kewujudan Allah (s.w.t). Sementara kewujudan- kewujudan yang lain ...

Populer Hits

  • Apakah sebab-sebab kemunculan berbagai aliran dan mazhab di kalangan kaum muslimin?
    27268 Teologi Klasik 2011/10/22
    Terdapat penyebab yang beragam berkenaan dengan kemunculan pelbagai aliran dan mazhab dalam Islam. Di antaranya adalah ketidakpedulian sekelompok umat Islam terhadap wasiat-wasiat dan ucapan Rasulullah (s.a.w) berkenaan dengan masalah khilafah dan keimamahan Imam Ali (a.s), masuknya para pemeluk agama lain di kalangan umat Islam, percampuran dan pertukaran budaya dengan mereka, ...
  • Mengapa orang Syiah mengerjakan solat dengan tangan lurus? Dan mengapa orang Sunni mengerjakan solat mereka dengan tangan bersedakap?
    8963 Huquq Dan Ahkam 2012/07/18
    Islam adalah agama suci yang diturunkan Allah pada ummat manusia melalui NabiNya, Muhammad al-Musthafa (s.a.w). Islam adalah agama yang satu, dan selama Nabi Muhammad (s.a.w) hidup, semua ajaran dan syari’at yang dibawa Islam masih murni dan tidak ada ruang bagi para musuh Islam memalsukannya. Namun semuanya berubah ketika penjaga utama ...
  • Sandaran (sanad) dua ayat terakhir dari surah at-Taubah dan peristiwa di dalamnya?
    7822 Tafsir 2010/12/29
    Secara umum yang dimaksud dengan "sanad" dari soal yang diajukan sangat tidak jelas dan masih kabur. Dan zahirnya pertanyaan begini tidak memiliki jawapan khusus. Namun boleh jadi tujuan dari pengajuan pertanyaan tersebut adalah ingin memahami sebab-sebab penurunan ayat tersebut (sya'n an-nuzul) atau penafsiran dari ayat yang dimaksudkan. Atau karena adanya ...
  • Apakah tanda-tanda kemunculan Imam Mahdi a.s?
    5992 Teologi Baru 2010/11/14
    Perbahasan tentang kemunculan Imam Mahdi a.s merupakan perbahasan yang agak rumit sehingga memerlukan penelitian secara menyeluruh terhadap topik mahdawiyat, tetapi secara keseluruhan daripada riwayat yang telah digunakan di mana tanda-tanda kemunculannya adalah dapat dilihat dari satu sudut yang terbahagi kepada dua:1.     Tanda-tanda yang pasti sebelum kemunculan adalah: keluarnya kumpulan Sufyani, ...
  • Mengapa orang-orang Jamal (seperti Aisyah, Thalha, Zubair) mengangkat senjata melawan Imam Ali As?
    5481 تاريخ بزرگان 2011/07/21
    Dengan memperhatikan sumber-sumber sejarah, kita akan mengkaji sebab-sebab berlakunya perang Jamal dari kedua belah pihak dan kemudian memberikan penilaian atasnya: A.    Sebab-sebab terjadinya perang Jamal dalam pandangan orang-orang Jamal:1.     Dalam jumlah yang terdapat dalam ucapan-ucapan Aisyah dan Thalha dapat ditegaskan bahawa diantara faktor-faktor terpenting berlakunya perang Jamal adalah kerana ingin menebus ...
  • Jikalau mata dan telinga orang mati terbuka setelah kematian, mengapakah kedua-duanya saling bertanya antara satu sama lain tentang peristiwa-peristiwa selepas kematiannya sendiri?!
    5342 Teologi Klasik 2011/07/18
    Terbukanya pandangan barzakhi setelah kematian merupakan sebuah perkara yang berlaku secara umum; ertinya ketika seluruh manusia mengalami kematian, mereka akan menyaksikan malaikat pencabut nyawa sesuai dengan amal perbuatannya. Mereka bercakap-cakap dan mendengar suaranya. Setelah kematian ia menjelma, dan dalam bentuk terbatas dan sesuai dengan kehidupan barzakhi ia akan dihadirkan di ...
  • Bagaimana Proses terjadinya Hari Kiamat menurut falsafah dan ahli kalam dan dalil-dalil apakah yang digunakan oleh keduanya untuk menyabitkan Hari Kiamat?
    4972 Teologi Klasik 2011/07/19
    Ma'âd bermakna manusia dibangkitkan setelah kematian di mana manusia kembali hidup dan seluruh amal perbuatannya akan diperhitungkan dalam kehidupan baru. Keyakinan ini secara umum dan ringkasnya ialah kesepakatan seluruh ahli kalam dan falsafah ilahi dan seluruh umat Islam beriktikad dengannya menuruti ayat al-Qur'an. Tentang bagaimana proses terjadinya hari kebangkitan, sumber-sumber ...
  • Mengapa Syiah dipandang sebagai ajaran sesat?
    4823 Teologi Klasik 2012/07/18
    Untuk menjelaskan masalah ini, hendaklah diberi perhatian terhadap beberapa noktah penting ini: Sekiranya maksud anda "Syiah" itu ialah perbuatan yang silap yang dilakukan beberapa orang pengikut Syiah, maka sandaran terhadap perbuatan begini adalah jauh dari keadilan. Ini disebabkan: Islam tidak punya aib pada zatnya Setiap yang tercela berasal dari penganutnya Apakah metodologi langsung yang ...
  • Sebenarnya berapa lama proses penurunan Al-Quran baik secara serentak mahupun secara beransur?
    4466 Ulum Al-Quran 2011/08/20
    Turunnya Al-Quran secara serentak (daf’i) berlangsung di bulan Ramadhan, di malam Lailatul Qadar. Sebahagian riwayat memperkuatkan anggapan seperti ini bahawa malam Lailatul Qadar  ialah malam turunnya keseluruhan Al-Quran secara sekaligus dan hal itu terjadi di malam keduapuluh tiga Ramadhan di hari kelimapuluh enam setelah bi’tsat (pengangkatan Nabi (s.a.w) secara rasmi).Ulama ...
  • Apakah orang-orang beriman akan mendapat kenikmatan alam kubur dan orang-orang kafir akan dibalas dengan azab kubur?
    4426 Teologi Klasik 2011/12/19
    Syaikh Mufid dalam kitab Awâil al-Maqâlat-nya, membahagikan manusia menjadi empat bahagian berdasarkan keyakinan dan amalan perbuatan mereka:1.             Orang-orang beriman yang bertakwa2.             Orang yang melakukan dosa tanpa iman dan penentang keras kepala3.             Orang-orang beriman yang melakukan dosa besar dan tidak bertobat. Akan tetapi dosa mereka bukan kerana penentangan dan keras kepala ...

Jejaring