Carian Terperinci
Pengunjung
12107
Tarikh Kemaskini 2007/11/20
Ringkasan pertanyaan
Mengapa orang Syiah mengerjakan solat dengan tangan lurus? Dan mengapa orang Sunni mengerjakan solat mereka dengan tangan bersedakap?
soalan
Mengapakah orang Syiah mengerjakan solat dengan tangan lurus dan Sunni melakukannya dengan tangan sedakap? Apakah tatacara yang diseru oleh Nabi? Apakah ada dalilnya?
Jawaban Global

Islam adalah agama suci yang diturunkan Allah pada ummat manusia melalui NabiNya, Muhammad al-Musthafa (s.a.w). Islam adalah agama yang satu, dan selama Nabi Muhammad (s.a.w) hidup, semua ajaran dan syari’at yang dibawa Islam masih murni dan tidak ada ruang bagi para musuh Islam memalsukannya. Namun semuanya berubah ketika penjaga utama syari’at Ilahi ini meninggal dunia. Musuh-musuh Islam menemukan cara untuk memusnahkan Islam dengan berbagai cara. Ini bukan hanya menyebabkan perpaduan Islam terancam, bahkan ajaran-ajaran murninya cuba dicemari hingga ke hari ini. Ini berlaku pada semua ajaran Islam, bahkan pada syari’at Islam yang paling pertama dan utama, iaitu solat!

Syiah Imamiyah mengerjakan solat mereka dengan tangan lurus kerana mengikuti tata-cara solat Rasulullah (s.a.w) dan para imam maksum (a.s) yang merupakan orang terdekat dan paling mengerti tentang kehidupan Rasulullah kerana mereka adalah keluarga Rasulullah sendiri. Terdapat banyak sekali riwayat-riwayat yang menukil tatacara solat Nabi (s.a.w) semenjak awal hingga akhir dalam tradisi Syi’ah Imamiyah, iaitu Rasulullah (s.a.w) dan para Imam Maksum menunaikan solatnya dengan tangan mereka lurus di pinggang. Selain itu menutup tangan ketika mengerjakan solat adalah mirip dengan apa yang dilakukan oleh orang-orang Majusi dalam ibadah mereka.

Jawaban Detil

Lebih dari itu, sejarah menyebutkan bahawa tidak terdapat riwayat yang menukil tentang Nabi (s.a.w) yang bersedakap tangan tatkala menunaikan solat. Bagaimanapun, amalan bersedakap tangan tatkala solat merupakan sebuah peristiwa yang terjadi setelah kewafatan Rasulullah (s.a.w) di zaman khalifah kedua. Atas alasan inilah, Ahlusunnnah mengerjakan solat mereka dengan tangan bersedakap. Ini pun tidak semua pengikut Ahlusunnah yang melakukannya, ada sebahagian daripada mereka yang tidak mengerjakan demikian.

Meletakkan tangan di atas tangan merupakan sebuah cara yang tidak ada pada zaman Rasulullah (s.a.w) dan bagidinda sendiri menunaikan solatnya dengan tangan lurus.[1] Oleh kerana Syiah mengikuti Nabi (s.a.w) dan para imam maksum (a.s) dalam seluruh solat, maka mereka mengerjakan solat dengan cara seperti ini. Selain itu bersedakap tangan tatkala mengerjakan solat merupakan sebuah bid'ah yang dilakukan setelah wafatnya Rasulullah (s.a.w); ertinya amalan solat sedemikian tidak terdapat pada zaman Rasulullah (s.a.w) dan terjadi di zaman khalifah kedua. Semenjak zaman khalifah kedua, keadaan seperti ini berlaku[2] dan dewasa ini majoriti Ahlusunnah mengerjakan solat mengikuti tatacara solat khalifah kedua,[3] bukan mengikuti tatacara solat yang diajar oleh Rasulullah (s.a.w).

Selain tidak pernah diajar oleh Rasulullah, para imam maksum (a.s) mengatakan bahawa tatacara solat seperti ini adalah tatacara ibadah yang mirip dengan tatacara ibadah orang-orang kafir dan kaum Majusi, kerana itulah mereka melarangnya. Para imam maksum (a.s) memerintahkan Syiah untuk mengerjakan solat mereka mengikut tatacara solat Nabi (s.a.w) iaitu dengan tangan bersedakap.

Hadis Abi Hamid Sa'idi menyatakan seluruh perbuatan Nabi (s.a.w) ketika menunaikan solat dari takbiratul iḥram hingga salam, namun dalam riwayat itu tidak disebutkan sedikit pun amalan bersedakap tangan dalam solat Nabi (s.a.w). Abu Hamid Sa'idi berkata, selepas takbir Rasulullah (s.a.w) menurunkan tangannya (meluruskan) dan mendekatkannya ke sisi beliau.[4] Kita sudah sedia maklum, seandainya bersedakap tangan adalah amalan mustahab, tidak mungkin Nabi (s.a.w) meninggalkan amalan mustahab (dianjurkan) sepanjang riwayat hidup baginda.

Demikian juga Hammad bin 'Isa meminta Imam Shadiq (a.s) untuk mengajarkan tatacara solat yang benar dan sempurna kepadanya. Ketika itu Imam Shadiq (a.s) berdiri mengadap kiblat dan mengerjakan seluruh amalan mustahab. Setelah beliau melakukan takbiratul ihram dan memulakannya dengan bacaan solat dan melanjutkannya sehingga menutup solat dengan salam (sebagaimana solat yang dikerjakan oleh orang Syiah hingga hari ini).[5] Dalam riwayat ini, Imam Shadiq (a.s) mengajarkan tatacara solat Rasulullah (s.a.w) kepada Hammad bin Isa dan tidak disebut keadaan tangan bersedakap atau tangan di atas tangan. Sekiranya amalan demikian merupakan sunnah, maka sudah tentu Imam Shadiq (a.s) menjelaskan masalah tersebut.

Demikian juga, banyak riwayat yang dinukil dari para imam maksum (a.s) yang mengatakan: "Amalan (bersedakap tangan) adalah mirip dengan perbuatan orang Majusi dan orang-orang kafir. Amalan seperti ini tidak boleh dilakukan. Di sini kita akan menyebutkan beberapa riwayat lain untuk menegaskan hal tersebut:

  1. Diriwayatkan dari Muhammad bin Muslim, daripada Imam Shadiq (a.s) atau Imam Baqir (a.s) bersabda: "Aku berkata: Seseorang meletakkan tangannya dalam solat (dan dikisahkan) tangan kanan di atas tangan kiri? Imam bersabda: "Perbuatan tersebut adalah menutup (al-takfir) dan tidak boleh dilakukan."[6]
  2. Diriwayatkan oleh Zurarah, daripada Abi Ja'far sesungguhnya beliau bersabda: "Dan hendaklah tangan kalian lurus dalam solatmu dan janganlah engkau bersedakap kerana orang-orang Majusi melakukan hal tersebut (dalam ibadah mereka).[7]
  3. Diriwayatkan daripada Shaykh Shaduq dengan menyandarkannya kepada Ali (a.s) sesungguhnya beliau berkata: "Hendaklah kaum muslim tidak mendakapkan tangannya dalam solatnya ketika ia berdiri di antara tangan Tuhan dan (perbuatan ini) mirip dengan orang kafir iaitu Majusi.[8][]

Untuk telaah lebih jauh kami persilakan anda untuk merujuk:

Al-Inṣāf fī Masāil Dama fiha al-Khilāf, Ayatullah Syaikh Ja'far Subhani, jil. 1, hal. 169-193

 


[1]. Hadis yang berkenaan dengan masalah ini segera akan dijelaskan pada bahagian berikutnya.  

[2]. Bukti dari perkara ini adalah hadis Sahl bin Sa'ad yang diriwayatkan oleh Bukhari: "Dulu orang-orang diperintahkan untuk meletakkan tangan kananya di atas lengan tangan kirinya dalam shalat (Fath al-Bāri fī Syarh Shahîh al-Bukhāri, jil. 2, hal. 224). Sekarang apabila Nabi (s.a.w) memerintahkan untuk menutup tangan maka tidak ada maknanya ketika disebutkan (dalam hadis tersebut): "Dulu orang-orang diperintahkan" teks tersebut bukan berbunyi: "Dulu Nabi (s.a.w) memerintahkan."  

[3]. Mazhab Hanafi, Syafi'i dan Hanbali memandang bersedakap tangan sebagai sunnah dan mustahab (dianjurkan) akan tetapi Maliki menganggap bahwa tangan lurus sebagai sunnah. Al-Fiqh 'ala al-Madzhāhib al-Khamsah, hal. 110.  

[4]. Sunan Baihaqî, jil. 2, hal. 72, 73, 101 dan 102; Sunan Abî Daud, jil. 1, hal. 194.  

[5]. Syaikh Hurr al-Amili, Al-Wasā'il, jil. 4, bab 1, Min Abwāb Af'āl al-Shalat, hadis pertama.

[6]. Syaikh Hurr al-Amili, Al-Wasā'i, jil. 4, bab 15, Min Abwāb Qawāthi' al-Ṣalāt, hadis pertama.

[7]. Syaikh Hurr al-Amili, Al-Wasā'il, jil. 4, bab 15, Min Abwāb Qawāthi' al-Ṣalāt hadis 2, 3, dan 7.

[8]. Ja'far Subhani, Fiqh al-Syiah al-Imāmiyah wa Mawādhi' al-Khilāf Bainahu wa baina al-Madzhāib al-Arba', hal. 183.

 

Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai
Sila masukkan nilai

Kategori

Pertanyaan-pertanyaan Acak

  • Apakah tugas Imam Mahdi (a.s) setelah kemunculannya? Benarkah Imam Mahdi (a.s) akan syahid di tangan seorang perempuan tua berjambang?
    2700 Teologi Klasik 2011/05/22
    Kelak, Imam Mahdi (a.s) dengan izin Allah dan dengan segala sarana spiritual mahupun material yang terancang, akan merealisasikan pemerintahan di mana dunia penuh keadilan yang merupakan cita-cita terbesar kemanusiaan. Dengan demikian, manusia dengan kemuliaan dan kebebasan akan mencapai kehidupan Ilahi. Imam Mahdi (a.s) akan diperkenalkan kepada seluruh masyarakat dunia melalui ...
  • Apakah malam laylatul qadar ada banyak bilangannya? Apakah siang harinya juga temasuk laylatul qadar?
    2291 Tafsir 2013/03/30
    Laylatul qadar adalah malam yang penuh keberkatan dan sangat penting. Sesuai dengan nas ayat al-Qur'an, laylatul qadar terjadi pada bulan Ramadhan. Dalam pertanyaan yang dikemukakan di atas terdapat beberapa kemungkinan seperti berikut: Maksud dari “berapa banyak jumlah” malam laylatul qadar ialah: Malam 19, 21 dan 23 dalam satu tahun sebagaimana yang ...
  • Apakah Nabi (s.a.w) dan para imam (a.s) melakukan praktik mut’ah?
    2413 Huquq Dan Ahkam 2011/11/23
    Sebelum menjawab pertanyaan ini, haruslah diperhatikan bahawa apabila sebuah perkara itu diperbolehkan dan kebolehannya telah ditetapkan oleh al-Qur’an dan Sunnah, maka hal itu tidak lagi memerlukan perbuatan para maksum kerana makna boleh bagi sebuah amalan ialah bermakna bahawa mukallaf bebas memilih untuk melakukan perbuatan tersebut atau meninggalkannya.Akan tetapi, apakah jenis ...
  • Mengapa redaksi “al-Qurba” pada ayat 23 surah Syura anda simpulkan sebagai Ahlulbait (a.s)?
    2524 Teologi Klasik 2011/06/14
    Apabila maksud pembicara dari sebuah redaksi atau kata-kata yang digunakan di dalamnya tidak jelas pada setiap kedudukan dan kalimat, maka ia harus dilihat pada petunjuk-petunjuk (qarāin) yang dapat menjelaskan maksud dari ucapannya itu. Berkenaan dengan ayat 23 surah al-Syura “Qul laa as’alukum ‘alaih ajran illa mawaddata fil qurbah” ianya terdapat ...
  • Apa jalan yang sesuai dan berkesan sehingga kita dapat menyatukan ilmu dan amal?
    1807 Akhlak Praktikal 2011/10/22
    Prinsip-prinsip Islam menegaskan bahawa ilmu dan pengetahuan akan bermakna dan bermanfaat tatkala disertai dengan amal kebaikan. Namun apa yang kita saksikan ialah sebahagian orang berilmu memandang mudah dalam mengerjakan amal soleh. Boleh jadi hal ini bersumber dari berbagai dalil. Di antara dalil tersebut adalah mereka hanya mempelajari banyak terminologi dan ...
  • Apakah argumen rasional dan argumen fitrah yang tersedia dalam menetapkan ma’ād ?
    2012 Teologi Klasik 2011/05/09
    Untuk menjawab persoalan ini, ada baiknya andai kita menjawabnya dengan pendekatan falsafah, baik melalui pendekatan falsafah peripatetik, falsafah iluminasi dan falsafah hikmah. Demikian juga dengan pendekatan kalam dan irfan ia akan menjadi lebih jelas. Luasnya pembahasan ini yang dikemukakan oleh para ilmuan meliputi pembahasan seperti  imkan (kontingen), tsubut (realiti), itsbat ...
  • Bagaimana dapat dibuktikan bahawa penutupan agama adalah sempurna?
    2050 Teologi Klasik 2011/07/18
    Pertamanya kita harus ketahui makna kalimah “کامل” adalah sempurna dan lawannya ialah “cacat.” Secara umumnya ketika kita mendakwa Islam sebagai agama sempurna maka ianya tidak ada cacat cela. Dengan ungkapan yang lebih baik ialah apa sahaja yang menjadi kelaziman untuk mencapai sebuah kehidupan bahagia duniawi dan ukhrawi. Kerana itu, agama ...
  • Apa makna muslihat Allah swt yang disebutkan dalam al-Quran?
    3426 Ulum Al-Quran 2010/11/14
    "Muslihat" bermakna mengurus dan memikirkan  alternatif dalam perbuatan-perbuatan baik atau buruk. Dan atas alasan ini penggunaannya dalam al-Quran juga telah menggunakan "السَّیئ"bersama dengan keterangan.Muslihat Ilahi: Terdapat banyak ayat yang kalimahnya “muslihat” telah dinisbatkan  Allah swt dan maksud ayat-ayat tersebut adalah Allah swt mengurus kesemuanya kerana  Dia merupakan pemilik yang mengurus ...
  • Apakah hakikat dosa? Apa pengaruhnya terhadap roh dan jiwa manusia?
    3478 Akhlak Praktikal 2012/04/15
    Jawapan untuk pertanyaan di atas mempunyai 4 bahagian: Hakikat dosa: Dosa dalam bahasa Arab disebut dengan ʼithm dan ‘iṣyān (اثم و عصيان). Dosa dengan pengertian ini memiliki makna berpaling dari perintah tuan, melakukan kesalahan dan kesilapan. Seorang pelaku dosa menuruti syahwat dan kemarahan sebagai ganti mengikuti akal. Dalam keadaan ini, mungkin ...
  • Dengan mengamati beberapa pertentangan antara sains dan agama, maka apakah kaitan antara keduanya?
    2405 Teologi Baru 2012/04/15
    Saya mempunyai pertanyaan tentang perkara di bawah ini: Tidakkah menurut pemahaman secara teoritis, agama mempunyai asas emosi? Sedangkan sumber ilmu adalah pemahaman akal dan empirikal? Namun sejak pensyariatan agama bermula, hari ini agama semakin mengalami penambahan dan berbaur dengan budaya-budaya masyarakat yang berinteraksi dengannya, yang kemudian menjadi penyebab dasar-dasar asasinya bersatu ...

Populer Hits

  • Apakah sebab-sebab kemunculan berbagai aliran dan mazhab di kalangan kaum muslimin?
    36046 Teologi Klasik 2011/10/22
    Terdapat penyebab yang beragam berkenaan dengan kemunculan pelbagai aliran dan mazhab dalam Islam. Di antaranya adalah ketidakpedulian sekelompok umat Islam terhadap wasiat-wasiat dan ucapan Rasulullah (s.a.w) berkenaan dengan masalah khilafah dan keimamahan Imam Ali (a.s), masuknya para pemeluk agama lain di kalangan umat Islam, percampuran dan pertukaran budaya dengan mereka, ...
  • Mengapa orang Syiah mengerjakan solat dengan tangan lurus? Dan mengapa orang Sunni mengerjakan solat mereka dengan tangan bersedakap?
    12107 Huquq Dan Ahkam 2012/07/18
    Islam adalah agama suci yang diturunkan Allah pada ummat manusia melalui NabiNya, Muhammad al-Musthafa (s.a.w). Islam adalah agama yang satu, dan selama Nabi Muhammad (s.a.w) hidup, semua ajaran dan syari’at yang dibawa Islam masih murni dan tidak ada ruang bagi para musuh Islam memalsukannya. Namun semuanya berubah ketika penjaga utama ...
  • Sandaran (sanad) dua ayat terakhir dari surah at-Taubah dan peristiwa di dalamnya?
    10238 Tafsir 2010/12/29
    Secara umum yang dimaksud dengan "sanad" dari soal yang diajukan sangat tidak jelas dan masih kabur. Dan zahirnya pertanyaan begini tidak memiliki jawapan khusus. Namun boleh jadi tujuan dari pengajuan pertanyaan tersebut adalah ingin memahami sebab-sebab penurunan ayat tersebut (sya'n an-nuzul) atau penafsiran dari ayat yang dimaksudkan. Atau karena adanya ...
  • Apakah tanda-tanda kemunculan Imam Mahdi a.s?
    9617 Teologi Baru 2010/11/14
    Perbahasan tentang kemunculan Imam Mahdi a.s merupakan perbahasan yang agak rumit sehingga memerlukan penelitian secara menyeluruh terhadap topik mahdawiyat, tetapi secara keseluruhan daripada riwayat yang telah digunakan di mana tanda-tanda kemunculannya adalah dapat dilihat dari satu sudut yang terbahagi kepada dua:1.     Tanda-tanda yang pasti sebelum kemunculan adalah: keluarnya kumpulan Sufyani, ...
  • Jikalau mata dan telinga orang mati terbuka setelah kematian, mengapakah kedua-duanya saling bertanya antara satu sama lain tentang peristiwa-peristiwa selepas kematiannya sendiri?!
    8489 Teologi Klasik 2011/07/18
    Terbukanya pandangan barzakhi setelah kematian merupakan sebuah perkara yang berlaku secara umum; ertinya ketika seluruh manusia mengalami kematian, mereka akan menyaksikan malaikat pencabut nyawa sesuai dengan amal perbuatannya. Mereka bercakap-cakap dan mendengar suaranya. Setelah kematian ia menjelma, dan dalam bentuk terbatas dan sesuai dengan kehidupan barzakhi ia akan dihadirkan di ...
  • Mengapa orang-orang Jamal (seperti Aisyah, Thalha, Zubair) mengangkat senjata melawan Imam Ali As?
    7155 تاريخ بزرگان 2011/07/21
    Dengan memperhatikan sumber-sumber sejarah, kita akan mengkaji sebab-sebab berlakunya perang Jamal dari kedua belah pihak dan kemudian memberikan penilaian atasnya: A.    Sebab-sebab terjadinya perang Jamal dalam pandangan orang-orang Jamal:1.     Dalam jumlah yang terdapat dalam ucapan-ucapan Aisyah dan Thalha dapat ditegaskan bahawa diantara faktor-faktor terpenting berlakunya perang Jamal adalah kerana ingin menebus ...
  • Bagaimana Proses terjadinya Hari Kiamat menurut falsafah dan ahli kalam dan dalil-dalil apakah yang digunakan oleh keduanya untuk menyabitkan Hari Kiamat?
    6877 Teologi Klasik 2011/07/19
    Ma'âd bermakna manusia dibangkitkan setelah kematian di mana manusia kembali hidup dan seluruh amal perbuatannya akan diperhitungkan dalam kehidupan baru. Keyakinan ini secara umum dan ringkasnya ialah kesepakatan seluruh ahli kalam dan falsafah ilahi dan seluruh umat Islam beriktikad dengannya menuruti ayat al-Qur'an. Tentang bagaimana proses terjadinya hari kebangkitan, sumber-sumber ...
  • Mengapa Syiah dipandang sebagai ajaran sesat?
    6636 Teologi Klasik 2012/07/18
    Untuk menjelaskan masalah ini, hendaklah diberi perhatian terhadap beberapa noktah penting ini: Sekiranya maksud anda "Syiah" itu ialah perbuatan yang silap yang dilakukan beberapa orang pengikut Syiah, maka sandaran terhadap perbuatan begini adalah jauh dari keadilan. Ini disebabkan: Islam tidak punya aib pada zatnya Setiap yang tercela berasal dari penganutnya Apakah metodologi langsung yang ...
  • Sebenarnya berapa lama proses penurunan Al-Quran baik secara serentak mahupun secara beransur?
    6349 Ulum Al-Quran 2011/08/20
    Turunnya Al-Quran secara serentak (daf’i) berlangsung di bulan Ramadhan, di malam Lailatul Qadar. Sebahagian riwayat memperkuatkan anggapan seperti ini bahawa malam Lailatul Qadar  ialah malam turunnya keseluruhan Al-Quran secara sekaligus dan hal itu terjadi di malam keduapuluh tiga Ramadhan di hari kelimapuluh enam setelah bi’tsat (pengangkatan Nabi (s.a.w) secara rasmi).Ulama ...
  • Apakah orang-orang beriman akan mendapat kenikmatan alam kubur dan orang-orang kafir akan dibalas dengan azab kubur?
    6049 Teologi Klasik 2011/12/19
    Syaikh Mufid dalam kitab Awâil al-Maqâlat-nya, membahagikan manusia menjadi empat bahagian berdasarkan keyakinan dan amalan perbuatan mereka:1.             Orang-orang beriman yang bertakwa2.             Orang yang melakukan dosa tanpa iman dan penentang keras kepala3.             Orang-orang beriman yang melakukan dosa besar dan tidak bertobat. Akan tetapi dosa mereka bukan kerana penentangan dan keras kepala ...

Jejaring