Carian Terperinci
Pengunjung
7869
Tarikh Kemaskini 2007/12/06
Ringkasan pertanyaan
Sampai ke manakah had keluasan skop bagi kegiatan akal menurut Islam dan dalam bidang apakah akal dapat dimanfaatkan?
soalan
Sampai ke manakah had keluasan skop bagi kegiatan akal menurut Islam dan dalam bidang apakah akal dapat dimanfaatkan?
Jawaban Global

Akal merupakan kekuatan yang paling bernilai yang dianugerahkan Tuhan dalam kewujudan manusia. Akal yang dianugerahkan tersebut memiliki pembahagian dan darjat:

  1. Akal teori yang bekerja dengan memahami dan mengenal berbagai realiti dan penilaian atasnya.
  2. Akal praktikal adalah kekuatan yang mengawal reaksi dan kelakuan manusia. Aktiviti akal praktikal adalah mencerap segala yang harus dan tidak boleh dikerjakan oleh manusia. Sebenarnya akal praktikal merupakan asas ilmu-ilmu dalam kehidupan. Penilaian dalam akal praktikal ialah, apakah sebuah perbuatan itu harus dilakukan atau tidak?

Mengingat akal merupakan sebuah fenomena dari pelbagai fenomena, dan setiap fenomena itu sifatnya terbatas, maka adalah hal yang semulajadi apabila ruang lingkup dan skop kerjanya tidak mampu menjadi 'tanpa had'. Oleh itu, aktiviti dan perbuatan akal terangkum dalam ruang lingkup makhluk-makhluk. Akal memiliki kemampuan terhad dalam mengenal Tuhan dan akal tidak memiliki jalan untuk sampai kepada zat Tuhan yang tiada had.

Akal mempu bekerja di dalam daerah peraturan takwīn dan tashri’ dan mampu memahaminya, meskipun kedua-dua daerah itu tidak berkemampuan daripada tidak memerlukan wahyu sedangkan darjat akal sangat singkat untuk mencapai masalah seperti perincian hari kebangkitan dan manāṭ aḥkām (tempat-tempat bergantung hukum hakam/مناطات احکام). Akal dalam hal ini memerlukan bimbingan syariat untuk dapat menjangkau kedua hal ini. 

Jawaban Detil

Kata terbitan perkataan “akal” menurut perspektif bahasa ialah memahami, menerima, dan ikatan pada kaki.[1]

Di dalam al-Qur'an, akal bermakna pemahaman dan pencerapan.[2] Dalam riwayat-riwayat akal dipandang sebagai kekuatan untuk mengenalpasti, mencerap dan yang mendesak manusia untuk berbuat kebaikan, senjata dan penahan supaya manusia tidak melakukan keburukan dan kejahatan.[3]

Dalam istilah, akal ialah bahan (جوهر/substance) yang mudah di mana manusia dapat menggunakannya untuk mendapatkan realiti. Kerana itu akal adalah penerimaan terhadap realiti. Di samping itu, akal juga merupakan penahan jiwa natiqah (rasional) dan pemberi kemuliaan kepadanya.[4]

Akal memiliki bahagian dan berbagai tahap:

  1. Akal naẓarī (teori): Dengan perantara akal teori manusia dapat memahami konsep ‘ada’ dan ‘tiada’, segala ‘kewujudan’ dan ‘tidak wujud’ yang berkaitan dengan semulajadi, matematik, logik dan ‘ilāhiyyah dan secara umumnya ialah hikmah teori.
  2. Akal 'amalī (praktikal); iaitu tempat yang menerangkan iman, keputusan, keazaman, dan kehendak; di mana ia adalah tempat sebuah perbuatan atau bermulanya sebuah kegiatan.
  3. Akal muta'arif; ialah akal yang berkaitan dengan segala usaha untuk menjaga dan memelihara zahir kehidupan. Secara umum masyarakat menamakan kekuatan memahami ini sebagai akal.[5]

Dengan kata lain, aktiviti akal teori ialah memahami dan mengenal berbagai realiti dan penilaian terhadapnya.[6]

Akal praktikal adalah kekuatan yang mengawal perbuatan dan kegiatan manusia,[7] atau mengawal pekerjaan yang dibolehkan dan yang tidak boleh. Sebenarnya akal praktikal berasaskan ilmu-ilmu kehidupan. Maksud penilaian dalam akal praktikal ialah suatu pekerjaan itu “saya harus melakukannya atau tidak?”.[8]

Akal praktikal menurut Imam Ṣādiq (a.s) merupakan pusat perhambaan manusia dan modal untuk meraih syurga. "Al-Aql ma 'ubida bihi al-rahmānu waktusiba bihi al-jinānu."[9]

Ajaran kehidupan dalam agama Islam, akal memiliki kedudukan yang tinggi dan menjulang. Allamah Thabathabai (q.s) dalam Tafsir al-Mizan berkata: "Akal adalah semulia-mulia kekuatan yang wujud dalam diri manusia.[10]  Lebih dari tiga ratus kali Allah (s.w.t) menyeru di dalam al-Quran untuk mengajak manusia menggunakan dan memberdayakan akalnya.[11]  

Dalam pandangan Allamah Thabathabai, kedudukan intelektual, rasionaliti dan berpikir dalam Islam adalah terlalu tinggi sehingga Allah (s.w.t) di dalam al-Quran tidak pernah menyeru manusia untuk tidak memahami atau melintasi jalan dengan membabi-buta tanpa berfikir dan berintelektual.[12]

Had fungsi dan aktiviti akal

Berdasarkan dalil-dalil aqlī dan naqlī, daerah aktiviti dan kecekapan akal terbentang pada wilayah seluruh makhluk, fenomena-fenomena alam semulajadi, hukum-hukum syariat dan pengenalan Tuhan secara global; ertinya akal manusia tidak mempunyai kemampuan mengenal zat Tuhan (secara terperinci); ini disebabkan setiap fenomena tidak mampu menjadi “tanpa had” dan “tidak berpenghujung” kerana sifatnya yang baharu. Oleh kerana akal manusia diibaratkan fenomena dan makhluk Tuhan, maka ianya terhad sedangkan yang  terhad tidak mampu mengenal apa yang “tidak terbatas” dan “yang tidak berpenghujung”.

Akal manusia mampu mengenal alam semesta, segala fenomenanya, peraturan-peraturan yang berlaku di dalamnya dan setelah itu memberikan penilaian dan timbangtara atasnya.

Akal juga dijadikan sandaran dalam daerah pengenalan hukum-hukum. Dalam  ilmu Fikah, selain al-Qur'an dan Sunnah, akal merupakan salah satu kumpulan dalil yang digunakan untuk mengenal hukum-hukum. Dalam ilmu Ushul pula perbahasan “ḥusn wa qubh ʻaqli” (kebaikan dan keburukan yang ditinjau dari sudut pandang akal) telah disabitkan dengan hukum akal, berkaitan keharusan mematuhi dan mentaati segala perintah dan larangan Syāri' (pembuat syariat).[13]

Namun harus diingat menurut Islam, dalam dua bidang akidah (ushul) dan fikah (cabang), termasuk sebahagian masalah hukum dan masalah, terdapat hal yang diluar jangkauan akal meskipun tidak bertentangan dengannya, namun tidak berupaya mencangkupinya secara mendalam seperti tempat bergantung hukum hakam dan perincian hari kiamat. Penerangan secara terperinci tentang perkara penting seperti ini tidak dapat dimuatkan secara ringkas di dalam makalah ini.

Allamah Thabathabai dalam jawapan terhadap pertanyaan "Henri Corbin" seorang ahli falsafah berbangsa Perancis yang bertanya tentang bagaimanakah jika ditemui pertentangan antara akal dan kitab, sunah, syariat?  Tabatabai menjawab: Apabila Al-Qur'an secara tegas membenarkan dan mengiyakan pandangan akal, maka kita tidak akan temui perbezaan dan pertentangan di dalamnya."[14]

Di samping itu, kata-kata Imam Ali (a.s) di dalam Nahj al-Balaghah tentang risalah Nabi (s.a.w) dapat dimanfaatkan sebagai berikut: Akal bukan sahaja tidak bertentangan dengan Syaraʻ, bahkan ianya saling berhubungan dan menegaskan… wa yuthīru lahum dafā’in al-ʻuqūl…"[15] (untuk membukakan di hadapan mereka kebajikan-kebajikan dan kebijakan-kebijakan yang tersembunyi) Imam Ali (a.s) ketika memberi penjelasan tentang pengutusan Nabi (s.a.w), beliau berkata Allah (s.w.t) mengutuskan nabi kepada masyarakat untuk membuka kebajikan-kebajikan dan kebijaksanaan yang tersembunyi di hadapan mereka. Akal dan fitrah manusia laksana khazanah yang menyimpan seluruh hakikat dan realiti. Kerana itu, apa sahaja yang disampaikan para nabi itu adalah bersesuaian dan sejalan dengan akal dan logik.

Dalam perbahasan Ushul Fikah terdapat sebuah kaedah yang disebut sebagai qāʻidah mulāzamah yang menyatakan: "Kullu mā ḥakama bihi al-ʻaql hakama bihi al-syarʻī",[16] segala sesuatu yang dihukumkan oleh akal maka hal itu juga dihukumkan oleh syariat. Lawannya juga adalah sahih; iaitu “Kullu mā ḥakama bihi al-syarʻī hakama bihi al-ʻaql" (Segala sesuatu yang dihukumkan oleh syariat juga dihukumkan oleh akal). Kerana itu salah satu fondasi hukum syariat adalah akal.

Oleh itu, hukum-hukum para nabi dan pembuat syariat tidak bertentangan dengan akal. Apa yang mereka sampaikan adalah pencapaian-pencapaian akal di mana manusia lalai daripadanya akibat terpengaruh dengan bisikan-bisikan syaitan. Maka para  nabi datang kepada masyarakat untuk membuka kebajikan-kebajikan dan kebijaksanaan yang tersembunyi di hadapan mereka.

Kesimpulan:

Akal dan syariat seiring dan sejalan. Dalam syariat tidak terdapat satu pun hukum yang bertentangan dengan fitrah. Dari sinilah manusia menerima apa sahaja dengan mencari dalil yang memuaskan naluri dan akalnya sedangkan dalil yang realiti sudah terang dan jelas. Sampai di sini mengenal alam semesta, fenomena di dalamnya, peraturan ke atas kewujudan dan hukum syariat berada di dalam liputan dan kemampuan akal di mana ia hendaklah berfikir dan menilainya. Namun untuk mengenal zat tuhan dan hakiatnya itu, kerja-kerja akal adalah terbatas dan tidak mempunyai kemampuan mengenalnya. Imam Ali (a.s) berkata: Akal-akal tidak memiliki jangkauan untuk mencirikan sifat-sifat-Nya.[17]

Oleh kerana sifat-sifat Tuhan identik dengan zat-Nya dan zat Ilahi adalah kewujudan yang tidak terhad, maka sifat-sifat kesempurnaan-Nya seperti ilmu, qudrah, ḥayat, irādah dan sebagainya juga tidak terhad dan identik dengan zat-Nya. Apabila sifat-Nya tidak terbatas, maka akal manusia tidak mampu mencapai dan tidak akan memahami had-hadnya. Dengan kata lain, apabila manusia merupakan makhluk dan ciptaan Wujud Yang Tak-terbatas, maka ia tidak memiliki kemampuan untuk mencapai zat Wujud yang tak-terbatas. Kerana itu Amirul Mukminin berkata: "Akal-akal manusia tidak mampu memahami sifat-sifat-Nya secara mendalam. Namun ini bukan bermakna Tuhan menjadikan manusia terhalang untuk mengenal-Nya; Ini disebabkan Amirul Mukminin melanjutkan khutbahnya dengan berkata: "Dan akal tidak dihalangi untuk mengenal-Nya." Ertinya Tuhan tidak menghalang manusia untuk dapat mengenal-Nya.[18]

Mengenai hal ini Imam Ṣādiq (a.s) berkata: "Melalui perantara akal hamba-hamba mengenal Penciptanya, dan mereka tahu bahawa mereka adalah makhluk, Dia adalah pengatur dan mereka berada di bawah pentadbiran-Nya, mereka juga tahu bahawa Pencipta mereka abadi sementara mereka akan fana.[19]

Dalam skop ini akal manusia dapat memahami bahawa alam semesta ini memiliki Tuhan, dan Tuhan pencipta semesta ini memiliki kesempurnaan (kamāl) dan keagungan (jalāl), memiliki ilmu, qudrah, kehidupan dan sebagainya. Sampai di sini akal mempunyai kemampuan dan tugas untuk mengenalnya. Sampai ke tahap ini Allah (s.w.t) juga tidak menghalang akal, namun selepas dari kadar ini akal manusia tidak berdaya dan tidak mampu untuk melakukan hal tersebut iaitu mengenal secara mendalam, memahami hakikat zat dan sifat Allah. []

 


[1]. Muhamad Mu'in, Farhangg-e Mu'in (satu jilid), redaksi akal.

[2]. Sayid Ja'far Sajjadi, Farhang-e 'Ulūm Falsafi wa Kalāmi, klausul 'aql.

[3]. Kulaini, Ushūl Kāfi, jil. 1, hal. 11.

[4]. 'Ali Karaji, Iṣṭilāhāt Falsafi wa Tafāwut-e Anhā bā Yekdigar, hal. 171-172.

[5]. Abdullah Jawadi Amuli, Fitrat dar Qur'ān, jil. 12, hal. 29, 30 dan 397.

[6]. Syahid Muthahhari, Dah Guftār, hal. 30-31.

[7]. Abdullah Jawadi Amuli, Rahiq Makhtum, jil. 1, hal. bag. Pertama, hal. 153.

[8]. Syahid Muthahhari, Dah Guftār, hal. 30-31

[9]. Kulaini, Ushūl al-Kāfi, jil. 1, hal. 11, hadis ke-3.

[10]. Muhammad Husain Thabathabai, Tafsir al-Mizān, jil. 3, hal. 57.

[11]. Ibid, jil. 5, hal. 255.

[12]. Syadi Nafisi, 'Aql Gerāi dar Tafāsir Qarn-e Chohārdahum, hal. 194-195.

[13]. Mujtaba Malaki Isfahani, Farhangg-e Isthilāhāt-e Ushūl, jil. 2, hal. 279.

[14]. Muhsin Kadivar, Daftar-e 'Aql, hal. 115.

[15]. Nahj al-Balāgha, khutbah pertama.

[16]. Sayid 'Abdul A'la Sabzawari, Tahdzib al-Ushūl, jil. 1, hal. 145; Muhammad Ridha Muzhaffar, Ushūl al-Fiqh, jil. 1, hal. 217.

[17]. Nahj al-Balāgha, khutbah ke-49.

[18]. Ibid.

[19]. Kulaini, Ushul Kāfi, jil. 1, hal. 33-34.

 

Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Bilangan komen 0
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai
Sila masukkan nilai

Pertanyaan-pertanyaan Acak

Populer Hits