Carian Terperinci
Pengunjung
13452
Tarikh Kemaskini 2011/02/14
Ringkasan pertanyaan
Apakah jiwa dan ruh mengalami kematian atau tidur?
soalan
Apakah jiwa dan ruh mengalami kematian atau tidur?
Jawaban Global

Masalah dan hakikat ruh merupakan salah satu masalah yang sentiasa menjadi pembahasan dan perbincangan manusia dari zamam lampau hingga hari ini. Pertanyaan di atas juga bersumber dari permasalahan ini bahawa apakah hakikat manusia itu adalah badan material dan jasad lahiriyah ini? Atau selain jasad terdapat suatu hakikat lain yang tidak memiliki sifat-sifat material dan terdapat wujud nurani dan qudsi?. Jika demikian, apakah hakikat itu adalah material atau nonmaterial, dan bagaimana nasibnya kelak selepas kematian badan jismani?

Untuk menjawab pertanyaan di atas kita dapat menjelaskannya dalam bentuk satu andaian supaya kita dapat sampai kepada satu kesimpulan berdasarkan logik akal.

Penjesan kepada andaian tersebut:

Muqaddimah pertama: Ruh yang membentuk hakikat manusia adalah non material dan bukan badan.

Muqaddimah kedua: Segala sesuatu yang bukan -bersifat- badan -jimani-, iaitu non material tidak akan mengalami kematian dan tidur. Dengan kata lain, ia bersifat abadi.

Natijah: Ruh tidak mengalami kematian dan tidak tidur.

Jawaban Detil

Penjelasan masalah ini secara ditel memerlukan perbahasan dan argument yang bersendiri terhadap kedua-dua muqaddimah tersebut.

Dalil-dalil Non Material Jiwa (nafs) Dan Ruh

Muqaddimah argument;

Manusia memiliki dua jenis -deria- kefahaman atau tanggapan:

1.     Kefahaman yang memerlukan anggota-anggota deria seperti berat dan warna fizikal.

2.     Kefahaman yang tidak memerlukan anggota-anggota deria seperti kondisi-kondisi internal –dalaman/batin- dan psikologi seperti tsayat, marah, dan ungkapan “saya”.

Oleh Kerana dalam kefahaman-kefahaman deria -boleh- terjadi kesalahan, maka terkadang manusia dalam kefahaman jenis pertama boleh mengalami kesalahan dan kesilapan. Namun pada kefahaman bahagian kedua manusia tidak akan mengalami kesalahan. Kerana dalam ilmu hudhuri –ilmu yang dihasilkan tanpa menggunakan anggota-anggota pancaindera- tidak terdapat kesalahan. Adapun dalam ilmu hushuli –ilmu yang dihasilkan melalui anggota-anggota pancaindera- kesalahan boleh terjadi.

Maka itu, manusia di samping memiliki badan fizikal juga memiliki aspek yang lain. Namun apakah “saya” ini adalah non-material atau jasad material ini? Terdapat beberapa dalil yang menegaskan bahawa "saya" bukanlah badan jasmani atau material:[1]

1.     Kami menemui –Hakikat- "saya" dengan ilmu hudhuri, (hal ini berbeza dengan pemahaman terhadap badan lahiriah ini). Ertinya jiwa (nafs) dalam memahami -hakikat- diri (saya) sendiri tidak memerlukan kepada deria pancaindera zahiriah, Kerana ia mengetahuinya dengan ilmu hudhuri.

2.     Saya sentiasa tetap –Kosistan- menjaga kesatuan dan syakhsiah  diri ini selama kehidupan di dunia, dan hal ini berbeza dengan jasad yang terus berubah-ubah (dengan perbubahan sel-sel badan).

3.     “Saya” bersifat “basith” (tunggal) dan tidak dapat diurai, berbeza dengan jasad (benda) yang memiliki sususan dan dapat dibahagi. Namun jiwa (nafs) tidak dapat dibahagi-bahagi, bahkan jiwa yang sentiasa menyertai badan pun tidak dapat dibahagi-bahagi.

4.     Keadaan-keadaan dan sifat-sifat yang menempel (accidents) ruh (jiwa) seperti perasaan dan kehendak tidak dapat dibahagi dan mengalami perluasan – semua ini adalah ciri-ciri material – maka "wadah" –موضوع- perasaan dan kehendak tersebut adalah non-material.

5.     Segala sesuatu kuat  jika dari jenisnya sendiri dan lemah terhadap lawannya. Sementara ruh akan melemah jika berhadapan dengan pemahaman jasmani -fizikal-, dan dengan menghindar dari pemahaman jasmani ini dan berpaut kepada aspek-aspek spiritualitas akan menjadi semakin menguat. Oleh Kerana itu, jelas bahawa jiwa (nafs) bukanlah badan dan bersifat nonmaterial.[2]

6.     Seluruh ilmuan dalam bidang kedokteran dan uji-kaji (experiment) bersepakat bahawa dengan bertambahnya usia dan panjangnya umur, anggota dan kekuatan jasmani akan menjadi semakin melemah dan mengalami kehancuran. Sementara kekuatan ruhani pada saat-saat itulah ia manjadi semakin menguat (iaitu saling bertentangan. Semakin melemah kekuatan jasmani -dengan faktor tua dan sebagainya-, maka semakin mengukuh kekuatan ruhani -dengan faktor penambahan ilmu dan amal-). Oleh Kerana itu, menjadi jelas bahawa kekuatan-kekuatan (power) akal bukanlah jasmani atau yang bersifat kematerialan. Dan ketika mengalami penuaan kekuatan-kekuatan akal ini tidak akan melemah, walaupun sebahagian kekuatan-kekuatan akal adalah keadaan -sifat- bagi  jisim atau memerlukan kepadanya -dalam aktivitinya- akan semakin melemah, namun pemahaman-pemahaman rasional akal yang murni yang tidak ada hubungannya dengan badan dan sifat-sifat kejiwaan (malâkah-malâkah nafsani) akan semakin menguat.[3]

7.     Ciri-ciri dan kesan-kesan jiwa berbeza dengan ciri-ciri dan kesan-kesan jisim yang mana perbezaannya akan diurai di bawah ini:

a.     Benda hanya menerima bentuk-bentuk yang terbatas, sementara jiwa (nafs) dapat menerima bentuk dan corak secara tidak terbatas (bahkan semakin banyak jiwa [nafs] menerima bentuk maka ia semakin menguat).

b.     Mengembalikan dan menghadirkan bentuk-bentuk yang telah sirna tanpa perantara -deria pancaindera- adalah merupakan suatu hal yang mustahil, sementara jiwa tanpa memerlukan kepada deria fizikal mampu mengembalikan dan menghadirkan kembali bentuk yang telah sirna. Kerana kesempurnaan jiwa bersandar mutlak pada zat –dirinya-, sedangkan ia berbeza dengan jisim. Dengan demikian kedudukan nafs lebih tinggi dibanding jisim (fizikal).[4]

8.     Nafs atau jiwa manusia memahami segala yang bersifat universal. Misalnya, manusia memahami kulli (universal) yang seragam pada setiap orang, dan Kerana bersifat universal maka ia harus terlepas dari segala bentuk aksiden seperti bentuk dan kondisi (wadh’) sehingga ia dapat mencakupi ke atas setiap  individunya. (Jika ia memiliki bentuk dan dalam kondisi tertentu maka ia hanya dapat diterapkan pada satu orang atau satu individu di luar (mishdaq) sahaja). Dan oleh Kerana keberadaan bentuk ini adalah bersifat universal, maka jelas bahawa kewujudannya bukan di alam luaran ini –external atau kharij - (Kerana keberadaan di alam luaran mengakibatkan kepada bentuk-bentuk tertentu, dan hal ini tidak sejalan dengan hal-hal yang bersifat universal). Oleh Kerana itu, ia harus wujud pada alam mental (dzihn) dan wadah bentuk universal ini harus bersifat abstrak (nonmaterial) di alam mental. Apabila wadahnya ini adalah jisim (bersifat fizikal), maka bentuk mengikut wadahnya juga akan bersifat jismani dan memeiliki bentuk-bentuk khusus, dan akibatnya ia tidak akan bersifat universal. Dengan demikian, wadah ini tidak bercorak material bahkan ia adalah zat –substance atau jauhar- yang abstrak yang disebut sebagai Nafs. Oleh Kerana itu, kita dapat mengambil kesimpulan bahawa nafs adalah abstrak dan non-material (incorporeal) serta tidak memerlukan wadah, sebagaimana benda yang sentiasa berada di alam luar dan memerlukan wadah.[5]

9.     Apabila manusia berada dalam kondisi jismani yang seimbang dan udara juga sangat lembut, dan lalai –lupa- terhadap badan dan segala sesuatu di sekelilingnya, sementara perhatiannya juga terfokes, maka ia akan menemukan dirinya.[6]

10.  Tafakur dan berfikir pada hal-hal yang rasional akan menyebabkan badan menjadi lemah dan kuasa –force atau quwah- akal menjadi semakin kuat. Dengan demikian nafs bukanlah badan dan bersifat non-material. Kerana sesuatu tidak akan mampu untuk menjadi penyebab -cause- kepada kelemahan satu kewujudan pada saat yang sama ia juga menjadi penyebab menguatnya kewujudan tersebut (satu faktor -cause- yang menyebabkan sesuatu menjadi lemah tetapi pada masa yang sama ia menjadi penguat kepada wujud itu juga). Oleh Kerana itu, kuasa -قوه- akal dan fikiran ini tidak memiliki ciri-ciri jasmani.[7]

 

Dalil-dalil Naqli Yang Menunjukkan kenonmaterialan Jiwa (Nafs)

Dalam al-Qur’an terdapat banyak ayat yang menunjukkan tentang mujarrad -kenon-materialan- jiwa, dan demi menjaga keringkasan ruang dan waktu, kami hanya akan menyinggung 3 dari ayat-ayat tersebut:

1.     Dalam surah al-Mukminun (23) ayat 12-14 disebutkan hal-ihwal tentang proses penciptaan manusia: Sesungguhnya manusia diciptakan dari saripati (berasal) dari tanah dan kemudian dari air mani hingga sampai pada tingkatan bentuk manusia dan sempurna, namun setelah itu Allah Swt berfirman, “Kemudian Kami jadikan -atau berikan- (ansya’) dia makhluk yang (berbentuk) lain.

Sebelum ini ungkapan yang digunakan adalah ungkapan "khalaqna" (iaitu: kami ciptakan) kemudian digunakan ungkapan ansya'na (iaitu: kami berikan mereka kewujudan baru). Ini semua menunjukkan bahawa manusia telah memiliki kesempurnaan yang berbeza dengan tingkatan sebelumnya dan memiliki kemuliaan yang tadinya tidak ia miliki. Oleh Kerana itu, jauhar atau zat manusia secara tabi'inya berbeza dengan tingkatan-tingkatan sebelumnya dan Kerana pada tingkatan sebelumnya ia adalah berbentuk jisim -fizikal-, maka itu pada tingkatan berikutnya ia harus berdimensi selain material dan jisim. Ertinya proses berikutnya berada pada tingkatan nonmaterial. Atas alasan ini manusia memiliki dimensi nonmaterial dan lebih mulia dari itu. Allah Ta'ala memuji diri-Nya sendiri pada –keindahan dan kemuliaan- penciptaan manusia. Sekiranya pujian ini hanya tertempu kepada sudut material dan badan manusia sahaja, maka segala kewujudan lain yang bersifat material juga memiliki jisim dan material, sedangkan dalam penciptaan mereka Allah Swt tidak berfirman sedemikian rupa.

2.     Dalam surah al-Baqarah (2) ayat 31-33 disebutkan bahawa kepada Nabi Adam a.s. diajarkan nama-nama (asma). Bersesuain dengan penjelasan para mufassirin bahawa Dzat Wajib Ta’ala memiliki mazhâhir (manifestasi-manifestasi), dan setiap kewujudan adalah pancaran atau tajalli dari satu nama-Nya, contohnya para malaikat adalah pancaran dari nama ‘Alîm (Maha Mengetahui), namun manusia merupakan pancaran dari seluruh nama Tuhan. Ini Kerana manusia lebih utama dari malaikat dan lebih abstrak –nonmetarial- darinya. Oleh kerana malaikat yang merupakan pancaran atau tajalli dari satu nama Tuhan adalah abstrak, maka manusia yang merupakan pancaran dari seluruh nama Tuhan haruslah lebih abstrak dan mujarrad. Jika tidak demikian, iaitu manusia hanya berdimensikan material saja, maka hal itu akan mengakibatkan material yang lebih rendah dari nonmaterial-nonmaterial menjadi tajalli atau pancaran asma'-asma' Ilahi, sedangkan malaikat hanya pancaran satu nama Tuhan sahaja. Dan ini melazimkan percangahan –contradition atau tanaqud-, Kerana hal ini memestikan manusia yang lebih rendah daripara malaikat pada saat yang sama juga lebih tinggi dari mereka.

3.     Allah Swt dalam surah al-Baqarah (20) ayat 154 dan Ali Imran (3) ayat 169 berfirman: bahawa orang-orang yang syahid di jalan Allah tidak mati, melainkan (sebenarnya) mereka itu hidup dan mendapat rezeki di sisi Tuhannya. Dan hal ini hanya dapat sesuai dengan kenonmaterialannya ruh, kerana dengan syahadah badan akan sirna dan dari sisi wujud material tidak terdapat perbezaan antara syahadah atau mati. Dan hal ini tidak terkhusus kepada orang-orang syahid sahaja. Lantaran orang-orang saleh dan para nabi juga yang memiliki kedudukan lebih tinggi dari orang-orang syahid biasa. Di samping itu, jika kerana kesyahidan sahaja akan mengakibatkan nonmaterial, maka hal ini akan menyebabkan "Inqilab" iaitu suatu perubahan mendasar pada zat sesuatu dan ini adalah mustahil. Kerana sesuatu yang material dan tidak memiliki potensi untuk menjadi sesuatu yang nonmaterial, lalu bagaimana ia menjadi nonmaterial dengan kesyahidannya? Dari sisi lain, jika ruh-ruh orang-orang syahid itu adalah material dan mendapat nikmat di sisi Ilahi, maka hal ini akan mengakibatkan Hadrat Hak Allah Swt juga adalah wujud material, Kerana material memerlukan kepada wadah dan wadahnya juga harus bercorak material.

Selain itu juga, mimpi-mimpi yang benar (shadiq) tentang orang-orang mati atau mendatangkan arwah –ruh-ruh- atau keramat-keramat para wali, menegaskan pendapat tentang kenonmaterialannya ruh (nafs).[8]

 

Keabadian Jiwa –Nafs- Setelah Kematian Badan

Secara ringkas beberapa dalil tentang keabadian jiwa akan disentuh di sini:

1.     Apabila sebuah kewujudan melakukan perjalanan menuju ke atas (ke arah kesempurnaan) dan keluar dari alam tabiat, maka tidak akan berlaku lagi ke atasnya lagi sirna –fana'- dan perubahan. Wujud material akan melintasi hingga setinggi-tinggi puncak yang mungkin dicapai dan setelah itu, bentuk –form/image- atau surat  yang mana ia adalah jiwa (nafs) itu sendiri akan meninggalkan badan dan menjelma menjadi sebuah kewujudan yang nonmaterial dan tidak memerlukan material serta menjadi asing terhadap tabiat. Oleh Kerana itu, tiada –non wujud- tidak akan menempel padanya (iaitu ia tidak akan mengalami ketiadaan). Kerana ketiadaan dan kesirnaan adalah merupakan ciri-ciri material dan benda. Ini kerana pada wujud material terdapat potensi –isti'dat- dan quah –kekuatan untuk menjadi sesuatu tetapi masih belum mencapainya-. Selagimana masih ada isti'dat ini, maka material juga akan tetap ada. Akan tetapi, setelah selesainya potensi-potensi tersebut, iaitu sampai kepada -peringkat- fi'liat (ketika semua potensi itu menjadi actual atau wujudnya menjadi nyata), maka material tersebut menuju kea rah ketiadaan dan kesirnaan. Namun nafs atau jiwa setelah berpisah dari material, ia tidak memiliki ciri-ciri material lagi. Oleh itu, ia tidak akan sirna dan akan kekal selamanya. Hanya satu kemungkinan sahaja boleh berlaku ketiadaan ke atasnya iaitu sirnanya Ellat Fa'eli (penyebab-penyebab penciptanya sebagai contoh tiadanya Tuhan sebagai pencipta jiwa) dan hal ini tidak mungkin terjadi.

 

Penjelasan

1.    Pencipta –ellat Fa'ili- Nafs, samada ia adalah Wajib al-Wujud (Tuhan), atau suatu kewujudan yang pada akhirnya akan kembali kepada Wajib al-Wujud. Pada gambaran pertama, oleh kerana nafs bergantung kepada Mabda' –Pencipta- nya, bersifat non-material dan tidak  memiliki rangkapan serta sebarang potensi pada dirinya, maka itu seluruh dzatnya bergantung kepada Wajib (Tuhan) dan sama sekali tidak memiliki potensi mahupun rangkapan pada dirinya. Oleh yang demikian, seluruh dzatnya tergantung kepada Wajib –Pencipta- dan tidak memiliki kebebasan secara mutlak.

Dan oleh kerana sirna atau tiada adalah mustahil terjadi ke atas Pencipta -Tuhan-, maka mustahil juga ia terjadi ke atas makhluk ciptaannya. Kerana mengikut kaedah falsafah yang disepakati bahawa mustahil akibat –maklul atau makhluk- bercanggah dari sebab -cause- nya. Ertinya mustahil ada sebab -cause- namun tidak ada akibat. (istihala ‘adam al-ma’lul ‘inda wujud al-‘illah). Demikian juga sebaliknya, iaitu ada akibat tanpa adanya sebab yang menjadikannya. Dan sekiranya sebab itu selain wajib –Tuhan-, maka ia harus di sudahi dan bersandar kepada Wajib -Tuhan-. Kerana Kullu ma bil aradh yantahi ilaa maa bil dzat , Iaitu: “segala kejadian sesuatu -aksident- (kewujudan yang memerlukan wadah atau tempat untuk wujud) akan berkesudahan pada sesuatu yang zat –substans- (wadah atau tempat bagi setiap kejadian). Dan dakwaan berasaskan "segala sesuatu selain Tuhan adalah akibat (makhluk)". Oleh Kerana itu, ia harus bermuara pada Wajibul Wujud (Tuhan). Dan jika tidak demikian, maka hal ini meniscayakan tasalsul (suatu rangkaian keberadaaan makhluk yang tak terputus yang akhirnya melazimkan kepada tiada atau sirna, sedangkan dakwaan menyatakan ia adalah wujud) yang telah terbukti mustahil pada tempatnya. Dan Kerana ia berkahir dan berpijak kepada Wajibul Wujud (Tuhan), maka sesuai dengan penjelasan di atas bahawa "tiada" atau "sirna" adalah mustahil terjadi ke atasnya.

2.     Nafs atau jiwa selamamana bergantung dan mengatur badan maka ia memiliki gerak, dan demikian sentiasa mengalami perubahan dan pergantian –samada ia bergerak ke atas (kea rah kesempurnaan) atau menurun (kehancuran)– namun setelah terlepas dari badan maka tiada lagi gerak padanya. Dan apabila ia tidak memiliki gerakan, maka ia akan menjadi wujud yang tetap dan abadi.

Walaupun tidak semua nufus jiwa-jiwa- boleh sampai ke tingkatan Tajarut Aqlani (nonmaterial yang paling sempurna) dan bahkan mereka hanya berada pada derajat tingkat Tajarut Mistali dan Barzakhi (nonmaterial diperingkat alam barzakh atau alam pertengahan antara alam dunia dan alam akal). Namun tidak ada lagi sanggahan atau kritikan berkaitan dengan keabadian jiwa, Kerana tajarut di alam Mistal juga sudah cukup untuk menjadikannya abadi. Maka itu, sebahagian tokoh-tokoh ilmu meyakini tentang keabadian jiwa-jiwa haiwan yang hanya memiliki kuasa -قوه- hayalan dan imajinasi (non akal).

3.     Argument hikmah: Penciptaan alam semesta tidak sia-sia, bahkan ianya berdasarkan hikmah dan kebijaksanaan. Lantaran dengan sebab sifat kebijaksanaan Tuhan, walaupun Sang Pencipta Alam Semesta tidak memerlukan segala sesuatu dan Dia Maha Kaya. Oleh Kerana itu, perbuatan-perbuatan-Nya itu tidak ada sebarang manfaat buat diri-Nya sendiri -baik secara langsung mahupun tidak-. Namun hal ini tetap tidak bercanggah dengan matlamat Sang Pencipta yang mahu mengantarkan makhluk kepada kesempurnaan. Sebagaimana yang disebutkan dalam al-Qur’an bahawa Kami mencipta manusia adalah untuk beribadah dan sampai kepada kesempurnaan melalui jalan penghambaan. Oleh Kerana itu, alam semesta yang merupakan ciptaan Tuhan Yang Maha Bijaksana mustahil terjadi tanpa tujuan. Dan dengan tercapainya kepada tujuan tersebut, mereka akan mencapai kesempurnaan dan tercapainya tujuan ini adalah merupakan suatu hal yang pasti.

Allah Swt menyatakan bahawa: "Tiada sebarang keraguan tentang datangnya hari Kiamat dan hari pembalasan, Kerana Dia adalah Pencipta seluruh keberadaan dan berkuasa atas mereka". Dengan demikian, tiada sebarang halangan bagi alam semesta untuk tidak sampai pada kesempurnaannya. Dan sampainya kepada kesempurnaan tanpa adanya pendahuluan-pendahuluan dan bahan-bahan yang khusus tertentu mustahil terjadi. Pencipta alam Yang Maha Bijaksana, telah membekali seluruh kewujudan ciptaan-Nya dengan wasilah-wasilah tersebut dan kesempurnaan hanya dapat dicapai apabila matlamat telah sampai ke puncaknya. Oleh Kerana itu, nafs harus abadi dan tidak boleh sirna. Kerana, pertama: kehancuran dan ketiadaan bertentangan dengan kesempurnaan. Kedua: sesuatu yang telah mencapai kesempurnaannya dan kemudian ia menjadi tiada (ma’dum) merupakan suatu perbuatan yang sia-sia dan ia bertentangan dengan kebijaksanaan Sang Pencipta Yang Maha Bijaksana.

4.     Argument keadilan: Dengan memerhatikan bahawa bukan semua orang dalam setiap komuniti masyarakat mentaati perintah-perintah Ilahi dan para anbia' Ilahi sentiasa memiliki musuh dan penentang. Dalam setiap komuniti masyarakat terdapat dua kelompok yang berbeza; kelompok orang-orang yang berbuat kebaikan dan yang taat kepada Allah Ta'ala dan berkhidmat kepada masyarakat menjadi muka depan setiap perkerjaan mereka, dan bertentangan dengan mereka, kelompok orang-orang yang jahat dan membuat kezaliman yang sentiasa membuat inaya, kerosakan dan menyesatkan orang lain. Namun dengan demikian, bukan setakat orang zalim tidak mendapatkan balasan atas perbuatannya, bahkan orang-orang saleh juga tidak  memperoleh ganjaran atas perbuatan baiknya. Jika sekalipun orang zalim dihukum di dunia ini, namun ia tidak setimpal dengan perbuatan zalim yang telah dilakukannya, dan bahkan dalam banyak hal, ganjaran perbuatan-perbuatan baik juga tidak dapat menebus amalan saleh yang dilakukan. Inilah hakikat dunia yang sebenar. Maka itu, tidak dapat tidak, harus terdapat alam lain setelah ini dan ruh yang merupakan hakikat manusia selepas berpisah dari badan akan kekal di sana supaya dengan itu mereka dapat melihat hasil perbuatan mereka –di dunia-. Oleh yang demikian, jika ruh seperti badan juga iaitu kehilangan kehidupannya –setelah mati-, maka seluruh perbuatan hamba-hamba Tuhan akan kekal tanpa jawapan, dan hal ini suatu yang tercela dan mustahil bagi Pencipta Yang Maha Bijaksana. Kerana ia menyalahi keadilan. Erti keadilan iaitu mengurniakan kepada pemilik hak kepada haknya (I’thai kullu dzi haqqin haqqah). Dan makna ini tidak mungkin terjadi melainkan dengan keabadian ruh.

 

Dalil-dalil Naqli (ayat al-Quran dan hadis) Atas Keabadian Ruh Dan Jiwa:

1.     Dalam surah al-Zumar (39) ayat 42[9] disebutkan bahawa Allah Swt meletakkan ruh orang-orang yang telah meninggal dunia dalam suatu alam yang khas. Bukti dari hal itu adalah kalimah tawaffa yang ianya bermaksud mengambil secara keseluruhan, maka dengan demikian menjadi jelas bahawa setelah alam ini ruh tidak akan binasa.

2.     Dalam surah al-Baqarah, ayat 154 dan surah A'li Imran, ayat 169 dijelaskan bahawa: Dan janganlah kamu mengatakan terhadap orang-orang yang telah gugur di jalan Allah (bahawa mereka itu) mati, bahkan (sebenarnya) mereka itu hidup, tetapi kamu tidak menyadarinya. (Qs. Al-Baqarah [2]: 154) juga pada ayat Janganlah kamu mengira bahawa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati, bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezeki (Qs. Ali Imran [3]:169)

3.     Dalam surah al-Mukminun, ayat 45-46 ditegaskan bahawa:  pada pagi dan petang diturunkan ke atas para Fir’aun azab dan pada hari Kiamat kelak mereka juga akan memperoleh azab yang lebih pedih. Dari firman ini menunjukkan kepada keabadian nafs. Kerana kewujudan yang "tiada" dan "sirna" tidak akan dapat merasakan azab dan tiada perbezaan dengan benda yang tidak bernyawa –inorganic- lainnya. Oleh Kerana itu, hakikat manusia bukanlah pada jasmaninya ini.

 

Di sini kami akan menukilkan sebahagian pendapat philosofi-philosofi berkait dengan masalah keabadian ruh, jiwa, dan nafs:

 

1.     Ibn Sina dalam masalah keabadian nafs, berkata: oleh kerana nafs tidak mengikut pada jasad (jism) dan hanya merupakan wasilah untuk sampai kepada kesempurnaan yang layak sahaja, maka dengan kematian yang menyebabkan badan menjadi hancur, maka ia samasekali tidak memberi sebarang kemudaratan pada nafs. Kerana pada hakikatnya nafs tidak memerlukan pada material atau jasad. Ini kerana para philosofi berpakat bahawa nafs secara tabi'enya adalah nonmaterial, namun dalam perbuatan dan tidakkannya (di dunia) ia memerlukan pada material (maddah). Oleh Kerana itu, dengan sirnanya material dan benda (jism), nafs tidak akan menjadi sirna atau tiada.

Ibnu Sina di kesempatan yang lain, berkata: oleh kerana nafs berhubungan dengan intelligence active atau aql fa’al (iaitu akal aktif yang berfungsi memberi bentuk-bentuk dalam alam imkan atau makhluk) dengan kehilangan benda (jism) yang merupakan wasilah  baginya (di dunia), maka kehilangan ini tidak akan menimbulkan sebarang kemudaratan bagi nafs. Kerana nafs secara zatnya memahami dirinya sendiri, tanpa memerlukan wasilah atau perantara.

Pertama kenonmaterialan nafs adalah pasti. Kedua mengikut kaedah falsafah bahawa setiap wujud yang nonmaterial dapat mengetahui dirinya melalui zatnya sendiri (tidak memerlukan kepada perantara lain) dan memiliki ilmu hudhuri tentan dirinya. Dan dalam masalah ini, bukan sekadar ia dapat memahami dirinya sendiri, bahkan ia juga dapat memahami seluruh kewujudan nonmaterial yang lain juga.

2.     Adapun pendapat Mulla Sadra yang merupakan pengasas falsafah Hikmah Muta'aliyah adalah seperti berikut: setelah Nafs meraup kesempurnaan, ia akan sampai pada satu tingkatan yang mana di situ ia tidak memerlukan badan lagi, maka itu terpisah badan darinya dan ia kembali kepada Sumbernya -Tuhan- dimana di sana ia berasa sangat gembiran dan bahagia. Semua ini tidak mungkin dapat difahami oleh badan atau jasad.

Mulla Shadra juga berkata: semakin tinggi kebergantungan nafs kepada badan maka semakin kecillah ia dapat memahami dirinya sendiri. Dan apabila jarak ini semakin menjauh, maka semakin tinggi ia dapat memahami dirinya sendiri, dan dengan kematian pemahaman ini akan sempurna.

 

Adalah perlu untuk menjelaskan noktah ini bahawa walaupun dengan dalil-dalil keabadian nafs, dapat menolak tentang kematian Nafs, dan hal ini juga dapat menjadi dalil untuk menolak bahawa ruh itu tidur. Kerana tidur adalah tingkatan marhalah di bawah marhalah kematian dan perbezaan keduanya bahawa dengan kematian hubungan nafs dengan badan terputus secara mutlak. Dan ruh setelah sampai kepada kesempurnaan yang sesuai baginya akan melepaskan badannya, sedangkan dengan tidur hubungan antara badan dan nafs tidak terputus secara mutlak bahkan hubungannya menjadi lemah. Dan boleh dikatakan juga bahawa selama tidur, ruh tidak menguasai badan melainkan sedikit sekali. Selain ini, terdapat sebuah hadis yang mengukuhkan ucapan ini, “al-naum akhu al-maut.” (tidur merupakan saudara kematian).[10]

Terdapat dalil yang lain bagi menegaskan bahawa ruh tidak tidur

Dari satu sisi, oleh kerana pada perbahasan pertama telah terbukti bahawa roh adalah wujud nonmaterial yang mana ruh itu berbeza dengan badan dan material. Dari sisi lain, -matlamat- tidur adalah untuk memperbaharui kekuatan dan memperoleh tenaga baru serta menghilangkan letih dan lelah. Hal-hal ini adalah merupakan ciri-ciri wujud material,  maka kesimpulannya bahawa ruh dan nafs manusia tidak mengalami tidur, bahkan mengikut pandangan sebahagian penyelidik bahawa tidurnya badan adalah untuk memperbaharui kekuatan yang timbul akibat penguasaan nafs ke atas badan.



[1]. Ibnu Sina, Isyârât, khat-e sewwum (3) wa haftum (7), Iran. Allamah Hilli, Syarah Tajrid, maqsad-e duwwum, cetakan Beirut. Mulla Shadra, Asfar, jil. 9, fashl awwal, hal. 206, cetakan Beirut.

[2]. Allamah Majlisi, Bihâr al-Anwâr, jil. 58, bab 42, hal. 17, cetakan Beirut. Ma’âd az Didgâh-e Imam Khomeini Ra, hal. 38. Mulla Shadra, Op Cit, jil. 8, hal. 295, cetakan Teheran.

[3]. Allamah Hilli, Op Cit, fashl 4, masalah 5.

[4]. Mulla Shadra, Op Cit, jil. 8, hal. 302. Allamah Majlisi, Op Cit, hal. 18.

[5]. Allamah Thabataba'ei, Nihâyat al-Hikmah, marhala 3, hal. 34.

[6]. Ibnu Sina, Op Cit, hal. 292

[7]. Mulla Shadra, Op Cit, jil. 8, hal. 302. Allamah Majlisi, Op Cit, jil. 58, hal. 18.

[8]. Allamah Majlisi, Op Cit, bab 42, hal. 6. Ma’âd az Didgâh-e Imâm Khomeini Ra, hal. 50

[9]. Allah memegang jiwa (orang) ketika matinya dan (memegang) jiwa (orang) yang belum mati di waktu ia tidur; lalu Dia menahan jiwa (orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia melepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditentukan. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berpikir

[10]. Hasan Mustafawi, Misbah al-Syariat, terjemahan Mustafawi, teks, hal. 181, al-Bab al-Rabi’ wa al-Arba’un fii al-Naum.

Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Bilangan komen 0
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai
Sila masukkan nilai

Pertanyaan-pertanyaan Acak

Populer Hits