Carian Terperinci
Pengunjung
9020
Tarikh Kemaskini 2011/11/23
Ringkasan pertanyaan
Mengapa Network Marketing dan QI Internasional di Iran dilarang dan diharamkan?
soalan
Mengapa Network Marketing dan QI Internasional di Iran dilarang dan diharamkan? Sila berikan jawapan yang logik dan tidak berat sebelah. Terimakasih.
Jawaban Global

Sebabnya ialah kerana perusahaan-perusahaan seperti Gold Quest dan Goldmine (secara umum) merupakan perusahaan yang melakukan perniagaan dalam bentuk piramid untuk mengaut keuntungan yang melimpah. Perniagaan seperti ini secara rasmi dilarang di Iran. Larangan ini dilakukan kerana sangat membahayakan ekonomi negara. Bahaya yang ditimbulkan darinya adalah:

1.      Modal dan wang dalam negeri akan dibawa ke luar negera tanpa ada barang yang kembali secara jelas atau nilai imbal balik yang sama.

2.      Tidak ada jaminan keamanan dalam pelaburan tersebut.

3.      Naiknya kadar bunga dan mahalnya harga barang-barang.

Oleh kerana itu, majoriti marja’ taqlid mengeluarkan fatwa dan hukum haram atas perniagaan yang dilakukan oleh beberapa perusahaan tersebut, dan keuntungan yang diperolehnya pun hukumnya haram. Dalil atas fatwa tersebut adalah: Di samping apa yang telah disebutkan di atas (membahayakan ekonomi negara), ia juga akan merugikan para ahli dan para anggota yang berada di peringkat bawah. Anggota-anggota yang berada di cabang-cabang bahagian bawah yang belum berjaya, akan berusaha keras untuk merekrut dan menjaring orang sebagai anggotanya. Hal ini mengakibatkan sebahagian besar modal mereka akan hilang begitu saja.

Adapun Network Marketing, apabila diertikan sebagai jaringan pemasaran atau pemasaran dengan jaringan[i] (yang ada perbezaannya dengan MLM (Multi Level Marketing) dan pada hakikatnya merupakan marketing bentuk moden dan terbaru dari model perniagaan tradisional, di mana si pemasar tidak mesti sebagai pembeli dan penjual juga boleh menjadi pemakai yang terakhir, dan bukan sebagai ahli baru), maka titik pembahasannya hanya terletak pada boleh atau tidaknya perniagaan dengan sistem elektronik.

Sebahagian ahli Fiqh tidak membolehkan perniagaan dengan sistem seperti itu. Kerana perniagaan dengan sistem elektronik itu tidak memenuhi beberapa syarat perniagaan Islam, di antaranya adalah tidak terdapat sebahagian syarat muta’aqidain (kedua belah pihak yang melakukan transaksi), seperti keber-akal-an (aqil) dan kehadiran kedua belah pihak atau kehadiran wakil-wakil mereka. Kerana itu, mereka tidak membenarkan muamalah tersebut. Kerana pada setiap muamalah dan perniagaan harus memenuhi syarat-syarat tersebut. Tetapi ada juga fukaha lainnya yang berpandangan bahawa perniagaan seperti itu tidak ada masalah dan hukumnya halal. Kerana pada hakikatnya kedua belah pihak (yang melakukan transaksi) yang balig dan berakal sihat itu telah melakukan muamalah dan transaksi melalui program komputerisasi.



[i] . Ya, apabila maksudnya adalah pemasaran dengan beberapa peringkat dan dalam bentuk piramida, maka problemnya hanyalah sebagaimana dijelaskan dalam masalah Gold Quest.

Jawaban Detil

Sesuai dengan hasil penelitian yang dilakukan oleh para ilmuan dan pakar ekonomi[1] tentang hakikat perusahaan-perusahaan yang menggunakan cara dan sistem Piramid seperti Gold Quest, Goldmine, dan lain-lain dan praktik yang dilakukannya, mengatakan bahawa perusahaan-perusahaan tersebut dan orang-orang yang bekerjasama dengannya mempunyai banyak masalah dan banyak menimbulkan bahaya bagi ekonomi negara yang tidak mungkin dapat ditutupi. Kerana itulah, lembaga-lembaga ekonomi Negara Islam Iran menilai bahawa kegiatan perniagaan perusahaan-perusahaan tersebut melanggar undang-undang. Oleh itu pengadilan tinggi negara Islam Iran berkewajiban mengambil tindakan tegas atas yang melanggarnya.

Bahaya-bahaya itu antara lain ialah:

1.Perusahaan-perusahaan tersebut hanya dapat memberikan maksimum potongan 35% kepada pelabur dari sejumlah modal yang ia berikan. Sedangkan yang 65 % (itu pun apabila cabang-cabang yang berada di bawahnya telah lengkap) kembali kepada para anggota di mana wang tersebut merupakan harga asli syiling dan barang-barang yang telah dibeli dan peratusan yang telah dibayarkan melalui beberapa perantara.

Sekarang, jika masalah ini kita hitung secara global (di dalam negeri seperti Iran) sesuai dengan  data yang pada saat ini ialah lebih dari satu juta orang telah menjadi anggota jaringan ini, apabila kita pastikan bahawa setiap orang melaburkan wangnya minimal $500;, maka bererti mereka telah memperlaburankan wang sekitar $ 500.000.000; pada jaringan-jaringan ini di mana 35 peratusnya merupakan saham dan bahagian perusahaan ini (selain keuntungan yang diperoleh dalam muamalah ini dari jalan lainnya), iaitu sekitar $ 175.000.000; sama dengan (920x175.000.000; = 161.000.000.000;) Tuman. Jumlah ini, jika anggota yang ikut pada jaringan tersebut sebanyak satu juta orang dan setiap orang hanya memperlaburkan modalnya sejumlah yang paling minimum. Padahal sebenarnya (malangnya) jumlah anggotanya lebih dari satu juta orang dan banyak dari mereka yang memperlaburkan wangnya lebih dari $ 500; Dengan perhitungan seperti ini dapat diketahui bahawa sebenarnya sangat besar wang dalam negeri yang terseret keluar dan masuk ke saku perusahaan-perusahaan tersebut tanpa ada wang yang masuk atau kembali ke dalam negeri. Keluarnya wang dari dalam negeri dengan cara seperti itu merupakan bahaya besar bagi Negara Islam Iran. Sebagaimana membahayakan diri sendiri itu haram hukumnya, demikian pula membahayakan Negara Islam (kerana hal itu akan membahayakan semua penduduk negeri). Tidak seorang pun yang berakal dapat menerima bahaya dan kerugian seperti ini.

2. Ketika wang sebesar itu, yang seharusnya dipelaburankan dan diputar di dalam negeri, tetapi tumpah ke luar negara, maka hal itu akan mengakibatkan meningkatnya suku bunga pelaburan dalam negeri. Sebagai akibat lebih lanjut adalah menurunnya keuntungan pengeluaran dalam negeri dan naiknya harga barang-barang di dalam negeri. Dan hal ini sangat merugikan para pengeluar dan sekaligus juga merugikan para konsumen. Dengan kata lain bahawa hal ini akan memberikan peluang dan pintu terbuka untuk masuknya barang-barang luar negeri yang akan mengakibatkan kilang-kilang dan perusahaan-perusahaan dalam negeri akan mengalami penurunan dan beku (stagnation). Tidak stabilnya kilang-kilang dan perusahaan-perusahaan dalam negeri akan mengakibatkan banyak pekerja dan pegawai diberhentikan professionnya dan sudah tentu pengangguran pun akan semakin meningkat.

3. Tidak adanya jaminan keamanan dalam pelaburan pada perusahaan-perusahaan seperti itu. Kerana itulah Mahkamah Tinggi tidak bertanggung jawab terhadap pelanggaran, kecurangan dan salah guna pelaburan pada perusahaan-perusahaan tersebut. Ya, apabila salah seorang anggota dari ranting jaringan tersebut mengadukan masalahnya dan ia dapat membuktikan pengaduannya, maka keluhan dan pengaduan semacam ini dapat diperhatikan dan diambil tindakan. Tetapi apabila orang tersebut memasukan wangnya pada akaun salah satu perusahaan Piramid dan wangnya itu hilang (perusahaan yang bersangkutan tidak memperhatikan perjanjian yang telah disepakati), maka dalam hal ini Mahkamah Tinggi Negara Islam Iran sama sekali tidak bertanggung jawab terhadap hak-haknya yang telah dirampas. Sebagaimana pula negara-negara dan lembaga-lembaga hak-hak asasi lainnya tidak bertanggung jawab dalam msalah ini. Kalau pun mereka bersedia membantu untuk mengembalikan hak seperti itu, tetapi tentunya tidak percuma. (biaya pengadilan, penunjukan peguam dan pengangkutannya sangat mahal dan tinggi).

4. Barang-barang yang dijual oleh perusahaan tersebut kepada pihak pembeli dalam bentuk syiling atau lainnya, dapat dibeli secara langsung oleh si pembeli di perusahaan atau pengeluar di Jerman dan dengan harga yang jauh lebih murah (iaitu sekitar 90.000; Tuman). Terdapat dakwaan dari perusahaan yang berkaitan yang mengatakan bahawa hanya dialah yang mengeluarkan syiling-syiling tersebut, mencetak dan memiliki nilai koleksi (sebagai barang antik). Ini adalah dakwaan yang tidak mempunyai landasan samasekali. Kerana: Pertama: Pengeluaran syiling-syiling itu tidak terbatas pada perusahaan tertentu. Misalnya syiling yang terdapat gambar Imam Khomeini Ra. Yayasan Nasyre Atsar Imam telah menjual lesen syiling tersebut (dalam jumlah yang terbatas) kepada sebuah perusahaan Jerman. Dan perusahaan Jerman tersebut mencetak syiling terebut sesuai dengan jumlah yang diizinkan kepadanya dan kemudian memasarkannya. Dari jumlah yang dipasarkan itu, sebahagiannya dibeli oleh perusahaan Gold Quest yang kemudian diberikan kepada para pembelinya. Yayasan Nasyre Atsar Imam pun dapat menjual lisensi ini kepada perusahaan lainnya. Bahkan setiap orang dapat membeli syiling tersebut secara langsung dari perusahaan yang mengeluarkannya.

Kedua: Barang-barang yang memiliki nilai koleksi (barang-barang antik) itu secara minimum telah berusia sepuluh tahun dan setelah itu tidak lagi dikeluarkan. Sementara barang-barang yang dikeluarkan oleh perusahaan-perusahaan tersebut tidak demikian.

Para marja’ taqlid dengan berlandaskan pada penjelasan di atas dan dalil-dalil fikah lainnya, mengeluarkan fatwa bahawa keuntungan dan pemasukan dari perusahaan-perusahaan seperti itu hukumnya adalah haram. Di bawah ini sebahagian dalil lainnya yang akan kami sebutkan:

1.             Peratusan yang diberikan oleh perusahaan-perusahaan tersebut diambil dari para anggota ranting bawah. Apabila matarantai jaringan itu terhenti pada satu tempat (dan pasti terhenti dan terbatas), maka sebahagian besar pelaburan para anggota yang berada pada peringkat bawahannya akan menjadi hilang dan mereka tidak akan menerima apa-apa (kecuali syiling dan sedikit peratusannya).

2.             Orang-orang yang bekerjasama dengan perusahaan-perusahaan tersebut sebagai anak cabang atau sebagai perantara sahaja dapat memperoleh imbalan sekian peratus apabila berjaya menjaring anggota baru untuk bergabung dengan jaringan perusahaan tersebut. Semakin banyak anggota yang ia rekrut, maka akan semakin banyak keuntungan yang bakal ia raih. Tetapi sebenarnya orang-orang perusahaan itu adalah para penipu terhadap para anggota dan para anak ranting bawahannya. Iaitu mereka menipu anak ranting bawah dan anggota baru. Hal itu mereka lakukan agar orang-orang yang terjaring itu memperlaburkan modalnya pada perusahaan itu dalam muamalah tersebut. Tetapi sebenarnya hal itu merupakan perampasan harta.  Sebagai imbalannya adalah perusahaan memberikan sedikit wang dari pelaburan tersebut kepada para perantara. Sedangkan baki wang itu masuk ke dalam saku orang-orang perusahaan tanpa usaha penat lelah. Harta yang diperoleh dengan cara seperti ini termasuk “Aklul mal bil bathil” (makan harta orang lain dengan cara yang tidak sah) dan hukumnya haram. Fakta ini hanya sebahagian dalil atas ketidak syar’i-an muamalah yang dilakukan oleh perusahaan tersebut. Sedangkan bahaya dan kerugian lainnya yang ditimbulkan oleh perusahaan tersebut jauh lebih banyak.

Adapun Network Marketing, jika diertikan sebagai pemasaran dan perniagaan dengan sistem jaringan[2] yang merupakan jenis perniagaan dengan sistem elektronik dan menggunakan teknologi internet[3], dari sisi kecepatan usaha dan ……. adalah sesuatu yang sangat baik. Bahkan menurut pandangan syari’at Islam dan undang-undang Republik Islam Iran pun –dari sisi ini- tidak ada masalah (dibolehkan). Sebahagian fukaha dan ulama Syi’ah menganggap bahawa perniagaan tersebut bermasalah hanyalah dari sisi ketiadaan sebahagian syarat bagi kedua belah pihak yang melakukan transaksi (muta’aqidain). Kerana di dalam muamalah jual beli (bai’) itu disyaratkan kedua belah pihak (pembeli dan penjual) harus baligh, berakal sihat dan memiliki tujuan dan ikhtiar.[4] Sementara di dalam muamalah elektronik tidak memenuhi syarat-syarat tersebut. Kerana muamalah tersebut terjadi antara pihak komputer yang tidak memiliki akal, perasaan, kehendak dan ikhtiar dengan pihak pembeli. Dari sisi inilah para fukaha menganggap bahawa muamalah dengan cara seperti itu tidak sah.

Yang jelas bahawa muamalah tersebut termasuk masalah baru atau masalah kontemporer yang perlu dipikirkan dan dikaji secara mendalam dan dari berbagai sisi sehingga jika telah jelas dari semua sisinya, maka di masa mendatang para fukaha akan menjelaskan hukumnya secara detail.

Ya, apabila sudah jelas bahawa muamalah dengan sistem komputer seperti ini, alat-alat elektronik hanyalah sebagai sarana dan perantara untuk memindahkan dan menyampaikan maksud si penjual yang berakal sihat, baligh dan memiliki perasaan dan ikhtiar, maka fatwa yang akan dikeluarkan oleh fuqaha akan berbeza.[5] Sebagaimana sekarang ini sebahagian fuqaha menilai bahawa komputer dan alat-alat elektronik hanyalah sebagai alat, sarana dan perantara sehingga perniagaan dan bermuamalah dengan menggunakan sarana tersebut dinilai sah dan dibenarkan syari’at.[6] Tetapi hukum dibolehkan ini pun hanya apabila perniagaan dan perdagangan seperti itu bukan berselindung atau pakej praktikal perniagaan yang dilakukan oleh perusahaan-perusahaan dengan sistem Piramid yang telah dilarang dan diharamkan sebagaimana telah dijelaskan di atas.[]



[1] .Dialog langsung dengan Ketua Pasukan Ekonomi, Ketua Budaya dan Pemikir islam; Hujjatul Islam ustadz Sayyid Abbas Musawiyan.

[2] .Network Marketing berbeda dengan Multi level Marketing (MLM). MLM betul-betul perniagaan yang berubah menjadi dalang Piramid. Lembaga pengadilan di sebahagian negara mengusulkan agar perniagaan MLM itu dianggap sebagai perniagaan yang tidak dibenarkan oleh undang-undang. Misalnya di Amerika, MLM telah di black list atau dimasukkan ke dalam senarai perniagaan yang dicurigai oleh pihak pemerintah. Kerana perniagaan seperti MLM dapat berubah menjadi tanda perniagaan dalam bentuk Piramid yang hanya akan merosak dan menghancurkan ekonomi Negara. Kelebihan utama perniagaan Network Marketing (NM) jika dibandingkan dengan perniagaan model tradisional adalah bahwa penjualan barang melalui NM lebih cepat dan harganya lebih murah. Pada dasarnya hal itu merupakan bentuk perniagaan moden dari perniagaan tradisional di mana bukan hanya pembeli sebagai pengguna, tetapi pihak agen pun boleh sebagai pengguna dan bukan sebagai anggota baru jaringan. NK. Wawancara Dr. Katuziyan dengan surat khabar hamsyahri, 9 isfand, 1384 Sy.

[3] .Untuk memperoleh wawasan lebih luas tentang perniagaan elektronik, NK: Makalah, Selayang Pandang tentang Pengertian dan Penghalang Berkembangnya Perniagaan Elektronik di Iran, Ali Ridha Ibrahimi, surat kabar Iran, 3 Dey, 1385 Sy.

[4] Tahrirul Wasilah, jilid 1, hal. 396 – 397.

[5] .Dialog interaktif dengan Hujjatul Islam Ustadz Majid Ridhai, Dosen Ekonomi Universitas Mufid.

[6] .Pertanyaan-Jawapan Interaktif Ayatullah Hadi Hadawi.

Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Bilangan komen 0
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai
Sila masukkan nilai

Kategori

Pertanyaan-pertanyaan Acak

Populer Hits