Kelak, Imam Mahdi (a.s) dengan izin Allah dan dengan segala sarana spiritual mahupun material yang terancang, akan merealisasikan pemerintahan di mana dunia penuh keadilan yang merupakan cita-cita terbesar kemanusiaan. Dengan demikian, manusia dengan kemuliaan dan kebebasan akan mencapai kehidupan Ilahi. Imam Mahdi (a.s) akan diperkenalkan kepada seluruh masyarakat dunia melalui pertolongan suara dari langit, di mana para pecinta keadilan dan kebenaran akan mengikutinya di bawah keindahan panji pemerintahan Imam Mahdi (a.s).[1] Beliau dengan segenap kekuatannya akan berjuang bersungguh-sungguh melawan para penghalang manusia menuju kesempurnaan Ilahi. Beliau akan mengalahkan para penentang, pengingkar dan musuh-musuhnya, sebagaimana firman Allah (s.w.t): “Dan kami hendak memberi kurnia kepada orang-orang yang tertindas di muka bumi itu, hendak menjadikan mereka pemimpin, dan menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (bumi)”. (Qs. Al-Qashash [28]:5)[2]
Pembahasan ini, akan lebih jelas dengan adanya riwayat Imam Baqir (a.s) berkenaan dengan pidato Imam Mahdi (a.s) di samping Ka`bah.2 Perihal kesyahidan (syahadah) atau meninggalnya Imam Mahdi (a.s) terdapat dalam berbagai riwayat dan hal tersebut harus disabitkan dengan hadis sebab ia berkaitan dengan masa yang akan datang. Namun, berkenaan dengan kesyahidan Imam Mahdi (a.s) di tangan seorang perempuan tua, merupakan hal yang tidak diterima oleh kebanyakan ulama dan sudah pasti tidak bisa dibenarkan. Menurut sebagian para pengkaji (hadis), perbahasan ini hanya terdapat dalam kitab “Ilzam an Nashib”.[3] Katakanlah riwayat tersebut diterima sekalipun, kita hendaklah menumpukan bahawa hal yang pasti dan tidak dapat dimungkiri iaitu terbentuknya sebuah pemerintahan global oleh Imam Mahdi (a.s) berdasarkan keadilan dan para penguasa zalim akan mengalami kehancuran. Meskipun demikian tidak terdapat dalil pasti bahwa kelak orang-orang tidak akan berbuat dosa pada masa kemunculannya.[]
Referensi untuk telaah lebih jauh:
1. Kitab al Ghaibah, an Nu`mani, halaman 329-331.
2. Kitab “Cesym Andâzi be Hukumate Mahdi”, Najmuddin Thabasi
3. Bihâr al Anwâr, jilid 52 halaman, 337-338.
4. Kamâl al-din, Syekh Shaduq, halaman 372
5. Ashre Zendegi, Muhammad Hakimi.
6. Mahdi Tajassum Âmid wa Nejât, Azizullah Haidari