Menurut Islam semua jenis riba dan apa sahaja yang sama hakikat sepertinya adalah haram dan hanya beberapa kes yang dikecualikan seperti:
1. Umat Islam mengambil riba daripada orang kafir yang tidak berlindung di bawah naungan Islam.
2. Pengambilan riba sesama bapa dan anak.
3. Pengambilan riba sesama isteri dan suami.
[1]
Sekiranya pekerjaan dalam sebuah bahagian di bank terdapat urusniaga berunsurkan riba yang mana realitinya benar-benar memberikan kesan, maka tidak dibenarkan bekerja di situ.
[2] Namun tidak ada masalah sekiranya bekerja di bahagian-bahagian bank tersebut dan pendapatan gaji yang diperolehi pula tidak berkaitan dengan kegiatan urusniaga haram menurut syariat.
[3] Oleh itu para pekerja bank yang ingin melepaskan diri dari riba hendaklah menukarkan tugasnya di bahagian yang tidak ada urus niaga berunsurkan riba.
[1] Diedit secara bebas dari pertanyaan 1048 (laman sesawang: 1118).
[2] Tawḍīḥ al-Masā’il Imām Khumaynī, jilid 2 muka surat 936, soalan 1914, Esteftā’āt Az Maqāme Mo`aẓẓame Rahbarī
[3] Tawḍīḥ al-Masā’il Imām Khumaynī, jilid 2 muka surat 936, soalan 1914, Esteftā’āt Az Maqāme Mo`aẓẓame Rahbarī