Perniagaan dan perdagangan dengan sistem elektronik sebagaimana yang mereka jelaskan, adalah perniagaan dan perdagangan tanpa perantara atau broker di mana pembeli barang atau pembeli perkhidmatan melakukan urusniaga melalui internet. Perniagaan dan perdagangan seperti ini jika dilihat dari sisi penggunaan sarana elektronik, kemudahan dan kecepatannya dalam melakukan urusniaga, maka ianya tidak ada masalah sama sekali (dibolehkan). Bahkan perniagaan dan perdagangan seperti itu telah ditetapkan oleh Majlis Syura Islami Iran dan direstui pula oleh Dewan Pengawal Perlembagaan Iran. Sekarang ini dari sisi pelaksanaan dan praktikal (sebagaimana telah dijelaskan di dalam Undang-undang Dasar Islam Iran) sama sekali tidak ada masalah. Adapun perusahaan-perusahaan yang menganut sistem compensation plan, sebagaimana yang mereka utarakan, adalah perusahaan-perusahaan yang bergerak di bidang perniagaan dengan sistem NM (Network Marketing). Apabila praktikal perusahaan ini sesuai dengan ketetapan dan ketentuan perusahaan tersebut dalam memasarkan dan menjual barang-barang yang nyata dengan harga yang jelas, maka usaha dan muamalah (urusniaga) tersebut tidak bermasalah. Tetapi kebanyakan praktikal perniagaan perusahaan-perusahaan seperti itu mengedarkan barang-barangnya tidak secara nyata, atau barang-barang itu ditawarkan ada di depan mata tetapi harganya tidak jelas. Dengan ungkapan lain bahawa projek-projek dan perusahaan-perusahaan ini hanyalah sebagai pelindung untuk mengaut keuntungan sebanyak-banyaknya dengan cara-cara penipuan dan kecurangan. Akibatnya ialah berbilion dolar wang negara dilarikan ke luar negera. Kerana itu pengamalan dan menjadi anggota perniagaan seperti itu menjadi bermasalah (hukumnya haram).
Apabila perniagaan dan perdagangan elektronik itu maksudnya adalah perniagaan dengan menggunakan sarana teknologi internet, maka dilihat dari sisi kecepatannya sangat baik dan bahkan menurut pandangan syari’at Islam dan undang-undang dasar Islam Iran hal itu tidak bermasalah (dibolehkan). Undang-undang tersebut telah ditetapkan oleh Parlimen Iran pada tarikh 17 Dei tahun 1382 Syamsiyah telah direstui oleh Dewan Pengawal Perlembagaan Iran. Sekarang ini, dari sisi pelaksanaan dan praktikal (sebagaimana telah dijelaskan dalam Perlembagaan Islam Iran) sama sekali tidak ada masalah.
Adapun Network Marketing (perniagaan dan perdagangan dengan sistem jaringan) yang merupakan bahagian dari perniagaan dengan sistem elektronik dan tujuan utamanya adalah menghapus pelbagai perantara yang tidak diinginkan dari matarantai pemasaran pengeluaran dan pemindahan barang-barang dari pihak pengeluar sampai kepada pihak pengguna dan juga untuk membantu mereka, adalah perniagaan yang mempunyai ciri-cici tertentu dimana sebahagian ciri-cirinya sebagaimana berikut:
1. Perusahaan Network Marketer harus bersifat internasional dan diakui oleh dunia. Apabila hanya terbatas pada satu tempat atau sebuah negara tertentu sahaja atau hanya sesuai dengan sifat-sifat budaya dan sosial tertentu, maka ia dianggap gagal dan akan bertumpu hanya pada tempat tersebut sahaja.
2. Barang-barang tersebut dikeluarkan sehingga dapat ditawarkan dalam bentuk networking (jaringan). Perusahaan yang berkaitan harus memberikannya kepada pihak pembeli (sejak awal) tanpa syarat apapun. Perusahaan-perusahaan yang barang-barang produksinya ditawarkan dalam bentuk jangka panjang dan menerima bayaran dengan cara ansuran dalam jangka panjang pula, bukan sebagai Network Marketer dan tidak mempunyai tujuan untuk meraih keuntungan yang melimpah berselindung di balik perusahaan tersebut.
3. Harga barang-barang tersebut harus sesuai dengan standard Internasional yang telah ditetapkan berdasarkan pengeluaran pokok, biaya pengeluaran, biaya perusahaan dan peratusan dari jumlah komisyen yang dikeluarkan.[1]
Perusahaan-perusahaan yang mengamalkan perniagaannya dengan metodologi Network Marketing itu menggunakan berbagai cara dan gagasan. Di antara cara yang digunakan adalah dengan cara memberikan peratusan kepada para pembeli yaitu dengan cara memperkenalkan dua orang-dua orang atau dengan melalui sistem compensation plan. Di dalam gagasan dan cara ini, masyarakat dapat mengenal hasil-hasil pengeluaran perusahaan melalui kawan-kawan dan kenalan mereka. Dengan membeli salah satu dari produk tersebut, mereka telah memasuki perniagaan Network Marketing. Setiap orang atau pembeli yang dianggap telah memenuhi kelayakan, mempunyai tugas untuk memperkenalkan jaringan perniagaan tersebut kepada dua orang sehingga ia dianggap aktif oleh perusahaan. Dengan demikian akan terbentuklah mata-rantai jaringan orang-orang yang akan mengalami peningkatan dalam bentuk menegak (vertical) yang berkembang dengan dua perbandingan. Perusahaan juga (menurut undang-undang yang telah ditetapkan) akan memberikan peratus tertentu kepada para pembeli seiring dengan perkembangan global. Sebahagian dari undang-undang tersebut adalah:
1. Hukum non-Keseimbangan
Perolehan peratusan pada compensation plan dari sekelompok anggota yang berada di bawah keanggotaan individu, berkaitan rapat dengan keseimbangan dalam penempatan mereka. Ertinya untuk memperolehi peratusan itu, seseorang harus dapat merekrut sejumlah anggota tertentu yang berada di bawah keanggotaannya, misalnya tiga orang di samping kirinya dan tiga orang lagi di samping kanannya. Oleh kerana kemampuan setiap individu (yang melakukan perniagaan dengan perusahaan tersebut) berbeza-beza, maka seringkali keseimbangan yang diinginkan tersebut tidak wujud. Sebagai akibatnya kebanyakan mereka tidak memperolehi peratusan daripada perusahaan yang berkaitan. Ini disebabkan perusahaan, baru akan memberikan peratusan kepada mereka, apabila dapat merekrut anggota secara seimbang antara bahagian kiri dan bahagian kanan. Dengan ini jelaslah tiadanya imbangan dari salah satu sumber penting perolehan pendapatan syarikat-syarikat adalah dengan format perduaan (binary).
2. Hukum pendapatan syiling
Dengan perkembangan di bawah rangkaian sesorang sehingga ke peringkat had paling atas, dapatlah diyakini bahawa peningkatan rangkaian ini dengan sendirinya terus tumbuh perlahan-lahan. Ketika itu perusahaan harus memenuhi janjinya bahawa pada setiap anggota baru yang direkrut dengan jarak masa tertentu akan memberikan peratusan secara meningkat dan bertambah. Kerana itu, bagi mereka yang berhasil merekrut anggota dalam jumlah besar dan berkembang dengan pesat, akan memperoleh peratusan yang besar pula pada setiap jarak dalam masa tertentu. Dengan itu, sistem compensation plan menetapkan perolehan peratusan batas maksimum yang harus diberikan pada setiap jarak masa tersebut. Undang-undang dan ketentuan ini berhubungan dengan apa yang dinamakan: Plan, ketentuan Max Out atau Flush Out. Maksudnya ialah anggota-anggota tambahan yang berada di bawah individu pada setiap jarak masa, biasanya setiap hari atau setiap minggu, tidak hanya dalam perhitungan peratusan jarak masa tersebut mereka tidak diperhitungkan (tidak dibayar), tetapi juga dalam perhitungan peratusan jarak masa setelahnya tidak termasuk dalam hitungan. Jadi pada hakikatnya peratusan mereka dianggap sudah diberikan. Yang jelas biasanya hukum dan aturan pendapatan syiling itu boleh terjadi pada orang-orang dengan kelompok anggota yang sangat besar. Bagaimanapun, sistem compensation plan adalah salah satu masalah yang tidak pernah selesai.
3. Kepuasan
Salah satu masalah yang termasuk dalam pembahasan sistem dengan perkembangan cepat selaku bahagian dari sistem compensation plan adalah masalah kepuasan. Kepuasan dengan makna yang hakiki tidak akan terjadi kerana ramai kawan-kawan, kenalan, rakan-rakan kerja individu atau pada jaringan terebut yang telah menjadi anggota tidak melakukan kerjanya selari dengan keangotaan jaringan tersebut. Keadaan itu terjadi kerana mereka harus menarik anggota-anggota baru di bawah keanggotaan mereka di mana hal itu menuntut banyak tenaga dan sebenarnya menuntut juga banyak waktu. Akibatnya ramai di antara mereka yang tidak sejalan dengan kehendak jaringan tersebut. Akibat selanjutnya adalah tidak adanya keseimbangan dalam sistem tersebut. Kebanyakan mereka melanjutkan perniagaan tersebut sebagai ala kadar sahaja sehingga mengabaikan anggota-anggota yang di bawahnya. Sementara perusahaan dan jaringan itu hanya memberikan peratusan kepada orang yang mempunyai anggota seimbang. Sebenarnya perusahaan dapat melanjutkan penjualan hasil-hasil pengeluarannya hanya kepada orang-orang yang tetap aktif dalam perniagaan tersebut. Alasannya adalah kerana dalam sebuah plan dengan gagasan yang mempunyai tujuan, pertumbuhan plan itu sentiasa lebih sedikit daripada pertumbuhan masyarakat. Dengan itu kepuasan dengan makna yang hakiki sama sekali tidak akan wujud. Kepuasan hanyalah dijadikan sebagai faktor ketiadaan keseimbangan dalam sistem perniagaan tersbeut sehingga melalui jalan dan cara inilah perusahaan jaringan itu dapat meraih keuntungan untuk sakunya sendiri.
Ini adalah sepintas lalu sistem kerja yang dijalankan oleh jaringan compensation plan sebagaimana telah dijelaskan oleh para pengasas, perintis dan para pembelanya. Namun malangnya, antara undang-undang dan ketetapan yang dibuat, jauh berbeza seperti langit dan bumi, dengan praktikal yang dijalankannya. Kerana itulah para marja’ taklid mengharamkan perniagaan dengan sistem seperti itu. Wang atau keuntungan yang diperoleh dengan jalan itu dianggap termasuk aklul maal bil bathil (memakan harta orang lain dengan jalan batil (haram)).
Ayatullah Makarim Syirazi (tentang masalah ini) berkata: “Yang dimaksud dengan memakan harta dengan jalan batil ialah seseorang memperoleh dan memiliki harta atau wang tanpa mempunyai pekerjaan yang halal. Di dalam perniagaan seperti Gold Quest dan yang sejenisnya, hal ini dapat dilihat dengan jelas. Orang-orang yang berada pada peringkat dan cabang pertama dapat menarik wang setiap minggu tanpa melakukan sebarang pekerjaan. Sementara orang-orang yang berada pada turutan di bawahnya kehilangan wangnya. Hal ini mirip sekali dengan judi”.
Dalam urusniaga seperti ini jelas tidak ada perdagangan dan jual beli yang jelas. Bahkan zat perniagaan seperti ini mirip dengan perjudian, penipuan, loteri dan aklul maal bil bathil. Apabila barang-barang pengeluaran itu dipaket dan dibungkus hanya untuk melakukan pekerjaan-pekerjaan yang tidak syar’i, maka sudah jelas bahawa hal ini bukan perniagaan dan perdagangan yang sebenarnya.
Kedua: Apabila dianggarkan bahawa dalam perniagaan tersebut terdapat jual-beli, tetapi tidak wujud tarâdhi (kerelaan dari kedua belah pihak yang melakukan urusniaga yang merupakan syarat sah jual-beli). Kerana seseorang yang masuk dan ikut serta dalam perniagaan penuh dusta seperti ini, dengan tamak dan rakus ingin meraih keuntungan yang melimpah, ia akan menjual barang-barang itu dengan harga yang lebih mahal dari harga yang sebenarnya. Jikalau mereka tahu bahawa keuntungannya itu tidak akan dikembalikan kepada mereka, bahkan kemungkinan barang-barang tersebut tidak akan sampai ke tangan mereka, maka pasti mereka tidak akan rela membayar dan memberikan wangnya.
Perusahaan-perusahaan yang mereka pilih dan untuk mencapai tujuan mereka itu, sebenarnya hanya sebagai helah untuk dapat mengelabui masyarakat dan mengambil harta mereka. Ianya sama sekali bukan muamalah yang sah dan nyata walaupun dengan harga yang berlipat ganda. Kerana itu, apabila pembeli sejak awal mengetahui bahawa ia tidak dapat menampal dan menutupi harga tambahan dengan cara menarik pembeli dan anggota baru, maka pasti dia tidak akan rela melakukan urusniaga seperti itu. Ini disebabkan anak-anak tangga terakhir yang telah memberikan wangnya kepada anak-anak tangga yang pertama yang tidak akan dapat menutupi kerugian besarnya, tidak akan rela dengan matlamat muamalah.[2]
Di samping itu, bahawa semua permasalahan yang terdapat pada perusahaan-perusahaan dengan metodologi Piramid (seperti Gold Quest) seperti banyaknya uang dalam negeri yang terseret keluar tanpa ada imbal balik, terdapat pula di dalam perusahaan-perusahaan dengan sistem compensation plan.
Untuk mempeluas wawasan, sila rujuk pada soal 19090 (situs: 18517), indeks: Network Marketing dan perusahaan-perusahaan dengan system Piramid dalam pandangan Islam. []