Kod tapak
fa1939
kod Kenyataan Privasi
53516
Kumpulan
Huquq Dan Ahkam,Makanan Non-Muslim
Ringkasan pertanyaan
Apakah haiwan sembelihan bukan muslim dapat digunakan?
soalan
Kami di sini menggunakan daging-daging yang tidak disembelih menurut Islam. Apakah penggunaan daging-daging tersebut mempunyai masalah? Sedangkan sebahagian umat Islam dari negara-negara lain berkata bahawa daging-daging tersebut halal untuk digunakan.
Jawaban Global
Menurut pandangan fatwa-fatwa para ahli fikah Syi’ah dan ajaran Ahlulbait, daging-daging dari sembelihan yang tidak menuruti cara Islam dihukum sebagai daging bangkai. Dagingnya adalah haram dan tidak dibenarkan memakannya.
Jawaban Detil
Menurut pandangan fikah Syi’ah, syarat halal daging haiwan yang dijual di pasar, pedagang daging, supermarket adalah: Pertama, daging itu berasal dari haiwan halal. Kedua, haiwan halal ini disembelih menurut syariat Islam.
Haiwan yang disembelih menurut syariat Islam harus memiliki ketetapan seperti berikut:
Haiwan yang disembelih menurut syariat Islam harus memiliki ketetapan seperti berikut:
- Si penyembelih harus seorang Muslim atau seseorang yang dihukum sebagai Muslim, seperti anak orang Islam yang belum mencapai usia baligh.[1] Kerana itu, haiwan yang disembelih oleh bukan Muslim, dihukum sebagai bangkai. Dalam hal ini tidak terdapat perbezaan antara orang kafir yang berasal dari ahli kitab dan bukan ahli kitab.[2]
- Haiwan harus disembelih dengan alat yang terbuat dari besi yang tajam.
- Ketika menyembelih, bahagian depan haiwan harus dihadapkan ke arah kiblat.
- Ketika menyembelih, yang menyembelih harus menyebut nama Allah.
- Setelah disembelih, haiwan itu harus bergerak sedikit sehingga menjadi jelas bahawa ia masih hidup tatkala disembelih.
- Tidak menyembelih haiwan dari arah belakang.[3]
Apabila haiwan yang halal dimakan itu telah disembelih dengan ketetapan-ketetapan terebut, maka dagingnya halal dan dapat digunakan. Walau bagaimanapun Ahlusunnah[4] mempunyai pandangan lain. Meskipun mereka juga tidak menganggap sembelihan haiwan yang orang kafir yang bukan ahli kitab sebagai halal, tetapi mereka menganggap memakan sembelihan ahli kitab adalah halal (daging hasil sembelihan Yahudi dan Kristian)[5]. Namun seorang yang bermazhab Syiah tidak dibolehkan beramal dengan mazhab mereka. Kewajipan mereka ialah beramal menurut fikah Ahlul Bait. []
[1]. Menurut apa yang dinukilkan oleh Syaikh Baha’i dalam kitab Hurmah Dhabāih Ahl al-Kitāb, muka surat 59, ulama Syiah dan Sunni tidak mempunyai perbezaan pandangan mengenai pengharaman sembelihan orang kafir ahli kitab bukan daripada Yahudi, Kristian dan Majusi. Selagi ianya bukan kafir dari kategori ahli kitab, maka perbezaan hanyalah pada sembelihan para penganut agama Yahudi, Kristian dan Majusi.
[2]. Tahrīr al-Wasīlah, jil. 2, muka surat 621.
[3]. Tahrīr al-Wasīlah, jil. 2, muka surat 621-623.
[4]. Walau bagaimanapun di antara mereka, mazhab Hanbali mempunyai pandangan yang sama dengan pendapat Syiah, Hurmah Dhabāih Ahl al-Kitāb, muka surat 62.
[5]. Syaikh Baha’i dalam kitab Hurmah Dhabāih Ahl al-Kitāb, muka surat 59-63 berkata: "Majoriti ulama Syiah Imamiyah seperti Syaikh al-Mufid bin al-Nu'man, dan sebagainya berpendapat bahwa haiwan-haiwan sembelihan (ahli kitab) adalah haram tidak dibenarkan untuk dimakan walau dalam keadaan apa pun samada dibacakan bismilah atas haiwan tersebut atau tidak. Sementara itu ulama mazhab Hanbali sependapat dengan Syiah Imamiyah dalam hal ini sedangkan ulama mazhab Hanafi, Syafii dan Maliki membolehkan memakan haiwan-haiwan sembelihan (ahli kitab).