Kod tapak
fa2163
kod Kenyataan Privasi
33306
Ringkasan pertanyaan
Mengapakah mazhab Syiah merupakan sebaik-baiknya mazhab?
soalan
Atas alasan apa anda menyatakan bahawa mazhab Syiah merupakan sebaik-baik mazhab? Saya sendiri adalah seorang yang bermazhab Syiah. Namun saya tidak tahu apa keunggulan mazhab Syiah atas Wahabi… Apakah mungkin kita termasuk 72 firqah kaum Muslimin itu yang sudah nyata kesesatannya? Bagaimana saya dapat yakin bahawa mazhab saya adalah mazhab yang benar?
Jawaban Global
Keunggulan mazhab Syiah adalah disebabkan "kebenarannya". Pada setiap suatu ketika, agama yang benar hanya terhad pada satu agama. Sedangkan agama-agama lain yang masih wujud samada pada asasnya adalah batil, atau tidak berasas, dan telah punah atau telah dihapuskan oleh agama yang datang setelahnya. Syariat yang benar pada masa sekarang ini adalah syariat Islam. Islam yang murni dan benar termanifestasi pada mazhab Syiah. Kemurnian ajaran mazhab Syiah disebabkan mengikuti jejak Nabi Muhamamd (s.a.w) secara keseluruhan sehingga dengannya, ia menampilkan Islam murni. Terdapat banyak bukti-bukti sejarah dan teks-teks agama yang menegaskan dakwaan ini. Sementara itu ciri-ciri yang dimiliki Syiah ini tidak ditemui pada ajaran Wahabi.
Jawaban Detil
Keunggulan mazhab Syiah adalah disebabkan "kebenarannya". Pada setiap suatu ketika agama yang benar hanya terhad pada satu agama. Allah (s.w.t) memiliki satu syariat pada setiap masa. Adapun agama-agama yang lain samada secara asasnya merupakan agama yang batil, atau pun tidak memiliki asas, dan telah punah atau telah dihapuskan oleh agama yang datang setelahnya. Banyak jumlah mazhab-mazhab dan agama-agama samawi yang hingga kini telah diturunkan untuk manusia. Bilangan agama tersebut adalah bilangan vertikal, bukan horizontal. Ertinya agama baru adalah agama yang menghapuskan dan menyempurnakan agama yang datang sebelumnya. Seiring dengan kedatangan agama baru maka jangkamasa pemakaian agama lama sudah tamat tempohnya dan tidak sah lagi. Akibat habis tempoh, maka agama lama tersebut memberikan tempatnya kepada agama baru dan semua penganutnya harus mengikuti dan beriman kepada ajaran baru tersebut. Atas alasan ini, teks-teks suci agama menyebut bahawa orang yang tidak beriman kepada agama yang baru sebagai "kafir."
Islam merupakan agama terakhir dan sempurna yang diturunkan bagi umat manusia. Oleh kerana itu Allah (s.w.t) hanya akan menerima agama Islam sebagai satu-satunya agama rasmi dan sah bagi manusia. "Inna al-dīn 'indaLlāhi al-Islām." (Sesungguhnya agama yang diterima di sisi Allah hanyalah Islam, Surah Āl ʻImrān [3]:19) Waman yabtaghe' ghair al-Islam dīnan falan yaqbla minhu." (Barang siapa yang mengikut agama selain Islam maka sekali-kali tidak akan diterima, Surah Āl ʻImrān [3]:85)
Malang sekali kaum Muslimin juga berpecah pada mazhab-mazhab sebagaimana kaum-kaum dan pemeluk agama-agama sebelumnya. Sudah tentu semuanya tidak berada di atas agama yang benar. Nabi (s.a.w) bersabda: "Sesungguhnya umatku setelahku akan terpecah menjadi 73 golongan. Satu golongan yang selamat dan 72 golongan semuanya berada dalam neraka."[1] Mazhab hak dan firqah nājiyah di kalangan mazhab-mazhab Islam adalah mazhab Syiah Ithnā ʻAshariyyah. Mazhab ini adalah mazhab yang menunjukkan ajaran Islam hakiki dan benar. Nabi (s.a.w) bersabda, "Wahai umat manusia! Sesungguhnya aku tinggalkan bagi kalian yang mana jika kalian berpegang teguh kepadanya maka kalian tidak akan tersesat selamanya, Kitab Allah dan keturunanku daripada Ahlul Bait."[2]
Diriwayatkan Abu Dzar Ghiffari salah seorang sahabat besar dan thiqah (dapat dipercaya) berkata: "Aku mendengar daripada Nabi (s.a.w) sesungguhnya beliau bersabda: "Perumpamaan Ahlubaitku di tengah kalian laksana bahtera Nuh (a.s) bagi kaum Nuh (a.s), barangsiapa yang menaiki bahtera akan selamat dan barangsiapa yang meninggalkannya akan karam."[3]
Asas mazhab Syiah adalah tauhid, keadilan, kenabian, imamah dan maʻād. Syiah adalah mazhab yang meyakini terhadap adanya 12 imam maksum sebagai khalifah Rasulullah (s.a.w) di mana Imam pertama mazhab Syiah ialah Ali bin Abi Thalib (a.s) dan Imam terakhir (Imam Keduabelas) ialah Imam Mahdi (a.j.f).
Dalam riwayat yang dinukil daripada Rasulullah (s.a.w) dijelaskan jumlah bilangan dan sehingga menyebut nama-nama para Imam Maksum (a.s). Suatu hari Abdullah bin Mas'ud duduk di tengah-tengah sekumpulan orang, tiba-tiba datang seorang Arab badwi seraya bertanya siapakah di antara kalian yang bernama Abdullah bin Masʻud? Abdullah bin Masʻud menjawab: "Saya adalah Abdullah bin Masʻud. Orang Arab itu bertanya: Apakah nabi kalian menjelaskan bagi kalian berapa jumlah khalifah setelahnya? Abdullah bin Mas'ud berkata: Iya. Dua belas orang sejumlah bilangan pemimpin Bani Israel."[4]
Dalil dakwaan kami atas kebenaran Syiah adalah al-Qur'an dan Sunnah. Di dalam al-Qur'an Allah (s.w.t) memerintahkan kepada kita untuk mentaati Allah (s.w.t), Rasulullah (s.a.w) dan Ulil Amri (Ulil Amri iaitu para Imam Syiah sesuai dengan penegasan Rasulullah (s.a.w). Pada kebanyakan ayat-ayat al-Qur'an yang menyentuh masalah imamah dan wilayah. Ayat-ayat seperti, "Wa anzir asyiratakal aqrabīn;"[5] "Innamā waliyyukumuLlah wa rasulah wa al-mu'minun alladzina yuqimūna al-shalat wu yu’tu'na al-zakāh wa hum rākiʻun."[6] "Ya ayyuharrasul balligh maa unzila ilaik min Rabbik wa in lam tafʻal fama ballaghta risalatah."[7] "Al-Yauma akmaltu lakum dinakum wa atmamtu ʻalaikum niʻmati wa radhitu lakum al-Islama dīna."[8] "Innama yuriduLlah liyudzhiba 'ankum al-rijs Ahlalbait,"[9] dan sebagainya.
Sesuai dengan bukti-bukti yang kukuh dari sejarah dan hadis, Nabi (s.a.w) juga sentiasa menyebut Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib (a.s) sebagai washi dan khalifahnya. Sebagaimana Thabari dalam Tarikh-nya menukilkan bahawa tatkala ayat "wa andzir ashiratakal aqrabīn" turun, Nabi (s.a.w) berkata kepada kaumnya: Allah (s.w.t) memerintahkan kepadaku supaya aku mengajak kalian kepada-Nya. Barang siapa di antara kalian yang membantuku dalam hal ini maka ia akan menjadi saudara, washi dan khalifahku. Ali berkata: "Saya wahai Rasulullah (s.a.w) akan membantumu di jalan ini. Rasulullah (s.a.w) menaruh tangannya di bahu Ali (a.s) dan bersabda: "Sesungguhnya ini (Ali) adalah saudara, washi dan khalifaku di antara kalian. Dengarkan dan patuhilah ia. Kerabat Rasulullah (s.a.w) berdiri sambil mencemuh kepada Abu Thalib: "Dia memerintahmu untuk mentaati anakmu dan melaksanakan perintahnya."[10]
Di akhir-akhir riwayat hidup Rasulullah (s.a.w), apabila kembali dari haji yang dikenal sebagai hajjatul wada', di tempat yang bernama Ghadir Khum, baginda mengangkat dan memperkenalkan Ali bin Abi Thalib secara rasmi sebagai imam dan khalifah kaum Muslimin. Di tempat itu, Rasulullah (s.a.w) memerintahkan kepada orang-orang yang hadir untuk memberikan baiat kepada Ali sebagai Amirul Mukminin. Rasulullah (s.a.w) menyampaikan sebuah sabda yang terkenal pada hari itu, "Man kuntu Mawlāhu fahadha 'Aliyyun Mawlāhu." (Barangsiapa yang menjadikan aku sebagai pemimpinnya maka Ali adalah pemimpinnya). Hadis ini merupakan salah satu hadis yang terkenal dan mutawatir dalam kitab-kitab standard Islam.
Secara umumnya hal ini merupakan dalil-dalil keunggulan dan kebenaran Syiah atas mazhab-mazhab lain menurut perspektif internal agama (sesama mazhab Islam) dengan bersandar pada ayat-ayat dan riwayat. Namun hal ini juga dapat ditinjau dari sudut perspektif eksternal (luar) agama dan membandingkan antara ajaran-ajaran Syiah dan non-Syiah yang menegaskankan keunggulan mazhab Syiah. Namun perbahasan ini akan kami ketengahkan pada waktu akan datang.
Tetapi, berkenaan dengan Wahabi cukuplah kami nukilkan tulisan Sayid Mustafa Radhawi dalam kitab "Ittilaʻāt-e Siyāsī wa Mazhabi Pākistan" di mana golongan Wahabi memandang seluruh firqah dalam Islam dari kalangan Syiah dan Sunni sebagai orang-orang musyrik, kafir dan penyembah berhala.
Menyampaikan hajat, berziarah, menghormati (ihtirām) dan mengagungkan (taʻzhim) pusara Nabi (s.a.w) dan para Imam Maksum sebagai bentuk bid'ah dan penyembahan berhala. Kemudian menghukumkannya sebagai perbuatan haram. Mereka berpendapat haram dalam menyampaikan salam, memuliakan dan menghormati Nabi (s.a.w) di luar solat. Seiring dengan wafatnya Nabi (s.a.w), maka berakhir pula penghormatan dan pemuliaan kepada Nabi (s.a.w). Segala jenis bentuk, kubah, pusara atas kuburan para imam dan pembesar agama sebagai bid'ah. Mereka meyakini bahawa Rasulullah (s.a.w) hanyalah seorang insan biasa yang merasakan kematian dengan segala ketidakmampuan dan kelemahan. Setelah kewafatan baginda, maka baginda tidak memperolehi berita tentang kita dan mengenai dunia hari ini. Sebab itu ziarah kubur Nabi (s.a.w) adalah haram hukumnya.[11]
Kami serahkan kepada akal sihat anda untuk menilai dan menghitung apakah ajaran-ajaran ini sejalan dengan fitrah dan al-Qur'an. Inikah kecintaan terhadap Ahlulbait yang dianggap sebagai upah risalah?[12] Bukankah al-Qur'an menegaskan bahawa para syahid itu hidup dan mendapatkan rezeki di sisi Tuhan?[13] Dan apakah kedudukan Nabi (s.a.w) lebih rendah daripada para syuhada? Begitulah seterusnya.
Sekiranya anda tertarik untuk melanjutkan perbahasan ini secara terperinci dan mendalam, kami persilakan anda untuk melayangkan surat kepada redaksi. Kami menunggunya.

[1]. Al-Ibānah al-Kubrā, Ibnu Battah, jil. 1, hal. 3; al-Khisāl, Ibnu Babewai hal. 585.
[2]. Kanz al-'Ummāl, Muttaqi al-Hindi, jil.1, hal. 44, Bab al-I'tiṣām bil Kitāb wa al-Sunnah.
[3]. Al-Mustadrak ʻala al-Ṣahīhaīn, Hakim Naishābūrī, jil. 3, hal. 151.
[4]. Khisāl, Ibnu Babewai, hal. 467.
[5]. "Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat." (Surah Al-Syuʻarā’ [24]:214)
[6]. "Sesungguhnya pemimpinmu hanyalah Allah, rasul-Nya, dan orang-orang yang beriman, yang mendirikan solat dan menunaikan zakat, sedang mereka dalam keadaan rukuk." (Surah Ali Imran [3]:55)
[7]. "Wahai Rasul, sampaikanlah apa yang di turunkan kepadamu daripada Tuhan-mu. Jika kamu tidak mengerjakan (apa yang diperintahkan itu, bererti) kamu tidak menyampaikan risalah-Nya." (Surah Al-Maidah [5]:67)
[8]. "Pada hari ini telah Kusempurnakan untukmu agamamu, dan telah Kucukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Kureda Islam itu menjadi agama bagimu." (Surah Al-Maidah [5]:3)
[9]. "Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa daripada kamu, hai Ahlul Bait, dan menyucikan kamu sesuci-sucinya." (Surah Al-Ahzab [33]:33)
[10]. Tārīkh Thabari, jil. 2, hal. 320, cetakan Mesir; Kamil Ibn Athīr, jil. 2, hal. 41, cetakan Beirut.
[11]. Sayid Mustafa Radhawi, Ittilā'at-e Siyāsi wa Madzhābi Pākistan, hal. 63-64.
[12]. "Qul laa As'alukum 'alaih ajran Illa al-Mawaddah fī al-Qurbā." (Surah Al-Syura [42]:23)
[13]. Surah Āl ʻImrān (3):169