Banyak dalil yang termaktub dalam kitab-kitab hadis dan sejarah, baik Syiah atau pun Sunni yang menegaskan hal ehwal kesyahidan Nabi (s.a.w) akibat diracun. Namun noktah berikut ini juga harus diperhatikan bahawa apabila kesyahidan kita definisikan dengan makna terbunuh di jalan Allah dan rasul sebagaimana yang dijelaskan dalam al-Qur’an, maka akan menjadi jelas bahawa kedudukan dan darjat peribadi Rasulullah (s.a.w) yang terbunuh di jalan ketaatan adalah kesyahidan, di mana darjat ini tentu akan lebih tinggi dari darjat dan kedudukan para syuhada meski pun insan Ilahi ini meninggalkan dunia dengan kematian biasa.
Pertanyaan anda dapat diperiksa dalam dua pandangan:
1. Apakah terdapat dalil yang boleh dipercayai dalam kitab Syiah dan Sunni yang menyatakan kesyahidan Nabi (s.a.w)? Di samping itu, kalau memang dinyatakan bahawa Nabi (s.a.w) syahid, lantas bagaimanakah beliau syahid?
2. Adakah tanggapan yang menyatakan bahawa Nabi (s.a.w) tidak syahid, maka masalah ini akan mengurangi kedekatan dan ketinggian darjat beliau di sisi Allah?!
Atas alasan ini, kita akan mengkaji dua permasalahan ini sebagai berikut:
1. Dalam kaitannya dengan bahagian pertama, harus dikatakan bahawa terdapat banyak dalil yang menegaskan kesyahidan Nabi (s.a.w) akibat diracun. Dalil-dalil dan riwayat-riwayat ini memiliki makna tawatur di dalamnya. Ertinya walaupun lafaz-lafaz dan sifat-sifat dalil dan riwayat tersebut sama sekali tidak serupa dengan yang lain, namun secara keseluruhan, permasalahan yang menjadi objek pembahasan dapat ditetapkan. Di sini kita akan menyebutkan sebahagian riwayat ini dengan bersandar pada kitab-kitab dua mazhab:
a. Kitab-kitab Syiah:
Riwayat pertama: Imam Shadiq (a.s) bersabda: “Kerana Nabi (s.a.w) menggemari bahagian kaki depan kambing, berbekalkan maklumat ini seorang wanita Yahudi telah memasukkan racun pada bahagian kambing ini.”[1] Dalam riwayat ini, telah ditegaskan bahawa Nabi (s.a.w) diracun, namun tidak disebutkan bahawa apakah Rasulullah (s.a.w) syahid lantaran racun ini?
Riwayat kedua: Imam Shadiq (a.s) berkata: “Nabi (s.a.w) dalam perang Khaibar keracunan dan menjelang kewafatan, baginda bersabda bahawa potongan daging yang dimakannya tatkala di Khaibar, kini memusnahkan tubuhku, tiada nabi dan khalifah nabi kecuali mereka syahid meninggalkan dunia ini.”[2] Dalam riwayat ini di samping ditegaskan bahawa Nabi (s.a.w) keracunan dan kesyahidan beliau akibat racun, ia juga menyebutkan kaedah universal bahawa kematian seluruh nabi dan para washi (baca: khalifah) diakhiri dengan syahadah. Dan tidak satu pun dari mereka meninggalkan dunia ini dengan wajar! Terdapat riwayat-riwayat lain yang menguatkan kaedah universal ini.[3] Sehinggakan kebanyakan ulama Syiah dengan memanfaatkan kaedah universal ini, mereka merasa tidak perlu lagi mencari dan menjejak satu demi satu riwayat yang berkaitan dengan syahadah para maksum (a.s).[4] Atas dasar ini, walaupun tidak ditunjukkan dalil kukuh atas kesyahidan Nabi (s.a.w), namun kita dapat meyakini semula bahawa wafatnya Rasulullah (s.a.w) bukanlah kematian yang biasa!
b. Kitab-kitab Sunni:
Dalam masalah ini, tidak hanya Syiah yang meyakini hal ehwal kesyahidan Rasulullah (s.a.w), namun terdapat banyak riwayat dalam kitab-kitab Sihah Sunni dan kitab selainnya yang menegaskan masalah ini. Sebagai contoh kami akan sebutkan dua riwayat di sini:
Riwayat pertama: Dari kitab paling standard Sunni dinukilkan bahawa Rasulullah (s.a.w) dalam keadaan sakit ketika di penghujung saat kewafatannya, baginda bersabda kepada isterinya Aisyah: “Aku sentiasa merasakan sakit pada badanku akibat makanan beracun yang aku makan di Khaibar dan kini nampaknya tiba masanya racun tersebut mengakhiri hidupku.”[5]
Masalah ini juga dijelaskan pada Sunan Dairami, di samping itu dalam kitab ini disebutkan kesyahidan sebahagian sahabat Nabi (s.a.w) akibat pengambilan makanan beracun tersebut.”[6]
Riwayat kedua: Ahmad bin Hanbal dalam Musnad-nya mengisahkan sebuah peristiwa sebagai lanjutan dari peristiwa ini di mana seorang wanita bernama Ummu Mubasyir yang anak lelakinya syahid kerana memakan makanan beracun di samping Rasulullah (s.a.w). Di hari-hari kesakitan Rasulullah (s.a.w), si ibu datang menziarahinya dan mengungkapkan bahawa kemungkinan besar penyakit anda bersumber dari makanan beracun yang membuat anak saya syahid akibat memakan makanan tersebut! Rasulullah (s.a.w) bersabda bahawa saya tidak melihat alasan lain dari sakitku kecuali kerana keracunan dan nampaknya racun tersebut akan mengakhiri hidupku.”[7]
Allamah Majlisi dengan menukil sebuah riwayat; lebih-kurang serupa dengan riwayat ini bahawa atas alasan ini kaum Muslimin meyakininya, di samping keutamaan kenabian yang membimbing mereka kepada Nabi (s.a.w), mereka juga meyakini bahawa Rasulullah (s.a.w) meraih kemenangan dengan syahadah.”[8]
Riwayat ketiga: Muhammad bin Sa’ad yang merupakan salah seorang sejarawan tertua kaum Muslimin yang menuturkan peristiwa keracunan Rasulullah (s.a.w): Tatkala Rasulullah (s.a.w) menakluki Khaibar dan pulang dalam keadaan normal, seorang wanita Yahudi bernama Zainab iaitu anak saudara Mirhab yang tewas pada peperangan Khaibar, menjejaki di sana-sini bahagian kambing yang manakah yang paling digemari Nabi (s.a.w)? Dan wanita tersebut mendengar jawapan bahawa Nabi (s.a.w) paling menyukai kedua paha bahagian depan. Kemudian wanita tersebut memotong seekor kambing dan memotong-motongnya. Setelah bermusyawarah dengan orang-orang Yahudi tentang jenis racun, mereka memilih racun yang diyakini sebagai racun mematikan dan tiada seorang pun yang akan selamat dari racun yang membawa kematian tersebut.
Kemudian potongan daging itu ia letakkan racun dan potongan terbesarnya iaitu bahagian paha depan (kambing tersebut) yang paling banyak dibubuhi racun. Tatkala matahari tenggelam Nabi (s.a.w) menunaikan solat secara berjemaah. Ketika pulang Nabi (s.a.w) melihat wanita Yahudi tersebut sedang duduk! Nabi (s.a.w) bertanya mengapa ia duduk di tempat itu dan wanita tersebut berkata bahawa ia membawa sebuah hadiah untuk Nabi (s.a.w)! Nabi (s.a.w) menerima hadiah tersebut dan duduk di atas safrah disertai beberapa orang sahabat kemudian menyantap makanan tersebut. Tidak lama kemudian, Rasulullah (s.a.w) berseru, “Nanti!” Nampaknya kambing ini telah dimasukkan racun! Kemudian pengarang kitab menyimpulkan bahawa kesyahidan Nabi (s.a.w) lantaran makanan beracun ini![9]
Dengan demikian dari keseluruhan riwayat yang dinukil dari kitab Syiah dan Sunni, menguatkan teori tentang kesyahidan Nabi (s.a.w) akibat keracunan di mana hampir seluruh riwayat ini, masa keracunan dijelaskan bersamaan dengan perang Khaibar dan dilakukan oleh seorang wanita Yahudi.
Namun tentu saja terdapat sebahagian riwayat lemah lainnya menjelaskan bagaimana Nabi (s.a.w) syahid dan faktor kesyahidan beliau. Riwayat-riwayat semacam ini tidak tersedia dalam kitab-kitab standard, dan atas alasan ini, riwayat-riwayat tersebut tidak dapat dijadikan sandaran.
2. Namun dengan adanya riwayat seperti ini, harus kita ketahui bahawa masalah kesyahidan Nabi (s.a.w) bukan menjadi ushuluddin atau hal-hal yang jelas tentangnya sehingga harus diyakini dan diimani. Dan pengingkaran terhadapnya tidak akan menyebabkan keluarnya seseorang dari agama Islam alias murtad. Atas alasan ini juga, sebahagian kecil kaum Muslimin meragukan kesyahidan Rasulullah (s.a.w) dan berpandangan bahawa wafatnya Nabi (s.a.w) dikeranakan faktor semulajadi. Seperti mengidap penyakit radang selaput dada (dzat al-janb) atau panas kuat.[10] Meski pun Nabi (s.a.w) menegaskan bahawa sekali-kali beliau tidak akan pernah mengidap penyakit semacam ini![11]
Bagaimanapun; apakah insan agung Ilahi ini syahid atau wafat secara wajar kita harus tahu bahawa kedudukan dan darjatnya, sangat tinggi dan unggul berbanding para syuhada biasa. Kerana Allah (s.w.t) di dalam al-Qur’an pertamanya, “Menjelaskan kedudukan para nabi lebih tinggi dari kedudukan para syuhada.[12] Kedua, syuhada mengorbankan jiwanya di jalan ketaatan kepada Allah (s.w.t) dan Rasulullah (s.a.w). Mereka turut meraih kedudukan dan kedekatan di sisi Allah (s.w.t). Adalah jelas bahawa apabila Tuhan menganugerahkan rahmat tak-terbatas kepada para syuhada disebabkan kepatuhan mereka kepada Rasulullah (s.a.w). Maka sudah tentu Nabi (s.a.w) sendiri memiliki kedudukan dan darjat yang sangat tinggi melebihi mereka. Kerana itu, nabi kita (Maksudnya seluruh kehidupan baginda diperuntukkan untuk usaha di jalan Allah sehinggakan pengikut-pengikutnya mencapai darjat sedemikian di sisi Allah), bukan setakat mendapat bahagian dari kedudukan tersebut, bahkan baginda meraih darjat dan kedudukan yang sangat tinggi melebihi para syuhada..[]
[1]. Muhammad Ya’qub Kulaini, al-Kāfi, jil. 6, hal. 315, hadits ke-3, Dar al-Kitab al-Islamiyah, Tehran, 1365 S.
[2]. Muhammad bin Hasan bin Furukh Shafar, Bashāir al-Darājāt, jil. 1, hal. 503, Kitab Khane Ayatullah Mar’asyi,
[3]. Muhammad Baqir Majlisi, Bihār al-Anwār, jil. 27, hal. 216, hadis ke-18, dan jil. 44, hal. 271, riwayat ke-4, Muassasah al-Wafa,
[4]. Ibid.
[5]. Shahih Bukhari, jil. 5, hal. 137, Dar al-Fikr,
[6]. Sunan Dairami, jil. 1, hal. 33, Mathbaqat al-I’tidal, Damsyq.
[7]. Musnad Ahmad bin Hanbal, jil. 6, hal. 18, Dar Shadir,
[8].
[9]. Muhammad bin Sa’ad, al-Thabaqat al-Kubra, jil. 2, hal. 201-202, Dar Shadir,
[10]. Ibnu Abi al-Hadid, Syarh Nahj al-Balāgha, jil. 10, hal. 266, Kitab Khane Ayatullah Mar’asyi, Qum, 1404.
[11]. Ibid.
[12]. “Dan barang siapa yang menaati Allah dan rasul-(Nya), mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah, iaitu nabi-nabi, para shiddîqîn, orang-orang yang mati syahid, dan orang-orang saleh. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya.” (Qs. Al-Nisa [4]:69). Silakan lihat, terjemahan al-Mizan, jil. 4, hal. 652. Tafsir Nemune, jil. 3, hal. 460.