Carian Terperinci
Pengunjung
9208
Tarikh Kemaskini 2011/09/22
Ringkasan pertanyaan
Bagaimanakah peranan kaum perempuan nanti di zaman pemerintahan Wali Ashr (a.j.f)?
soalan
Bagaimanakah peranan kaum perempuan nanti di zaman pemerintahan Wali Ashr (a.j.f)?
Jawaban Global

Pengutusan Nabi (s.a.w) dan penyebaran Islam di samping mencipta perubahan besar pada dunia di masanya hingga kini, ia juga meninggikan kedudukan dan darjat serta peranan wanita di keluarga dan masyarakat, sehingga tingkatan tersebut tidak dapat dibandingkan dengan masa-masa sebelumnya.

Pada zaman-zaman sebelum kedatangan Islam, masyarakat-masyarakat pra-Islam atau di luar Islam memandang wanita sekadar sebagai perantara melampiaskan syahwat, pekerja di rumah, alat pengeluaran keturunan, pemberi air susu ibu, pekerja yang tidak memiliki kehendak dan pilihan di rumah dan tidak satu pun hak-hak kemanusiaan diterapkan baginya, akhirnya nasibnya diperlakukan sebagai warisan di mana ia berpindah antara satu dengan yang lain; pekerja rumah yang kelak menjadi barang warisan.

Dengan kedatangan Islam, wanita yang tadinya ditutup pandangannya, dihalang hak-haknya, kini sedarjat dan sekedudukan dengan lelaki dari perspektif keperibadian dan kemuliaan. Islam membebankan nafkah dan mahar wanita kepada lelaki dan memandangnya sebagai teman bagi lelaki dalam mengharungi samudera kehidupan, di mana wanita tidak hanya tidak menjadi warisan bagi lelaki sahaja, namun ia juga mendapatkan warisan dan sebagaimana lelaki, ia juga dapat memainkan peranannya dalam bidang keagamaan, kebudayaan dan bahkan ketenteraan dan perekonomian dengan menjaga kedudukan dan kemuliaannya, ia berguna dan meniti jalan menuju kesempurnaan.

Contoh nyata dari peranan ini ialah kehadiran dua srikandi Islam iaitu Sayyidah Zahra dan Zainab (a.s) dalam berbagai bidang sosial, keluarga dan kemasyarakatan.  

Keadaan pemerintahan Imam Mahdi (a.s) juga terjadi sebagaimana zaman pengutusan (bi'tsat) Rasulullah (s.a.w) di mana ia membawa sebuah perubahan besar. Di antara perubahan besar tersebut adalah nasib kaum perempuan dewasa ini yang secara sistematik kembali kepada masa jahiliyah dengan corak dan hiasan kemodenan, mereka akan memasuki tingkatan baru kelak dengan meraih kemuliaan dan keperibadian.  

Mengenai kelayakan dan pekerjaan pemerintahan yang akan dipikul kaum perempuan kelak dalam aktiviti dan tanggung jawab, ianya adalah perkara yang harus kita lihat nanti tatkala menyaksikan tegaknya pemerintahan Imam Zaman (a.j.f), kerana memberikan penilaian terhadap perkara tertentu seperti ini yang merupakan sebuah pekerjaan yang rumit; lantaran ilmu dan pengetahuan berkenaan dengan pelbagai peristiwa dan kejadian di masa tersebut dirujuk kepada ayat dan riwayat. Sementara riwayat-riwayat berkenaan hal-hal khusus seperti ini tidak sampai ke tangan kita.

Jawaban Detil

Kaum perempuan dalam dunia hari ini menuju ke zaman jahiliyah orang-orang jahil dengan cara lain pula. Oleh kerana pelbagai pengeksploitasian yang mengecoh seperti persamaan hak mereka dengan kaum lelaki, kebebasan, hak untuk memilih, hak-hak asasi manusia dan sebagainya, kaum perempuan telah menjadi pekerja murahan dan alat permainan kaum lelaki dan politikus tanpa tujuan. Keadaan seperti ini telah membentangkan jarak yang luas antara peribadi perempuan dan nilai-nilai kemanusiaannya. apabila Apabila perempuan yang bertamadun hari ini berhasil mencapai kedudukan dan status sosial, ia tetap menjadi alat permainan kaum pemilik modal dan para penguasa (politikus). Keperibadian dan kemuliaan perempuan hari ini, tidak satu pun yang lulus dan selamat dari tangan-tangan syaitan dan penyalahgunaannya.

Dengan merendahkan martabat kaum perempuan, keluarga juga turut memikul akibatnya dan tunjang kemasyarakatan berada di ambang kejatuhan. Oleh itu, sebuah revolusi diperlukan sebagaimana revolusi yang dibawa oleh Nabi (s.a.w) sehingga manusia, terutamanya kaum perempuan kembali kepada darjat kemanusiaannya dan meraih kemuliaan, kemajuan sejati dan hakiki.

Dengan kemunculan pemerintahan Imam Mahdi yang adil, mazhab Syiah, semenjak dulu hingga kini, sentiasa menantikan terealisasinya janji-janji al-Quran dan Nabi (s.a.w) semenjak zaman awal kedatangan Islam. Sebuah revolusi yang merubah seluruh dunia dan sebagai hasilnya kondisi kaum perempuan bukan seperti kondisi dan penjatuhan martabat yang dialaminya di masa kini.

Nabi (s.a.w) memberikan kehidupan baru kepada wanita dan memperkenalkannya sebagai setaraf dengan lelaki yang memiliki hak-hak sebuah kehidupan yang tidak diperolehi di zaman jahiliyah yang dahulunya tidak dipandang sama sekali sebagai manusia dan terhalang dari hak-hak kemanusian. Kadang-kadang kedudukannya dipandang sebagai sial, ia dikubur hidup-hidup ketika matanya belum lagi terbuka sebaik sahaja lahir. Wanita di masa itu dipandang sebagai bahagian dari harta lelaki, dihadiahkan kepada orang lain atau sebagai warisan dipertukarkan di antara anak-anak. Nabi (s.a.w) datang menganugerahkan hak kepada mereka untuk memiliki harta dan hak-hak yang harus dijaga dihormati.

Sedemikian tinggi Islam membawa kedudukan kaum perempuan sehingga mereka memiliki hak untuk memberikan baiat kepada Nabi (s.a.w). Mereka dapat bertempur di medan perang melawan kaum kuffar. Turut serta secara aktif dalam proses belajar dan mengajar atau menjadi perawat orang-orang terluka dan pemberi semangat kepada kaum lelaki untuk menolong Nabi (s.a.w) dan membina orang-orang untuk berjihad di jalan Allah dan kemanusiaan. Kaum perempuan dalam Islam adalah orang yang menghidupkan syariat dan menjaganya pada setiap dimensi kehidupan dan melalui jalan ini ia mampu mendesirkan dirinya mendaki tangga kesempurnaan dan melayang terbang melebihi malaikat dan bidadari; lantaran pada seluruh dimensi ini keperibadian, kemuliaan, dan kesucian keluarga juga terpelihara.

Dari sisi lainnya, peranan perempuan melebihi peranan lelaki dan dia adalah manusia yang menciptakan manusia dan membina manusia. Kata Imam Khomeini,  “Melalui pangkuannya kaum lelaki pergi ke mikraj kesempurnaan.”

Akan tetapi seiring dengan perjalanan waktu, tidak hanya pada masyarakat non-Islam, masyarakat Islam sendiri pada tingkatan tertentu, kaum perempuan dihalang dari hak-hak kemanusiannya. Sebahagian menawan mereka pada sangkar keluarga dan menahan kelajuan mereka untuk menyempurna dan mengembangkan pemikiran, kebudayaan dan perekonomiannya dan sebagainya. Sebahagian memisahkan mereka dari rumah dan keluarga menempatkan mereka di belakang kemudi kereta dan pesawat, dan menerjunkan mereka dalam lombong dan di balik alat-alat berat perkilangan dan sebahagia yang lain memperlakukan mereka dengan bentuk lain pula.

Revolusi semesta Imam Mahdi (a.j.f), sebagaimana yang nampak jelas dari nama dan janji-janjinya, akan menciptakan perubahan besar pada semesta dan menempatkan seluruh alam di bawah panji Islam sejati dan ajaran-ajaran yang memberikan kehidupan dimana sebagai hasilnya komuniti perempuan yang tidak terkecualikan dari perubahan besar ini dan kembali kepada kedudukan sejati mereka.

Penilaian dan pengetahuan kita berkenaan dengan pelbagai peristiwa pada masa itu terinspirasi dari pelbagai riwayat yang terdapat pada bidang Mahdawiyat (Mahdiisme) iaitu pelbagai petunjuk dan bukti-bukti sejarah semenjak awal kemunculan Islam. Dari satu sisi, perubahan yang terjadi di Iran dan di dunia pasca revolusi Islam yang dipimpin oleh Imam Khomeini (r.a) dan pelbagai perubahan yang beerti pada masyarakat perempuan di Iran setelah tegaknya pemerintahan Islam Iran, dapat menjadi contoh kecil dan sederhana dari perubahan-perubahan dunia dan masyarakat wanita pasca revolusi semesta Imam Mahdi (a.j.f).

Berkenaan dengan pelbagai riwayat hal ehwal kaum perempuan pada masa kemunculan Imam Mahdi (a.j.f), kami anjurkan anda untuk menelaah riwayat-riwayat berikut ini:

Ja'far Ju'fi menukil dari Imam Baqir (a.s) bahawa beliau bersabda: "Mahdi (a.j.f) akan bangkit….dan akan berkumpul 313 orang bersamanya di mana 50 dari 313 orang tersebut adalah kaum perempuan." Tanpa ada perjanjian sebelumnya yang diikat bersama, seperti awan-awan yang bertebaran kemudian berhimpun menjadi satu dan sebahagian lainnya akan datang setelah itu dan demikianlah penafsiran ayat (128 surah al-Baqarah) di mana Allah (s.w.t) berfirman: " Di mana pun kamu berada, pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu."  Mereka memberikan baiat kepada Imam Mahdi di antara rukun dan makam (Ibrahim) kemudian keluar meninggalkan Makkah bersama Imam Mahdi (a.j.f)."[1]

Abdullah bin Bukair salah seorang sahabat Imam Baqir (a.s) menukil dari beliau yang bersabda: "….di zaman pemerintahannya, ilmu dan hikmah tersebar sehinggakan perempuan di rumahnya menghukumi sesuatu berdasarkan Kitabullah dan Sunnah Rasulullah (s.a.w)."[2]

kebanyakan hadis-hadis yang berkaitan dengan masalah Imam Mahdi (Mahdawiyat) pada bidang-bidang penetapan dan pembuktikan imamah (kepemimpinannya), pelbagai peristiwa dan kejadian sebelum kemunculannya dan perubahan pada masa kemunculannya dan setelahnya. Riwayat-riwayat sedemikian tidak membicarakan hal-hal khas berkenaan dengan pembahagian tugas dan kewajiban di antara para sahabat Imam Mahdi (a.j.f) dan termasuk status jantina mereka apakah wanita atau lelaki dan kebanyakan persoalan lainya. Akan tetapi, sebagaimana yang dijelaskan sebelumnya bahawa pelbagai perubahan pasca Revolusi Islam Iran dapat menjadi contoh kecil dan sederhana dari pelbagai perubahan pada masa kemunculannya. Secara semulajadi peranan kaum perempuan dalam Revolusi Islam dan keberlanjutannya hingga pada tingkatan tertentu dapat menjelaskan tugas dan peranan perempuan pada masa awal-awal kemunculan Islam dan pada masa atau setelah kemunculannya. Imam Khoemini (a.s) dalam masalah ini mengemukakan: "Islam menghendaki lelaki dan wanita mencapai kesempurnaan, Islam datang menyelamatkan kaum wanita, hanya Tuhan yang tahu betapa besar pelayanan Islam terhadap kaum perempuan yang tidak didapatkannya pada masa jahiliyah. Anda tidak tahu bahawa di zaman jahiliyah bagaimana kondisi perempuan dan bagaimana setelah kedatangan Islam."[3]

Pada kesempatan lain, Imam Khomeini menuturkan, "Kaum Syiah tidak hanya tidak meminggirkan peranan wanita di pentas kehidupan sosial, melainkan memberikan kedudukan tinggi kemanusiaan kepadanya. Kita akui pelbagai kemajuan yang dicetak oleh dunia Barat, akan tetapi kita menolak dengan tegas pelbagai kerosakan yang ditimbulkan di mana mereka sendiri mengeluhkan masalah ini."[4]

Imam Khomeini berkata: Kaum perempuan dalam pandangan Islam memiliki peranan penting dalam membangun masyarakat Islam. Islam menaikkan darjat kaum perempuan sedemikian tinggi sehingga mereka dapat meraih darjat kemanusiaan di tengah masyarakat dan keluar dari taraf senilai "barang". Dan seiring dengan kesempurnaan seperti ini mereka mampu memikul tanggung jawab pada bangunan pemerintahan Islam."[5]

Arkitek Revolusi Islam berkata: Kaum perempuan Iran memiliki pandangan keagamaan dan juga politik. Dan apa yang menghalang kalian (wahai kaum perempuan) dari aktiviti keagamaan dan politik ini kini telah disingkirkan. Dan saya berharap kalian akan segera sampai pada satu tingkatan di mana kalian dapat membina sebahagian orang."[6]

Dari seluruh peranan ini dari satu sisi dan peranan seorang ibu dari sisi lain, "Satu anak baik yang kalian persembahkan kepada masyarakat adalah lebih baik bagi kalian dari seluruh alam beserta isinya. Apabila kalian membina seorang manusia maka sedemikian mulia kalian sehingga saya tidak mampu menjelaskannya. Pangkuan para ibu adalah sebuah pangkuan di mana manusia akan menjadi baik dan selesai."[7]

Oleh itu, sebuah bangsa yang kemampuannya berada pada barisan hadapan memajukan tujuan-tujuan Islam, maka bangsa ini akan mencapai kemenangan, iaitu sebuah bangsa yang perempuannya di medan perang dapat menghadapi pelbagai kekuatan syaitani dengan kekuatan, mereka hadir sebelum kaum lelaki di medan ini. Sebuah bangsa yang mempersembahkan syahid di jalan Islam dari kalangan perempuan dan juga dari kalangan lelaki. Dan kaum perempuannya menuntut syahid demikian juga kaum lelakinya, maka bangsa ini tidak akan mengalami kejatuhan."[8]

Apabila aturan logik berbagai perkara yang dinukil dari pemimpin dan arkitek pembangun Negara Islam diterapkan, proses peranan kaum perempuan pada satu perubahan Islam dan setelahnya dapat digambarkan dan dengan berdirinya pemerintahan Imam Mahdi (a.j.f) akan semakin muncul kenyataannya.[]



[1]. Bihâr al-Anwâr, jil. 52, hal. 223, bâb ‘Alâmât Zhuhurihi, hadis ke-87.   

[2]. Ibid, bab Sairihi wa Akhlâqihi, hal. 352, hadis ke-106.

[3]. Shahife-ye Nur, jil. 3, hal. 82.

[4]. Ibid, jil. 3, hal. 159.  

[5]. Ibid, jil. 3, hal. 211

[6]. Ibid, jil. 3, hal. 101.

[7]. Ibid, jil. 7, hal. 76

[8]. Ibid, jil. 13, hal. 31

Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Bilangan komen 0
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai
Sila masukkan nilai

Pertanyaan-pertanyaan Acak

Populer Hits