Carian Terperinci
Pengunjung
6750
Tarikh Kemaskini 2010/11/14
Ringkasan pertanyaan
Bagaimana mampu diandaikan keberadaan mumkinul wujud di samping Wâjibul Wujud yang basith dan tidak memiliki gabungan dalam ZatNya?
soalan
Apabila kita menerima bahawa Wâjibul Wujud adalah basith (tunggal, tidak punyai gabungan, tidak bercampur, dan tidak berangkap dengan sesuatu apapun) dalam ZatNya dan tidak boleh diandaikan adanya maujud lain di sisiNya, lalu bagaimana mumkinul wujud boleh digambarkan sebagai satu wujud yang mendampinginya?
Jawaban Global

Pada rangkaian salasilah sistem wujud yang menegak (Nizam at-Tuli), selain seluruh hakikat wujud adalah wujud dan ada, mereka juga memiliki darjat-darjat dan tingkatan-tingkatan yang berbeza, di mana dalam tingkatan-tingkatan mereka ini terdapat persamaan dan perbezaan dalam aspek kewujudan atau wujud itu sendiri.

Tingkatan tertinggi dalam rangkaian ini tidak lain adalah Tuhan yang merupakan wujud murni dan identitinya tidak terbatas oleh apapun, dengan demikian Zat SuciNya tidak mungkin dapat bergabung dengan sesuatu apapun, sedangkan wujud-wujud lainnya merupakan ma'lul (akibat), tanda, manifestasi, bayangan, dan makhluk daripada Zat Suci Tuhan. Oleh sebab mereka adalah wujud-wujud yang terbatas dan lemah, dan dalam zat dan hakikatnya terdapat dimensi-dimensi yang tidak sempurna, maka hal inilah yang menyebabkan zat mereka menjadi tergabung. Akan tetapi, berlawanan dengan hal itu, ke-basith-an dan tidak terbatasnya zat Wâjibul Wujud telah menyebabkanNya tidak memiliki satupun sekutu, wujud-wujud yang selainNya (makhluk) hanyalah akibat (ma'lul) dan bergantung secara mutlak dengan ZatNya Yang Maha Suci, yang berkait dan kedua-duanya berhubungan sebagaimana hubungan antara bayangan dengan dirinya.

Kesimpulannya, Wâjibul Wujud adalah satu wujud yang basith dan mutlak sedangkan mumkinul wujud adalah wujud yang punyai gabungan dan terbatas atau non-basith. Wujud yang terbatas dan punyai gabungan (mumkinul wujud) tidak boleh diletakkan di samping wujud yang tidak terbatas dan tidak punyai gabungan (Wâjibul Wujud), melainkan hanya boleh diletakkan sebagai manifestasi dan penjelmaanNya. Ke-basith-an yang terdapat dalam Wâjibul Wujud adalah disebabkan wujudNya yang tidak terbatas, sedangkan mumkinul-wujud yang punyai gabungan adalah disebabkan keterbatasan wujudnya.

Jawaban Detil

Para pengikut dan pendukung Hikmah Muta'aliyah yang sepakat terhadap kesatuan wujud yang berperingkat-peringkat, pada langkah awal mengklasifikasikan kepelbagaian wujud (multiplicity of being) di alam dalam dua kumpulan, satu daripadanya adalah kepelbagaian yang tidak memiliki persamaan apapun (mutabayyinah) dan yang lainnya adalah kepelbagaian yang berpijak pada kesatuan (multiplicity within unity, kejamakan dalam kesatuan).

Contoh yang terdapat dalam realiti ini adalah seperti dalam angka. Sebagaimana dalam angka terdapat dua jenis keragaman atau kepelbagaian yaitu keberagaman dari sudut "yang terhitung", seperti sepuluh kitab, sepuluh pen, dan sebagainya, dan keragaman dari sudut angka itu sendiri (yang berpijak pada kesatuan), seperti keragaman yang terdapat pada angka sepuluh, dua puluh, tiga puluh, empat puluh dan sebagainya, kerana unsur-unsur yang setara dan berbeza daripada angka-angka tersebut terdapat dalam angka itu sendiri dan tidak ada satupun hal-hal asing di antara angka-angka tersebut yang boleh menyebabkan keragamannya tidak dapat disatukan atau dikembalikan pada angka asli.

Dalam wujud pun terdapat dua bentuk keragaman, yang pertama adalah keragaman subjektif (katsrat maudhu'i) daripada sudut inti sarinya (mahiyah), kerana, itu tidak memiliki unsur-unsur kesatuan, seperti keragaman yang terdapat di antara wujud bumi dan wujud langit itu sendiri. Keragaman yang lain dari sudut wujud itu sendiri adalah yang berpijak pada kesatuan, seperti kesatuan yang terdapat dalam rangkaian kepelbagaian antara sebab-sebab dan akibat-akibatnya, dalam wujud yang tercipta (huduts, creation), wujud yang abadi (qidâm, eternity), wujud non-material (tajarrud, immateriality), dan dalam wujud materi (madiyyat, materiality).

Dalam perspektif Hikmah Muta'aliyah, angka dari sudut keangkaannya adalah suatu kuantiti yang terpisah (discontinuous quantity) serta boleh dibahagi, dan dari sudut keberadaannya dalam tingkatan tertentu terbahagi menjadi angka-angka yang terbatas dan tidak terbatas, atau genap dan ganjil.

Demikian juga dengan wujud, di mana dari sudut kewujudannya juga wujud yang memiliki hukum-hukum tertentu, seperti keganjilan (bisâthat, simplicity), prinsipal (ashâslat, principality), dan kesetaraan dengan sesuatu. Akan tetapi, dari sisi kejamakan, wujud juga memiliki hukum-hukum lain, antaranya adalah wujud sebab (illiyyat), wujud akibat (ma'luliyyat), wujud tercipta (huduts), dan wujud abadi (qidâm).[1]

Sekarang dalam rangkaian salasilah menegak wujud yang digambarkan dalam Hikmah Muta'aliyyah, seluruh hakikat wujud adalah wujud, akan tetapi dalam kewujudannya ini terdapat darjat dan tingkatan yang berbeza-beza. Daripada aspek wujud mereka adalah sama, namun berbeza dari dimensi kedudukan martabat wujud, mulai daripada wujud yang sangat kuat hingga yang sangat lemah, sebagaimana dalam martabat-martabat suatu cahaya.

Dengan demikian dalam rangkaian wujud ini, kedudukan paling tinggi daripada wujud-wujud adalah Yang Haq yang merupakan wujud yang sangat murni. Dan wujud murni yang disebabkan tidak memiliki keterbatasan, maka tidak memiliki inti sari (mahiyyat) dan batasan wujud. Melainkan, wujud-wujud lainnya hanyalah merupakan akibat (ma'lul) daripada Yang Haq, yang bergantung dan berhubungan secara mutlak dengan RububiyyahNya, sebagaimana hubungan bayangan terhadap dirinyanya, dan sebagaimana sinar matahari yang memiliki hubungan terhadap wujudnya matahari.

Atau sebagaimana ilustrasi dan gambaran yang terdapat dalam benak manusia terhadap jiwanya sendiri di mana keseluruhannya bergantung mutlak pada hakikat jiwa manusia, di mana jika jiwa dalam sesaat saja melenyapkan perhatiannya, maka tidak akan ada satupun kesan yang tersisa.

Sekarang dapatkah diandaikan bahawa gambaran dan ilustrasi fikiran seperti ini sejajar dengan jiwa dan akan menjadi penghambat bagi penampakannya? Atau bolehkah dibayangkan pancaran matahari -yang identitinya tidak lain bersumber dari matahari- sejajar dengan matahari itu sendiri?

Dan kerana Tuhan adalah Wujud murni dan bersifat basith mutlak serta memiliki seluruh kesempurnaan kewujudan dan pada saat yang sama tidak ada satupun selainNya yang dapat disejajarkan denganNya. Segala kesempurnaan yang dimiliki oleh selainNya adalah pancaran daripada kesempurnaanNya dan bersumberkan daripadaNya yang diungkapkan dengan nama 'Faidh' (pancaran kesempurnaan kewujudan).

Ya, Wâjibul Wujud disebabkan ke-basith-an wujudNya yang murni, keberadaan sekutu baginya merupakan suatu yang mustahil, kerana apabila terdapat sekutu bagi Wâjibul Wujud, maka masing-masing akan memiliki kesempurnaan khusus yang tidak dimiliki oleh sekutunya, dengan demikian masing-masing tergabung daripada "memiliki" dan "tidak memiliki" di mana ketergabungan seperti ini dalam istilah lain dikatakan tergabung daripada "wujud" dan "tiada", merupakan bahagian dari ketergabungan yang paling rendah.[2]

Kesimpulannya adalah, mumkinul wujud disebabkan keterbatasan wujudnya yang tidak akan setara dengan Wâjibul Wujud iaitu Allah Yang Maha Tinggi, kerana ke-bashit-an dan tiadanyaketerbatasan wujud Tuhanlah yang telah mensucikanNya dari adanya sekutu bagiNya, melainkan mumkinul wujud berada dalam posisi menegak dan termasuk dalam salah satu dari akibat-akibatNya, dan dengan perkataan yang lebih jelas, mumkinul wujud merupakan manifestasi dan tanda-tandaNya, dan jelaslah bahawa disebabkan mumkinul wujud merupakan wujud yang terbatas, seluruh kelemahan dan keterbatasan yang dimilikinya sebagaimana ketergabungan, memiliki inti sari (mahiyah), perubahan dan semacamnya.

Dan keseluruhan hal itu muncul dari dimensi-dimensi kekosongan, kelemahan, dan ketiadaan yang merupakan karaktor-karaktor hakiki yang dimiliki oleh suatu akibat atau ma'lul, di mana selain wujudnya yang bergantung secara mutlak kepada sebab atau 'illat, dia juga tidak memiliki seluruh kesempurnaan yang dimiliki oleh 'illatnya, dan 'illatnya memiliki kesempurnaan lain selain yang dimiliki oleh ma'lul-nya. Daripada sinilah yang membuatkan Wâjibul Wujud merupakan basith murni, sedangkan mumkinul wujud merupakan wujud yang  tergabung dan terbatas.

Dalam ungkapan Imam Khomeini a.s dikatakan bahawa "wujud" adalah kebaikan, kemuliaan dan cahaya, sedangkan "tiada" (lawan dari wujud) adalah kegelapan, kerendahan, dan kecelaan. Dan dengan semakin sempurnanya wujud maka kebaikan dan kemuliaannya pun akan semakin sempurna sehingga menjadi sebuah wujud tidak terbatas yang tidak terdapat sedikitpun "ketiadaan" di dalamnya dan menjadi sebuah kesempurnaan yang tidak memiliki sedikitpun kekurangan.

Dan seluruh kebaikan, kemuliaan, ketinggian, keindahan, kesucian yang ada pada selain wujud-Nya merupakan manifestasi dariNya, dan tidak ada sebuah kebaikan dan kesempurnaan yang hakiki kecuali hanya padaNya, dengan perantaraanNya, dari pancaranNya, dan kebaikan seluruh tingkatan kewujudan disandarkan kepadaNya.[3]



[1] . Jawadi Amuli, Abdullah, Tahrir Tamhid Al-Qawâid, m/s. 319.

[2] . Jawadi Amuli, Abdullah, Syarh Hikmah Mutâ'aliyah (Asfar Arba'ah), jil. 6, m/s. 433-434, Intisyarat Az-Zahra.

[3] . Imam Khomeini, Ruhullah, Syarh Doa-ye Sahar, m/s. 143.

Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Bilangan komen 0
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai
Sila masukkan nilai

Kategori

Pertanyaan-pertanyaan Acak

  • Apakah tugas Imam Mahdi (a.s) setelah kemunculannya? Benarkah Imam Mahdi (a.s) akan syahid di tangan seorang perempuan tua berjambang?
    13544 Teologi Klasik 2011/05/22
    Kelak, Imam Mahdi (a.s) dengan izin Allah dan dengan segala sarana spiritual mahupun material yang terancang, akan merealisasikan pemerintahan di mana dunia penuh keadilan yang merupakan cita-cita terbesar kemanusiaan. Dengan demikian, manusia dengan kemuliaan dan kebebasan akan mencapai kehidupan Ilahi. Imam Mahdi (a.s) akan diperkenalkan kepada seluruh masyarakat ...
  • Tolong Anda jelaskan apa yang dimaksud dengan kemaksuman (ʻiṣmah)? Dan apakah selain para Imam Maksum masih ada orang lain yang dapat meraih makam maksum ini?
    22205 عصمت 2013/01/24
    Dalam kamus akidah, orang yang memiliki makam ʻiṣmah disebut sebagai "maksum." Maksum adalah orang yang dijauhkan dari segala jenis pencemaran dosa, segala perbuatan buruk dan tercela berkat anugerah khusus daripada Tuhan. Demikian juga orang yang maksum dijauhkan dari sekecil-kecil kesalahan dan kelupaan. Namun keadaan sedemikian bukan ...
  • Apa hukumnya apabila seseorang membaca “walāẓāllīn” sebagai ganti “walāḍḍāllin? dalam solat”?
    5236 Huquq Dan Ahkam 2011/04/19
    Berdasarkan fatwa seluruh marja’ agung taqlid, bahawa tajwid dan bacaan sedemikian apabila dilakukan dengan sengaja, maka sudah tentu akan membatalkan solat. Imam Khomeini Ra dalam masalah ini berkata, “Jikalau seseorang tidak mengetahui salah satu daripada kalimah-kalimah surah al-Fatihah atau surah-surah lainnya atau sengaja tidak membacanya, atau membaca satu huruf sebagai ...
  • Mengapakah Tuhan menciptakan syaitan?
    10529 Teologi Klasik 2011/11/23
    Pertama: Peranan syaitan dalam menyimpangkan dan menyesatkan manusia hanya berada pada peringkat mengajak dan menyeru. Kedua: Proses untuk meraih kesempurnaan sentiasa berlangsung di tengah pelbagai cabaran dan paradoks. OIeh kerana itu, penciptaan hidupan dan makhluk sedemikian dalam sistem penciptaan tidak boleh disebut sebagai sia-sia atau tanpa alasan. Melainkan hal itu ...
  • Apakah matlamat Allah menciptakan manusia?
    12534 Teologi Klasik 2012/05/17
    Tuhan adalah zat yang Maha Sempurna secara mutlak, suci dari semua kekurangan dan kecacatan, Maha Kaya dari semua kewujudan di alam semesta ini, tidak memerlukan apa pun, sebaliknya makhluk-makhluk-Nya pula ialah mereka yang perlu dan berhajat kepada-Nya. Di sisi lain, dalam kesempurnaan-Nya Allah adalah zat yang Maha ...
  • Apa saja ciri-ciri darah haidh dan darah istihadha itu?
    26445 Istihadha 2013/06/09
    Darah haidh pada umumnya kental, hangat dan warnanya merah cenderung hitam atau kuning serta keluar dengan tekanan dan agak panas.[1] Wanita yang mengeluarkan darah seperti ini dari rahimnya disebut wanita haidh (hâidh). Adapun darah istihadhah ghalibnya berwarna kuning dan dingin serta keluar tanpa ...
  • Apakah karâmah (kemuliaan) itu? Bagaimana cara mencapai karâmah? Bagaimana posisi orang-orang yang memiliki karâmah di sisi Allah Swt?
    10151 Akhlak Teori 2010/06/09
    Karâmah (kemuliaan) adalah bermakna jauh dari maksiat dan tunduk kepada hawa nafsu. Setiap jiwa agung yang suci dari berbagai kotoran dipanggil “mulia”. Karâmah berlawanan dengan kelemahan dan kehinaan. Untuk sampai kepada puncak karâmah, seseorang harus sentiasa mengenakan pakaian takwa dan menjauhi segala larangan Allah Swt. Takwa itulah yang akan menjauhkan ...
  • Apa hubungan yang terajut di antara agama dan kebudayaan?
    6976 دین و فرهنگ 2013/01/24
    Penjelasan hubungan yang terjalin di antara agama dan kebudayan dapat dilakukan dengan mengenal dengan baik identiti, tujuan dan fungsi agama serta kebudayaan dalam masyarakat. Meskipun sebahagian orang mengingkari kewujudan hubungan antara agama dan kebudayaan namun sebenarnya pandangan ini benar-benar tidak berasas. Memang jelas sebahagian unsur-unsur kebudayaan ...
  • Dalam perspektif agama Islam dan Syiah, dalam masalah-masalah apa sajakah manusia memiliki ikhtiar dan kebebasan?
    7274 Teologi Klasik 2011/07/21
    Dengan merujuk pada teks-teks agama dan mencermati kandungan ayat-ayat dan riwayat-riwayat, dapat ditemukan adanya pemahaman akan kebebasan manusia. Makna dari pernyataan ini bukanlah bermaksud manusia itu memiliki kebebasan secara mutlak dan tidak ada satupun faktor atau kekuatan yang mampu memberikan pengaruh atau menguasai ke atas perbuatannya, bahkan ...
  • Apakah para malaikat merupakan wujud yang nonmaterial ataukah material?
    13223 Falsafah Islam 2011/01/01
    Mungkin tidak terdapat ayat-ayat suci al-Quran ataupun riwayat-riwayat yang boleh menjadi bukti jelas bahawa malaikat adalah wujud yang tidak mempunyai jisim, akan tetapi melaluiperbahasan-perbahasan yang berkaitan dengan para malaikat dan sifat-sifat serta perbuatan-perbuatan mereka, kita dapat menyimpulkan bahasa mereka adalah wujud yang tidak berjisim; ini karena,ciri-ciri dan ...

Populer Hits