Carian Terperinci
Pengunjung
3309
Tarikh Kemaskini 2012/03/08
Ringkasan pertanyaan
Mengapa nama para Imam Maksum (a.s) tidak disebut secara jelas dalam Al-Qurʻan?
soalan
Mengapa nama para Imam Maksum (a.s) tidak disebut secara jelas dalam Al-Qurʻan?
Jawaban Global

Hendaklah kita sedari walaupun nama para Imam Maksum (a.s) tidak ditampilkan secara jelas di dalam Al-Qurʻan, namun sabda-sabda Nabi (s.a.w) telah menyebut secara terang-terangan nama para Imam Maksum (a.s) khususnya Ali bin Abi Talib (a.s) di mana beliau adalah miṣdāq (eksternal) jelas bagi hadis Al-Ghadīr; iaitu pengumuman rasmi kekhalifahan Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib. Dari segi persanadan Hadis Al-Ghadīr adalah mutawātir dan dari sisi dilālah, ia adalah bukti-bukti jelas terhadap ke-imāmah-an Ali (a.s).

Selain itu, di dalam Al-Qurʻan sendiri terdapat ayat-ayat yang diturunkan tentang ʻAli (a.s) di mana yang paling penting ialah surah al-Maidah ayat 55 iaitu Allah berfirman: “Sesungguhnya wali kalian hanyalah Allah (s.w.t), Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman, yang mendirikan solat serta memberikan zakat dalam keadaan ruku’”. Kitab-kitab tafsir, sejarah dan riwayat-riwayat, baik Syiʻah ataupun Sunni, menyatakan bahawa ayat ini turun berkaitan dengan peristiwa Imam Ali (a.s) yang menginfakkan cincinnya ketika sedang rukuk dan bukti eksternalnya itu tidak ada yang lain kecuali Imam Ali (a.s) meski pun Al-Qurʻan tidak menyebutkan nama Imam Ali (a.s) secara langsung, namun ia telah menunjukkan hal itu secara jelas.

Namun persoalan mengapa nama Imam Ali itu tidak disebutkan secara langsung? Sekurang-kurangnya ada dua jawapan di sini. Pertama: Struktur Al-Qurʼan itu menerangkan masalah-masalah secara universal, bentuk prinsip dan kaedah, bukan mensyarahkan secara terperinci dan secara mikro permasalahan. Inilah metodologi Al-Qurʼan yang diterapkan dalam banyak perkara. Kerana itu ketika Imam Ṣādiq (a.s) ditanya: Mengapakah nama para Imam (a.s) tidak terdapat di dalam Al-Qurʻan, beliau menjawab: Sebagaimana Allah (s.w.t) menurunkan perintah solat, zakat, haji secara universal, dan Allah tidak mensyarahkannya secara terperinci. Namun Rasulullah (s.a.w) sendiri yang menjelaskan cara pelaksanaan hukum-hukum secara terperinci. Begitu juga masalah wilāyah, Rasulullah (s.a.w) sendiri yang menjelaskan kekhalifahan Imam Ali (a.s) dan Ahlul Bait (a.s) tanpa memerlukan Al-Qurʼan menyebutkan satu persatu nama para Imam (a.s). Kedua: Permasalahan seumpama ini berkemungkinan mempunyai ramai penentangnya. Maka demi kemaslahatan, Al-Qurʼan menerangkan perkara ini dalam bentuk yang tidak secara langsung, dengan cara memberi petunjuk dan dengan cara kiasan sahaja. Ini disebabkan kemungkinan daerah penentangan masalah Imamah akan membawa kepada penderhakaan terhadap Al-Qurʼan dan Ushuluddin. Sudah tentu ini tidak akan membawa kebaikan kepada umat Islam. Boleh jadi para penentang wilāyah Ali (a.s) cuba melawan (jikalau sebuah ayat menerangkan wilāyah beliau a.s. secara langsung) dengan menyelewengkan, atau menukarkan, atau juga memadamkan ayat tersebut. Oleh kerana itu nilai Islam selaku agama penutup (khātam) dan Al-Qurʼan sebagai sebuah kitab wahyu abadi akan dihina dan direndahkan.

Selain itu, hendaklah diperhatikan sebaik-baiknya jikalau Allah (s.w.t) berfirman: “Kami telah menurunkan Al-Qurʻan dan kamilah yang menjaganya,” salah satu jalan menjaga Al-Qurʻan ialah mengenepikan intensif-intensif penentangan. Kerana itu: Pertama wilāyah beliau (a.s) tidak ditunjukkan secara langsung dalam Al-Qurʻan. Kedua: termasuklah ayat-ayat yang berkaitan dengan wilāyah Ali (a.s), ayat tablīgh yang merupakan pengumuman rasmi atas wilāyah dan khilāfah Ali (a.s), dan juga ayat taṭhir yang merujuk kepada kemaksuman Ahlul Bait (a.s) berada di tengah-tengah ayat-ayat yang secara zahirnya tidak berkaitan dengan perbahasan yang dikehendaki sehinggalah ia berada diperingkat sekadar meredakan insentif-insentif penyelewengan dan penukaran. Selain itu di sepanjang sejarah, Al-Qurʼan terjaga dan terpelihara dari sebarang serangan.

Jawaban Detil

Terlebih dahulu hendaklah diperhatikan noktah ini iaitu pertamanya: nama para Imam Maksum (a.s) ada secara jelas dalam sabda-sabda Nabi (s.a.w), khususnya nama Imam Ali (a.s) yang diberkati telah diperjelaskan dalam beberapa hal mengenai pengganti baginda dan kepimpinan Ali di mana salah satunya ialah di permulaan biʻthah, tatkala baginda menyampaikan risalah kepada kerabat dan kaumnya, baginda bersabda: “Orang pertama beriman kepadaku, maka dialah menjadi waṣī, wazīr dan pengganti aku kelak.” Tidak ada seorang pun yang menyahut seruan baginda secara positif melainkan Ali (a.s). Akhirnya baginda bersabda: “Setelah aku, engkaulah waṣi, wazīr dan khalifahku kelak.”[1] Selain itu, Hadis Al-Ghadir menyatakan Nabi (s.a.w) jelas bersabda: “Man kuntu maulāhu fa ‘aliyyun maulāhu” (Barangsiapa yang menjadikan aku sebagai pemimpinnya maka Ali (a.s) menjadi pemimpin baginya).[2] Juga hadis “manzilah” di mana Rasulullah (s.a.w) bersabda kepada Ali (a.s): “Engkau (wahai Ali a.s) bagiku (Nabi s.a.w) laksana Nabi Harun (a.s) bagi Nabi Musa (a.s), melainkan tidak ada nabi setelahku”.[3]

Hadis-hadis Nabi (s.a.w) tentang kekhilafah Imam Ali (a.s) dan pengganti baginda itu kebanyakannya adalah mutawatir dan hal ini telah banyak ditunjukkan dalam banyak kitab secara umum dan secara khusus.[4] Dalam hadis lain, Rasulullah (s.a.w) menerangkan kepada Jabir bin Abdullah Al-Anshari tentang semua nama para Imam Maksum (a.s) dari Imam Ali (a.s) sampai Imam Zaman.[5]

Jadi noktah yang harus diperhatikan di sini adalah bahawa meskipun nama para Imam Maksum (a.s) tidak disebutkan secara jelas dalam Al-Qurʻan, namun sabda Nabi (s.a.w) yang menurut Al-Qurʻan adalah kebenaran dan wahyu[6] telah menerangkan nama-nama mereka secara tertang-terangan dan baginda telah menegaskan kekhalifahan dan keimamahan mereka itu.

Kedua: Al-Qurʻan telah menunjukkan tentang wilāyah Amirul Mukminin Ali (a.s), meskipun nama beliau tidak disebutkan dengan jelas.Para ahli tafsir secara umumnya samada daripada kalangan Syiʻah atau Ahlusunnah telah mengakui bahawa ayat ini diturunkan mengenai Ali (a.s), dan tidak ada menganai orang lain kecuali beliau.[7] Sementara itu ayat 55 daripada surah Al-Maʼidah menyatakan: انما وليكم الله و رسوله و الذين آمنوا يقيمون الصلاة و يؤتون الزكاة و هم راكعون (Sesungguhnya wali kalian adalah hanya Allah (s.w.t) dan Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman yang mendirikan solat serta memberikan zakat dalam keadaan rukuk).

Dengan menyedari bahawa Islam tidak memerintahkan kita memberikan zakat ketika dalam keadaan rukuk, maka jelaslah ayat ini menunjukkan pada suatu peristiwa yang hanya terjadi sekali sahaja. Kejadian tersebut berlaku tatkala seorang pengemis datang meminta bantuan. Maka Imam Ali (a.s) mengisyaratkan jarinya dan pengemis itu datang dan mengambil cincin dari jarinya lantas pergi.[8] Kerana itu ayat tersebut menyatakan: perkataan “innamā” [9], hanya Allah (s.w.t) dan Nabi (s.a.w) serta Imam Ali (a.s) yang berhak menjadi wali dan pemimpin kalian wahai kaum muslimin dan tidak ada orang lain yang memiliki wilayah atas kalian selain mereka.

Sampai di sini kenyataannya nama-nama para Imam Maksum (a.s) telah keluar daripada sabda-sabda Nabi (s.a.w) secara jelas dan juga Al-Qurʻan telah mengisyaratkan dan mengiaskan tentang wilāyah Amirul Mukminin Ali (a.s), di mana jikalau ada seorang penyelidik yang mencari kebenaran dengan keinsafan, dan ia menjejak kebenaran dengan penelitian dan penyiasatan, maka ia akan mendapati maksud Nabi (s.a.w) tentang pengganti dan imamah setelah baginda adalah kekhalifahan dan anak-anaknya yang suci. Namun terdapat dua dalil mengapakah nama-nama para Imam Maksum tidak disebut di dalam Al-Qurʼan secara jelas:

1. Sebenarnya Al-Qurʻan menerangkan masalah ini dalam gambaran prinsip dan kaedah, bukan menyatakannya dalam bentuk tersusun dan terperinci sebagaimana dalam kebanyakan perkara ushul dan furuʻ.

Jawapan ini sudah sedia ada di dalam riwayat daripada Imam Ṣādiq (a.s)[10] dan untuk memperkuat pernyataan tersebut, Imam Shadiq (a.s) memberikan tiga contoh: Salah satunya ialah tentang solat, Al-Qurʼan menerangkannya dalam bentuk umum dan tidak mengatakan bagaimanakah kaedah melaksanakan tatacara dan kuantiti setiap solat. Walau bagaimana pun Nabi (s.a.w) menerangkan tatacara mendirikan sembahyang dan bilangan rakaat setiap solat tersebut kepada umat Islam. Selain itu beliau memberikan contoh tentang masalah zakat di mana Al-Qurʼan hanya memberikan penerangan dalam bentuk sebuah prinsip sahaja. Tetapi Nabi (s.a.w) menjelaskan berapakah material yang tertakluk dengan zakat dan kadar yang wajib dikeluarkan setiap satunya. Ke-tiga beliau menunjukkan tentang hukum-hukum haji di mana Al-Qurʼan hanya menyatakan kewajipannya sahaja. Namun peribadi Nabi (s.a.w) mensyarahkan jalan dan metodologi melaksanakannya untuk umat Islam.

Oleh itu harapan kita agar Al-Qurʼan menyatakan semua perkara dan perincian-perinciannya adalah merupakan harapan yang tidak pada tempatnya.

Dengan ini jikalau masalah imamah dan Ahlul Bait tidak dijelaskan nama para imam yang suci satu per satu, maka tidak boleh dikatakan bahawa tidak wujud prinsip berpegang dengan ajaran Ahlul Bait. Begitu juga asalan bahawa di dalam Al-Qurʼan tidak menyatakan solat Zohor itu ada 4 rakaat, maka tidak boleh ibadah tersebut dikerjakan dengan 2 rakaat. Atau juga alasan kerana Al-Qurʼan tidak menyatakan bahawa dalam ibadah Haji hendaklah bertawaf sebanyak 7 kali, maka tawaf tersebut ditinggalkan.

2. Dalam masalah seperti ini, kemungkinan ada banyak penentangan. Maka kemaslahatan tentang Al-Qurʼan tidak menerangkan subjek itu dalam bentuk yang jelas adalah disebabkan ada kemungkinan daerah penentangan masalah imamah Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib (a.s) memicu kepada penentangan terhadap Al-Qurʼan. Maka ini sudah tentu bukanlah suatu kebaikan. Meskipun begitu, hendaklah kita sedari bahawa Al-Qurʼan menyatakan “انا نحن نزلنا الذكر و انا له لحافظون”, (Sesungguhnya kamilah yang telah menurunkan al Dzikr (Al-Qurʻan) dan kami pulalah yang akan menjaganya),[11] salah satu cara dalam menjaga Al-Qurʻan daripada diselewengkan, dikurangkan dan ditambahkan iaitu dengan memberi penerangan dalam bentuk yang tiada intensif penyelewengan daripada golongan munafik yang berlagak sebagai muslim, sehingga sekurang-kurangnya seseorang individu atau satu golongan tidak mengubahsuai mengikut citarasanya semata-mata kerana hawa nafsunya, perselisihan dan kewujudan stimulasi kuat untuk melakukan penyelewengan dan pengubahan. Dengan ini nilai dan kehormatan Al-Qurʼan tidak dihina.[12]

Ayatullah Muthahari dalam pernyataannya sendiri, beliau menyatakan jawapannya sebagai: “Subjek ini ialah mengapa Al-Qurʼan tidak menerangkan imamah dan kekhalifahan Ali (a.s) dengan namanya? Jawapannya adalah begini, Pertama: Prinsip Al-Qurʼan tentang perkara ini ialah menerangkannya dalam gambaran asas. Ke-dua: Rasulullah (s.a.w) atau Allah (s.w.t) menerangkan subjek dalam gambaran ini kerana tidak menghendaki masalah tersebut berkesudahan dengan campurtangan hawa nafsu-hawa nafsu. Meskipun gambaran tersebut telah dirancangkan, mereka tetap tampil dengan sebuah justifikasi dan ijtihad. Mereka mengatakan sabda-sabda Rasulullah (s.a.w) adalah bermaksud begitu dan begini. Dengan ini jikalau ayat Al-Qurʼan juga mengkhususkannya secara jelas, mereka tetap juga menjustifikasinya. Dalam sabda Nabi (s.a.w), baginda secara jelas mengatakan: Inilah Ali sebagai pemimpinnya. Apakah kalian ingin yang lebih jelas daripada ini?! Namun adalah terlalu berbeza menjatuhkan sabda Nabi (s.a.w) dengan penjelasan ini dan menjatuhkan ayat Al-Qurʼan yang mengandungi seluruh penjelasan tentangnya sepertimana hari pertama setelah kewafatan Rasulullah (s.a.w). Oleh itu saya menukilkan ayat ini di dalam pengantar kata buku “Khilāfah Wal Wilāyah” di mana seorang Yahudi di zaman Amirul Mukminin berhasrat menghina kaum muslimin umumnya dengan peristiwa-peristiwa yang tidak dikehendaki, yang terjadi di awal Islam (malangnya pernah terjadi penghinaan tersebut). Ia berkata kepada Ali (a.s): Kalian berselisih tentangnya sedangkan Nabi kalian belum dipusarakan. Sebagai jawapan, Amirul Mukminin mengatakan: Kami tidak berselisih tentang Nabi (s.a.w), perselisihan kami adalah tentang perintah daripada Nabi (s.a.w) yang sampai kepada kami, namun kaki kalian hingga hari ini masih belum kering dengan air laut di mana kalian menginginkan daripada nabi-nabi menderhakai Tauhid kalian. Kalian berkata binalah untuk kami sebuah berhala seperti ini semua.

Oleh itu sangat besar jurang perbezaan di antara apa yang terjadi di tengah-tengah kalian dengan yang terjadi pada kami. Kami tidak berbeza tentang diri Nabi sendiri, tetapi hanyalah tentang apakah kefahaman dan makna arahan Nabi (s.a.w)? Kedua-dua ini terlalu besar perbezaannya, di mana apa pun yang dilakukan mereka, begitulah justifikasi eksternal mereka (sebenarnya bukan begitu), iaitu hendaklah mereka katakan: Mereka yang telah melakukan kesalahan ini sebenarnya berkhayal bahawa maksud Nabi adalah seperti itu. Natijahnya kata-kata Nabi mereka telah menjustifikasinya dalam gambaran ini. Atau juga mereka perlu mengatakan: mereka telah mengenepikan nas ayat-ayat Al-Qurʼan yang jelas. Atau mengatakan Al-Qurʼan telah diselewengkan.[13]

Oleh kerana itu dapatlah dikatakan noktah asal perbahasan ialah ketiadaan sebutan nama para imam secara jelas atau sekurang-kurangnya sebutan nama Amirul Mukminin, terjaganya Al-Qurʼan dari penyelewengan, pengurangan dan pertambahan, sebagaimana dengan mengamati ayat taṭhīr[14], ayat tabligh[15], ayat wilāyah[16] yang berada di tengah ayat-ayat yang berkaitan dengan isteri-isteri Nabi (s.a.w), atau hukum-hukum, atau tiadanya persahabatan Ahli Kitab, iaitu secara zahirnya langsung tiada kaitan dengan wilāyah para imam yang suci, Ali bin Abi Talib (a.s). Namun peribadi penyelidik yang insaf mampu mengasingkan konteks bahagian ini daripada ayat sebelum dan selepasnya, di mana atas motif khusus ayat tersebut telah di masukkan di situ.[17][]

 


[1] . Ibnu al Bithriq, al ‘Umdah, hal. 121 dan 133; Sayid Hasyim Buhrani, Ghâyah al-Marâm, hal. 320; Allamah Amini, al Ghadir, jil. 2, hal. 278.

[2] .hadis ini mutawatir dan ada di dalam kitab-kita syi’ah dan sunni. Dalam kitab al Ghadir disebutkan para penukil hadis ini tahap pertahap dari abad 1 sampai abad 14 di mana yang paling awal ada 60 orang dari sahabat Nabi Saw yang dalam kitab-kitab ahlusunnah merupakan perawi hadis ini dan nama mereka itu tercatat dalam kitab-kita tersebut. Dan juga dalam kitab ‘Abaqât  Mir Hamid Husein, terbukti akan kemutawatiran hadis al-Ghadir. Al-Ghadir, jil. 1, hal 14-114; Ibnu al-Maghaazali, Manâqib, hal 25-26; Murtadha Muthahari, Imâmat wa Rahbari, hal 72-73.

[3] .al ‘Umdah, hal 173-175; Ahmad bin Hanbal, Musnad Ahmad, jil. 3, hal 32; al Ghadir, jil. 1, hal 51, jil. 3, hal 197-201.

[4] .Mengenai kemutawatiran hadis-hadis tentang keimamahan Imam Ali (a.s) telah banyak ditemukan dalam kitab al Ghadir, dan kitab ‘abaqât. Fadhil Qausyaji (salah seorang ulama terkemuka Ahulusnah) tidak menolak kemutawatiran sebagian riwayat-riwayat tersebut. Syarah Qausyaji bar Tajriidul I'tiqâd, Khajah Thusi.

[5] .Muhammad Hasan Hurra Amili, Itsbâtul Hudât, jil. 3, hal 123; Sulaiman bin Ibrahim Qanduzi, Yanâbii’ul Mawaddah, hal 494; Ghâyatul Marâm, jil. 10 hal 267, sesuai yang dinukil Mishbah Yazdi, Âmuzesy ‘Aqâid, jil. 2, hal 185.

[6] .Qs. al-Najm ayat 3 dan 4.

[7] . Fakhru Razi, Tafsir Kabir, jil. 12, hal 25; Tafsir Nemuneh, jil. 4, hal 421-430; Jalaluddin Suyuti, Tafsir Durul Mantsuur, jil. 2, hal 393; juga dalam kitab-kitab hadis seperti: Dzakhâirul ‘Uqba, Muhibuddin Thabari, hal 88; Jalaluddin Suyuti, Lubâbunnuqûl, hal 90; ‘Alauddin Ali al-Muttaqi, Kanzul Ummal, jil. 6, hal 391 dan masih banyak disebutkan dalam kitab-kitab yang lain yang anda bisa meruju ke tafsir nemuneh jil. 4, hal 425.

[8] .Murtadha Muthahari, Tahlile az Kitâb-e Imâmat wa Rahbari, hal 38.

[9] .innamaa bermakna hanya (pembatasan, eksklusif): Mukhtashar al-Ma’âni.

[10] .Kulaini, al-Kâfi, kitab al-Hujjah, bab mâ nashsh Allahu wa Rasuluhu ‘alal Aimmati Waahidan Fawâhidan, jil. 1.

[11] .Hadavi Tehrani, Mabâni Kalâmi Ijtihâd, jil. 2

[12] .Ibid.

[13] . Imamat wa Rahbari, hal 109-110 (cetakan ke 27)

[14] .Qs. al-Ahzab (33): 33.

[15] .Qs. al-Maidah (5):67.

[16] .Qs. al-Maidah (5):55.

[17] . Hadavi Tehrani, Mabâni Kalâmi Ijtihâd, jil. 2.

 

Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai
Sila masukkan nilai

Kategori

Pertanyaan-pertanyaan Acak

Populer Hits

Jejaring