Carian Terperinci
Pengunjung
6940
Tarikh Kemaskini 2011/11/23
Ringkasan pertanyaan
Apakah perbezaan antara wilāyatul faqih mutlak dan wilāyatul faqih?
soalan
Apa perbezaan antara wilāyatul faqih mutlak dan wilāyatul faqih?
Jawaban Global

Kekuasaan-kekuasaan wali faqih dapat dikaji dalam dua paksi berikut:

  1. Wali faqih memiliki wilāyah atas orang ramai.

  2. Wali faqih memiliki kuasa atas berbagai urusan.

Apabila autoriti wali faqih kita anggap tidak terbatas pada beberapa orang tertentu (seperti orang gila, anak yatim dan sebagainya) dan kekuasanya tidak terhad pada urusan-urusan seperti (pengadilan dan fatwa) maka sebenarnya kita sudah meyakini tentang konsep wilāyatul mutlak faqih. Selain daripada gambaran ini, wilāyah mutlak tidak boleh disabitkan bagi seorang faqih.

Jawaban Detil

Kemenangan revolusi Islam (baca: pemikiran politik Islam) telah menarik perhatian para pemikir dan cendekiawan dalam dan luar negara. Salah satu terminologi penting Fikah yang merupakan noktah penting pemikiran politik Islam ialah masalah wilāyatul faqih. Banyak perbahasan tentang makna, dalil-dalil, keluasan kekuasaan dan sebagainya berkenaan dengan terma teknik fikah ini. Untuk memahami perbezaan antara ‘wilāyatul faqih’ dan ‘wilāyatul mutlak fakih’, kita perlu mengamati beberapa perkara di bawah ini:

A.    Makna wilāyatul: Wilāyah dalam bahasa Arab adalah kata terbitan daripada perkataan “wali” yang bermakna kedekatan dan kekerabatan.[1] Wilāyah yang bukan bermaksud demikian berada dalam dua pengertian: 1. Kekuasaan. 2. Kepemimpinan dan pemerintahan.[2]

B.    Makna wilāyatul faqih: Sebagaimana yang telah disebutkan bahawa wilāyatul bermakna menjadi wali, pengurus dan pelaksana. Apabila dikatakan bahawa faqih memiliki wilāyah ertinya adalah ialah faqih jāmi’ al-syarā’it (baca: marja’ taklid) memiliki autoriti dan tanggung jawab dari sisi Syari’ Muqaddas (Allah (s.w.t)) untuk menjelaskan peraturan-peraturan Ilahi dan melaksanakan hukum-hukum agama serta mengatur masyarakat Islam di zaman ghaibah.”[3]

Namun sebahagian orang mendakwa bahawa makna wali di sini adalah “ketuanan”, “kekuasaan” dan “pimpinan” yang menjelaskan “wali” (pimpinan) atau “maula ‘alaih” (yang di pimpin). Tetapi yang dimaksud dengan redaksi ini ialah: “Pengelolaan urusan (atas yang dipimpin) dan pengaturan untuk melayani orang yang dipimpinnya (maula ‘alaih).”[4]

C.    Makna mutlaknya wilāyatul faqih:

Dalam fikah disebut bahawa wilāyatul telah ditetapkan bagi sebahagian orang seperti wilāyatul ayah dan datuk (dari pihak ayah) atas anaknya (belum matang), atas orang gila, atau orang yang kurang akalnya.[5] Dalam hal ini, urusan anak (perempuan atau lelaki) berada di bahu ayahnya atau datuknya (dari pihak ayah) di mana ayah atau datuknya mengatur dan mengelola urusan anak-anaknya untuk kemaslahatan mereka.

Demikian juga wilāyah wakil atas orang yang diwakilinya menjadi sah selama orang itu masih hidup. Hal yang lain juga dapat ditetapkan sebagaimana disebutkan dalam kitab-kitab fikah. Dengan demikian, inti wilāyah atas orang lain merupakan hal-hal yang pasti dalam fikah Islam di mana salah satu dari wilāyah tersebut adalah wilāyatul faqih.

Akan tetapi perbincangan yang dikemukakan di sini ialah apakah wilāyatul faqih termasuk dalam perbahasan wilāyah ayah atau datuk (dari pihak ayah) atau jenis wilāyatul yang bermakna pengelolaan dan pengaturan kehidupan masyarakat?

Apa yang pasti (di sini) adalah seluruh faqih sepakat ia tertakluk pada masalah intisari ketetapan wilāyatul faqih dan perbezaan mereka pada keluasan dan daerah kekuasaan wali faqih di mana apabila berbagai kekuasaannya merupakan jenis wilāyatul yang bermakna pengaturan urusan masyarakat maka kita telah sampai pada makna wilāyatul mutlak (seorang faqih).

Wilāyatul mutlak faqih merupakan satu terminologi fikah yang menyoroti bidang aktiviti wilāyah, orang-orang yang berada di bawah naungan wilāyah dan mengingkari berbagai batasan dalam bidang ini. Dengan kata lain, terminologi ini menjelaskan bahawa domain wilāyatul faqih tidak terbatas khusus kepada orang tertentu seperti orang gila, orang tua dan sebagainya, bahkan berkaitan dengan semua orang dan seluruh hukum dan sifatnya pula adalah mutlak. Imam Khomeini (r.a) dalam hal ini berkata, “Apa sahaja yang berkaitan dengan Nabi (s.a.w) dan para Imam Maksum (a.s) dari perspektif wilāyah dan kepemimpinan, maka urusan itu juga dikaitkan dengan faqih. Namun kekuasaan-kekuasaan yang tidak dikaitkan dengan mereka, tidak disabitkan juga untuk Faqih.”[6]

Berkenaan tugas-tugas faqih yang memenuhi syarat (marja’ taklid), Syaikh Anshari berkata: “Tugas-tugas faqih yang memenuhi syarat adalah: 1. Memberikan fatwa. 2. Memerintah (mengadili). 3. Kekuasaan dalam memanfaatkan harta dan jiwa”[7] Ia melanjutkan: “Benar bahawa setiap urusan masyarakat merujuk kepada pemimpinnya sesuai dengan tuntutan ini, para faqih adalah ulil amr, ada benarnya (laa yab’ud) kalau dalam hal ini kita berkata [bahawa masyarakat] merujuk kepada seorang faqih.”[8]

Memang benar sebahagian faqih tidak menerima kuasa faqih yang luas seperti ini dan mereka memandang bahawa kekuasaan faqih hanya dapat ditetapkan pada dua pos iaitu memberikan fatwa dan mengadili.[9]

Dengan penjelasan ini maka jelaslah bahawa mutlaknya wilāyatul faqih merupakan sebuah terminologi teknikal fikah yang berada pada peringkat menjelaskan luasnya aktiviti dan tugas wali faqih dan tidak terbatas (muqayyad) orang-orang gila dan anak-anak yatim.

Catatan:

Malangnya sesetengah orang mengambil kesimpulan secara tidak sesuai dengan definisi ‘wilāyatul mutlak faqih’ dan menganggap bahawa ‘wilāyatul mutlak faqih’ ini sinonim dengan “pemerintahan mutlak”[10] atau “kebebasan mutlak faqih.”[11]

Akan tetapi dengan penjelasan sebelumnya menjadi terang bahawa pertama, yang dimaksudkan dengan wilāyatul mutlak dan mutlaknya wilāyatul adalah “Faqih harus menjelaskan seluruh hukum Islam (bukan sebahagian). Kedua, tatkala dua hukum saling berselisihan (tazahum), faqih yang cukup syarat-syaratnya, harus menjalankan hukum yang lebih penting (aham).”[12] Ini sekali-kali tidak bermakna bahawa wali faqih dapat mengeluarkan hukum dan fatwa-fatwa yang bertentangan dengan perkara ini tanpa memandang kemaslahatan dan hukum-hukum Islam.[13] []



[1]. Abdul Qadir Razi, Mukhtar al-Shihah, (Shihah Jauhari), klausa wali, hal. 631, Intisyarat-e al-Risala.h

[2]. Ibid; Mu’jam al-Wasith, hal. 1058, Intisyarat Dar al-Da’wah.

[3]. Abdullah Jawadi Amuli, Wilâyat Faqih, hal. 463, Instiyarat Isra.

[4]. Mahdi Hadawi Tehrani, Wilâyat wa Diyânat, hal. 65, Intisyarat Khane Kherad.

[5]. Muhammad Hasan Najafi, Jawâhir al-Kalâm, jil. 22, hal. 322, CD Jami’ Fiqh Ahlubait (a.s).

[6]. Imam al-Khomeini, Kitâb al-Ba’i, jil. 2, hal. 664.

[7]. Ibid, hal. 654.

[8]. Syaikh Murtadha Ansari, al-Makâsib al-Muharramah, jil. 3, hal. 545.

[9]. Ibid.

[10]. Sayid Abul Qasim Khui, Tanqih Fii Syarh al-‘Urwat al-Wutsqa, jil. 1, hal. 418, CD Jame’ Fiqh Ahlubait (a.s).

[11]. Wilâyat wa Diyânat, hal. 125

[12]. Wilâyat Faqih, hal. 463, Intisyarat Isra.

[13]. Untuk keterangan lebih lanjut: Sila rujuk, Pertanyaan 20 (Site: 220) dan Pertanyaan 32 (Site: 265)

Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Bilangan komen 0
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai
Sila masukkan nilai

Pertanyaan-pertanyaan Acak

  • Apa falsafah tentang wujudnya ikhtilaf dan perbezaan pada setiap manusia terutamanya mengenai keburukan, kecantikan, hidayat dan keindahan, petunjuk dan kesesatan, rezeki dan lain-lain?
    9868 Teologi Klasik 2012/11/22
    ‘Adl (keadilan) itu memiliki berbagai makna yang berbeza seperti: keseimbangan bahagian-bahagian yang terdapat dalam suatu rangkaian, menjaga hak-hak setiap individu, dan menyerahkan hak kepada pemiliknya, menjaga hak dalam faedah maknawi kewujudan (mawjūd), memberi kesamaan tanpa sebarang diskriminasi. Namun makna yang sesuai dengan pertanyaan di atas; kesamaan serta ...
  • Mengapa nama para Imam Maksum (a.s) tidak disebut secara jelas dalam Al-Qurʻan?
    9989 Teologi Klasik 2012/03/08
    Hendaklah kita sedari walaupun nama para Imam Maksum (a.s) tidak ditampilkan secara jelas di dalam Al-Qurʻan, namun sabda-sabda Nabi (s.a.w) telah menyebut secara terang-terangan nama para Imam Maksum (a.s) khususnya Ali bin Abi Talib (a.s) di mana beliau adalah miṣdāq (eksternal) jelas bagi hadis Al-Ghadīr; iaitu pengumuman ...
  • Mengapa diat wanita satu perdua diat lelaki?
    7109 Huquq Dan Ahkam 2011/04/19
    Berdasarkan pembelajaraan ilmu hukum hakam (fiqh) dan sejarah, “diat” merupakan sebuah masalah ekonomi yang disyariatkan dengan tujuan untuk menebus kerugian yang dideritai oleh mangsa. Dari sisi lain, masyarakat ideal yang ingin diwujudkan Islam ialah meletakkan inti kegiatan-kegiatan perekonomian di bahu lelaki. Ertinya dengan satu pandangan ...
  • Imam Mahdi (a.j.f) dalam pandangan Syiah.
    13007 Teologi Klasik 2011/07/18
    Oleh kerana pertanyaan di atas sangat universal dan meluas, hal ini menyebabkan kami menyentuh tentang sedikit biografi, berita-berita ghaib dan tanda-tanda kemunculan Imam Mahdi (a.j.f).Nama beliau adalah "mim-ha-mim-dal" dan memiliki berbagai gelaran, di antaranya adalah Qaim, Shahibul 'Ashr, Shahibuz Zaman, dsb. Ayahanda mulia ...
  • Bagaimana hubungan antara kehendak Ilahi dan keinginan manusia?
    19555 Teologi Klasik 2011/01/17
    Manusia adalah kewujudan yang Mumkin  (iaitu kewujudan yang possible, iaitu ia boleh ada ketika ada penciptaanya dan boleh tiada ketika tiada penciptanya. Hubungan wujud dengan tidak wujud baginya adalah sama) yang mana hakikat wujud dan seluruh dimensi keberadaannya bersumber dari Allah Swt. Allah Swt dengan ...
  • Apa saja ciri-ciri darah haidh dan darah istihadha itu?
    26968 Haid dan Nifas 2013/06/09
    Darah haidh pada umumnya kental, hangat dan warnanya merah cenderung hitam atau kuning serta keluar dengan tekanan dan agak panas.[1] Wanita yang mengeluarkan darah seperti ini dari rahimnya disebut wanita haidh (hâidh). Adapun darah istihadhah ghalibnya berwarna kuning dan dingin serta keluar tanpa ...
  • Apakah maksud wahdatul wujud?
    17383 Falsafah Islam 2014/04/20
    Maksud golongan irfan dan ahli hikmah tentang wahdatul wujud bukanlah satu set dunia kewujudan yang dikatakan sebagai Allah (s.w.t). Ini disebabkan penggolongan wujud dan wahdat bukanlah sesuatu yang hakiki. Begitu juga ianya tidak bermaksud penyatuan Allah (s.w.t) dengan kewujudan-kewujudan kerana perkara itu adalah mustahil (dengan maksud dua ...
  • Apakah Waliyul faqīḥ itu lebih utama dibandingkan malaikat?
    7974 Undang-undang 2013/01/24
    Wilāyatul Faqīḥ pada zaman keghaiban seperti sekarang ini, merupakan penerus Wilāyah Nabi Muhammad (s.a.w) dan para imam maksum (a.s). Dengan kata lain, Wilāyatul Faqīḥ itu berasal dari sumber Wilāyah Nabi (s.a.w) dan wilāyah para Imam maksum (a.s). Seorang Walī Faqīḥ memiliki ...
  • Munurut perspektif al-Qur'an, apakah manusia itu merupakan makhluk yang amat zalim (ẓulûm) dan amat bodoh (jahûl) atau ia merupakan seorang khalifah Allah?
    11333 Tafsir 2012/07/18
    Al-Qur'an dari satu sisi menyebut kedudukan tinggi manusia dengan berbagai persepsi yang mulia, manakala dari satu sisi yang lain, terdapat banyak ayat-ayat yang mencela dan mengecam manusia. Gerakan manusia yang berada di dalam dua garis lengkung menaik (qaws ṣuʻūd) dan menurun (qaws nuzūl) adalah infiniti serta ...
  • Mengapa orang-orang Jamal (seperti Aisyah, Thalha, Zubair) mengangkat senjata melawan Imam Ali As?
    23413 تاريخ بزرگان 2011/07/21
    Dengan memperhatikan sumber-sumber sejarah, kita akan mengkaji sebab-sebab berlakunya perang Jamal dari kedua belah pihak dan kemudian memberikan penilaian atasnya: A.    Sebab-sebab terjadinya perang Jamal dalam pandangan orang-orang Jamal:

Populer Hits