Carian Terperinci
Pengunjung
76984
Tarikh Kemaskini 2007/11/20
Ringkasan pertanyaan
Mengapa orang Syiah mengerjakan solat dengan tangan lurus? Dan mengapa orang Sunni mengerjakan solat mereka dengan tangan bersedakap?
soalan
Mengapakah orang Syiah mengerjakan solat dengan tangan lurus dan Sunni melakukannya dengan tangan sedakap? Apakah tatacara yang diseru oleh Nabi? Apakah ada dalilnya?
Jawaban Global

Islam adalah agama suci yang diturunkan Allah pada ummat manusia melalui NabiNya, Muhammad al-Musthafa (s.a.w). Islam adalah agama yang satu, dan selama Nabi Muhammad (s.a.w) hidup, semua ajaran dan syari’at yang dibawa Islam masih murni dan tidak ada ruang bagi para musuh Islam memalsukannya. Namun semuanya berubah ketika penjaga utama syari’at Ilahi ini meninggal dunia. Musuh-musuh Islam menemukan cara untuk memusnahkan Islam dengan berbagai cara. Ini bukan hanya menyebabkan perpaduan Islam terancam, bahkan ajaran-ajaran murninya cuba dicemari hingga ke hari ini. Ini berlaku pada semua ajaran Islam, bahkan pada syari’at Islam yang paling pertama dan utama, iaitu solat!

Syiah Imamiyah mengerjakan solat mereka dengan tangan lurus kerana mengikuti tata-cara solat Rasulullah (s.a.w) dan para imam maksum (a.s) yang merupakan orang terdekat dan paling mengerti tentang kehidupan Rasulullah kerana mereka adalah keluarga Rasulullah sendiri. Terdapat banyak sekali riwayat-riwayat yang menukil tatacara solat Nabi (s.a.w) semenjak awal hingga akhir dalam tradisi Syi’ah Imamiyah, iaitu Rasulullah (s.a.w) dan para Imam Maksum menunaikan solatnya dengan tangan mereka lurus di pinggang. Selain itu menutup tangan ketika mengerjakan solat adalah mirip dengan apa yang dilakukan oleh orang-orang Majusi dalam ibadah mereka.

Jawaban Detil

Lebih dari itu, sejarah menyebutkan bahawa tidak terdapat riwayat yang menukil tentang Nabi (s.a.w) yang bersedakap tangan tatkala menunaikan solat. Bagaimanapun, amalan bersedakap tangan tatkala solat merupakan sebuah peristiwa yang terjadi setelah kewafatan Rasulullah (s.a.w) di zaman khalifah kedua. Atas alasan inilah, Ahlusunnnah mengerjakan solat mereka dengan tangan bersedakap. Ini pun tidak semua pengikut Ahlusunnah yang melakukannya, ada sebahagian daripada mereka yang tidak mengerjakan demikian.

Meletakkan tangan di atas tangan merupakan sebuah cara yang tidak ada pada zaman Rasulullah (s.a.w) dan bagidinda sendiri menunaikan solatnya dengan tangan lurus.[1] Oleh kerana Syiah mengikuti Nabi (s.a.w) dan para imam maksum (a.s) dalam seluruh solat, maka mereka mengerjakan solat dengan cara seperti ini. Selain itu bersedakap tangan tatkala mengerjakan solat merupakan sebuah bid'ah yang dilakukan setelah wafatnya Rasulullah (s.a.w); ertinya amalan solat sedemikian tidak terdapat pada zaman Rasulullah (s.a.w) dan terjadi di zaman khalifah kedua. Semenjak zaman khalifah kedua, keadaan seperti ini berlaku[2] dan dewasa ini majoriti Ahlusunnah mengerjakan solat mengikuti tatacara solat khalifah kedua,[3] bukan mengikuti tatacara solat yang diajar oleh Rasulullah (s.a.w).

Selain tidak pernah diajar oleh Rasulullah, para imam maksum (a.s) mengatakan bahawa tatacara solat seperti ini adalah tatacara ibadah yang mirip dengan tatacara ibadah orang-orang kafir dan kaum Majusi, kerana itulah mereka melarangnya. Para imam maksum (a.s) memerintahkan Syiah untuk mengerjakan solat mereka mengikut tatacara solat Nabi (s.a.w) iaitu dengan tangan bersedakap.

Hadis Abi Hamid Sa'idi menyatakan seluruh perbuatan Nabi (s.a.w) ketika menunaikan solat dari takbiratul iḥram hingga salam, namun dalam riwayat itu tidak disebutkan sedikit pun amalan bersedakap tangan dalam solat Nabi (s.a.w). Abu Hamid Sa'idi berkata, selepas takbir Rasulullah (s.a.w) menurunkan tangannya (meluruskan) dan mendekatkannya ke sisi beliau.[4] Kita sudah sedia maklum, seandainya bersedakap tangan adalah amalan mustahab, tidak mungkin Nabi (s.a.w) meninggalkan amalan mustahab (dianjurkan) sepanjang riwayat hidup baginda.

Demikian juga Hammad bin 'Isa meminta Imam Shadiq (a.s) untuk mengajarkan tatacara solat yang benar dan sempurna kepadanya. Ketika itu Imam Shadiq (a.s) berdiri mengadap kiblat dan mengerjakan seluruh amalan mustahab. Setelah beliau melakukan takbiratul ihram dan memulakannya dengan bacaan solat dan melanjutkannya sehingga menutup solat dengan salam (sebagaimana solat yang dikerjakan oleh orang Syiah hingga hari ini).[5] Dalam riwayat ini, Imam Shadiq (a.s) mengajarkan tatacara solat Rasulullah (s.a.w) kepada Hammad bin Isa dan tidak disebut keadaan tangan bersedakap atau tangan di atas tangan. Sekiranya amalan demikian merupakan sunnah, maka sudah tentu Imam Shadiq (a.s) menjelaskan masalah tersebut.

Demikian juga, banyak riwayat yang dinukil dari para imam maksum (a.s) yang mengatakan: "Amalan (bersedakap tangan) adalah mirip dengan perbuatan orang Majusi dan orang-orang kafir. Amalan seperti ini tidak boleh dilakukan. Di sini kita akan menyebutkan beberapa riwayat lain untuk menegaskan hal tersebut:

  1. Diriwayatkan dari Muhammad bin Muslim, daripada Imam Shadiq (a.s) atau Imam Baqir (a.s) bersabda: "Aku berkata: Seseorang meletakkan tangannya dalam solat (dan dikisahkan) tangan kanan di atas tangan kiri? Imam bersabda: "Perbuatan tersebut adalah menutup (al-takfir) dan tidak boleh dilakukan."[6]
  2. Diriwayatkan oleh Zurarah, daripada Abi Ja'far sesungguhnya beliau bersabda: "Dan hendaklah tangan kalian lurus dalam solatmu dan janganlah engkau bersedakap kerana orang-orang Majusi melakukan hal tersebut (dalam ibadah mereka).[7]
  3. Diriwayatkan daripada Shaykh Shaduq dengan menyandarkannya kepada Ali (a.s) sesungguhnya beliau berkata: "Hendaklah kaum muslim tidak mendakapkan tangannya dalam solatnya ketika ia berdiri di antara tangan Tuhan dan (perbuatan ini) mirip dengan orang kafir iaitu Majusi.[8][]

Untuk telaah lebih jauh kami persilakan anda untuk merujuk:

Al-Inṣāf fī Masāil Dama fiha al-Khilāf, Ayatullah Syaikh Ja'far Subhani, jil. 1, hal. 169-193

 


[1]. Hadis yang berkenaan dengan masalah ini segera akan dijelaskan pada bahagian berikutnya.  

[2]. Bukti dari perkara ini adalah hadis Sahl bin Sa'ad yang diriwayatkan oleh Bukhari: "Dulu orang-orang diperintahkan untuk meletakkan tangan kananya di atas lengan tangan kirinya dalam shalat (Fath al-Bāri fī Syarh Shahîh al-Bukhāri, jil. 2, hal. 224). Sekarang apabila Nabi (s.a.w) memerintahkan untuk menutup tangan maka tidak ada maknanya ketika disebutkan (dalam hadis tersebut): "Dulu orang-orang diperintahkan" teks tersebut bukan berbunyi: "Dulu Nabi (s.a.w) memerintahkan."  

[3]. Mazhab Hanafi, Syafi'i dan Hanbali memandang bersedakap tangan sebagai sunnah dan mustahab (dianjurkan) akan tetapi Maliki menganggap bahwa tangan lurus sebagai sunnah. Al-Fiqh 'ala al-Madzhāhib al-Khamsah, hal. 110.  

[4]. Sunan Baihaqî, jil. 2, hal. 72, 73, 101 dan 102; Sunan Abî Daud, jil. 1, hal. 194.  

[5]. Syaikh Hurr al-Amili, Al-Wasā'il, jil. 4, bab 1, Min Abwāb Af'āl al-Shalat, hadis pertama.

[6]. Syaikh Hurr al-Amili, Al-Wasā'i, jil. 4, bab 15, Min Abwāb Qawāthi' al-Ṣalāt, hadis pertama.

[7]. Syaikh Hurr al-Amili, Al-Wasā'il, jil. 4, bab 15, Min Abwāb Qawāthi' al-Ṣalāt hadis 2, 3, dan 7.

[8]. Ja'far Subhani, Fiqh al-Syiah al-Imāmiyah wa Mawādhi' al-Khilāf Bainahu wa baina al-Madzhāib al-Arba', hal. 183.

 

Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Bilangan komen 0
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai
Sila masukkan nilai

Kategori

Pertanyaan-pertanyaan Acak

  • Bagaimana dapat dibuktikan bahawa penutupan agama adalah sempurna?
    8522 Teologi Klasik 2011/07/18
    Pertamanya kita harus ketahui makna kalimah “کامل” adalah sempurna dan lawannya ialah “cacat.” Secara umumnya ketika kita mendakwa Islam sebagai agama sempurna maka ianya tidak ada cacat cela. Dengan ungkapan yang lebih baik ialah apa sahaja yang menjadi kelaziman untuk mencapai sebuah kehidupan bahagia duniawi dan ukhrawi. Kerana ...
  • Mengapa al-Qur’an menyebut kisah-kisah tertentu dan menumpukan kisah Nabi Musa (a.s) lebih dari kisah Nabi Muhammad (s.a.w)?
    21826 Tafsir 2011/06/14
    Dalam menjawab bahagian pertama soalan itu, kita dapat mengatakan bahawa penerangan sebuah hakikat atau hukum serta aturan tertentu tidak dapat menyediakan seluruh bahagian dan karakteristik yang berkaitan dengannya. Perkara ini diperhatikan dalam al-Quran; kerana jikalau seluruh perkara tertentu dan perkerjaan-pekerjaan hendak ...
  • Apakah prinsip-prinsip falsafah penantian Imam Mahdi (Mahdawiyah)?
    7973 Teologi Klasik 2012/11/22
    Prinsip-prinsip falsafah mahdawiyah dapat diselidiki dari dua arah tujuan: Dari haluan sebab akhir (العلة الغائیة) dan sebab al-fāʻiliyyah (العلة الفاعلیة). Iaitu dari arah kewajaran yang mempunyai matlamat dan mustahil ada pertentangan dengan objektif penciptaan manusia sempurna. Sementara insan sempurna ini berada di dalam rangkaian sebab ...
  • Apakah ajaran Zoroaster termasuk agama Ilahi?
    13196 Teologi Klasik 2011/10/22
    Dengan mendengarkan lagu nyanyian-nyanyian keagamaan mereka, boleh difahami bahawa ajaran Zoroaster pada awalnya adalah ajaran yang mempercayai tauhid (monoteisme). Akan tetapi dengan meneliti lebih dalam kepada ajaran-ajarannya yang tertulis dalam kitab “Avesta”, maka diketahuilah bahawa dalam ajaran itu terdapat dualisme ketuhanan. Tapi ...
  • Dalam perspektif agama Islam dan Syiah, dalam masalah-masalah apa sajakah manusia memiliki ikhtiar dan kebebasan?
    8354 Teologi Klasik 2011/07/21
    Dengan merujuk pada teks-teks agama dan mencermati kandungan ayat-ayat dan riwayat-riwayat, dapat ditemukan adanya pemahaman akan kebebasan manusia. Makna dari pernyataan ini bukanlah bermaksud manusia itu memiliki kebebasan secara mutlak dan tidak ada satupun faktor atau kekuatan yang mampu memberikan pengaruh atau menguasai ke atas perbuatannya, bahkan ...
  • Meskipun Tuhan tahu bahawa ramai manusia yang akan memasuki neraka, mengapakah Tuhan tetap mencipta mereka?
    9879 Teologi Klasik 2012/07/18
    Azab Ilahi merupakan balasan bagi segala perbuatan ikhtiar manusia kerana mereka tidak memanfaatkan perantaraan petunjuk-petunjuk. Mereka juga tidak mendengar seruan samada utusan batin dan utusan zahir. Ilmu Tuhan tentang nasib, cara berinteraksi dan tingkah laku ‘kewujudan’ tidak menjadi sebab timbulnya isu paksaan atas mereka dan sebenarnya ...
  • Apa makna pengumuman tujuh orang marja’ dari pihak Jamia’ Mudarrisin (Dewan Guru Hauzah)?
    7477 Huquq Dan Ahkam 2011/07/21
    Di antara syarat-syarat marja’ taklid adalah ia lebih unggul dan lebih tinggi dari sudut keilmuan daripada mujtahid-mujtahid lain yang ada pada zamannya. Dan dengan adanya mujtahid a’lam, tidak dibenarkan untuk mengikut pada mujtahid yang tidak a’lam. Dan ini dalam keadaan jika jarak antara mujtahid a’lam dan ...
  • Munurut perspektif al-Qur'an, apakah manusia itu merupakan makhluk yang amat zalim (ẓulûm) dan amat bodoh (jahûl) atau ia merupakan seorang khalifah Allah?
    12098 Tafsir 2012/07/18
    Al-Qur'an dari satu sisi menyebut kedudukan tinggi manusia dengan berbagai persepsi yang mulia, manakala dari satu sisi yang lain, terdapat banyak ayat-ayat yang mencela dan mengecam manusia. Gerakan manusia yang berada di dalam dua garis lengkung menaik (qaws ṣuʻūd) dan menurun (qaws nuzūl) adalah infiniti serta ...
  • Adakah hikmah dan ilmu itu berbeza?
    9739 Tafsir 2010/11/14
    Makna hikmah daripada segi bahasa adalah ucapan dan perbuatan yang sesuai dengan kebenaran dan realiti, sampai kepada kebenaran dengan media ilmu dan akal atau yang membuat manusia berdiri di atas landasan kebenaran. ...
  • Perbezaan subjek epistemologi dan falsafah ilmu?
    17294 Falsafah Islam 2011/02/14
    A.    Subjek epistemologiadalah makrifat, pengetahuan , alat dan cara-cara mengenal. Namun subjek dalam falsafah ilmu adalah hakikat (quiddity) ilmu dari sudut ia memiliki identityyang menyeluruh.B.    Hubungan epistemologi dengan falsafah ilmu; sebagaimana yang terdapat dalam buku-buku epistemologi komparatif ...

Populer Hits