Carian Terperinci
Pengunjung
40275
Tarikh Kemaskini 2010/11/14
Ringkasan pertanyaan
Mengapa dalam agama Islam, orang murtad harus dihukum mati? Adakah hal ini tidak bertentangan dengan kebebasan berakidah?
soalan
Mengapa dalam agama Islam, orang murtad harus dihukum mati? Adakah hal ini tidak bertentangan dengan kebebasan berakidah?
Jawaban Global

Murtad adalah menzahirkan dan menegaskan keluarnya daripada suatu agama. Orang yang murtad biasanya, mengajak orang lain untuk ikut keluar dari agamanya. Hukuman mati tidak berlaku bagi seseorang yang keluar daripada agama, ketika ia tidak menampakkan kemurtadannya dan tidak mengajak orang lain untuk melakukan hal yang sama (murtad). Dengan demikian, hukuman mati yang dijatuhkan kepada orang murtad, disebabkan oleh kejahatan sosialnya, bukan kerana akidah peribadinya.

Seorang murtad akan merosakkan spirit beragama dalam sesebuah masyarakat dan mengancam masyarakat umum yang tidak memiliki kemampuan yang cukup dalam menjaga agamanya. Pada masa awal Islam sendiri, sejumlah musuh Islam menampakkan keislaman mereka, kemudian berpaling dan murtad. Tujuan mereka adalah untuk melemahkan dan melumpuhkan keimanan kaum Muslimin.[i]

Islam, dalam menghalang ancaman ini, telah menetapkan hukuman berat bagi orang yang murtad. Walaupun jalan untuk membuktikannya sangat sulit. Sepanjang sejarah Islam, sangat sedikit jumlah orang-orang murtad yang dijatuhi hukuman mati kerana kesan psikik daripada hukuman tersebut melebihi hukuman itu sendiri, maka ia mampu menjaga kondisi yang sihat bagi masyarakat umum.



[i] . Qs. Ali Imran (2): 72

Jawaban Detil

Untuk menjadikan jawapan lebih jelas, mestilah diperhatikan beberapa perkara berikut ini:

Pertama: Siapakah yang disebut murtad?

Murtad adalah seseorang yang keluar daripada Islam dan ia memilih kekafiran.[1] Keluar daripada Islam itu terjadi kerana mengingkari asas agama atau salah satu dari asas agama (tauhid, kenabian dan hari kebangkitan). Kemurtadan juga boleh terjadi disebabkan dengan mengingkari salah satu perkara yang telah disepakati dalam Islam (dharuriyyatu ad-din) di mana ianya adalah jelas dan terang bagi seluruh kaum muslimin bahawa hal itu merupakan sebahagian daripada Islam, sehingga mengingkarinya sama dengan mengingkari risalah dan kenabian dan masyarakat menyedari akan perkara tersebut.[2]

Kemurtadan terdiri daripada dua bahagian:

1. Murtad fitri, iaitu seseorang yang ayah atau ibunya ketika melepaskan nuthfahnya (sperma) beragama Islam. Dan orang itu sendiri sebelum mencapai baligh menampakkan keislamannya, kemudian setelah itu ia keluar dari agama Islam.[3]

2. Murtad milli, iaitu seseorang yang ayah dan ibunya itu kafir ketika melepaskan spermanya, dan orang itu sendiri sebelum mencapai usia baligh telah menjadi kafir kemudian masuk Islam, kemudian menjadi kafir kembali.[4]

 

Kedua: Hukum Murtad Dalam Pelbagai Agama Dan Islam

Dalam fikih Syi’ah, murtad memiliki hubungan dengan sebahagian hukum-hukum sivil dalam bab warisan (irs) dan pernikahan (nikah). Dan masalah ini tidak termasuk dalam pembahasan.

Hukuman yang akan dijatuhkan terhadap seorang murtad fitri ialah -jika orang itu laki-laki- dihukum mati, dan taubatnya tidak akan diterima di hadapan hakim. Manakala seorang murtad milli laki-laki adalah, pertama kali ia dianjurkan untuk bertaubat. Apabila ia bertaubat, maka ia akan dibebaskan. Tetapi jika ia menolak untuk bertaubat, maka ia akan dihukum mati.

Sementara jika yang murtad itu adalah wanita, baik ia kafir fitri ataupun milli, ia tidak akan dikenakan hukuman mati. Melainkan ia disuruh bertaubat. Apabila dia bertaubat, maka dia akan dibebaskan. Tetapi jika tidak, maka dia akan dipenjara.[5]

Di dalam fikih Ahlusunnah, menurut pandangan yang masyhur, orang murtad –apapun bentuknya- pertama kali ia dianjurkan untuk bertaubat. Apabila ia bertaubat, maka ia akan dibebaskan. Jika tidak, maka ia akan dihukum mati dan tidak ada perbezaan antara murtad fitri dan murtad milli, baik laki-laki mahupun wanita.[6]

Murtad dalam agama-agama Ilahi selain Islam merupakan dosa dan kesalahan besar, hukumannya adalah mati.[7]

Oleh sebab itu, boleh dikatakan bahawa kemurtadan dalam pandangan seluruh agama dan kepercayaan, merupakan sebuah kesalahan dan dosa besar, dan hukumannya (dengan perbezaan dalam kondisi masing-masing) adalah mati.[8]

 

Tiga: Falsafah Hukuman Orang Murtad

Untuk penjelasan yang lebih terang bagi falsafah hukuman bagi orang murtad, perhatikan perkara-perkara berikut:

  1. Hukum Islam dibahagi kepada dua bahagian, individu dan sosial. Hukum sosial ditetapkan atas dasar kemaslahatan sosial. Dan kadangkala, demi menjamin keberlangsungan kemaslahatan ini, sebahagian kekebasan individu menjadi terbatas. Ini adalah perkara yang tidak boleh ditolak di dalam hampir semua komuniti.

  2. Seorang murtad apabila dia menggunakan seluruh kemampuannya untuk mengenal kebenaran, maka kemurtadannya tersebut akan diampuni oleh Allah swt. Dan dalam ruanglingkup hukum individualnya, ia tidak dihukumi berbuat kejahatan.[9] Tetapi jika dia lalai dalam mencari kebenaran, maka dia dianggap telah berbuat kejahatan, dalam ruanglingkup hukum individualnya sekalipun.

 

Ketika seseorang menonjolkan kemurtadannya di tengah-tengah masyarakat, maka sikap dan kelakuannya itu dicatat dalam dimensi hukum sosial, sebagai kejahatan. Sebagai konsekuensinya adalah ia akan mendapat timbangan hukuman sosial. Sebabnya adalah:

Pertama: Dia dianggap telah merosakkan hak orang lain kerana dia telah menimbulkan keraguan dan syubhat dalam fikiran umum. Sudah pasti, hal itu akan melemahkan spirit beragama dan keimanan masyarakat. Diingatkan bahawa hanya orang-orang yang mendalam agamanya (ulama) yang mampu menghalang berkembangnya syubhat tersebut, sementara masyarakat umum tidak memiliki kemampuan untuk itu, maka mereka bertanggungjawab untuk menjaga keberlangsungan kondisi sihat masyarakat.

Kedua: Sesungguhnya antara hak masyarakat adalah terjaganya spirit beragama dan keimanan mereka. Dan Islam memandang hal itu sebagai kemaslahatan sosial dan syi’ar dalam Islam. Oleh sebab itu, mengagungkan syi’ar agama adalah digalakkan[10] dan menjatuhkannya adalah dilarang.[11]

Kesimpulannya adalah, kemungkinan murtad dalam pandangan individu tidak dianggap sebagai satu kejahatan. Tetapi dalam pandangan hukum sosial merupakan satu kejahatan.

Ketiga: Dengan memperhatikan bahawa kemurtadan merupakan sebuah kejahatan, maka falsafah hukuman dapat dijelaskan seperti berikut:

  1. Kelayakan Mendapat Hukuman

Hukuman bagi orang murtad adalah disebabkan dia telah melakukan kerosakan akhlak di tengah-tengah masyarakat. Hukuman tersebut disesuaikan dengan kadar kejahatannya. Semakin besar kadar kerosakannya, maka semakin berat hukumannya. Sangat jelas bahawa sebuah masyarakat yang lemah spirit beragama dan keimanannya, akan jauh daripada kebahagiaan hakiki, meskipun mereka itu maju daripada segi teknologi. Oleh sebab itu, selain kemurtadan, setiap perbuatan yang melemahkan iman dan keyakinan umum, akan dihukum secara keras, contohnya seperti mencemarkan nama baik Rasulullah s.a.w dan para Imam Maksum a.s kerana ketika kesucian hal ini telah rosak dikalangan masyarakat, maka jalan penyelewengan dan kehancuran agama akan terbuka.

  1. Mencegah Daripada Meluasnya Kemurtadan Oleh Orang Yang Bersangkutan

Seseorang yang murtad selama tidak menampakkan kemurtadannya, dia tidak dianggap melanggar hukum sosial. Hukuman berat yang ditetapkan oleh agama Islam terhadap kemurtadan, akan dapat menutup jalan-jalan propaganda.

  1. Menampakkan Pentingannya Agama Dalam Masyarakat

Setiap hukum sivil dan hukuman yang telah ditetapkan, dengan jelas menunjukkan akan pentingnya agama. Contohnya, hukuman berat yang ditetapkan ke atas kemurtadan, menunjukkan pentingnya menjaga spirit dan keimanan masyarakat.

  1. Mendorong Agar Lebih Mendalami Agama Sebelum Meyakininya

Hukuman terhadap orang murtad, akan mendorong orang-orang bukan muslim agar menerima Islam setelah menelaahnya secara lebih mendalam. Hal ini juga akan mencegah daripada kelemahan iman.

 

Keempat: Meringankan Hukuman Akhirat.

Dalam pandangan agama, hukuman di dunia ini akan dapat meringankan hukuman di akhirat. Allah swt sangat penyayang untuk menghukum hambaNya sebanyak dua kali kerana sebuah dosa. Riwayat-riwayat pun mendukung masalah tersebut, iaitu bahawa hukuman di dunia ini akan menyucikan pendosa di akhirat kelak. Bahkan akan memotivasikan pelaku kejahatan yang akan dijatuhkan hukuman untuk mengakui kesalahannya.

Catatan:

Walaupun hukuman dunia itu –paling tidak- akan dapat meringankan hukuman akhirat, tetapi Allah swt juga memberikan jalan lain untuk menyucikan diri seorang pendosa di akhirat. Jalan itu adalah taubat secara ikhlas. Apabila pelaku dosa itu bertaubat secara ikhlas, maka meskipun ia tidak dijatuhkan hukuman` syar’i di dunia ini, dosa-dosanya akan diampuni oleh Allah swt.

Kelima: Berhati-Hati Dalam Menetapkan Undang-Undang

Barangkali falsafah berlakukannya hukuman terhadap orang yang murtad sebagaimana dijelaskan di atas, demikian juga tentang tipu daya Ahli Kitab sebagaimana disebutkan di dalam al-Quran,[12] tidak semuanya tepat untuk dikatakan kepada orang murtad. Iaitu, boleh jadi seorang murtad itu tidak bermaksud melakukan tipu daya dan kejahatan terhadap keimanan masyarakat umum. Atau mungkin, kemurtadannya itu tidak memberikan kesan negatif terhadap keimanan masyarakat. Walaupun demikian, Islam tetap tidak akan memberikan keringanan hukuman terhadapnya. Apakah sebabnya? Dengan kata lain, boleh jadi falsafah hukuman bagi si murtad tidak berlaku dalam satu hal. Tetapi, kenapa Islam tetap melaksanakan hukuman terhadapnya?

Jawapannya adalah: Setiap penetapan hukum, memiliki wilayah yang lebih luas dari falsafah hukum itu sendiri. Ini disebut dengan ihtiyâth (hati-hati) dalam menetapkan hukum. Sebabnya banyak tetapi dalam hal ini cukup kami sebutkan dua perkara terpenting sahaja, iaitu:

a.     Kadangkala aturan-aturan yang betul-betul secara teliti dibuat untuk menentukan sebuah objek hukum, tidak mungkin dapat diberikan kepada manusia untuk menentukan objek hukum tersebut. Misalnya mengenai falsafah larangan memakirkan kereta di suatu jalan adalah untuk menjaga kelancaran laju lalu lintas. Dan falsafah aturan ini tidak berlaku pada saat-saat jalan itu sunyi, Tetapi polis lalu lintas sentiasa dan secara berterusan melarang memakirkan kereta di tempat tersebut. Sebab penentuan masa-masa kesesakan lalu lintas tidak boleh diserahkan kepada masyarakat umum.

b.    Kadangkala sebuah hukum itu begitu pentingnya, sehingga penetap hukum –kerana berhati-hati- lebih meluaskan wilayah objek hukum tersebut, agar dia yakin bahawa masyarakat pasti akan melaksanakan hukum tersebut. Contohnya, sebuah batasan ditetapkan bagi mengelakkan tenggelamnya tempat-tempat tentera seperti, satu badan tentera ini harus jauh daripada jangkauan masyarakat, yakni sejauh lima kilometer dan diletakkan secara rahsia. Tetapi pihak militer menambahkan jaraknya dari batas yang ditetapkan, agar lebih yakin bahawa tujuan yang diharapkan akan tercapai.

Berdasarkan dua perkara di atas, dalam penentuan hukum Islam juga sedemikian rupa, Allah swt memperluaskan wilayah hukum daripada objek falsafah hukum itu sendiri, supaya tujuan daripada falsafah tersebut boleh tercapai.

Untuk meneliti lebih mendalam permasalahan Falsafah Hukum Islam, sila rujuk:

Falsafe-e Huquq, Qudratullah Khusrushahi m/s. 201-222 dan Adl-e Ilahi, Syahid Muthahari, Tafsir ayat la ikraha fiddin, Tafsir al-Mizân 2/278, Tafsir Nemuneh 2/360.[]


[1]. Tahrir al-Wasilah, Imam Khomeini, 2:366 – al-Mughni, Ibn Qadamah, 10:74

[2]. Ibid. m/s. 118

[3]. Ibid. 2/336. sebahagian berpendapat,bahawa Islamnya salah seorang daripada orang tua ketika dilahirkan menjadi syarat. (Allamah Khui,   

   Mabâni   Taklimah al-Manhaj 2/451) dan sebahagian lain mensyaratkan menampakkan keislaman setelah baligh (Shahid Tsani, Masâlik  

al- Afham,  2/451).

[4]. Tahrir al-Wasilah, Imam Khomeini, 2/336

[5] . Ibid. 2/494

[6] . al-Fiqh Ala Mazahib Arbaah.

[7] . Perjanjian Lama, Pasal 13

[8] . Sebenarnya sebagian hukuman mati bagi kemurtadan adalah hukum ta’zir bukan had. Dan hukum ta’zir secara total berada di tangan 

      hakim, Islam tidak menetapkannya secara khusus. Oleh itu, tidak boleh kita katakan bahawa hukuman murtad dalam Islam adalah mati. 

      Lih. Dirâsat fi Wil^ayah al-Faqih wa ad-Daulah al-Islâmiyah 3/387

[9] . Firman Allah SWT: Allah tidak akan membebani manusia dengan beban kecuali ia mampu menanggungnya. Baqarah: 286

[10]. Qs. Haj (22):32

[11]. Qs. Maidah (5):3

[12]. Qs. Ali Imran (3): 72

Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Bilangan komen 0
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai
Sila masukkan nilai

Kategori

Pertanyaan-pertanyaan Acak

  • Sejarah dan asal usul pemikiran Baha’iyyah.
    14191 Teologi Klasik 2012/01/19
    Pengasas dan pelopor aliran Baha’iyyah adalah Mirza Hussain Ali Nuri yang memeluk ideologi Ali Muhammad Bab dan beriman dengan dakwaan-dakwaannya setelah kemunculan dan huru-hara Ali Muhammad Bab dengan propaganda Mullah Husein Busyrawiyah. Setelah kematian Bab dan berpaling dari mentaati saudaranya Yahya Subḥ Azal (Pengganti Bab), Mirza Hussain Ali Nuri ...
  • Apa hubungan yang terajut di antara agama dan kebudayaan?
    9437 دین و فرهنگ 2013/01/24
    Penjelasan hubungan yang terjalin di antara agama dan kebudayan dapat dilakukan dengan mengenal dengan baik identiti, tujuan dan fungsi agama serta kebudayaan dalam masyarakat. Meskipun sebahagian orang mengingkari kewujudan hubungan antara agama dan kebudayaan namun sebenarnya pandangan ini benar-benar tidak berasas. Memang jelas sebahagian unsur-unsur kebudayaan ...
  • Siapakah yang akan masuk ke dalam syurga?
    13601 بهشت و جهنم 2013/01/24
    Dengan mengamati ayat-ayat al-Qur'an dapatlah difahami bahawa syurga merupakan janji tetap Allah (s.w.t) yang telah diperuntukkan bagi orang-orang "muttaqin", "mu’min" dan orang yang patuh terhadap seluruh perintah Allah (s.w.t) dan Rasulullah (s.a.w). Orang seperti ini adalah insan yang benar-benar bahagia dan berjaya. Dengan menyemak ...
  • Seorang pesakit untuk mendapatkan kesembuhan apakah harus merujuk kepada seorang dokter, atau harus memakan turbah Sayid al-Syuhada Imam Husain a.s. atau memanjatkan doa?
    8819 Teologi Baru 2011/01/01
    Ketiga-tiga perkara ini, masing-masing boleh menjadi faktor sebab yang berbeza untuk  menyembuhkan pesakit dan ia juga boleh bergabung (di dalam menyembuhkan). Akan tetapi sebaiknya doa (hubungan dengan Tuhan dan permintaan langsung kepada-Nya) terjadi dengan seluruh perbuatan kita, diantaranya ia disertai dengan salah satu dari kedua-dua (berubat ...
  • Apakah para malaikat merupakan wujud yang nonmaterial ataukah material?
    15546 Falsafah Islam 2011/01/01
    Mungkin tidak terdapat ayat-ayat suci al-Quran ataupun riwayat-riwayat yang boleh menjadi bukti jelas bahawa malaikat adalah wujud yang tidak mempunyai jisim, akan tetapi melaluiperbahasan-perbahasan yang berkaitan dengan para malaikat dan sifat-sifat serta perbuatan-perbuatan mereka, kita dapat menyimpulkan bahasa mereka adalah wujud yang tidak berjisim; ini karena,ciri-ciri dan ...
  • Apa yang dimaksudkan pernyataan ‘buta di akhirat’?
    25596 Tafsir 2011/08/20
    Yang dimaksud dengan buta di hari akhirat dalam ayat, “Dan barang siapa yang buta (hatinya) di dunia ini, nescaya di akhirat (nanti) ia akan buta (pula) dan lebih sesat dari jalan (yang benar).” (Qs. Al-Isra [17]:72) dan ayat
  • Apakah prinsip-prinsip falsafah penantian Imam Mahdi (Mahdawiyah)?
    8648 انسان و خلافت الاهی 2012/11/22
    Prinsip-prinsip falsafah mahdawiyah dapat diselidiki dari dua arah tujuan: Dari haluan sebab akhir (العلة الغائیة) dan sebab al-fāʻiliyyah (العلة الفاعلیة). Iaitu dari arah kewajaran yang mempunyai matlamat dan mustahil ada pertentangan dengan objektif penciptaan manusia sempurna. Sementara insan sempurna ini berada di dalam rangkaian sebab ...
  • Mengapakah mazhab Syiah merupakan sebaik-baiknya mazhab?
    25194 شیعه و دیگر مذاهب 2013/02/02
    Keunggulan mazhab Syiah adalah disebabkan "kebenarannya". Pada setiap suatu ketika, agama yang benar hanya terhad pada satu agama. Sedangkan agama-agama lain yang masih wujud samada pada asasnya adalah batil, atau tidak berasas, dan telah punah atau telah dihapuskan oleh agama yang datang setelahnya. Syariat yang benar pada ...
  • Makna nuzûl al-Qur’an dan hikmah mengapa al-Qur’an diwahyukan secara berangsur-angsur?
    21926 Tafsir 2011/01/17
    1.     Makna kata nuzûl pada asalnya bermakna turun, sebagaimana hal ini telah disebutkan di dalam Mufradat, Misbah dan Aqrab. Raghib Isfahani menyebutkan demikian, “al- nuzûl fil ashl: huwa intihatu min ‘ulu.” Iaitu Nuzul pada asalnya bermakna: turun dari tempat yang tinggi. ...
  • Al-Quran adalah terdiri dari tiga aspek mukjizat, 1. Perkataan; 2. Kandungan; 3. Pembawanya. Sejauh manakah kadar Ilahiyyah al-Quran dapat ditunjukkan oleh setiap aspek tersebut?
    13725 Ulum Al-Quran 2010/11/14
    Pertanyaan Ini Tidak Mempunyai Jawapan Lengkap. Sila Klik Kategori Jawapan Detail. ...

Populer Hits