Please Wait
20819
1. Makna kata nuzûl pada asalnya bermakna turun, sebagaimana hal ini telah disebutkan di dalam Mufradat, Misbah dan Aqrab. Raghib Isfahani menyebutkan demikian, “al- nuzûl fil ashl: huwa intihatu min ‘ulu.” Iaitu Nuzul pada asalnya bermakna: turun dari tempat yang tinggi. Tentang hujan disebutkan “Kamukah yang menurunkannya dari awan ataukah Kami yang menurunkan?"(Qs. Al-Waqi’ah [56]:69)
2. Tingkatan dan darjat pewahyuan dan nuzul al-Qur’an: Sebagaimana segala sesuatu memiliki empat bentuk jenis wujud. Wujud lisan (lafzi), wujud tulisan (kitabi), wujud mental (dzihn) dan wujud luaran (ain), wahyu juga memiliki empat jenis wujud, iaitu.
a. Wujud tulisan (kitabi) al-Qur’an yang zahir dan jelas.
b. Wujud lisan (lafzi), iaitu bacaan oleh pembaca-pembacanya yang merangkumi para maksum a.s. , malaikat sehinggalah masyarakat umum.
c. Wujud mental (dzihn) dan ilmiah al-Qur’an. Ia terbagi kepada dua bahagian: wujud di Luh Nafs (yang terpapar di lembaran jiwa), dan wujud yang diturunkan dari alam amr (perintah) dengan perintah Tuhan ke atas jiwa Rasulullah Saw. Atau ia merupakan makna-makna ghaib yang mana tatkala dibaca, ia akan yang disampaikan ke hati pembaca
d. Wujud luaran berbentuk ijmal -umum- ('ain ijmali) al-Qur’an dimana asal al-Qur’an dan hakikatnya adalah bersumber dari Allah Swt.
3. Hikmah al-Qur’an diturunkan secara beransur-ansur.
Hikmah diturunkannya al-Qur’an secara beransur-ansur dan berasingan adalah supaya ilmu dan amal dapat bergerak seiring dengan -kehendak- al-Qur'an dan manusia juga mempunyai potensi yang sempurna untuk menerimanya. Dengan ungkapan lain; turunnya ayat-ayat suci al-Qur’an secara berangsur-angsur, surah demi surah dan ayat demi ayat, adalah supaya potensi manusia menjadi matang dan sempurna dalam menerima makrifat asli tentang akidah, hukum-hakam yang khas (partikulir), dan praktikal amalinya. Hal ini disesuaikan dengan tuntutan kemaslahatan bagi manusia dimana supaya ilmu tentang Qur’an dapat berjalan seiring dengan amalan terhadapnya (perintah-perintah al-Quran). Dan juga supaya tabiat manusia tidak tercemar dalam menerima makrifat-makrifat dan hukum-hakamnya.
Demikian juga, supaya makrifat-makrifatnya dapat dipahami (secara peringkat demi peringkat) sehingga tidak terjerumus sebagaimana yang telah terjadi ke atas nasib kitab Taurat, yang mana oleh kerana ianya diturunkan sekali sahaja (ke atas kaum Bani Israil), maka kaum Yahudi menolak daripada menerimanya. Sekiranya Tuhan tidak menggantungkan gunung di leher-leher mereka, pasti mereka tidak akan menerimanya.
1- Makna Nuzûl:
Asal makna kata nuzûl adalah turun, sebagaimana hal ini yang telah disebutkan dalam Mufradat, Misbah dan Aqrab. Raghib dalam memaknakan nuzul, berkata, “al-Nuzul fii al-ashl: huwa inhitat min ‘ulu’ (Nuzul pada asalnya bermakna turun dari tempat yang tinggi). Tentang masalah hujan disebutkan, “adakah Kamu yang menurunkannya (hujan) dari awan ataukah Kami yang menurunkan?"(Qs. Al-Waqi’ah [56]:69)[1] dan juga “Isa putra Maryam berdoa, “Ya Tuhan kami, turunkanlah kepada kami suatu hidangan dari langit." (Qs. Al-Maidah [5]:114).[2] Demikian juga, "Sesungguhnya Kami telah mengutus para rasul Kami dengan membawa bukti-bukti yang nyata dan telah Kami turunkan bersama mereka kitab samawi dan neraca (pemisah yang hak dan yang batil dan hukum yang adil)" (Qs. Al-Hadid [57]:25)[3] "Dia menurunkan untuk kamu lapan ekor binatang ternakan yang berpasangan." (Qs. Al-Zumar [39]:6)[4] “Hai anak cucu Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu” (Qs. Al-A’raf [7]:26)[5]
Kita tahu bahawa besi berada dalam batu-batu, nikmat-nikmat lapan ekor binatang di bumi, pakaian disediakan dari bumi dan rasul berada pada alam kita. Lalu mengapa digunakan faktor “inzal” (turun) pada ayat-ayat ini? Jawapan semua ini terletak pada ayat “Dan tidak ada sesuatu pun melainkan di sisi Kami-lah khazanahnya; dan Kami tidak menurunkannya melainkan dengan ukuran yang tertentu.” (Qs. Al-Hijr [15]:21)[6]
Pada ayat ini disebutkan bahawa segala sesuatu disebut sebagai inzal (diturunkan). Ini kerana seluruh pengaturan berada di tangan Tuhan dan penyebutan inzal (diturunkan) ini pada segala sesuatu adalah tepat sekali. Demikian juga boleh dikatakan: atom-atom besi yang terpendam di bumi, gas-gas di udara dan sebagainya yang mana semuanya turun dari langit ke bumi. Dan juga: nutfah –benih- semua haiwan turun dari udara, sebagaimana juga mikrob-mikrob turun ke atas daging-daging dan semua jenis keju, dan semua cecair yang turun ke atas jus anggur.
“nuzul” iaitu setiap sesuatu yang telah tersedia bagi tetamu sehinggalah ia diturunkan kepadanya. Sebagaimana hal ini disebutkan dalam Kamus, “hal itu juga disebut sebagai kediaman (manzil). Raghib berkata, “an-nazal” iaitu " ما یعدّ للنّازل من الزّاد " -mâ yu’iddu linnâzil min az-zâd . Yang bermaksud: setiap apa yang tersedia bagi orang yang tinggal sebagai bekalan. Allah Ta'ala berfirman: "اِنَّ الَّذِینَ آمَنُوا وَ عَمِلُوا الصَّالِحاتِ کانَتْ لَهُمْ جَنَّاتُ الْفِرْدَوْسِ نُزُلًا". Iaitu: "Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal saleh, bagi mereka adalah syurga Firdaus menjadi kediaman.” (Qs. Al-Kahf [18]:107)[7]. Dan "وَ أَمَّا إِنْ کانَ مِنَ الْمُکَذِّبِینَ الضَّالِّینَ * فَنُزُلٌ مِنْ حَمِیمٍ * وَ تَصْلِیَةُ جَحِیمٍ " iaitu: “Sesungguhnya Kami telah menyediakan air Hamim yang mendidih panas dan neraka Jahanam tempat tinggal bagi orang-orang yang berdusta dan yang sesat.” (Qs. Al-Kahf [18]:102).[8] Dan "إِنَّا أَعْتَدْنا جَهَنَّمَ لِلْکافِرِینَ نُزُلًا " iaitu: "kami menyediakan neraka Jahanam sebagai tempat kediaman bagi orang-orang kafir".
Naz-la bermakna sekali turun. " وَ لَقَدْ رَآهُ نَزْلَةً أُخْرى" iaitu: “Dan sesungguhnya Muhammad telah melihat Jibril turun sekali pada waktu yang lain.” (Qs. Al-Najm [53]:13)[9]
Ma-n-zi-l (dengan formula maf’ul) adalah mashdar mimi dan merupakan kata benda objek (isim ma’ful). " وَ قُلْ رَبِّ أَنْزِلْنِی مُنْزَلًا مُبارَکاً ..". Iaitu: "Dan berdoalah, “Ya Tuhanku, tempatkanlah aku pada tempat yang diberkati, dan Engkau adalah sebaik-baik yang memberi tempat." (Qs. Al-Mukminun [23]:29)[10] dan ayat " أَنْ یُمِدَّکُمْ رَبُّکُمْ بِثَلاثَةِ آلافٍ مِنَ الْمَلائِکَةِ مُنْزَلِینَ ". Iaitu: “(Ingatlah) ketika kamu mengatakan kepada mukminin, “Apakah tidak cukup bagimu, Allah membantumu dengan tiga ribu malaikat yang diturunkan (dari langit)?” (Qs. Ali Imran [3]:124)[11] adalah isim maf’ul (kata benda objek).
Ta-na-zz-al dalam kitab Shihah, Qamus dan Aqrab disebutkan sebagai "nuzul" dengan jarak dan tempoh waktu. " وَ ما تَنَزَّلَتْ بِهِ الشَّیاطِینُ". iaitu: “Dan Al-Qur’an itu bukanlah dibawa turun (secara perlahan-lahan) oleh syaitan-syaitan." (Qs. Al-Syua'ra [26]:201)[12]. Dan makna secara perlahan-lahan ini juga boleh difahami dari ayat " اللَّهُ الَّذِی خَلَقَ سَبْعَ سَماواتٍ وَ مِنَ الْأَرْضِ مِثْلَهُنَّ یَتَنَزَّلُ الْأَمْرُ بَیْنَهُنّ". Iaitu : "Allah-lah yang menciptakan tujuh langit dan seperti itu pula bumi. Perintah Allah senantiasa turun di antara keduanya secara peringkat-peringkat.” (Qs. Al-Thalaq [65]:12)[13]. Kita memahami bahawa nuzul merupakan satu perkara yang bersifat peringkat demi peringkat.
Berkait dengan nuzul-nya al-Qur’an harus dikatakan bahawa sebahagian ayat-ayat menyebutkan ianya bersifat “inzâl” (sekali turun), dan sebahagian ayat-ayat yang lain menyatakan sebagai “tanzil” (turun berperingkat-peringkat). Dan pada sesetengah teks-teks bahasa dapat dikatakan bahawa “tanzil” biasanya digunakan untuk sesuatu yang turun secara perlahan-lahan dan berperingkat-peringkat. Namun “inzâl” memiliki makna yang lebih luas diantaranya turun secara serentak. Perbezaan ini sebagaimana yang telah disebutkan dalam al-Qur’an boleh menunjukkan kepada kedua-dua bentuk penurunan di atas.[14]
2. Peringkat Dan Fasa Penurunan Al-Qur’an
Sebagaimana segala sesuatu memiliki empat dimensi wujud: wujud lisan, wujud tulisan, wujud mental dan wujud luaran. Wahyu juga memiliki empat dimensi wujud tersebut.
a. Wujud tulisan (kitabi) al-Qur’an yang zahir dan jelas.
b. Wujud lisan (lafzi), iaitu bacaan oleh pembaca-pembacanya yang merangkumi para maksum a.s. , malaikat sehinggalah masyarakat umum.
c. Wujud mental (dzihn) dan ilmiah al-Qur’an. Ia terbagi kepada dua bahagian: wujud di Luh Nafs (yang terpapar di lembaran jiwa), dan wujud yang diturunkan dari alam amr (perintah) dengan perintah Tuhan ke atas jiwa Rasulullah Saw sebagaimana dalam firman Allah Swt, “"Ar-Ruh al-Amin (Jibril) telah menurunkannya ke dalam hatimu (Muhammad) agar kamu menjadi salah seorang di antara orang-orang yang memberi peringatan." (Qs. Al-Syuara [26]:169)[15]. Atau ia merupakan makna-makna ghaib yang mana tatkala dibaca, ia akan yang disampaikan ke hati pembaca. Seperti firman Tuhan, “Dan kamu tidak pernah membaca sebelumnya (Al-Qur’an ini) suatu kitab pun dan kamu tidak (pernah) menulis suatu kitab dengan tanganmu; andai kata (kamu pernah membaca dan menulis), benar-benar ragulah orang-orang yang ingin mengingkari(mu)." (Qs. Al-Ankabut [29]:48)[16].
d. Wujud luaran berbentuk ijmal -umum- ('ain ijmali) al-Qur’an dimana asal al-Qur’an dan hakikatnya adalah bersumber dari keagungan Allah Swt, sebagaimana firmannya, “Alif Lâm Râ, (inilah) suatu kitab yang ayat-ayatnya disusun dengan rapi serta dijelaskan secara terperinci yang diturunkan dari sisi (Allah) yang Maha Bijaksana lagi Maha Tahu." (Qs. Al-Hud [11]:1)[17]. Wujud luaran al-Qur’an ini adalah wajah indah yang sentiasa dekat dengan orang-orang Mukmin di kubur dan ia akan menjelma di akhirat kelak, bertutur dan memberi syafaat.
Banu Isfahani dalam menyanggah dakwaan ini, berkata, “Jangan kamu mengira bahawa pengkhabaran ini berkait tentang masalah syafaat -yang diberikan- al-Qur’an dan …. Ia menceritakan tentang sebuah pepatah kata -sahaja-. Riwayat tersebut harus ditakwil dan diterjemahkan kepada makna batinnya.
Kerana penjelmaan al-Qur’an di setiap marhalah -tingkatan- kewujudan-kewujudan (di alam luar) terjadi dalam bentuk yang jelas yang mana kedudukan alam- alam kewujudan terjadi secara menurun (iaitu alam dunia di bawah alam mistal atau alam barzakh dan alam mistal di bawah alam akal). Dan setiap marhalah yang rendah merupakan simbol dan zuhur dari marhalah atasnya, dan berkembang serta membesar di bawah pancarannya. Dunia kita berkembang di bawah naungan alam atas tersebut. Dunia adalah merupakan serendah-rendah marhalah-marhalah alam kewujudan dan merupakan alam majaz (Metaphor atau non-hakiki) dan Qasri -zahir-. Dan kewujudan-kewujudan dunia ini hanya satu simbol dan penjelmaan alam atas.
Di atas alam ini terdapat sebuah alam yang berada dalam lintasan Qaus Su'ud –lingkaran menaik- kita, yang merupakan alam barzakh yang berada diantara alam dunia dan alam kiamat. Alam barzakh adalah alam shurat –form- dan alam makna. Dan di atasnya, berhubung dengan manusia merupakan alam kiamat yang merupakan alam keseluruhan, alam hakikat dan alam hayat –kehidupan-. Dan di situlah batasan dan penghujung perjalanan manusia. Salah satu nama Kiamat adalah al-Haqqah. Al-Haqqa bermaksud hakikat, realiti dan hari yang mana segala batin dan rahsia setiap sesuatu akan menjadi jelas. "یَوْمَ تُبْلَى السَّرائِرُ ".(Yauma tublâ al-sarâir). iaitu:. Kiamat adalah hari dimana segala rahsia akan menjadi jelas dan terang. Dan juga merupakan alam kehidupan (hayat). " وَ إِنَّ الدَّارَ الْآخِرَةَ لَهِیَ الْحَیَوانُ لَوْ کانُوا یَعْلَمُونَ ". iaitu: “Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main belaka. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui.” (Qs. Al-Ankabut [29]:64).[18]
Oleh itu, tidaklah mustahil al-Quran akan berbentuk dengan wajah rohaninya dan wajah yang indah pembacanya di alam kubur kelak yang merupakan alam shurat –form- dan alam makna.
Hari Kiamat yang juga merupakan alam hakikat, wujud luaran dan realiti al-Qur’an yang turun dari alam hakikat, kemunculannya di alam ini terjadi dalam bentuk huruf dan kalimat, berkata-kata, memberi syafaat dan turut menghina orang-orang yang menghinanya (semasa di dunia).
Oleh kerana alam kiamat adalah merupakan alam keseluruhan dan alam hakikat, maka segala kejadian-kejadian yang berlaku di dunia ini akan muncul di akhirat kelak dalam bentuk hakikat zatnya yang jelas. Contohnya di alam ini (dunia) semua perbuatan-perbuatan dan amalan-amalan manusia terjadi dalam bentuk tindakkan dan pelakuan, namun di alam barzakh ia akan muncul dalam bentuk yang sesuai (dengan kondisi alam barzakh) dan pada hari kiamat pula hakikat zatnya akan menjadi nyata dan jelas serta akan menjadi nyata kesan-kesan zatnya –essential-.
Bukti dari perkara ini adalah ayat-ayat dan riwayat-riwayat yang mana kesemuanya dapat disimpulkan bahawa amalan-amalan manusia di kubur akan terbentuk, jika amalan tersebut amalan yang baik maka ia akan muncul dalam bentuk indah. Dan jika amalan tersebut amalan yang jelik, maka ia akan muncul dalam bentuk yang jelik dan akan menyakiti pelaku perbuatan tersebut sehingga hari Kiamat.
Demikian juga terdapat dalil-dalil aqli –rasional- yang menguatkan apa yang telah dibawa oleh para anbia dan imam-imam maksum as tentang terjadinya peristiwa ini.[19]
Kerana itu, al-Qur’an memiliki realiti dan hakikat yang sebenar yang merupakan wujud luaran dan global. Wujud jenis ini bukan jenis dari kata-kata, kalimat, ayat, mahupun huruf. Dan kemudian hakikat global ini mencapai tingkatan rincian iaitu memiliki lafaz-lafaz, batasan dan bentuk. Tingkatan rincian ini terdapat dua jenis: Pertama: yang berbentuk sekali turun yang terjadi pada malam lailatul Qadar. Kedua: bentuk yang diturunkan secara beransur-ansur yang terjadi selama 23 tahun di sepanjang zaman risalah kenabian Nabi Saw.
Bagi penjelasan ini, terdapat dua peringkat mengikut ketentuan Ilahi; Pertama: hukum-hakam. Kedua: rincian. Harus diperhatikan bahawa tingkatan muhkam -jelas- (محکم) pada malam Qadar akan bertukar menjadi peringkat tafsil -rincian-, sebagaimana firman-Nya " فیها یُفْرَقُ کُلُّ أَمْرٍ حَکیمٍ". Iaitu: "Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah. (Penurunan Al-Qur’an itu) sebagai perintah dari sisi Kami." (Qs. Dukhan [44]:4-5).
Salah satu daripada urusan al-Qur’an pada malam Qadr bahawa ia akan bertukar bentuk pada marhalah ahkam dan akan turun dalam jangkauan pemahaman manusia. Ertinya al-Qur’an turun dua kali pada peringkat rincian. Sekali terjadi pada malam Qadr yang mana al-Quran turun dalam bentuk sekaligus, dan kali keduanya turun dalam bentuk berperingkat-peringkat yang terjadi selama 23 tahun mengikut peristiwa-peristiwa yang tertentu.
Pada setiap gambaran tersebut (pertama dan kedua), ketika ia turun secara rincian dan tafsilan, ia turun melalui jalan wahyu kepada Nabi s.a.w. dalam bentuk lafaz-lafaznya
Pada tingkatan ahkam[20] adalah tingkatan global dan mubham (kesamaran), tidak berbentuk kalimat, huruf dan ayat. Tingkatan ini seperti pena yang penuh dengan tinta dan dakwat. Namun tingkatan rincian, pena yang penuh tinta tersebut terjadi dalam bentuk lafaz-lafaz dan kalimat-kalimat. Pada malam Qadar, yang tadinya berbentuk ahkam, simpel, dan tunggal kini terpisah dari satu dengan yang lain dan turun dalam format batasan, bentuk-bentuk dan pelbagai karakter.[21]
Dari apa yang diutarakan di atas menjadi jelas bahawa tingkatan nuzul-nya al-Quran adalah: tingkatan ahkam, tingkatan rincian secara serentak dan tingkatan rincian secara perlahan-lahan atau beransur-ansur. Namun begitu, terdapat penjelasan yang lain oleh sebahagian mufassirin (penafsir al-Quran) yang mana ia tidak akan kosong dari faedah jika ianya diambil perhatian terhadapnya. Mereka berkata: Tingkatan pertama disebut sebagai firman Tuhan atau Kalamullah, iaitu lafaz-lafaz asli al-Qur’an itu sendiri yang terdiri dari huruf "Ba" pada Bismillah, hingga Huruf "Sin" (pada surah) an-Nas yang wujud dengan ciptaan Allah SWT.
Tingkatan kedua: Kemudian melalui perantara qalam ianya ditulis di Lauh Mahfûz dimana Tuhan berfirman: " بَلْ هُوَ قُرْآنٌ مَجِیدٌ فِی لَوْحٍ مَحْفُوظٍ ". Iaitu : “Bahkan ia adalah Al-Qur’an yang mulia. Yang (tersimpan) dalam Lauh Mahfûzh.” (Qs. Al-Buruj [85]:21-22).
Tingkatan ketiga : Allah Ta'ala berfirman pada cahaya kudus Nabi Saw di alam anwar (cahaya-cahaya), “Sesungguhnya (kitab) itu adalah Al-Qur’an yang sangat mulia. Yang terdapat dalam kitab yang terpelihara (Lauh Mahfûzh). Tidak dapat menyentuhnya (memahaminya) kecuali hamba-hamba yang disucikan." (Qs. Al-Waqiah [56]:76-79)[22] .
Selepas itu para malaikat turun pada malam Qadar di Bait al-Makmur atau langit pertama, kemudian Malaikat Jibril menurunkan al-Qur’an selama tempoh risalah 23 tahun, iaitu surah demi surah dan ayat demi ayat ke dalam kalbu Nabi Saw dimana Tuhan berfirman, “Dan sesungguhnya Al-Qur’an ini benar-benar diturunkan oleh Tuhan semesta alam. Ar-Ruh al-Amin (Jibril) telah menurunkannya ke dalam hatimu (Muhammad) agar kamu menjadi salah seorang di antara orang-orang yang memberi peringatan." (Qs. Al-Syuara [42]:192-194)[23],[24]
3. Faktor Mengapa Al-Qur’an Diturunkan Secara Berperingkat
Pada masa hayat Rasulullah Saw bilamana terjadi sebuah peristiwa atau tatkala kaum Muslimin berhadapan dengan kesulitan atau untuk mengatasi kesulitan tersebut atau terkadang jawapan terhadap pertanyaan-pertanyaan yang diajukan, maka sekumpulan ayat atau surah akan diturunkan berkait dengan peristiwa tersebut.
Peristiwa-peristiwa atau kejadian-kejadian yang berlaku kemudian diturunkan ayat atau surah berkenaan dengan peristiwa-peristiwa tersebut, disebut sebagai "sebab-sebab penurunan wahyu" (asbab al-nuzul atau sya'n al-nuzul) dimana hal ini sangat diperlukan untuk dapat memahami secara tepat tentang kebanyakan ayat-ayat al-Qur'an.
Kerana itu, al-Qur'an diwahyukan dan diturunkan secara berperingkat dan perlahan-lahan selama 23 tahun; baik dari sebelum hijrah Nabi s.a.w atau selepasnya, dan mengikut peristiwa-peristiwa yang terjadi dalam berbagai kondisi yang berbeza-beza. Pewahyuan dan penurunan (nuzul) ini terkadang terjadi ayat demi ayat dan terkadang dalam bentuk satu surah. Hal ini berlanjutan sehingga akhir hayat Nabi Saw. Kemudian ayat-ayat ini dihimpun dalam bentuk satu himpunan kitab al-Qur'an.
Bentuk penurunan wahyu ini adalah merupakan salah satu ciri-ciri al-Qur'an dan ini membuatnya berbeza dengan kitab-kitab samawi yang lain. Kerana Suhuf (kitab) Ibrahim dan Alwah (papan yang tertera wahyu Ilahi) Musa diturunkan pada satu tempat dan hal ini telah menjadi faktor bagi kaum Musyrikin untuk mencari kelemahan dan aib dari kedua-dua kitab tersebut.
Al-Qur'an menyebutkan, "Orang-orang yang kafir berkata, “Mengapa Al-Qur’an itu tidak diturunkan kepadanya sekali turun saja? Dalam menjawabnya: ” Demikianlah supaya Kami perkuat hatimu dengannya, dan (untuk itu) Kami membacakannya (kepadamu) setahap demi setahap." (Qs. Al-Furqan [25]:32)[25]
Di tempat lain Allah Swt berfirman, "Dan Kami telah memisah-misahkan ayat-ayat Al-Qur’an itu agar kamu membacakannya perlahan-lahan kepada manusia dan Kami menurunkannya dengan berangsur-angsur." (Qs. Al-Isra [17]:106).
Allamah Thabathabai dalam menafsirkan ayat ini telah melontarkan noktah-noktah yang berharga dan berkata, "Dengan hanya memerhatikan kepada metot ayat, ia mengandung seluruh ma'arif (pengetahuan) al-Qur'an, dan ma'arif ini di sisi Tuhan berada dalam acuan lafaz-lafaz dan ungkapan-ungkapan yang diturunkan secara beransur-ansur dan tidak dapat dijangkau oleh kefamahan manusia.
Kerana itu, al-Qur'an harus diturunkan secara berangsur-angsur yang juga merupakan ciri-ciri alam semesta ini, supaya dengan itu manusia dengan mudah dapat memikirkannya dan menghafalnya.
Dengan demikian, makna ayat (Isra [17]:106) ini dijelaskan pada ayat lainnya, " Sesungguhnya Kami menjadikan Al-Qur’an dalam bahasa Arab supaya kamu memahami(nya). Dan sesungguhnya Al-Qur’an itu dalam Ummu al-Kitab (Lauh Mahfûzh) di sisi Kami adalah benar-benar tinggi (nilainya) dan amat banyak mengandung hikmah." (Qs. Zukhruf [43]:3-4)[26].
Hikmah diturunkannya al-Qur'an secara beransur-ansur dan berbeza-beza adalah supaya ilmu dan amal dapat berjalan seiring dengan -perintah- al-Qur'an dan supaya potensi manusia menjadi matang dan sempurna dalam memahaminya.
(Dalam ungkapan lain) Turunnya ayat-ayat suci al-Qur’an secara berangsur-angsur, surah demi surah dan ayat demi ayat, adalah supaya potensi manusia menjadi matang dan sempurna dalam menerima makrifat asli tentang akidah, hukum-hakam yang khas (partikulir), dan amalanya. Hal ini disesuaikan dengan tuntutan kemaslahatan bagi manusia dimana supaya ilmu tentang Qur’an dapat berjalan seiring dengan amalan terhadapnya (perintah-perintah al-Quran). Dan juga supaya tabiat manusia tidak tercemar dalam menerima makrifat-makrifat dan hukum-hakamnya.
Manusia juga dapat dengan mudah memahami satu demi satu ma'arif al-Qur'an supaya dengan itu mereka tidak menerima nasib sebagaimana nasib yang telah menimpa Kitab Taurat yang diturunkan dengan sekali penurunan sehingga kaum Yahudi berjaya menolaknya. Sekiranya Tuhan tidak menggantungkan gunung di lehe-leher mereka, nescaya mereka sama sekali tidak akan menerima Taurat tersebut.[27]
Demikian juga dapat disimpulkan bahawa hikmah mengapa al-Qur'an diturunkan secara beransur-ansur yang mana ianya adalah supaya Nabi Saw dan kaum Muslimin dapat merasakan sesungguhnya Tuhan sentiasa memberi bantuan khas kepada, selain hubungan teguh mereka yang berketerusan dengan Allah Swt. Kesinambungan wahyu dan penurunan ayat-ayat menjadikan faktor keceriaan kaum Muslimin dan ketetapan hati mereka.[28]
Selepas penurunan ayat-ayat suci al-Qur'an pada masa-masa dan kesempatan-kesempatan yang berbeza-beza, iainya terhimpun dalam acuan surah-surah dan terbentuk dalam format himpunan kitab suci al-Qur'an. Bilangan ayat-ayat dalam setiap surah-surah adalah merupakan perkara taufiqi (iaitu sesuatu yang telah ditetapkan), iaitu dari sependek-pendek surah (surah al-Kautsar yang mengandungi tiga ayat) sehingga yang sepanjang-panjang surah (al-Baqarah yang mengandungi 286 ayat) yang dihimpun berdasarkan perintah khusus Rasulullah Saw dan tanpa ada sebarang penambahan atau pengurangan, ianya kekal sehingga kini. Tentu dalam hal ini terpendam rahsia yang berkaitan dengan mukjizat al-Qur'an dan kesesuaian diantara ayat-ayat.[29]
Demikian juga berkenaan bagaimana terbentuknya ayat-ayat menjadi surah-surah juga harus dikatakan bahawa "Urutan-urutan, keteraturan, dan bilangan ayat-ayat dalam setiap surah di zaman Rasulullah s.a.w. dilakukan atas perintah Rasulullah Saw sendiri. Perkara ini merupakan perkara taufiqi yang mana ianya harus diterima secara taabbudi (iaitu perintah wajib menerimanya adalah datang dari Allah Ta'ala tanpa akal mampu memahaminya), selain ianya wajib dibaca mengikut mengikut susunan yang telah sedia ada.
Setiap surah dimulai dengan Bismillahir Rahmanir Rahim, dan ayat-ayat dicatat berdasarkan urutan pewahyuan dan penurunannya sehinggalah bismillah yang lain diturunkan, maka bermulalah surah yang lain. Demikianlah aturan semulajadi ayat-ayat suci al-Quran.
Kadang-kala terjadi perintah Nabi s.a.w. tentang penyusunan ayat-ayat dengan petunjuk Jibril a.s supaya ayat tersebut diletakkan pada tempat yang bukan seperti biasanya, contohnya ayat: " وَ اتَّقُوا یَوْماً تُرْجَعُونَ فیهِ إِلَى اللَّهِ ثُمَّ تُوَفَّى کُلُّ نَفْسٍ ما کَسَبَتْ وَ هُمْ لا یُظْلَمُونَ ". Iaitu: "Dan takutlah terhadap suatu hari yang pada waktu itu kamu semua akan dikembalikan kepada Allah. Kemudian masing-masing diri akan mendapatkan balasan apa yang telah dikerjakannya (secara sempurna), sedangkan mereka tidak akan dianiaya (dirugikan) sedikit pun." (Qs. Al-Baqarah [2]:281).
Telah dinukilkan bahawa ayat ini adalah diantara ayat-ayat terakhir yang diturunkan namun Nabi Saw memerintahkan supaya ia diletakkan ditengah-tengah ayat riba dan ayat hutang dalam surah Baqarah ayat 281.
Oleh itu, segala bentuk peletakan ayat-ayat pada surah-surah; baik mengikut aturan biasanya (mengikut tertib susunan ayat-ayat yang diturunkan) atau aturan berbentuk taufiqi (disusun mengikut perintah Tuhan melalui nabi-Nya) semuanya ini dilakukan atas perintah khusus dari Rasulullah Saw sendiri yang wajib diikuti. Bukanlah bermaksud setiap kali berakhirnya sesuatu masalah maka ayat tersebut juga berkahir. Boleh jadi, sebelum masalah (yang dibicarakan oleh ayat) selesai, ayat itu pun berakhir, dan sambungannya datang pada ayat yang lain.
Dengan demikian, panjang atau pendeknya sesebuah ayat tidak bergantung kepada masalah yang berkait dengan ayat tersebut. Perkara ini hanya semata-mata masalah taufiqi sahaja yang mana orang-orang yang terdahulu juga terdapat sedikit perbezaan pendapat dalam masalah ini. Atas alasan ini, kadang-kala Nabi Saw berhenti daripada terus menyambung membaca sesebuah ayat dan tidak melanjutkan bacaan tersebut sehingga disangka ayat telah berakhir. Dan boleh jadi juga Nabi Saw melanjutkan bacaannya pada ayat yang lain tanpa berhenti.[30]
Adapun surah-surah yang diturunkan secara sempurna di satu tempat kepada Nabi Saw adalah, "al-Dhuhâ, al-Fâtihah, al-Ikhlâsh, al-Kautsar, al-Lahab, al-Ba'inah, al-Nashr, al-Nas, al-Falaq, al-Murâsalat, al-Mâidah, al-An'âm, al-Taubah, Shaf, al-'Âdiyat, al-Kâfirun.[31]
[1]. ﴿أَأَنْتُمْ أَنْزَلْتُمُوهُ مِنَ الْمُزْنِ أَمْ نَحْنُ الْمُنْزِلُونَ﴾
[2]. قالَ عیسَى ابْنُ مَرْیَمَ اللَّهُمَّ رَبَّنا أَنْزِلْ عَلَیْنا مائِدَةً مِنَ السَّماءِ ﴾ ﴿
[3]. ﴿ لَقَدْ أَرْسَلْنا رُسُلَنا بِالْبَیِّناتِ وَ أَنْزَلْنا مَعَهُمُ الْکِتابَ وَ الْمیزانَ لِیَقُومَ النَّاسُ بِالْقِسْطِ وَ أَنْزَلْنَا الْحَدیدَ فیهِ بَأْسٌ شَدیدٌ وَ مَنافِعُ لِلنَّاسِ﴾
[4]. ﴿وَ أَنْزَلَ لَکُمْ مِنَ الْأَنْعامِ ثَمانِیَةَ َزْواجٍ﴾
[5]. ﴿ یا بَنی آدَمَ قَدْ أَنْزَلْنا عَلَیْکُمْ لِباساً یُواری سَوْآتِکُمْ ﴾
[6]. ﴿ وَ إِنْ مِنْ شَیْءٍ إِلاَّ عِنْدَنا خَزائِنُهُ وَما نُنَزِّلُهُ إِلاَّ بِقَدَرٍ مَعْلُومٍ ﴾
[7]. ﴿ إِنَّ الَّذینَ آمَنُوا وَ عَمِلُوا الصَّالِحاتِ کانَتْ لَهُمْ جَنَّاتُ الْفِرْدَوْسِ نُزُلاً ﴾
[8]. ﴿وَ أَمَّا إِنْ کانَ مِنَ الْمُکَذِّبینَ الضَّالِّینَ. فَنُزُلٌ مِنْ حَمیمٍ ﴾
[9]. ﴿وَلَقَدْ رَآهُ نَزْلَةً أُخْرى﴾
[10]. ﴿ وَ قُلْ رَبِّ أَنْزِلْنی مُنْزَلاً مُبارَکاً وَ أَنْتَ خَیْرُ الْمُنْزِلینَ ﴾
[11]. ﴿ إِذْ تَقُولُ لِلْمُؤْمِنینَ أَلَنْ یَکْفِیَکُمْ أَنْ یُمِدَّکُمْ رَبُّکُمْ بِثَلاثَةِ آلافٍ مِنَ الْمَلائِکَةِ مُنْزَلینَ ﴾
[12]. ﴿ وَما تَنَزَّلَتْ بِهِ الشَّیاطینُ ﴾
[13]. ﴿ ٱللهُ الَّذی خَلَقَ سَبْعَ سَماواتٍ وَ مِنَ الْأَرْضِ مِثْلَهُنَّ یَتَنَزَّلُ الْأَمْرُ بَیْنَهُنَّ لِتَعْلَمُوا ﴾
[14]. Tafsir Nemune, jil. 27, hal. 182.
[15]. ﴿نَزَلَ بِهِ الرُّوحُ الْأَمینُ عَلى قَلْبِکَ لِتَکُونَ مِنَ الْمُنْذِرینَ ﴾
[16]. ﴿وَما کُنْتَ تَتْلُوا مِنْ قَبْلِهِ مِنْ کِتابٍ وَلا تَخُطُّهُ بِیَمینِکَ إِذاً لاَرْتابَ الْمُبْطِلُونَ﴾
[17]. ﴿الر کِتابٌ أُحْکِمَتْ آیاتُهُ ثُمَّ فُصِّلَتْ مِنْ لَدُنْ حَکیمٍ خَبیرٍ﴾
[18]. ﴿وَما هذِهِ الْحَیاةُ الدُّنْیا إِلاَّ لَهْوٌ وَ لَعِبٌ وَ إِنَّ الدَّارَ الْآخِرَةَ لَهِیَ الْحَیَوانُ لَوْ کانُوا یَعْلَمُونَ﴾
[19]. Banu Isfahani Sayidah Nusrat Amin, Makhzan al-Irfân dar Tafsir Qur'ân, jil. 1, hal. 15-17, Nasyir: Nehdat Zanan Musalman, Teheran, 1361 S.
[20]. (inilah) suatu kitab yang ayat-ayatnya disusun dengan rapi serta dijelaskan secara terperinci yang diturunkan dari sisi (Allah) yang Maha Bijaksana lagi Maha Tahu." (Qs. Al-Hud [11]:1)
[21]. Dalam hal ini silahkan lihat, Murtadha Muthahhari, Asyanai ba Qur'an, jil. 5, hal. 101-105. Muhammad Husain Thabathabai, Al-Mizan (terjemahan Persia), jil. 20, hal. 559-569.
[22]. ﴿وَ إِنَّهُ لَقَسَمٌ لَوْ تَعْلَمُونَ عَظیمٌ. إِنَّهُ لَقُرْآنٌ کَریمٌ. فی کِتابٍ مَکْنُونٍ لا یَمَسُّهُ إِلاَّ الْمُطَهَّرُونَ ﴾
[23]. ﴿ وَ إِنَّهُ لَتَنْزیلُ رَبِّ الْعالَمینَ . نَزَلَ بِهِ الرُّوحُ الْأَمینُ. عَلى قَلْبِکَ لِتَکُونَ مِنَ الْمُنْذِرینَ ﴾
[24]. Tayib Sayid Abdulhusein, Atyab al-Bayan fi Tafsir al-Qur’an, jil. 13, hal. 177, jil. 1, hal. 68-70. Diadaptasi dari jawaban 3234 (site: 4076), Tingkatan Pewahyuan.
[25]. ﴿ وَ قالَ الَّذینَ کَفَرُوا لَوْلا نُزِّلَ عَلَیْهِ الْقُرْآنُ جُمْلَةً واحِدَةً کَذلِکَ لِنُثَبِّتَ بِهِ فُؤادَکَ وَ رَتَّلْناهُ تَرْتیلاً﴾
[26]. ﴿إِنَّا جَعَلْناهُ قُرْآناً عَرَبِیًّا لَعَلَّکُمْ تَعْقِلُونَ. وَ إِنَّهُ فی أُمِّ الْکِتابِ لَدَیْنا لَعَلِیٌّ حَکیمٌ ﴾
[27]. Muhammad Husain Thabathabai, Op Cit, jil. 13, hal. 305-306.
[28]. Muhammad Hadi Ma'rifat, 'Ulum al-Qur'ân, hal. 60-61.
[29]. Muhammad Hadi Ma'rifat, Op Cit, hal. 111.
[30]. Muhammad Hadi Ma'rifat, Op Cit, hal. 117.
[31]. Asrar Mustafa, Dânestanihaye Qur'ân, hal. 28. Shadiq Hasan Zadeh, Kelid-e Qur'ân, hal. 134. Diadaptasi dari jawaban 1607 (Site 1609), Ayat Demi Ayat al-Qur'an.