Carian Terperinci
Pengunjung
10536
Tarikh Kemaskini 2010/01/07
Ringkasan pertanyaan
Apakah sanad-sanad hadis para maksumin tidak bersambung dengan Nabi?
soalan
Persanadan hadis-hadis daripada maksumin tidak bersambung dengan Nabi. Hakikatnya benarkah kenyataan ini? Sila jelaskan.
Jawaban Global
Syiah menganggap para imam (para pengganti Rasulullah s.a.w) adalah maksum. Oleh itu kata-kata mereka itu sendiri mempunyai hujjah sepertimana sabda Nabi (s.a.w) dan tidak perlu lagi disandarkan kepada baginda. Hadis-hadis para imam maksumin yang sampai kepada kita dibahagikan kepada dua bahagian. Salah satunya ialah riwayat yang berbentuk memiliki persanadan, iaitu silsilah sanadnya ada disebutkan di dalamnya. Dalam bentuk ini, setiap imam masing-masing menukilkan riwayat daripada bapa-bapanya sehingga sanad-sanad tersebut sampai kepada Rasulullah (s.a.w). Oleh itu hadis tersebut berada pada standard paling muktabar.
Namun golongan hadis yang lain telah diterangkan tanpa sanad. Kategori hadis ini pula dibahagikan kepada dua bahagian iaitu yang dinukilkan daripada Rasulullah (s.a.w) dengan perantaraan, cuma sanadnya sahaja tidak disebut (sampai kepada Rasulullah s.a.w). Walaupun golongan hadis ini  tidak menjelaskan persanadannya dan secara zahir ia adalah mursal, namun dengan mengamati bahawasanya para imam maksum dihitung sebagai peribadi yang amanah dan jujur, walaupun hadis yang tidak pernah disebut oleh Nabi (s.a.w) tidak dapat diterangkan sebagai hukum hakam Allah atau tidak dikaitkan dengan Rasulullah (s.a.w).
Sebagai contoh sila perhatikan hadis berikut:
`Alī bin Muḥammad, daripada Sahl bin Ziyād, daripada al-Nawfilī, daripada al-Sakuniy, daripada Abi `Abdillah (a.s) yang berkata, “Rasulullah (s.a.w) telah bersabda...”
Hadis ini dinukilkan beribu-ribu kali dari sumber-sumber kitab Syiah manakala kutub al-Arba`ah (al-Kāfī, Man lā Yaḥḍuruhu al-Faqīh, Tahdzīb dan al-Ibtiṣār) telah menukilkan beratus-ratus hadis ini. Ataupun mereka menukilkan hadis para imam maksum dari kitab al-Jāmi`ah, Muṣhaf Fāṭimah, Jufr.. dan lain-lain lagi yang mana bentuk hadis-hadis yang dinukilkan daripada para maksumin itu mempunyai sanad, maka ia adalah hujjah bagi semua umat Islam.
Oleh itu, dengan mengamati perkara-perkara yang telah dijelaskan, hadis-hadis yang dinukilkan daripada para maksumin adalah bersanad (untuk disandarkan kepada Rasulullah s.a.w walaupun secara zahirnya mursal) dan ia menepati standard kemuktabaran secukupnya, maka tidak ada lagi jalan untuk menolaknya.
 
Jawaban Detil
Oleh kerana perbahasan ini berada dalam lingkungan agama, maka kami memberikan jawapan terhadap persoalan ini dari sudut pandangan Syiah.
Menurut Syiah, para imam adalah maksum dan Allah (s..wt) telah memperkenalkan mereka ini kepada manusia sebagai pengganti dan khalifah baginda (s.a.w). Bedasarkan perkara ini, mereka adalah hujjah ke atas ciptaan dan kata-kata mereka juga seperti sabda Rasulullah (s.a.w) yang mempunyai hujjah nafsī dan tidak lagi memerlukan persanadan. Dengan kata lain, Syiah mempunyai kepercayaan bahawa apa yang telah disabdakan Nabi (s.a.w) tidak memerlukan sanad-sanad, tidak ada sesiapa yang meminta sanad daripada baginda (bahawa ucapan baginda adalah wahyu daripada Allah) dan tidak ada keraguan dalam penghujahan ucapan baginda.
Hadis-hadis para imam maksum yang telah sampai kepada kita dikatakan terbahagi kepada dua golongan:
1. Golongan riwayat yang diterangkan sebagai bersanad. Iaitu rantaian sanadnya juga telah disebut. Dalam bentuk ini setiap imam telah menukilkan hadis daripada bapa-bapa mereka sehingga sampai kepada Rasulullah (s.a.w). Oleh itu tidak hanya sanad-sanad sahaja telah dikemukakan dalam hadis-hadis ini, malah tidak ada sebarang pertikaian dalam persanadannya. Bahkan dari segi sanad ianya terletak dalam martabat yang paling tinggi. Golongan hadis ini terdapat dalam dua bentuk:
A: Nama setiap ayah dan datuk mereka dinyatakan seorang demi seorang; misalannya... daripada Abu Ḥasan al-Riḍā (a.s), aku telah mendengar Abī Mūsā bin Ja`far berkata: Aku telah mendengar daripada Abī Ja`far bin Muḥammad yang berkata: Aku mendengar daripada Abī Muḥammad bin `Ali berkata: Aku telah mendengar ayahku `Alī bin Ḥusayn berkata: Aku mendengar ayahku al-Ḥusayn bin `Alī berkata: Aku mendengar ayahku Alī bin Abī Ṭālib berkata: Aku mendengar Rasulullah (s.a.w) bersabda: Aku mendengar Jibra’īl berkata: Aku mendengar Allah (s.w.t) berfirman: Lā ilāha illaLlah adalah bentengku, barangsiapa yang memasuki bentengku aman dari azabku. Ketika rombongan bergerak, kami berteriak, “Dengan syarat-syarat demikian, maka aku adalah sebahagian daripada syarat-syaratnya”.[1] (Zamakhshārī bin Ḥusayn Ḥusaynī di dalam kitab Rabī`ul Abrār, menukilkan tentang sanad-sanad Ṣaḥīfah al-Riḍā: Sekiranya sanad-sanad ini sampai ke pendengaran orang gila, maka dia akan menjadi waras”.[2]
B: Kemudian perawi ini menghapuskan kata-kata “daripada ayah-datuknya” (عن آبائه) setelah mengetahui dengan jelas nama-nama mereka. Dalam kumpulan kitab-kiab Syiah hampir 6671 hadis telah dinukilkan daripada para imam dengan disertakan rangkaikata “daripada ayah-datuknya” (daripada ayah-datuknya = daripada Rasulullah) yang mana 278 daripada bilangan ini berada dalam kutub arba`ah Syiah (60 hadis dalam kitab al-Kāfī, 46 dalam kitab Man lā Yaḥḍuruhu al-Faqīh, 128 dalam Tahdzīb dan 34 dalam al-Iṣtibṣār). Sebagai contoh, kami terangkan di sini sebuah hadis mu`an`an dan mempunyai sandaran: Alī bin Muḥammad bin Saḥl bin Ziyād, daripada al-Nawfilī, daripada al-Sakūnī, daripada Abī AbdiLlah (a.s), daripada datuk-datuknya yang berkata, Rasulullah (s.a.w) bersabda:...[3]
 
Jelas sekali sekiranya sebuah hadis dinukilkan dengan kategori sanad seperti ini maka ia menjadi sebaik-baik sanad. Berdasarkan prinsip ini, riwayat tersebut dijelaskan sebagai hadis “silsilah al-dzahab[4]; ini disebabkan sekiranya berasaskan pandangan Syiah semua para imam adalah hujjah-hujjah Allah di muka bumi manakala hujjah pula tidak membezakan antara mereka ini dengan Nabi Muhammad (s.a.w), namun menurut pandangan selain daripada golongan Syiah, mereka ini pula adalah individu yang paling baik dan paling dipercayakan.[5]
 
2. Kategori riwayat-riwayat lain yang diterangkan tanpa sanad.
Kategori hadis ini terbahagi kepada dua golongan:
A: Iaitu mereka menukilkan hadis daripada Nabi Muhammad (s.a.w) namun tidak menyebut sanad-sanadnya. Sebagai contoh sila rujuk pada hadis ini:
 
`Alī bin Muḥammad, daripada Sahl bin Ziyād, daripada al-Nawfalī, daripada al-Sakunī, daripada Abī `AbdiLlah (a.s) yang berkata: Rasulullah (s.a.w) bersabda...[6]
 
Terdapat ribuan hadis-hadis seperti ini di dalam kitab empat Syiah (al-Kāfī, Man Lā Yaḥduru al-Faqīh, Tahdzīb dan al-Iṣtibṣār), dan ratusan hadis seperti ini di dalam kitab-kitab lain.
 
Walaupun hadis-hadis di dalam kategori ini tidak menjelaskan silsilah sanad dan secara zahirnya ia adalah mursal, namun dengan memahami bahawa para imam maksum merupakan orang yang amanah dan tulus meskipun menurut Ahli Sunnah Wal Jama`ah, namun hendaklah kita menerima bahawa mereka tidak menerangkan sebarang hadis yang tidak pernah disabda oleh Rasulullah (s.a.w) sebagai hukum hakam daripada Allah (s.w.t) ataupun mereka tidak mengaitkannya dengan Rasulullah (s.a.w). Imam Ja`far al-Ṣādiq berkata: Hadisku adalah hadis ayahku (Imam Bāqir), dan hadis ayahku (Imam Bāqir) adalah hadis datukku (Imam Alī Zainal `Ābidīn), hadis datukku pula (Imam Alī Zainal `Ābidīn) adalah hadis Ḥusayn, hadis Ḥasan dan Ḥusayn adalah hadis Amīrul Mu’minīn (a.s), manakala hadis Amīrul Mu’minīn adalah hadis Rasulullah (s.a.w). Sedangkan hadis Rasulullah adalah firman Allah (s.w.t).[7]
 
B. Manakala riwayat yang dinukilkan dari kitab al-Jāmi`ah, Muṣḥaf Fāṭimah, Jufr dan lain-lain lagi, walau apa jua caranya, ia tetap memiliki sanad dan hujjah ke atas kaum muslimin. Oleh itu hadis-hadis yang telah dinukilkan daripada para imam maksumin adalah bersanad dan cukup muktabar. Tidak ada lagi jalan untuk meragukannya.
 
Dapatlah dikatakan bahawa masalah ini telah lama dipersoalkan dan terdapat juga kritikan ke atas beberapa pihak yang tidak mengakuinya sebagai hujjah dzātī pada ucapan imam maksumin. Sebenarnya dari sini terdapat jalan penyelesaian yang masih boleh digunakan.
 
Jābir bin Yazīd berkata: Aku berkata kepada imam Bāqir: Sila terangkan sanad hadis yang telah engkau katakan kepadaku. Imam berkata: Ayahku telah menyatakan hadis kepadaku, ianya daripada datukku, daripada Rasulullah (s.a.w), daripada Jibra’īl (a.s), daripada Allah (s.w.t). Setiap hadis yang aku nyatakan kepadamu adalah dari sanad ini.[8]
 
Terdapat riwayat lain yang menyatakan: Jābir pergi menemui Muḥammad bin `Alī (Imam Bāqir yang masih kecil). Penduduk Madinah berkata: Kami tidak melihat orang yang tidak sopan seperti ini (kerana berbicara tentang hadis di sisi Allah dengan budak ini). Mereka kelihatan membicarakan tentang hadis daripada Nabi (s.a.w), maka penduduk Madinah berkata, “Kami tidak pernah melihat pendusta lebih dari lelaki ini, yang menyampaikan hadis daripada orang yang tidak pernah dia lihat. Oleh kerana mereka berbicara demikian, Jābir bin `AbduLlah pun menyampaikan hadis dan mereka juga mengesahkan hadis tersebut sedangkan Jābir datang kepadanya dan belajar daripada imam Bāqir (a.s).[9]
 
Kesimpulan:
Ucapan para imam maksum mempunyai hujjah dzātī dan kata-kata mereka merupakan sabda Rasulullah (s.a.w) serta firman Allah (s.w.t) meskipun secara zahirnya bersanad mahupun tidak.
 

[1] Ṣadūq, Amālī Ṣadūq, muka surat 235, Enteshārāt Ketab Khäneye Eslāmī, 1362 Hijī Shamsī
[2] Biḥār al-Anwār, jilid 1 muka surat 30
[3] Al-Kulaynī, al-Kāfī, jilid 1 muka surat 33, hadis 7, Dār al-Kutub al-Islāmiyah, Tehran, 1365
[4] Thawābul A`māl, terjemahan Ghaffārī, muka surat 23, Silsilah al-dzahhab yang dikaitkan bahawa semua rijalnya adalah para maksumin dan dihitung sebagai hadis qudsiyyah, ini disebabkan yang menyatakannya adalah dzāt aqdās Ilāhī.
[5] Contohnya Sayid Muḥammad Rashīd Riḍā, walaupun seorang Ahli Sunnah yang fanatik, namun dalam kitab tafsirnya yang berjudul al-Manār, tatkala meriwayatkan hadis daripada Imām Ja`far al-Ṣādiq beliau menyatakan: Daripada datukku, al-Imām Ja`far al-Ṣāḍiq raḍiyaLlāhu`anhu. Muḥammad Rashīd Riḍā, Tafsīr al-Qur’ān al-Ḥakīm (Tafsīr al-Manār), jilid 9 muka surat 538, penerbit dan pengedar Dār al-Ma`rifah, Beirut, Lubnan, cetakan kedua.
[6] Al-Kulaynī, al-Kāfī, jilid 3 muka surat 269, hadis 8
[7] Al-Kulaynī, al-Kāfī, jilid 1 muka surat 53
[8] Mufīd, Amālī, muka surat 42, cetakan Kongress Shaykh Mufīd Qom, 1413 Hijrī Qamarī, dengan menggunakan terjemahan Ustādūlī, matan, muka surat 54.
[9] Al-Kulaynī, al-Kāfī, jilid 1 muka surat 469, dengan menggunakan kitab Uṣūl Kāfī terjemahan Muṣṭafāwī, jilid 2 muka surat 374
Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Bilangan komen 0
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai
Sila masukkan nilai

Kategori

Pertanyaan-pertanyaan Acak

  • Apa prinsip-prinsip teosofi Mahdawiyyat?
    7264 Teologi Klasik 2012/05/17
    Kemestian luṭf (kurniaan) bagi Tuhan Yang Maha Tinggi, kewujudan khalifah, hujjah Ilahi, dan penjagaannya dari segala peristiwa dapat digolongkan sebagai prinsip-prinsip teosofi Mahdawiyyat. ...
  • Tolong Anda perkenalkan sebuah buku yang menjelaskan tentang tata-cara melaksanakan amalan haji dan umrah sesuai dengan aturan praktis Ahlulbait.
    7665 Teologi Klasik 2011/02/14
    Buku-buku di bawah tajuk manasik –amalan-amalan- haji yang ditulis oleh para marja' agung Syiah yang menukil ayat-ayat al-Qur’an dan riwayat dari Nabi Saw dan para Imam Ahlulbait As telah pun ditulis. Atas alasan ini, dengan menyediakan buku manasik haji marja’ taklid yang ...
  • Apa yang dimaksud dengan rajʻah? Siapakah orang yang terlibat? Bilakah rajʻah ini berlaku?
    10338 Teologi Klasik 2013/01/08
    Rajʻah merupakan salah satu yang diyakini oleh Syiah Imamiyah yang bermakna kembali ke dunia setelah kematian. Ianya terjadi sebelum akhirat dengan jangka waktu yang tidak terlalu lama setelah kemunculan Imam Mahdi (a.s), sebelum kesyahidan beliau dan sebelum terjadi peristiwa hari Kiamat. Rajʻah tidaklah bersifat umum ...
  • Apakah para malaikat merupakan wujud yang nonmaterial ataukah material?
    14842 Falsafah Islam 2011/01/01
    Mungkin tidak terdapat ayat-ayat suci al-Quran ataupun riwayat-riwayat yang boleh menjadi bukti jelas bahawa malaikat adalah wujud yang tidak mempunyai jisim, akan tetapi melaluiperbahasan-perbahasan yang berkaitan dengan para malaikat dan sifat-sifat serta perbuatan-perbuatan mereka, kita dapat menyimpulkan bahasa mereka adalah wujud yang tidak berjisim; ini karena,ciri-ciri dan ...
  • Apa yang dimaksudkan fizik dan metafizik? Dan bagaimana hubungan yang terjalin di antara keduanya?
    43300 Falsafah Islam 2011/05/10
    Fizik bermakna tabiat-tabiat semulajadi yang bertentangan dengan ilahiyyat (teologi) dan riyadhiyyat (matematik). Adapun metafizik dalam makna falsafahnya hari ini adalah sebuah ilmu yang membahaskan tentang maujud selaku maujud (bima huwa maujud). Trans-fizik atau mâ warâ ṭabiat merupakan sebuah ilmu yang mengulas tentang masalah Tuhan dan pelbagai kewujudan. Namun hubungan yang ...
  • Apakah Imam ‘Ali (a.s) memiliki isteri yang lain selama Sayidah Zahra (a.s) masih hidup?
    7717 تاريخ بزرگان 2011/12/19
    Sesuai dengan apa yang disebutkan oleh kitab-kitab sejarah bahawa isteri pertama Amirul Mukminin Ali (a.s) adalah Sayidah Fatimah. Di zaman hayat Sayidah Zahra, Imam ‘Ali (a.s) tidak menikah dengan wanita lain. Oleh kerana salah satu wasiat Hadhrat Zahra (a.s) iaitu beliau hendaklah menikah dengan Amamah binti ‘Ash yang pada hakikatnya ...
  • Apakah prinsip-prinsip falsafah penantian Imam Mahdi (Mahdawiyah)?
    8087 Teologi Klasik 2012/11/22
    Prinsip-prinsip falsafah mahdawiyah dapat diselidiki dari dua arah tujuan: Dari haluan sebab akhir (العلة الغائیة) dan sebab al-fāʻiliyyah (العلة الفاعلیة). Iaitu dari arah kewajaran yang mempunyai matlamat dan mustahil ada pertentangan dengan objektif penciptaan manusia sempurna. Sementara insan sempurna ini berada di dalam rangkaian sebab ...
  • Apakah keIslaman dengan cara bertaklid diterima oleh Allah (s.w.t)?
    11472 Teologi Klasik 2013/05/25
    Sekiranya kita tidak mengemukakan sebarang dalil berkenaan dengan akidah di hari akhirat nanti kecuali dalil taklid dan menuruti orang terdahulu secara membabi buta, sedangkan kita tahu bahawa nenek moyang kita bukanlah ahli ilmu, berpengetahuan, golongan intelek dan tidak juga berada dalam asuhan serta bimbingan para ulama, maka ...
  • Dapatkah Anda jelaskan ciri-ciri rasm al-Usmani itu apa saja?
    39823 Ulum Al-Quran 2012/11/20
    Utsman Thaha adalah kaligrafer (khattât) terkenal dari Suriah yang hidup pada abad kontemporer. Naskah kaligrafinya memiliki banyak keunggulan seperti keteraturan, harmoni, tulisan yang sangat indah, dan tetap memperhatikan kaidah-kaidah rumit tajwid. ...
  • Siapa saja yang menjadi mahram bagi seseorang? Misalnya apakah pakcik saya adalah mahram bagi puteri-puteri saya?
    16282 Huquq Dan Ahkam 2011/07/21
    Mahram bagi setiap orang dapat diperoleh melalui tiga jalan: jalur keturunan (nasâbi), pernikahan dan susuan (sabâbi) Orang-orang yang menjadi mahram melalui garis keturunan (nasâbi):1.     Ayah dan ibu dan semakin ke atas (seperti datuk ...

Populer Hits