Carian Terperinci
Pengunjung
8498
Tarikh Kemaskini 2008/02/07
Ringkasan pertanyaan
Perintah al-Qur'an yang manakah golongan minoriti yang tinggal di Iran dikehendaki mematuhi peraturan hijab?
soalan
Perintah al-Qur'an yang manakah golongan minoriti yang tinggal di Iran dikehendaki mematuhi peraturan hijab?
Jawaban Global

Shubhah ini mungkin berada di dalam fikiran kebanyakan individu yang mempersoalkan apakah perlunya hijab bagi umat Islam?, menurut kaedah dan hukum manakah golongan minoriti agama di Iran (Kristian dan lain-lain lagi) juga diwajibkannya?

Dalam kesempatan ini, terdapat beberapa prinsip perlu diberi perhatian:

1. Apa yang ditimbulkan al-Quran tentang hijab ialah: hijab tidak hanya terhad untuk perempuan semata-mata, bahkan ianya adalah sebuah penjagaan dan sebab untuk pemeliharaan kehormatan seseorang insan.

2. Selain itu, sebelum menjadi sebuah perintah dan hukum Islam, hijab merupakan sebuah anugerah dan amanah Allah untuk seluruh agama dan masyarakat awam manusia; ini disebabkan faedah yang sangat berharga terpendam di dalam hukum ini.

3. Jalan untuk mendapatkan manfaat dan kesan hijab dalam masyarakat Islam ialah dengan menjaga seluruh rakyat yang tinggal dibawah naungan pemerintahan Islam.

4. Golongan beragama minoriti dalam seluruh negara dikehendaki mematuhi undang-undang dan peraturan negara yang mereka diami. Golongan minoriti yang bermastautin di Iran juga dikehendaki mematuhi peraturan dan ketetapan Republik Islam Iran seperti peraturan hijab dan pakaian Islam yang sudah jelas menjadi motif keselamatan rohani dan psikologi masyarakat.

5. Agama minoriti juga dihendaki pematuhan kod etika hijab menurut ajaran mereka sendiri

Jawaban Detil

Hijab Islam merupakan sebuah penampilan yang menjelma dari kecantikan dari dalam fitrah kesucian seseorang insan dan teks-teks kepercayaan agama. Dengannya dunia memberikan hadiah keselamatan, ketenangan psikologi, kemuliaan jiwa, pembinaan peribadi dan lain-lain lagi kepada lelaki dan perempuan.

Hukum hakam Islam yang diwajibkan ke atas kaum hawa ini dengan penuh kebijaksanaan dan tadabbur Ilahi sebenarnya adalah hadiah daripada Allah yang meliputi seluruh masyarakat manusia dan masyarakat Islam.

Setelah merasai masa-masa kegetiran tidak berhijab dan pemakaian hijab yang salah, kaum hawa di Barat semakin cenderung ke arah perintah Allah ini, yang mana fakta ini sendiri memberi petunjuk dan menerangkan kenyataan yang terkenal bahawa: “Hijab adalah penjagaan, bukan kongkongan”.

Fokus terhadap manfaat dan kesan-kesan positif pemakaian hijab dapatlah membuatkan kita mengerti betapa perlunya kewujudan hijab sebagai sebuah hadiah daripada Allah (s.w.t). Dari perspektif yang lain pula, setiap orang yang berwawasan menjadi lebih jelas bahawa hijab merupakan penggunaan yang lazim dalam format perundangan dan peraturan masyarakat manusia dan masyarakat Islam.

Faedah dan kesan utama pemakaian hijab

Ringkasnya, perkara ini dapat ditunjukkan seperti berikut:

A. Mewujudkan ketenangan psikologi dalam peribadi: Misalannya kesan-kesan hijab dari dimensi peribadi ialah ketiadaan rangsangan dan godaan. Sebaliknya tidak berhijab, kebebasan dan pergaulan tanpa ikatan antara lelaki dan perempuan bakal menambahkan rangsangan dan dorongan seksual. Selain itu naluri seksual  sebagai suara hati yang benar-benar kuat tidak terkawal, sedikit demi sedikit tidak lagi dapat dibendung bagaikan api yang semakin menyala setiap kali kayunya bertambah.

B. Institusi kekeluargaan menjadi lebih kukuh: Faedah penting hijab yang lain ialah dari dimensi kekeluargaan. Apabila kenikmatan seksual dapat dieksklusifkan di dalam lingkungan kekeluargaan dan berlandaskan jalan yang halal, maka pengeksklusifan tersebut menyebabkan keakraban dan hubungan yang lebih erat antara suami dan isteri. Akibatnya institusi kekeluargaan menjadi lebih kukuh. Sebaliknya tidak berhijab menyebabkan keruntuhan institusi kekeluargaan yang mana keluarga merupakan salah satu rukun daripada rukun-rukun masyarakat.

Mengenai kesan pendedahan aurat terhadap kehancuran pokok kekeluargaan, salah seorang penulis menulis begini: Dalam sesebuah masyarakat yang didominasi oleh budaya pendedahan aurat, setiap lelaki dan perempuan sentiasa berada di dalam keadaan membuat perbandingan. Iaitu memperbandingkan apa yang dimiliki dan apa yang tidak dimiliki. Apa yang membakar pengasasan rumah tangga ialah perbandingan ini menyemarakkan lagi api karenah pada suami isteri, terutamanya di waktu kewujudannya suami. [1]

Jelas sekali natijah malang seperti perbandingan-perbandingan ini kian bertambah dalam masyarakat yang mencegah nikmat hijab. Apa yang di bawah wacana kecelaruan sistem kekeluargaan yang kita saksikan di Barat hari ini adalah berada di dalam klassifikasi topik ini. Sebaliknya, pada masyarakat yang menerima hijab sebagai anugerah Allah dan mewajibkan diri mereka untuk mematuhinya, tidak hanya mengambil langkah awal dalam menjaga kemesraan dalam institusi kekeluargaan, bahkan menyiapkan pembangunan maruah dan kemuliaan insan, serta terpelihara dari provokasi, gangguan dan pemandangan-pemandangan bagaikan panah beracun yang mempengaruhi hati individu serta manyarakat.

C. Membina latar untuk memuliakan dan membangunkan manusia: Dalam pandangan kami, hijab ialah pemeliharaaan, bukan kongkongan. Dalam situasi hijab dipatuhi, maka kemungkinan untuk kemuliaan dan kemajuan bagi manusia tersedia dengan lebih luas. Kerana itu kita menerima (termasuklah bagi masyarakat Barat) bahawa “tidak berhijab” adalah racun yang membinasakan, dan kita percaya bahawa setiap kali ketelanjangan berleluasa, maka manusia akan lebih jauh dari matlamat penciptaan.

Seperti mana hukum hakam Islam yang lain, hukum ini juga adalah perancangan daripada Allah yang bermaksud menyediakan latar sesuai untuk manusia mencari jalan ke arah kesempurnaan. Noktah ini berpendapat perempuan bagaikan sekuntum bunga yang mana untuk mengamankannya dari penjarahan penyamun, ia perlu membusanakan pakaian pada tubuhnya dan tidak mempamerkan diri kepada orang asing.

Perempuan telah dianggap sebagai permata berharga yang mana ia perlu berada di peti hijab demi menjaganya, sehingga kesuciannya aman dari sebarang kecurian para penyamun.

Perempuan tidak boleh hadir di dalam perhimpinan awam atau perhimpunan bukan muhrim tanpa keadaan yang sesuai supaya pemuda negara ini dapat menekuni pelajarannya dengan tenang, dan mencapai kejayaan dalam mendapatkan tahap akhlak dan martabat manusia yang tinggi.

Di sini dapatlah kita katakan bahawa: Hukum pemakaian daripada bukan muhrim dan hijab adalah merupakan sebuah hukum Islam yang mempunyai dalil-dalil serta falsafah tersendiri. Hendaklah pihak umat Islam dan bukan Islam yang hadir di dalam masyarakat Islam mematuhinya.

Dengan pengamatan terhadap isi penting ini, Allah (s.w.t) berfirman di dalam surah al-Nur ayat 31:

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.

Di penghujung ayat ini, terdapat larangan terhadap sebarang faktor godaan, di mana kaum perempuan tidak dibenarkan menghentakkan kaki ketika berjalan sehingga bunyi gelang kaki mereka sampai ke pendengaran! Perintah ini menunjukkan bahawa Islam tidak berkompromi dan terlalu cermat sehingga tidak mengizinkan perbuatan seperti ini dilakukan. Sudah tentu jalan utama berbagai unsur yang menyemarakkan syahwat para remaja tidak akan dibenarkan, seperti penyebaran gambar-gambar menggoda, filem perangsang dan novel-novel seksual. Tidak syak lagi, persekitaran Islam hendaklah membersihkan masalah-masalah yang membawa pelanggan kepada pusat kehancuran, dan membebaskan anak-anak lelaki dan perempuan muda daripada pencemaran serta kerosakan. [2]

Jelas sekali betapa munasabahnya realiti sebenar hukum seperti ini dalam pematuhan hijab masyarakat Islam dan bukan Islam. Sungguh tidak logik kalau ada yang mengatakan tanpa pematuhan hijab dalam masyarakat Islam menyebabkan kehancuran para pemuda dan keruntuhan rumah tangga yang mesra.

Adapun mengenai pertanyaan anda bahawa “Mengapakan golongan agama minoriti tidak boleh minum arak dalam masyarakat?”

Maka kami akan berikan jawapan bahawa, Islam menyekat kebebasan individu demi kepentingan-kepentingan masyarakat. Menurut pandangan kami, perilaku dosa dalam masyarakat secara terang-terangan dikira sebagai sebuah dosa yang lain. Contohnya makan ketika berpuasa yang merupakan suatu dosa, manakala kemunculannya sedang makan di khalayak ramai ketika berpuasa adalah sebuah dosa yang lain pula; ini disebabkan ia akan memberikan akibat-akibat yang tidak diingini ke atas masyarakat. Pada dasarnya ini adalah falsafah menyuruh perkara yang ma’ruf dan mencegah kemungkaran; iaitu dengan tujuan memelihara masyarakat dari kerosakan, Islam telah mengatakan setiap umat Islam wajib mengerjakan amar maʻruf dan nahī munkar.

Cuba bayangkan anda berada di dalam perahu bersama beberapa orang sedangkan anda sendiri tidak tahu berenang. Tiba-tiba di tengah laut, ada seseorang yang ingin menebuk lubang pada perahu, atau dia melakukan sesuatu yang boleh menyebabkan seluruh penumpang perahu itu tenggelam. Dalam keadaan begini apakah anda tidak mahu mengganggunya dan mengatakan bahawa dia bebas melakukan apa sahaja? Sudah pasti demi menghalang perahu dari tenggelam dan bahaya kepada seluruh penumpangnya anda tidak akan duduk diam. Tidakkah anda akan bertindak sesuatu? Apakah anda berharap orang lain datang membantu anda atau anda harap mereka turut bergabung merosakkannya? Walaubagaimana pun kemungkinan dalam konsepsi anda masyarakat bukanlah diumpamakan sebagai bahtera di lautan yang mana dalam latar ini, seluruh manusia perlu menyelamatkan diri ke pantai. Namun ini prinsip khusus ini sendiri tetap ada yang mana perlu diambil perhatian dalam kesempatan lain.

Al-Qur’an di dalam surah Āl- ʻImrān ayat 110 menyatakan, “Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (amar maʻrūf dan nahī munkar).”

Ayat ini menerangkan amar maʻruf dan nahī munkar sebagai satu perintah umum, dan ianya juga digolongkan sebagai salah satu ciri-ciri umat Islam. Dalam surah itu juga, ayat 104, Allah berfirman, “Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru kepada kebajikan, dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah. Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.” Ayat tersebut menganggap perintah yang penting ini sebagai pengkhusan kepada sekumpulan dari umat Islam, menurut terjemahan lain ialah pengkhususan terhadap kerajaan dan pihak berkuasa. [3]

Namun ini bukanlah bermakna kewajipan Allah tidak ada di dalam umat-umat terdahulu dan Ahli Kitab; ini disebabkan di dalam surah Āl ʻImrān ayat 113 dan 114, Allah (s.w.t) meringkaskan ciri-ciri orang yang soleh daripada kalangan Ahli Kitab sebagai pemeluk agama Islam dalam tiga perkara yang ringkas: Iman terhadap permulaan dan akhirat, kemudian amar maʻrūf dan nahī munkar, dan akhirnya ialah memperbanyakkan kebajikan…[4]

Oleh itu kerajaan Islam dan para penguasanya mempunyai tanggungjawab terhadap pengajaran dan pendidikan para pemuda, remaja dan orang ramai. Secara syarʻī dan perundangan, mereka tidak dibenarkan menyediakan sebab dan punca yang boleh memudarkan warna agama serta akhlak masyarakat, dan hendaklah mereka berusaha berdiri di jalan menjaga keselamatan spiritual dan psikologi masyarakat, sublimiti akhlak dan kemuliaan.

Selain penerapan keamanan dan sebagainya untuk golongan agama minoriti yang berasaskan ayat-ayat al-Qur’an dan sunnah Nabi (s.a.w), mematuhi hukum hudud Islam dalam masyarakat muslim juga adalah salah satu kewajipan dan persetujuan mereka dalam format perjanjian ahli dhimmah (اهل ذمة/orang kafir yang tinggal dan dilindungi dalam negara Islam) dan ikatan perjanjian damai bersama mereka yang merupakan sebahagian daripada tanggung jawab kerajaan Islam. Oleh itu pemerintah Islam tidak berhak menerima sebarang persetujuan yang bertentangan dengan kanun-kanun Islam dalam perjanjian ini. [5]

Pengarang kitab Jawāhir berkata tentang perkara ini: Agama minoriti tidak boleh melanggar resam-resam pemerintahan masyarakat Islam. Menurut perjanjian mereka dengan kerajaan Islam, mereka tidak boleh melanggar hukum hudūd Islam. [6]

Meskipun begitu, perkara ini tidaklah eksklusif pada negara-negara Islam. Setiap negara pasti ada undang-undang dan garis merah yang mewajibkan semua rakyat mematuhinya termasuklah golongan minoriti.

Begitu juga dengan melihat sebahagian latar belakang sejarah hijab boleh menemukan hakikatnya iaitu: “Hijab perempuan merupakan tradisi-tradisi kuno tamadun-tamadun manusia. Masalah hijab dan pematuhannya pernah diterangkan di dalam agama-agama Ilahi terutamanya agama Zoroastriasme, Yahudi dan Masihi. Dalam sebahagian agama-agama seperti Yahudi telah mengenakan kod etika hijab yang lebih berat dari peraturan hijab dalam Islam. [7]

Oleh itu jikalau mereka ingin melaksanakan peraturan agama mereka sendiri, hendaklah mereka mematuhi hijab dalam masyarakat.

Akhirnya perlu disebutkan di sini bahawa mereka yang meremehkan kod etika pemakaian hijab Islam untuk agama minoriti, bagaimanakah mereka boleh menyeru penguatkuasaan undang-undang, prinsip-prinsip berat dan tidak logik yang lebih dahsyat pertentangannya dengan slogan demokrasi atau kebebasan berfikir di negara-negara Barat? di mana ia berkait rapat dengan propaganda yang mereka canangkan terhadap agama-agama minoriti terutama sekali umat Islam. Contoh yang jelas ialah undang-undang melarang kehadiran perempuan muslim yang berpakaian Islam dalam masyarakat. Sedangkan menurut definisi kebebasan mereka sendiri, pemakaian cara Islam sedikitpun tidak akan merosakkan kebebasan individu atau mana-mana golongan yang lain.[]

Rujukan untuk telaah lebih jauh:

  1. Falsefe-ye Hijāb, Murtaḍā Muṭahharī.
  2. Hijāb Bayangar-e Shakhsiyate Zan, Mahdi Ishtihardi
  3. Farhangg-e Hejāb, Ja'far Syaikh al-Islami.
  4. Pasdārān Hijāb, Muhammad Mahdi Taj Langgarudi.

 


[1]. Ghulam Haddad ʻĀdil, Farhang-e Berahnegi wa Berahnegi Farhanggī, hal. 69-70.

[2]. Makarim Syirazi, Tafsir Nemune, jil. 14, hal. 455.

[3]. Makarim Syirazi, Payām-e Qur'ān, jil. 10, hal. 254 & 256

[4]. Ibid, hal. 257.  

[5]. Untuk keterangan lebih jauh sila lihat: Huqūq Aqaliyyathā, Abbas 'Ali Amid Zanjani.  

[6]. Muhammad Hasan Najafi, Jawāhir Kalam, jil. 21, Kitab-e Jihād, hal. 268-269, Intisyarat-e Dar al-Kitab al-Islamiyah.  

[7]. Untuk keterangan lebih jauh sila lihat: Hijâb dar Adyān-e Elāhi, 'Ali Muhammadi Ashnai; Mas'aleye Hijāb, Muthahhari.

 

Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Bilangan komen 0
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai
Sila masukkan nilai

Kategori

Pertanyaan-pertanyaan Acak

Populer Hits