Carian Terperinci
Pengunjung
9000
Tarikh Kemaskini 2010/06/09
Ringkasan pertanyaan
Apabila ada sebahagian hukum Islam yang nampaknya bertentangan serta kontradiktif dengan argument akal kita, sementara kami tetap berusaha untuk mendapatkan jawapannya dan jalan penyelesaiannya, tetapi kami tetap tidak menemui jawapannya. Dalam hal ini apa kewajiban kami?
soalan
Apabila ada sebahagian hukum Islam yang nampaknya bertentangan serta kontradiktif dengan argument akal kita, sementara kami tetap berusaha untuk mendapatkan jawapannya dan jalan penyelesaiannya, tetapi kami tetap tidak menemui jawapannya. Dalam hal ini apa kewajiban kami?
Jawaban Global

Akal, merupakan hujjah batin bagi manusia yang membimbing manusia menuju kepada kesempurnaan. Adapun Syari’at (agama) adalah hujjah zahir –yang nampak- untuk menyelamatkan manusia dari lembah yang penuh dengan kotoran serta membimbing mereka menuju kepada kesempurnaan dan kebahagiaan insaniah. Berdasarkan hal ini, maka tidak mungkin akan terdapat pertentangan antara hujjah zahir  dengan hujjah batin. Hujjah dalam erti argument dan petunjuk. –iaitu- Petunjuk dipanggil bagi mereka yang telah mengenal  jalan, tujuan dan penghujung perjalanannya. Perkara penting yang perlu diperhatikan di sini bahawa kedua-dua hujjah ini, bukanlah dua jalan yang berbebza , independent dan saling tidak memerlukan antara satu dengan yang lain. Manusia akan sampai kepada matlamatnya, apabila terdapat keselarasan antara kedua petunjuk ini. Dengan itu, apabila tiada penyesuaian diantara dasar asas-asas argument akal dengan kebenaran-kebenaran agama, atau ketetapan logika serta argument akal , maka kesimpulkan informasi-informasi agama kita akan salah dan tidak tepat.

Jawaban Detil

Sama sekali tidak akan ada pertentangan antara Islam dan rasional akal. Meskipun kadangkala ada beberapa hal yang nampaknya keluar dari wilayah agama, atau argument logika akal yang tidak memiliki asas-asas yang tepat, atau penggunaan makna khusus bagi akal, membuat kita keliru dalam mengambil kesimpulan. Untuk memperoleh penjelasan lebih jauh menghenai masalah ini, sangat penting memperhatikan perkara-perkara di bawah ini.

 

1. Akal dan Rasional Dalam Pandangan Falsafah Islam

Salah satu kelebihan manusia yang sangat menonjol adalah kekuatan berfikir . Berfikir adalah aktiviti dalaman yang dilakukan berdasarkan berbagai pemahaman untuk mengungkap hal-hal yang belum diketahui yang bersumberkan kepada pengetahuan-pengetahuan sebelumnya. Metod berfikir berdasarkan qiyas (iaitu: bentuk pemikiran yang dengannya keputusan diambil daripada dua usul) yang terbentuk dari asas-asas akal murni, samada ianya terbentuk dari asas-asas badihiyyah awwaliyah (perkara jelas yang tidak memerlukan bukti atau tanda -truths-) atau terkadang ia berakhir padanya. seperti semua qiyas -silogisme- argumentatif yang terdapat dalam falsafah ketuhanan, matematik dan banyak lagi masalah yang dibahaskan di dalam ilmu falsafah. Perbezaan metod berfikir dengan metod experiment –kajian saintifik - bahawa, landasan metod berpikir bergantung kepada badihiyyat pertama –kebenaran dan prinsip yang diterima umum-, sedangkan metod experiment itu bergantung kepada asas-asas kajian saintifik.[1] Falsafah Islam menggunakan metod berfikir –akal-  dalam menjelaskan ilmu ontologi, teologi dan ilmu tentang kemanusiaan (antropologi)

 

2. Metod Para Anbia Dan Metod Akal

Pada dasarnya, tidak ada perbezaan antara metod yang digunakan oleh para anbia dalam mengajak manusia menuju kebenaran dan hakikat dengan apa yang diperoleh oleh manusia melalui jalan argument –hujjah- yang benar dan logik. Perbezaannya hanyalah bahawa para anbia itu menerima bimbingan ghaib dan meneguk kesegaran mata air wahyu. Sebenarnya orang-orang agung tersebut yang memiliki hubungan dengan alam maha tinggi, terpaksa harus menurunkan kedudukan mereka untuk dapat berbicara sesuai dengan ukuran pemahaman masyarakat. Mereka membimbing manusia untuk menggunakan kekuatan fitrah, iaitu dengan menggunakan kekuatan argument -hujjah- yang kukuh dan logik. Maka itu, ketinggian diri para anbia  itu jauh lebih suci dari sekadar memaksa masyarakat untuk bergerak tanpa pengetahuan dan mengikut secara membabi-buta. Allah Swt berfirman di dalam Al-Qur’an:

“Katakanlah, inilah jalanku. Aku beserta orang-orang yang mengikutiku, mengajakmu menuju Tuhan dengan penuh keyakinan.”[2]

Dari sini, agama dan rasional akal, atau syari’at dan hikmah tidak mempunyai cara yang berbeza; baik dari sudut motif, ukuran mahupun dari sudut metod, dan cara mereka adalah satu. Agama yang hakiki mengajak manusia ke arah kepercayaan kepada Alam non-material dengan menggunakan dasar hujjah akal yang rasional.

Akal dan nas (ayat dan riwayat), sentiasa seimbang. Apabila subjek-subjek dalam Al-Qur’an dan Sunnah diperhatikan secara mendalam, maka dapat ditemukan bahawa keduanya mengandungi hikmah dan falsafah. Falsafah dan agama merupakan dua wajah dari satu hakikat dan dua simbol dari satu kenyataan yang hakiki. Akal adalah hujjah dalaman manusia yang membimbing mereka menuju ke arah kesempurnaan. Syari’at merupakan hujjah luaran –yang nyata- yang menyelamatkan manusia dari terjelumus ke dalam lembah kotoran sekaligus memimpin mereka menuju kepada kesempurnaan dan kebahagiaan insaniah. Sebagaimana Sabda Imam Kazim As: Allah SWT memberikan dua hujjah bagi manusia;Hujjah zahir  dan hujjah batin. Adapun hujjah zahir  adalah para utusan Tuhan, para Nabi dan para Imam-imam As. Sedangkan hujjah batin adalah akal.[3]

Berdasarkan ini, tidak mungkin terdapat kontra antara hujjah zahir dengan hujjah batin. Hujjah dalam erti argument dan petunjuk. Penunjuk adalah orang yang mengetahui jalan dan tujuan akhir. Sesuai dengan riwayat Imam Kazim As, untuk sampai kepada Tuhan Yang Maha Esa, terdapat dua petunjuk; petunjuk  lahiriah dan pentunjuk dalaman. Tetapi harus diperhatikan bahawa kedua-dua hujjah lahiriah dan batin ini, bukanlah merupakan dua jalan yang terpisah dan mandiri antara satu dari yang lainnya. Manusia akan sampai kepada tujuannya, apabila wujud keselarasan antara kedua petunjuk ini.

Hujjah lahiriah (para nabi dan Imam) tidaklah asing dengan hujjah rasional akal. Sebab keduanya sentiasa menjadi perantara anugerah Ilahi (maksum, terjaga). Akal adalah sempurna dan lafaz “بصیرت dalam surah Yusuf; ayat 108 dengan jelas menerangkan masalah ini. Sebagaimana sabda Rasulullah Saw: “Siapa yang tidak memiliki akal, ia tidak memiliki agama.”[4]

Demikian juga halnya dengan hujjah batin, yang tetap memelurkan syari’at dan agama. Sebagaimana sabda Imam Husain As; “Kesempurnaan akal terdapat pada kesetiaannya mengikuti kebenaran.”[5] Firman Allah Swt: Allah Swt adalah haq[6], dan kebenaran itu datang dari-Nya.[7]

 

Maka, ketika akal mengikuti kebenaran, ia akan sampai kepada kesempurnaan. Diantara perintah Allah Swt adalah mengikuti hujjah lahiriah. Al-Qur’an menyebutkan: Taatilah Allah dan taati Rasul-Nya dan ulil amri (para Washi Rasulullah).[8]

Perkara penting yang perlu diperhatikan di sini adalah bahawa kadangkala hakikat agung agama bertentangan dengan akal partikular - جزئی -  dan prinsip Descartes (dalam pandangan Descartes bahawa akal universal tidak memiliki sebarang makna dan dia tidak membahaskannya. Seluruh perbahasannya tertumpu kepada akal prinsip dan pandangan ke depan), atau bertentangan dengan akal dalam pandangan kaum pragmatisme (mengikut pandangan kaum Pragmatisme, rasional akal tersebut memberikan hasil yang baik yang mana ia akan menyingkap masalah kajian saintifik kita), atau bertentangan dengan akal teori dalam pandangan Kant (mengikut pandangan Kant, akal teori tidak akan mampu menjadi jalan penyelesaian atas segala permasalahan yang ada, dan hukum-hukum akal dalam wilayah ini kehilangan nilai praktisnya).

Sangat jelas bahawa pengorbanan, memaafkan, memberikan kesaksiaan, infak dan beriman kepada yang tidak nampak -tauhid- dan ribuan asas-asas dalam Islam yang lain, tidak akan dapat dijelaskan dan dianalisa  dengan akal partikular dan prinsip akal. Tetapi tidak satupun daripada nilai-nilai tinggi agama bertentangan dengan rasional falsafah.

Kesimpulannya, dengan menjelaskan keselarasan dan keseiringan antara akal dan agama, dan kebatilan konsep yang mendakwa terdapat kontra antara Islam dengan hujah-hujah akal, Kerana  tujuan, ketentuan  dan metod kedua-duanya adalah satu. Dan ketika terdapat perselisihan antara asas-asas hujah akal dengan kebenaran-kebenaran agama, -ketahuilah- ia adalah berpunca, samada dari tidak mengikut konsep logik argument akal dengan betul, atau maklumat-maklumat yang diperolehi dari agama tidak tepat.

 

Catatan:

1. Oleh kerana hujjah akal merupakan hujjah Tuhan, dan barangsiapa dengan modal akalnya mencari agama dan ilmu-ilmu agama yang suci, maka ia akan memperoleh kefahaman;  baik pada teks agama mahupun pada hujjah rasional akal.

Argument akal tidak berbeza dengan dalil naqli (Al-Qur’an dan hadis). Ia merupakan ilham Tuhan yang manifestasinya terjadi dalam pemikiran manusia. Kerananya, barangsiapa yang dengan modal akalnya berupaya mengkaji teks-teks suci Islam serta berusaha untuk menyingkap hukum-hakamnya, seperti menjelaskan sesuatu ayat dengan ayat yang lain atau mejelaskannya dengan riwayat, pasti ia akan dapat memahami makna dan maksud ayat tersebut. Jadi, tidak ada sama sekali dari hal-hal di atas yang tidak berhubungan dengan teks-teks naqli (al-Qur’an dan Hadis).

Benar, apabila seseorang, dengan menggunakan metod istiqrâ (penilaian/bandingan) yang tidak sempurna, atau kiasan logik atau mughâlathah (kesalahan berfikir logik,) untuk memahami teks-teks suci Islam, maka ia hanya akan mencemari agama yang suci tersebut.

 

2. Jika ada yang berkata: Apakah akal mampu memberikan jawaban-jawaban logik atas seluruh permasalahan agama, baik yang bersifat global maupun partikularl?

Jawapannya: Akal diperlukan untuk mengetahui agama, tetapi ia sendiri tidak mencukupi. Akal tidak mampu menjawab hal-hal yang bersifat partikular dalam agama. Kerana hal-hal partikular itu berada di luar jangkauan hujjah akal; baik ia particular tabiat mahupun syari’at. Dengan kata lain, bahawa hal-hal yang bersifat  partikular, seperti ilmu, wujud luaran, hakikat mahupun i’tibar (wujud yang relatif), yang mana semua ini berada di luar jangkauan hujjah logik akal. Dan sesuatu yang tidak dicapai oleh akal, tidak akan dapat dijelaskan secara logik. Adapun hal-hal yang bersifat universal, baik tabiat maupun syari’at, akan dapat dijelaskan secara logik.

Penjelasannya bahawa akal memang sangat lemah dalam menghadapi banyak masalah, maka itu, ia memerlukan bantuan wahyu Ilahi. Logik akal adalah: Aku memahami bahawa banyak hal yang aku tidak fahami, maka itu, aku memerlukan wahyu.

Berdasarkan hujjah kenabian yang bersifat umum, akal mengatakan: aku memiliki tujuan agung dan abadi, dan aku mengetahui, bahawa untuk mencapai tujuan umum tersebut, terdapat sebuah jalan dan jalan ini sangat panjang. Dan tidak mungkin aku akan dapat melewati jalan ini jika tanpa pemberi petunjuk. Dan petunjuk gaib tersebut adalah Rasulullah Saw. Aku harus mendengar dan mengamalkan seluruh sabda-sabda umum dan khusus dari pemberi petunjuk tersebut. Kerana itu aku tidak akan bertanya lagi: “kenapa solat Subuh dua rakaat dan Zuhur empat rakaat? Atau kenapa solat Magrib harus dilaksanakan dengan suara keras sedangkan Zuhur dengan suara perlahan? Atau kenapa ikan ini halal dan yang tidak bersisik itu haram? Ini kerana banyak hal partikular yang akal tidak dapat memahaminya. Akal berkata: Aku memerlukan seorang Nabi. Oleh Kerana itu, akal tidak akan mendakwa bahawa ia akan turut campur dalam hal-hal yang bersifat partikular, dan apabila terjadi dakwaan-dakwaan tersebut (iaitu ia berhak mencampuri perkara yang berfifat partikular), pasti ia tidak akan mampu membuktikannya dan mampu menyampaikannya kepada tujuan yang diinginkannya.[9]

 

Untuk mengetahui lebih luas, pembaca boleh merujuk kepada buku-buku di bawah ini:

 

  1. فلسفه الاهى”. Sayyed Muhammad Husain Ali Taba’taba’i

  2. تفکر در قرآن”. Sayyed Muhammad Husain Taba’taba’i

  3. حکمت نظرى و عملى در نهج البلاغه” Abdullah Jawad Amuli

  4. شریعت در آینه ی معرفت”. M/S: 199-224. Abdullah Jawad Amuli

  5. باورها و پرسشها”. M/S: 51-58. Mahdi Hadi Tehrani

  6. مبانى کلامى اجتهاد”. M/S: 280-284. Mahdi Hadi Tehrani

  7. نشریه ی پرسمان پیش شماره ی دوازدهم، مردادماه سال 1381، مقاله، اسلام و عقل، همسویى یا تضاد”. Hamid Reda Redania.

  8. نمایه: عقل حسابگر، دل، ایمان و عشق”. Soalan 937



[1] . Amuzesh-e Falsafeh. J:1 , M/S: 101. Misbah Yazdi

[2] . QS. Yusuf: 108

[3] . Muntakhab Mizânul Hikmah . M/S: 358, Hadis 4387. Rei Shahri,

[4] . Ibid. M/S: 357. Hadis 4263

[5] . Ibid. M/S: 359. Hadis 4407

[6] . QS. Luqman:30

[7] . QS. Ali Imran: 60

[8] . QS. Nisa: 59

[9] . Din Shenosi (Silsileh-e Bahtseho-e Falsafe-e Din). M/S: 127-174. Jawadi Amuli,

Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Bilangan komen 0
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai
Sila masukkan nilai

Kategori

Pertanyaan-pertanyaan Acak

Populer Hits