Please Wait
6403
Dalam menjawab orang-orang yang memberikan dalil tentang paksaan(aljabar) melalui ilmu azali Tuhan maka harus dijawab sebegini:
“Tuhan semenjak azal mengetahui bahawa manusia dengan kebebasan dan ikhtiar yang dimilikinya akan melakukan perbuatan-perbuatan.” Jawapan ini tidak bertentangan dengan pengetahuan menyeluruh dan azali Tuhan. Kerana Tuhan semenjak azal mengetahui bahawa manusia akan melakukan perbuatan-perbuatan dengan kebebasan dan ikhtiar yang dimilikinya. Sebagaimana hal ini juga tidak bertentangan dengan kepenciptaan Tuhan. Kerana Tuhan semenjak azal berkehendak sedemikian bahawa perbuatan ini terjadi berasaskan kehendak dan kebebasan manusia. Jawapan seperti ini juga tidak bertentangan dengan kebebasan manusia.
Nampaknya dalil ucapan yang Anda katakan tadi: ”jawaban ini tidak bertentangan dengan ilmu menyeluruh Tuhan dan menunjukkan adanya kekurangan pada ilmu Tuhan” adalah bahawa ilmu Tuhan kerana merupakan Dzat Tuhan itu sendiri, ia juga merupakan sebab. Kerana itu contoh yang dijelaskan di atas tidak sesuai kerana ilmu selain Tuhan sekali-kali tidak akan menjadi sebab bagi perbuatan-perbuatan orang lain.
Namun sebagaimana yang telah kami sebutkan tadi, ilmu Tuhan walaupun ia merupakan Dzat Tuhan itu sendiri, ia juga merupakan sebab bagi sesuatu yang jelas(maklum). Akan tetapi harus diperhatikan bahawa ilmu Tuhan yang merupakan sebab bagi terwujudnya seluruh fenomena adalah ilmu yang menyeluruh dan sempurna. Ertinya ilmu terhadap keseluruhan sebab-sebab dan syarat-syarat terjadinya sebuah fenomena atau kejadian.
Terkait dengan perbuatan manusia kerana salah satu bahagian dan syaratnya adalah kebebasan dan ikhtiar manusia, dengan sebegini rupa sehingga apabila perbuatan tersebut terjadi bukan dengan kebebasan dan ikhtiar maka hal ini akan bertentangan dengan ilmu azali Tuhan. Oleh kerana itu, ilmu menyeluruh dan sempurna Ilahi bukan saja tidak bertentangan dengan kebebasan, akan tetapi ia juga membuktikan kebebasan manusia.
Adapun perumpamaan dan contoh yang dikemukakan harus diperhatikan bahawa dalam memberikan perumpamaan seluruh sudutnya tidak akan diperhatikan. Perumpamaan yang diberikan seperti ini hanya untuk menjelaskan satu sudut bahawa pengetahuan dan ilmu (orang-orang seperti pengetua sekolah) tidak akan menjadi sebab ternafinya kebebasan. Namun secara asasnya, kerana tidak ada sesuatu yang menyerupaiNya, “laisa kamtsilihi syai” (Qs. Syura [42]:11) maka terkait dengan setiap perumpamaan dan contoh untuk Tuhan disebutkan:
Wahai (Engkau) yang jauh dari bayangan dan kata-kataku
Celakalah diriku dan perumpamaanku.