Carian Terperinci
Pengunjung
17059
Tarikh Kemaskini 2011/08/20
Ringkasan pertanyaan
Mengapa kita harus menggunakan bahasa Arab dalam melakukan solat dan berbagai ibadah lainnya?
soalan
Mengapa kita harus menggunakan bahasa Arab dalam melakukan solat dan berbagai ibadah lainnya?
Jawaban Global

Islam adalah sebuah agama global dan menginginkan agar seluruh kaum Muslimin berada dalam satu barisan hadapan.

Membentuk masyarakat seperti ini tanpa satu bahasa yang dapat difahami oleh semua pemeluknya, adalah sesuatu yang sulit diterima. Ulama bahasa mengakui bahawa bahasa Arab adalah bahasa global yang paling lengkap, paling luas dan dikenal sebagai sebuah bahasa antarabangsa.

Bacaan solat dengan bahasa Arab yang dilakukan oleh segenap kaum muslimin adalah sebuah rumus perpaduan dan sebagai tanda perpaduan umat Islam. Hal ini merupakan dasar dari seluruh aturan Islam. Sebagaimana juga mereka mengadap ke kiblat yang satu ketika melakukan solat.

Selain itu dapat dikatakan bahawa melakukan solat dengan cara tertentu dapat menjaga pelakunya dari penyelewengan dan perubahan serta berbauran dengan sesuatu yang diada-adakan dan permasalahan-permasalahan yang tidak berasas di mana hal tersebut disebabkan oleh pengaruh keikutsertaan orang-orang yang tidak mengerti ketika mereka menerjemahkannya ke dalam bahasa yang lain. Dengan perantara inilah zat ibadah Islam ini lebih terjaga.

Ya memang ada sebahagian ibadah seperti memanjatkan doa dan yang lainnya tidak diharuskan diungkapkan dengan bahasa arab, walaupun ada doa-doa ma’tsur iaitu doa-doa yang bersumber daripada para Imam Maksum (a.s) yang sampai kepada kita yang (dari satu sisi) memiliki makna-makna pengetahuan yang sangat dalam dan sangat berkemungkinan bahawa pengetahuan tersebut tidak dapat dipindah ke dalam sebuah terjemahan. Dilihat juga dari sisi lain terdapat kelazatan dan keindahan tersendiri, sehingga disarankan, dengan memperhatikan makna-makna tadi yang dibaca dengan bahasa Arab.

Jawaban Detil

Untuk menjawab pertanyaan di atas secara terperinci, kami harus menyampaikan beberapa mukaddimah:

Mukaddimah pertama: Menurut pengakuan para ahli bahasa, bahasa Arab adalah sebuah bahasa sedunia yang sangat luas yang memiliki kemampuan untuk menjelaskan makna-makna yang sangat dalam dan terperinci dengan ungkapan yang paling fasih dan dengan bahasa peradaban yang paling tinggi.[1]

Oleh sebab itu, dapat diduga mengapa Allah (s.w.t) dalam menyampaikankan firman-Nya kepada manusia, menjelaskan hakikat ciptaan-Nya dan memberikan petunjuk kepada manusia dengan menggunakan bahasa Arab. Tentunya penurunan Al-Quran dengan bahasa Arab juga memiliki alasan-alasan lain yang akan diulas sebahagian darinya berikut ini:

1- Islam muncul di pesisir Arab. Kerana itu, upaya tahap awal adalah mengumpulkan masyarakat di sekitarnya kemudian mengubah masyarakat yang tidak berpendidikan dan tidak beradab menjadi masyarakat yang maju di dalam pancaran ajaran-ajarannya. Sehingga zat utama ajaran-ajarannya tersebar ke seluruh pelusuk daerah. Oleh kerana itu penurunan Al-Quran dengan bahasa Arab merupakan sebuah fenomena yang sangat wajar.[2]

Jika Al-Qur’an diturunkan dengan selain bahasa Arab, maka hal itu akan menimbulkan pertanyaan: mengapa pesanan ini tidak diturunkankan dengan bahasa Arab, padahal masyarakat pertama yang menjadi objek pembicara adalah masyarakat yang bertutur-kata dengan bahasa Arab?

2- Al-Qur’an pada situasi tertentu melontarkan cabaran[3] untuk membuktikan kebenarannya. Sebuah cabaran menuntut agar pesan ini harus disampaikan dengan satu bahasa yang dapat difahami oleh pendengar sehingga untuk membuktikan kebenaran pengakuan Nabi (s.a.w) mereka dapat menguji ketidakmampuannya.[4]

3- Mendiamkan alasan para pembangkang juga merupakan dalil yang menyebabkan Al-Qur’an diturunkan dengan bahasa Arab. Kerana jika tidak demikian, maka kandungan Al-Quran yang tidak difahami akan dijadikan alasan oleh sebahagian orang dan tidak menerima apa yang ada di dalamnya.[5] Sebahagian kelompok yang lain akan melontarkan isu bahawa Nabi (s.a.w) mengambil Al-Quran ini daripada orang selain Arab.[6]

Mukaddimah kedua: Islam adalah sebuah agama universal[7] di mana salah satu misinya adalah membentuk umat yang satu. Sebagaimana Nabi (s.a.w) juga sejak awal pembentukan pemerintah di Madinah mengikat tali persaudaraan sesama muslim dan mengajak mereka untuk bersatu. Hal ini menjelma pada kebanyakan ibadah Islam itu sendiri.

Setiap ibadah terbentuk dalam dua bahagian, bahagian pertama berkaitan dengan bentuk zahiriah yang harus dituangkan dalam bentuk amalan. Bahagian kedua berkaitan dengan batiniah yang berhubungan dengan motivasi dan niat.

Kemungkinan besar sekelompok orang melakukan satu amal ibadah zahiriah seperti mendirikan solat berjemaah dalam satu barisan, namun terdapat perbezaan yang ketara di antara mereka.  Sebahagian mereka berdiri dalam barisan solat semata-mata kerana Allah (s.w.t) dan sebahagian yang lainnya untuk tujuan material dunia.

Yang jelas, apabila ibadah itu memiliki roh, maka ia dapat membuatkan hati dan jiwa seseorang menjadi bersih dan suci.[8] Dalam pancaran ibadah seperti inilah umat manusia memperolehi pendidikan dan akan sampai ke tempat tujuan.

Ajaran  Islam telah mengatur bentuk zahiriah berbagai ibadah dengan model yang sangat indah sehingga dapat memberikan pelajaran dan pendidikan kepada segenap umat manusia. Kenapa Islam mengharuskan segenap pemeluknya agar menghadap ke satu arah ketika mendirikan solat? Apakah tidak mungkin roh ibadah tersebut iaitu berhubungan dengan Tuhan menghadap ke arah yang lain? Apakah Tuhan hanya berada pada satu titik sahaja? Mengapa pula banyak kaum muslimin berkumpul di Makkah pada satu bulan yang khusus dan melaksanakan amal ibadah khusus pada hari tertentu? Apakah pada selain waktu dan tempat tertentu roh ibadah haji itu tidak dapat diraih dan hubungan dengan Tuhan tidak dapat dilakukan? Tidak diragukan lagi bahawa Islam menghendaki agar kaum muslimin dapat menyaksikan perpaduan mutlak dalam pancaran ibadah-ibadah ini dan juga meraih perpaduan sosial. Kerana itu, pertama mereka harus meraih roh ibadah dan yang kedua bentuk zahiriah ibadah.

Mendirikan solat dan berbagai ibadah selainnya dengan pengantar bahasa Arab, juga merupakan bukti yang lain bahawa agama Islam adalah agama sedunia. Kerana sebuah umat yang berada dalam satu barisan, yang terpaksa harus memiliki bahasa yang satu, sehingga dengan perantara bahasa tersebut satu dengan yang lainnya saling memahami. Iaitu selain bahasa asli dan bahasa daerah, mereka juga harus memiliki sebuah bahasa yang umum dan global. Kerana dapat dipastikan bahawa perpaduan masyarakat seperti ini tidak akan sempurna tanpa adanya bahasa perpaduan. [9]

Dewasa ini, sebahagian cendekiawan meyakini bahawa selama dunia ini tidak menjadi sebuah negara, maka masyarakat dunia tidak akan memperoleh kebahagiaan. Kerana itu mereka membuat sebuah rancangan yang salah satu di antaranya adalah menciptakan sebuah bahasa antarabangsa dan mengglobalisasi.

Apakah di masa Nabi (s.a.w) dengan melihat para objek bicaranya (audiens) sejak zaman awal-awal kedatangan Islam dan budaya dunia saat itu dan keharusan untuk memberi petunjuk kepada manusia di sepanjang sejarah dan bertujuan sampai pada perpaduan dan kesatuan, ada jalan selain ini iaitu dipilihnya bahasa yang paling sempurna sebagai bahasa Al-Qur’an dan ibadah-ibadah, sehingga bahasa tersebut juga menjadi penjelas makna-makna yang dalam dan hakikat-hakikat yang indah sehingga manusia dapat saling bergantung dan saling memahami dengan baik secara Islami? Sekarang cuba anda bayangkan, misalnya dalam melaksanakan solat berjemaah pada musim haji di Masjidil Haram, setiap orang membaca zikir setelah solat dengan bahasa daerahnya masing-masing, apakah hal ini tidak akan menimbulkan kekacauan, kekecohan dan ketidak sesuaian?

Sudah tentu perpaduan bahasa dalam solat, walaupun berkaitan dengan bentuk lahiriah solat, namun hal itu dapat menyebabkan terjaganya batin dan roh ibadah tersebut, iaitu jika setiap orang mendirikan solat dengan bahasa masing-masing, maka tidak dapat dinafikan kemungkinan terjadi perubahan dan penyimpangan solat dengan pembohongan dan hal-hal yang tidak berasas disebabkan pengaruh terjemahan-terjemahan yang salah dari orang-orang yang tidak faham.  Bacaan Al-Quran dengan cara tertentu dan bahasa yang khusus, akan dapat menghindari bahaya seperti ini.

Terakhir dan untuk menyempurnakan pembahasan, ada dua hal yang harus diketahui:

1.     Penggunaan lafaz dan penyebutan zikir pada setiap hukum dan ibadah dengan bahasa Arab bukan merupakan syarat lazim. Misalnya berdasarkan pandangan sebahagian ulama, bahawa ungkapan yang dipakai dalam akad nikah tidak diharuskan memakai bahasa arab.[10]

Sebahagian ulama seperti Imam Khomeini (r.a) dalam bab ini mengatakan bahawa: jika seorang mukallaf tidak mampu mengucapkan formula (sigah) dengan bahasa Aab, walaupun dalam hal ini ia mampu mewakilkannya, dibolehkannya dan sah akad dengan selain bahasa Arab.[11]

Doa-doa juga tidak selalu diharuskan dibaca dengan bahasa Arab. Oleh kerana itu, doa dalam solat pun di perbolehkan mengucapkannya dengan bahasa selain Arab, walaupun lebih baik jika doa-doa yang keluar daripada para Imam (a.s) diucapkan dengan bahasa Arab untuk merenungkan dan memperhatikan makna-makna yang terkandung di dalamnya. Berikut ini adalah bukti yang akan memperjelas fenomena di atas :

Allah (s.w.t) melalui Al-Qur’an yang diturunkannya mengadakan komunikasi dengan manusia, dan manusia untuk menjawab kalam Allah harus memahami Al-Qur’an tersebut. Para Imam (a.s) yang telah memahami Al-Qur’an secara sempurna dan bahkan mereka itu sendiri adalah hakikat Al-Qur’an, menyampaikan sebaik-baiknya jawapan kepada Tuhan dalam bentuk doa-doa. Dengan kata lain bahawa firman Tuhan adalah Al-Qur’an yang diturunkan dan doa-doa yang dipanjatkan oleh para imam adalah Al-Qur’an yang naik meninggi. Al-Quran adalah ucapan Allah kepada manusia dan doa adalah ucapan manusia kepada Tuhannya. Oleh kerana itu doa-doa adalah seperti Al-Qur’an yang meliputi berbagai hakikat dan pengetahuan yang dalam. Bahasa Arab pula adalah sebaik-baik bahasa untuk menjelaskannya.

2.     Semua yang telah dijelaskan bukan bererti bahawa kaum Muslimin tidak memperhatikan makna-makna zikir dalam solat.  Bahkan setiap Muslim harus mengenal erti solat dan doa-doa sehingga dapat memahami apa yang ia katakan kepada Tuhannya, sehingga amalan yang ia lakukan tidak kering, tetapi mempunyai roh dan makna yang akan terang menuju ke arah keabadian.[]

 

Anda dapat merujuk pada dua indeks berikut ini:

1.     Indeks: Azan dan bahasa arab, soal 706.

2.     Indeks: Solat dan bahasa arab, soal 423.



[1].  Al-Mizân, jil. 4, hal. 160; Tafsir Nemuneh, jil. 9, hal 300,  jil. 13, hal. 311 dan jil. 21, hal. 8; sukh be Pursesh-hâye Madzhabi, Ayatullah Makarim Syirazi dan Ayatullah Subhani, hal. 293

[2]. Kami tidak mengutus seorang rasul pun, melainkan dengan bahsa kaumnya, supaya ia dapat memberi penjelasan dengan terang kepada mereka. (Q.s Ibrahim []:04) Tafsir Nemuneh, jil. 10, hal. 237- 238 dan jil. 9, hal. 301.

[3]. Tahaddi, ajakan untuk saling cabar mencabar dan saling berhadap-hadapan, di mana apabila kalian berfikir bahwa Al-Quran bukanlah sebuah mukjizat yang datang dari sisi Allah (s.w.t), maka datangkanlah satu surah atau satu ayat sepertinya.

[4]. Ayat-ayat seperti: Qs. Yusuf:03; Qs. Az-Zukhruf:03; Qs. Al-Syuara:195; Qs. Thaha:27-28; Qs. Al-Zumar:28; Qs. Asy-Syura:07; Qs. Al-Ahqaf:12; Al-Dukhan:58; Qs. Al.Qamar:17, 31 dan 40; Qs. Fussilat:03; mengisyaratkan akan hal-hal tersebut. Al-Mizân, jil. 17, hal. 359; Ayatullah Misbah Yazdi, Qurân Syenâsi, jil. 1, hal. 94-101.

[5]. Qs. Fussilat:44; Qs. Al-Syuara:198. Imam Shadiq (a.s) dalam sebuah riwayat berkata: Jika Al-Quran ini turun bukan dengan bahasa Arab, orang-orang Arab tidak akan berkorban demi Al Quran (Tafsir Ayyasi sebagaimana yang dinukil Tafsir Al-Mizan, jil. 15, hal. 332) untuk kajian lebih jauh silakan rujuk ke kitab Tafsir Nemuneh, jil. 20, hal. 303, dan Qurân Syinâsi, jil. 1, hal. 94-101.

[6]. Qs. Al-Nahl:103.

[7]. Qs. Al-A’raf:158; Qs. Al-Anam:19; Qs. Al-Anbiya:107; Qs. Al-Ahzab:40; Qs. Al-Sajdah:42; Al-Mizan, jil. 4, hal. 159-161.

[8]. Manusia berhubungan dengan Tuhan melalui solat, dan hal ini adalah jiwa dan batin solat sebagaimana yang disinggung dalam al-Qur’an Dirikanlah solat untuk mengingatku” (Qs. Thaha:13) Sesungguhnya solat mencegah kamu dari perbuatan keji dan mungkar” (Qs. Al-Ankabut:45), “Dengan mengingat Allah( yang dihasilkan melalui solat) manusia akan bebas dari kebingungan.

[9]. Pâsukh be Pursesh-hâye Madzhabi, Ayatullah Makarim Syirazi dan Ayatullah Subhani, hal. 293.

[10]. Muallaqât, Ayatullah Gerami, jil. 4, hal. 645.

[11]. Al-Urwat al-Wustqa, jil. 2, catatan tepi,  hal. 654.

Opini
Bilangan komen 0
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai
Sila masukkan nilai

Kategori

Pertanyaan-pertanyaan Acak

  • Bagaimana dapat dibuktikan bahawa penutupan agama adalah sempurna?
    8522 Teologi Klasik 2011/07/18
    Pertamanya kita harus ketahui makna kalimah “کامل” adalah sempurna dan lawannya ialah “cacat.” Secara umumnya ketika kita mendakwa Islam sebagai agama sempurna maka ianya tidak ada cacat cela. Dengan ungkapan yang lebih baik ialah apa sahaja yang menjadi kelaziman untuk mencapai sebuah kehidupan bahagia duniawi dan ukhrawi. Kerana ...
  • Mengapa al-Qur’an menyebut kisah-kisah tertentu dan menumpukan kisah Nabi Musa (a.s) lebih dari kisah Nabi Muhammad (s.a.w)?
    21826 Tafsir 2011/06/14
    Dalam menjawab bahagian pertama soalan itu, kita dapat mengatakan bahawa penerangan sebuah hakikat atau hukum serta aturan tertentu tidak dapat menyediakan seluruh bahagian dan karakteristik yang berkaitan dengannya. Perkara ini diperhatikan dalam al-Quran; kerana jikalau seluruh perkara tertentu dan perkerjaan-pekerjaan hendak ...
  • Apakah prinsip-prinsip falsafah penantian Imam Mahdi (Mahdawiyah)?
    7973 Teologi Klasik 2012/11/22
    Prinsip-prinsip falsafah mahdawiyah dapat diselidiki dari dua arah tujuan: Dari haluan sebab akhir (العلة الغائیة) dan sebab al-fāʻiliyyah (العلة الفاعلیة). Iaitu dari arah kewajaran yang mempunyai matlamat dan mustahil ada pertentangan dengan objektif penciptaan manusia sempurna. Sementara insan sempurna ini berada di dalam rangkaian sebab ...
  • Apakah ajaran Zoroaster termasuk agama Ilahi?
    13196 Teologi Klasik 2011/10/22
    Dengan mendengarkan lagu nyanyian-nyanyian keagamaan mereka, boleh difahami bahawa ajaran Zoroaster pada awalnya adalah ajaran yang mempercayai tauhid (monoteisme). Akan tetapi dengan meneliti lebih dalam kepada ajaran-ajarannya yang tertulis dalam kitab “Avesta”, maka diketahuilah bahawa dalam ajaran itu terdapat dualisme ketuhanan. Tapi ...
  • Dalam perspektif agama Islam dan Syiah, dalam masalah-masalah apa sajakah manusia memiliki ikhtiar dan kebebasan?
    8354 Teologi Klasik 2011/07/21
    Dengan merujuk pada teks-teks agama dan mencermati kandungan ayat-ayat dan riwayat-riwayat, dapat ditemukan adanya pemahaman akan kebebasan manusia. Makna dari pernyataan ini bukanlah bermaksud manusia itu memiliki kebebasan secara mutlak dan tidak ada satupun faktor atau kekuatan yang mampu memberikan pengaruh atau menguasai ke atas perbuatannya, bahkan ...
  • Meskipun Tuhan tahu bahawa ramai manusia yang akan memasuki neraka, mengapakah Tuhan tetap mencipta mereka?
    9879 Teologi Klasik 2012/07/18
    Azab Ilahi merupakan balasan bagi segala perbuatan ikhtiar manusia kerana mereka tidak memanfaatkan perantaraan petunjuk-petunjuk. Mereka juga tidak mendengar seruan samada utusan batin dan utusan zahir. Ilmu Tuhan tentang nasib, cara berinteraksi dan tingkah laku ‘kewujudan’ tidak menjadi sebab timbulnya isu paksaan atas mereka dan sebenarnya ...
  • Apa makna pengumuman tujuh orang marja’ dari pihak Jamia’ Mudarrisin (Dewan Guru Hauzah)?
    7477 Huquq Dan Ahkam 2011/07/21
    Di antara syarat-syarat marja’ taklid adalah ia lebih unggul dan lebih tinggi dari sudut keilmuan daripada mujtahid-mujtahid lain yang ada pada zamannya. Dan dengan adanya mujtahid a’lam, tidak dibenarkan untuk mengikut pada mujtahid yang tidak a’lam. Dan ini dalam keadaan jika jarak antara mujtahid a’lam dan ...
  • Munurut perspektif al-Qur'an, apakah manusia itu merupakan makhluk yang amat zalim (ẓulûm) dan amat bodoh (jahûl) atau ia merupakan seorang khalifah Allah?
    12098 Tafsir 2012/07/18
    Al-Qur'an dari satu sisi menyebut kedudukan tinggi manusia dengan berbagai persepsi yang mulia, manakala dari satu sisi yang lain, terdapat banyak ayat-ayat yang mencela dan mengecam manusia. Gerakan manusia yang berada di dalam dua garis lengkung menaik (qaws ṣuʻūd) dan menurun (qaws nuzūl) adalah infiniti serta ...
  • Adakah hikmah dan ilmu itu berbeza?
    9739 Tafsir 2010/11/14
    Makna hikmah daripada segi bahasa adalah ucapan dan perbuatan yang sesuai dengan kebenaran dan realiti, sampai kepada kebenaran dengan media ilmu dan akal atau yang membuat manusia berdiri di atas landasan kebenaran. ...
  • Perbezaan subjek epistemologi dan falsafah ilmu?
    17294 Falsafah Islam 2011/02/14
    A.    Subjek epistemologiadalah makrifat, pengetahuan , alat dan cara-cara mengenal. Namun subjek dalam falsafah ilmu adalah hakikat (quiddity) ilmu dari sudut ia memiliki identityyang menyeluruh.B.    Hubungan epistemologi dengan falsafah ilmu; sebagaimana yang terdapat dalam buku-buku epistemologi komparatif ...

Populer Hits