Carian Terperinci
Pengunjung
8659
Tarikh Kemaskini 2013/01/24
Ringkasan pertanyaan
Apakah Waliyul faqīḥ itu lebih utama dibandingkan malaikat?
soalan
Apakah benar apa yang disebut oleh Imam Khonmeini (r.a) di dalam bukunya “Hukumat-e Islami" (Pemerintahan Islam) bahawa pemimpin Negara Islam (Walī Faqīḥ) itu lebih mulia daripada malaikat Ilahi?
Jawaban Global
Wilāyatul Faqīḥ pada zaman keghaiban seperti sekarang ini, merupakan penerus Wilāyah Nabi Muhammad (s.a.w) dan para imam maksum (a.s). Dengan kata lain, Wilāyatul Faqīḥ itu berasal dari sumber Wilāyah Nabi (s.a.w) dan wilāyah para Imam maksum (a.s). Seorang Walī Faqīḥ memiliki autoriti yang sama di dalam mendirikan Negara Islam dan melaksanakan perlembagaannya.
Sesuai dengan pandangan Imam Khomeini (r.a) bahawa Nabi Muhammad (s.a.w) dan para Imam suci (a.s) telah memiliki kesempurnaan-kesempurnaan dan maqam-maqam maknawi (spiritual) yang sangat tinggi dan istimewa. Kerana itu mereka juga memiliki wilāyah takwīnī (kemampuan untuk mengatur dan menundukkan alam). Dengan dasar itu, maka maqam maknawi mereka lebih tinggi dari semua makhluk yang ada di alam semesta ini. Bahkan lebih tinggi dari maqam malaikat. Ketika kami katakan bahawa Wilāyatul Faqīḥ itu sama dengan Wilāyah Nabi (s.a.w) dan Wilāyah para imam maksum (a.s), tidak bererti bahawa maqam dan kedudukan maknawi Walī Faqīḥ juga sama dengan maqam maknawi Nabi (s.a.w) dan para Imam maksum (a.s).  Apabila Walī Faqīḥ juga memiliki kesempurnaan-kesempurnaan maknawi dan insani yang tinggi, maka disamping ia memiliki wilāyah tashriʻī, ia juga memiliki sedikit wilāyah takwīnī dan juga sebagai miṣdāq (realiti eksternal) insan kamil yang maqamnya lebih tinggi dibandingkan maqam malaikat.
Jawaban Detil
Sebelum kami jelaskan tentang keutamaan pemimpin Islam dan Walī Faqīḥ atas para malaikat, perlulah dijelaskan terlebih dahulu tentang definisi, kedudukan, autoriti dan dalil-dalil Wilāyatul Faqīḥ. Pandangan dan ajaran Islam menjelaskan bahawa kekuasaan hanyalah milik Allah (s.w.t) “Inil ḥukmu illa liLlah” (kekuasaan itu hanyalah milik Allah)[1] Kandungan yang sama makna dengan ayat tersebut dapat juga ditemui dalam ayat-ayat yang lain.
Al-Hukm” di dalam ayat ini mempunyai makna yang luas, iaitu meliputi hukumah (pemerintahan) dan pengadilan.[2]  Ketika kita telah menerima dan meyakini bahawa seluruh alam maya ini adalah makhluk dan ciptaan Allah (s.w.t), sebagai akibatnya kita pun harus menerima bahawa pemilik dan penguasa hakiki atas seluruh alam ini adalah Dia. Kerana itu, seluruh kekuasaan harus berpenghujung kepada-Nya dan segala perintah hanya bersumber daripada-Nya. Barangsiapa yang berani menduduki singgahsana kekuasaan tanpa izin dan perintah-Nya, maka ia dianggap telah melanggar dan merampas kekuasaan. Dengan dasar itulah seluruh nabi Ilahi dan juga penutup mereka; Nabi Muhammad (s.a.w) merupakan para pemimpin dan penguasa yang langsung dilantik oleh-Nya. Setelah kewafatan Nabi terakhir (s.a.w), mereka yang berhak menduduki kekuasaan dan singgahsana khilāfah hanyalah orang-orang yang telah ditentukan dan diangkat oleh-Nya, baik melalui perantara mahupun tidak. Berdasarkan pemikiran dan keyakinan ini, maka pada zaman keghaiban Imam Mahdi (a.f.j) sekarang ini, yang berhak menduduki singgahsana khilāfah dan kepemimpinan umat adalah orang yang telah ditentukan dan dilantik oleh-Nya, baik bersifat umum mahupun khusus.[3]
Oleh kerana itu, berdasarkan ajaran Syi’ah, Wilāyatul Faqīḥ pada zaman keghaiban ini merupakan penerusan wilāyah dan kepemimpinan para Imam maksum (a.s). Sebagaimana wilāyah mereka itu berada di dalam penerusan wilāyah Nabi (s.a.w), hendaklah dibuat kesimpulan terhadap satu noktah penting iaitu ketua yang menduduki tampuk kepimpinan masyarakat Islam hendaklah seorang yang berpengetahuan tentang Islam. Sekiranya di zaman kehadiran imam maksum, maka beliaulah yang memerintah. Namun sekiranya imam tidak hadir di kalangan masyarakat, maka para fuqahā’lah yang bertanggung jawab memikul tugas ini.[4]
Untuk mendapatkan satu kesimpulan yang muktamad dari persoalan ini, hendaklah kita ketahui bahawa wilāyah dengan makna pengelolaan dan penguasaan atas urusan peribadi seseorang atau atas pekerjaan orang lain, maka wilāyah ini terbagi menjadi dua, wilāyah takwīnī dan wilāyah tashriʻī.
Wilāyah takwīnī adalah kuasa mengelola dan menundukkan alam kejadian serta sistem alam semulajadi. Sedangkan wilāyah tashriʻī adalah kudrat dan kekuasaan dalam menetapkan kanun, mengeluarkan perintah dan pensyari’atan hukum-hukum (mengeluarkan fatwa) yang (pada tahap irshād/pedoman) disamping mempunyai tugas untuk menjelaskan undang-undang Ilahi, ia juga menjelaskan kewajiban mentaati urusan-urusan pemerintahan (politik) dan kemasyarakat (sosial).
Nabi Muhammad (s.a.w), kebanyakan para nabi dan para Imam maksum (a.s) memiliki pangkat wilāyah takwīnī bernama mukjizat yang sesuai dengan ketinggian martabat kewujudan dan kesempurnaan mereka.  Wilāyah tashriʻī juga memiliki berbagai tingkatan dan darjat yang berbeza-beza di mana martabat kesempurnaan tertingginya hanyalah milik Allah (s.w.t). Sebagaimana mereka memiliki wilāyah takwīnī (hal itu merupakan hal yang sudah jelas), maka wilāyah tashriʻī  juga dimiliki oleh sebahagian para anbiyā’, Nabi Muhammad (s.a.w) dan para Imam maksum (a.s). Di zaman keghaiban ini, seorang faqīh yang adil turut memiliki wilāyah tashriʻī setelah mengerti berbagai peristiwa, memahami permasalahan yang teimbul di zamannya dan mempunyai kemampuan untuk menyelesaikan masalah serta dapat membuat keputusan.[5]
Berkenaan masalah keutamaan darjat dan maqam seorang Wali dan pemimpin Islam dibandingkan dengan darjat malaikat, Imam Khomeini (r.a) berkata: “Para Imam maksum (a.s) juga memiliki maqam-maqam maknawi yang berbeza dengan tugas pemerintahan.  Hal itu merupakan maqam khilafah universal Ilahi yang kadangkala disebutkan melalui lisan imam maksum (a.s). Wilāyah takwīnī adalah suatu hal yang bersifat ḍaruri (kemestian)  dalam mazhab Syi’ah di mana seluruh atom dan partikel dapat tunduk menyerah kepada seorang Wali dan Imam maksum. Selain Imam maksum tidak ada siapapun akan mencapai darjat tersebut sekalipun para malaikat dan nabi.[6] Tetapi fokus perbahasan kita di sini adalah pada masalah wilāyah tashriʻī. Antara yang termasuk di dalam akidah Syi’ah ialah Wilāyatul Faqīḥ, yang masih dalam lingkungan (penerusan) wilāyah Nabi (s.a.w) dan wilāyah para Imam maksum (a.s). Sebagaimana masalah tersebut telah disentuh di dalam Al-Qur’an: “Nabi itu lebih utama terhadap orang-orang mukmin daripada diri-diri mereka sendiri.” (Surah Al-Ahzab [33]:6) ertinya ialah kehendak dan keinginan Nabi (s.a.w) itu harus lebih diutamakan daripada kehendak dan keinginan sesiapapun. Para Imam maksum (a.s) (dalam masalah ini) juga seperti Rasulullah (s.a.w) yang memiliki wilāyah mutlak. Walī Faqīḥ pun memiliki autoriti yang sama dengan Nabi (s.a.w) dan para Imam suci (a.s) dalam semua urusan yang berkaitan dengan politik dan pemerintahan. Sebagaimana dengan autoriti Walī Faqīḥ, Imam Khomeini (r.a) pernah berkata: “Ada yang menyangka bahawa autoriti pemerintahan dan kekuasaan Rasulullah (s.a.w) itu lebih banyak daripada autoriti Imam Ali (a.s), atau kuasa pemerintahan Imam Ali (a.s) itu lebih banyak daripada autoriti Walī Faqīḥ, ini merupakan sangkaan yang batil dan salah. Yang jelas ialah fadilat dan keutamaan Rasulullah (s.a.w) itu jauh lebih unggul dibandingkan dengan seluruh alam. Setelah itu keutamaan Imam Ali (a.s) lebih tinggi dibandingkan dengan yang lainnya. Namun keutamaan dalam maknawi tidak akan menambah autoriti kekuasaan dan pemerintahan.[7]  Imam Khomeini melanjutkan bicaranya untuk menghilangkan salah faham. Berasaskan kewujudan taraf yang sama di antara maqam Walī Faqīḥ dan para Imam maksum (a.s), beliau berkata: “Ketika kita berkata bahawa Rasulullah (s.a.w) dan para Imam maksum (a.s) memiliki wilāyah, begitu juga setelah zaman keghaiban kubra, Imam Zaman (a.f.j) dan Walī Faqīḥ yang adil pun memiliki wilāyah, maka janganlah ada yang mengira bahawa maqam Walī Faqīḥ itu sama dengan maqam Rasulullah (s.a.w) dan para Imam maksum (a.s). Ini disebabkan intisari perbahasan di sini bukanlah masalah maqam dan kedudukan, tetapi masalah tugas dan kewajiban. Wilāyah merupakan kekuasaan, pengaturan negara dan perlaksanaan undang-undang syariat Islam yang suci. Hal ini adalah tugas amat penting dan sangat berat yang tidak akan dicapai oleh orang yang memiliki kedudukan dan maqam yang tidak wajar, walaupun kemudiannya dia diangkat dari batas kemanusiaan yang biasa”.[8]
Boleh jadi seorang pemimpin Islam itu terpilih sebagai Walī Faqīḥ bagi kaum mukminin kerana memiliki dua sifat kepemimpinan yang utama, iaitu ilmu pengetahuan dan amal perbuatan sehingga amanah pemerintahan Islam disandang pada bahunya. Dalam keadaan seperti ini, menurut pandangan Imam Khomeini (r.a): “Kerana Wilāyatul Faqīḥ itu merupakan penerus Wilāyah Rasulullah (s.a.w), maka seluruh umat diwajibkan mengikuti dan mentaatinya.[9]
Tetapi dalil tersebut tidak menunjukkan bahawa kedudukan dan maqam Walī Faqīḥ sama dengan kedudukan Nabi (s.a.w) yang menjadikan beliau lebih baik daripada malaikat. Kecuali jika Walī Faqīḥ dan penguasa Islam itu juga telah memiliki kesempurnaan-kesempurnaan maknawi dan insani yang merupakan mishdaq (contoh) dari insan kāmil (dengan jalan penghambaan yang ikhlas dan mencapai kesucian batin dan rūh ʻubudiyyah). Maka pada ketika itu boleh jadi ia akan lebih utama daripada malaikat. Berdasarkan argumen Al-Qur’an bahawa manusia memiliki nilai dan kemuliaan yang lebih tinggi dibandingkan dengan semua makhluk  di alam raya ini, sebagai khalifah Allah di muka bumi ini sehingga masjūd (yang sujud kepadanya) yang terdiri daripada para malaikat langit, seluruh langit dan bumi  ditundukkan untuk memenuhi segala keperluan hidupnya.[10]
Dari satu sisi Sekiranya seseorang mempunyai hasrat, maka ia dapat mendahului dan mengalahkan maqam para malaikat, iaitu dengan cara mempergunakan berbagai sarana dan potensi kewujudannya. Maqam dan kedudukannya itu akan terangkat sehingga menjadi lebih tinggi dari maqam malaikat dengan amal perbuatan, pilihan yang baik dan keikhlasan.  Bahkan dari sisi lain, manusia dapat mencapai maqam dan kedudukan yang jauh melebihi malaikat sehingga mencapai satu maqam di mana langit sendiri tidak akan mampu memegang amanat tersebut.[11]  Dengan ungkapan lain, di dalam diri manusia itu tersimpan mutiara-mutiara yang dapat mengindahkan dan menghiasi seluruh alam ini. Ini disebabkan ia dapat mencapai “masjūdul malā’ikat” (malaikat sujud kepadanya).[12] Mutiara tersebut adalah potensi yang ada pada diri khalīfatuLlah.  Dengan mengembangkan dan meningkatkan potensi itu, ia dapat mencapai jalan tersebut sementara para malaikat Ilahi tidak menemukan jalan tersebut.
 
Selamanya Jibra’il diam dalam kebingungan
Jika Ahmad membuka rahsia safar nan agung
Maqam Jibra’il telah dilalui sampai kepada Sidratul Muntaha
Jibra’il berkata: Pergilah! pergilah! Aku tak sanggup menyertaimu
Beliau berkata: Terbanglah ke sini bersamaku!
Jibra’il berkata: Hingga di sinilah aku mendapatkan titah
Beliau berkata: Teruslah terbang dan jangan helah!
Jibra’il: Aku tidak diutus hingga ke maqam sana
Beliau berkata: Tidak, mari kesini, terbanglah!
Jibra’il: Sejengkal saja aku mendekat, aku akan terpanggang
Beliau berkata: tunggulah aku di batas itu wahai kawan!
Tak sadar sejenak dalam kekhususan, yang ada hanyalah kebingungan
di atas kebingungan mendengar kisah itu.[13]
 
Pencapaian kepada maqam-maqam tersebut dapat ditempuh dengan mengamalkan aturan-aturan dan undang-undang Islam, memperoleh nilai-nilai akhlak dan menjaga simpanan berharga ini.[14]  Begitulah juga dengan mengikuti hawa nafsu dan keinginan-keinginan buruk nafsu, boleh jadi akan menyebabkan manusia menjadi lebih buruk dari binatang itu sendiri.[15] Dengan demikian, dapatlah dikatakan bahawa seseorang yang tidak menyia-nyiakan mutiara tersebut dan mengembangkannya pada jalan Ilahi, maka ia akan lebih baik[16] daripada kelompok malaikat yang mempunyai darjat tinggi (Para malaikat yang membawa ‘Arsy, memantau berbagai amal hamba dan juga sebagai muballigh (penyampai) wahyu Ilahi dan ……..[17]). Seorang Walī Faqīḥ  dan Hakim Islam dapat mencapai kedudukan seperti itu.[]
 
 
 
 
 
 
Untuk telaah lebih jauh dalam masalah ini, anda dapat merujuk pada rujukan berikut ini:
1.             Wilāyat-e Faqīḥ (Hukumate Islami), Imam Khomeini, Muassasah Tanẓīm wa Nashre Athare Emam Khomeini r.a.
2.             Wilāyat wa Diyānat, Hadawi Tehrani, Mahdi, Intishārat Khaneh Kherad, Qum.
3.             Payāme Qur’ān, Makarim Syirazi, jilid 10.
4.             Pāshokh be Syubuhati Peyramune Wilāyat Faqīḥ, Syirazi, Ali.
 

[1] .Qs. Al-An’am: 57; Yusuf: 40 dan 67.
[2] .Mu’in, hal. 400, satu jilid.
[3] . Makarim Syirazi, Payāme Qur’an, jilid 1, hal. 53-54.
[4]. Hadawi Tehrani, Mahdi, Wilāyat wa Diyānat, hal. 63 dan 64.
[5]. Shirazi, Ali, Pāsyukh be Syubuhāte Wilāyate Faqih, hal. 9, 10.
[6] .Imam Khomeini Ra, Wilāyatu faqih (Hukûmate Islāmi), cet ke-9, hal. 42-43.
[7] . .Imam Khomeini Ra, Wilāyatu faqih (Hukûmate Islāmi), cet ke-9, hal. 42-43.
[8] . Ibid, hal. 40
[9] . Ibid.
[10] .Lihat surah Al-Baqarah: 30 & 34; Surah. Luqman: 20.
[11] .Lihat Diwan Khojah Hafez Shirazi.
[12] .Keunggulan manusia dari makhluk lainnya, Pertanyaan 711 (Site: 751).
[13] .Matsnawi Ma'nawi, Rumi.
[14] .Sudah jelas dengan bahwa apabila Wali Faqih tidak menjaga ketakwaan dan aturan-aturan Ilahi, maka dengan sendirinya kedudukan rahbari (kepemimpinan) akan copot darinya. Indeks: Syarat-syarat Wali Faqih, Pertanyaan 30 (Site: 363).
[15] .Qs. al-A’raf: 179.
[16] Qs. An-Nisa: 172, Al-Haqah: 17, an-Nazi’at: 5, al-Infithar: 10-12, an-Nahl: 2.
[17] Iskandari, Husein, Āyehāye Zendegi, jilid 4 hal. 100.

Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Bilangan komen 0
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai
Sila masukkan nilai

Kategori

Pertanyaan-pertanyaan Acak

  • Apa yang dimaksudkan pernyataan ‘buta di akhirat’?
    24593 Tafsir 2011/08/20
    Yang dimaksud dengan buta di hari akhirat dalam ayat, “Dan barang siapa yang buta (hatinya) di dunia ini, nescaya di akhirat (nanti) ia akan buta (pula) dan lebih sesat dari jalan (yang benar).” (Qs. Al-Isra [17]:72) dan ayat
  • Mengapakah Ahlul Bait (a.s) hanya dikhususkan untuk beberapa orang sahaja?
    18030 Teologi Klasik 2013/01/08
    Terdapat banyak dalil dominan pengkhususan Ahlul Bait kepada lima orang Āl ʻAba; iaitu Muhammad (s.a.w), Ali, Fatimah, Hasan dan Husain yang telah dinukilkan daripada Nabi (s.a.w) oleh para ahli hadis, ulama Syiah dan ulama Ahlusunnah di mana terdapat lebih dari 70 sumber terkenal Ahlusunnah manakala dalam sumber ...
  • Apakah syaitan (Iblis) berasal dari golongan malaikat atau jin?
    31337 Tafsir 2011/04/19
    Berkenaan syaitan samada ia berasal dari golongan malaikat atau jin, terdapat berbagai pendapat.Sumber perbezaan pendapat ini, berhubung peristiwa penciptaan Nabi Adam As dimana para malaikat sujud kepada Adam As atas perintah Tuhan namun syaitan tidak melakukan hal yang sama.Sebahagian berkata ...
  • Bagaimana pandangan Imam Khomeini terhadap Dr. Syari`ati?
    7061 تاريخ بزرگان 2011/07/21
    Berkenaan dengan pandangan Imam Khomeini tentang Dr. Syari`ati, yang berupa karya tulisan beliau yang ada di tangan kita disebutkan bahawa Imam Khomeini tidak menyebutkan secara jelas tanggapan positif atau negatif mengenainya dan tidak menyebut nama Dr. Syari`ati. Sudah tentu Imam Khomeini mengkritik orang-orang yang ...
  • Bagaimana hubungan antara kehendak Ilahi dan keinginan manusia?
    20286 Teologi Klasik 2011/01/17
    Manusia adalah kewujudan yang Mumkin  (iaitu kewujudan yang possible, iaitu ia boleh ada ketika ada penciptaanya dan boleh tiada ketika tiada penciptanya. Hubungan wujud dengan tidak wujud baginya adalah sama) yang mana hakikat wujud dan seluruh dimensi keberadaannya bersumber dari Allah Swt. Allah Swt dengan ...
  • Kenapa Iblis (syaitan) diciptakan daripada api?
    14290 Teologi Klasik 2010/11/14
    Pertanyaan Ini Tidak Mempunyai Jawapan Lengkap. Sila Klik Kategori Jawapan Detail. ...
  • Mengapa teks surah al-Fatihah dinyatakan sedemikian rupa sehingga hamba bercakap-cakap dengan Tuhannya dan bukan sebaliknya?
    11252 Tafsir 2015/06/09
    Sebagian surah dan ayat al-Quran memiliki sisi edukatif dan pengajaran; artinya diturunkan untuk mengajarkan cara bagaimana mengunkapkan pujian dan munajat kepada Allah Swt. Paragraf-paragraf al-Quran ini terkadang dimulai dengan ungkapan seperti “Qul” (Katakanlah) yang menegaskan sisi edukatif ungkapan tersebut; seperti surah-surah Tauhid dan al-Muaddzatain[1] ...
  • Apa yang dimaksudkan dengan bada', lauh mahfuz, kitabul mubin, lauh mahw wa isbat?
    20336 Teologi Klasik 2010/11/14
    Bada’ bermakna zahir (jelasnya) sesuatu setelah tersembunyi. Dan yang digunakan dalam al-Quran adalah makna ini:  و بدا لهم من اللَّه ما لم یکونوا یحتسبون" Dan jelaslah bagi ...
  • Bagaimanakah manusia dapat sampai kepada kesempurnaan?
    14156 Akhlak Praktikal 2012/05/17
    Jawapan untuk pertanyaan di atas dapat diklasifikasikan dalam empat perbahasan, iaitu: a. Definisi dari perkataan "sempurna" dan perbezaannya dengan perkataan "lengkap"; b. Kesempurnaan manusia; c. Kesempurnaan manusia dari perspektif Islam; dan d. Jalan menuju kesempurnaan. Perkataan "sempurna" kadang-kadang digunakan dengan makna yang selaras ...
  • Apakah telaga kautsar itu?
    16839 Tafsir 2011/07/21
    Kata "kautsar" mempunyai erti kebaikan yang banyak dan melimpah. Dan terdapat begitu banyak contoh (mishdaq) untuk kata kautsar ini, seperti: telaga dan sungai kautsar, syafaat, nubuwwat atau kenabian, hikmah, ilmu, generasi dan keturunan yang banyak.Kautsar memiliki dua mishdaq (wujud), iaitu mishdaq ...

Populer Hits