Carian Terperinci
Pengunjung
9782
Tarikh Kemaskini 2011/09/22
Ringkasan pertanyaan
Dalam beberapa buku irfan dan falsafah terdapat perbahasan yang mengulas masalah qaws nuzūl wa ṣuʽūd. Tolong jelaskan apa maksud dari dua istilah teknikal ini? Dan apakah perbezaan di antara keduanya?
soalan
Dalam beberapa buku irfan dan falsafah terdapat perbahasan yang mengulas masalah qaws nuzūl wa ṣuʽūd. Tolong jelaskan apa maksud dari dua istilah teknikal ini? Dan apakah perbezaan di antara keduanya?
Jawaban Global

Hakikat wujud itu memiliki dua sisi. Satu sisinya adalah merupakan realiti hakiki (fiʽliyyat mahḍ) dan kesempurnaan mutlak. Sedangkan sisi lainnya adalah berkesudahan dengan potensi hakiki (quwwah mahḍ) dan penerima keseluruhan. Jarak antara kedua sisi dan kesudahan ini terdapat peringkat-peringkat wujud mutawassith (pertengahan).

Cahaya wujud dari sumber kewujudannya  tidak akan sampai kepada potensi hakiki (quwwah mahḍ) kecuali ia terlebih dahulu melalui dan melintasi seluruh tahap-tahap wujud mutawassiṭ yang dikenali sebagai qaws nuzūli (perlenturan menurun). Begitu juga kewujudan (pada tahap-tahap penyempurnaan) dari maqam “penerimaan semata-mata” (hayula; bahan pertama) tidak akan mencapai maqam “qurb” (kedekatan) kepada wajib al-wujud (Wujud secara wajib Allah s.w.t) kecuali harus melalui seluruh tahap-tahap wujud mutawassiṭ yang dikenali sebagai qaws ṣuʽūdi (perlenturan secara menaik).

Berdasarkan hal ini, mereka (ulama irfan) memandang bahawa perjalanan hakikat wujud itu mirip dengan sebuah lingkaran yang mencakupi kedua qaws tersebut.

Menurut pandangan irfan sesungguhnya pada qaws nuzul, manusia sentiasa membawa seluruh tahap-tahap yang telah diamanahkan kepadanya dan setelah itu, pada qaws ṣuʽūd seluruh apa yang telah diperolehi pada qaws nuzul harus dikembangkan sehingga dapat sampai kepada darjat terakhir kesempurnaan. Apabila ia telah mencapai peringkat thabāt (ثبات; kekal) dan qarar (قرار; penetapan), maka lingkaran kewujudannya pun menjadi sempurna dan bebas dari segala batas dan ketentuan sebagaimana Rasulullah (s.a.w) yang telah sampai kepada maqam dan darjat mulia ini. Dalam hal ini Al-Quran mengisyaratkan: Thumma danā fatadallā fakāna qāba qawsayni aw adnā” (kemudian dia mendekati, lalu bertambah dekat lagi, maka jadilah ia dekat (pada Muhammad sejarak) dua hujung busur panah atau lebih dekat (lagi).

Jawaban Detil

Sebelum memberi tumpuan pada pokok bahasan, perlulah dijelaskan di sini dua kaedah falsafah; iaitu kaedah imkān ashraf dan imkān akhas. Kaedah imkan ashraf adalah sebuah kaedah yang menetapkan bahawa pada seluruh tahap kewujudan, mumkin ashraf (wujudnya bahagian yang dari segi kewujudan atau eksistensinya lebih tinggi dan lebih mulia) harus lebih awal dari mumkin akhas (wujudnya bahagian yang dari segi tingkat kewujudan dan eksistensinya lebih rendah).

Dengan kata lain, setiap mumkin akhas ada, maka sebelumnya harus ada mumkin ashraf. Misalnya ketika kita cuba memerhatikan  akal dan membanding-bandingkan antara keduanya maka kita akan yakin bahawa akal lebih unggul daripada nafs. Ketika itu, kalau kita tahu munculnya kewujudan nafs, maka sudah tentu sebelumnya kita telah lebih dahulu tahu tentang munculnya kewujudan akal. Dan kaedah imkan akhas merupakan berlawanan dari kaedah imkan ashraf.

Hakikat wujud memiliki dua dimensi, di mana keduanya itu sering disebut sebagai dua sisi wujud. Satu sisi sampai kepada realiti hakiki dan kesempurnaan mutlak, dan sisi lain hanya sebagai potensi keseluruhan dan sekadar menerima saja. Dimensi yang sampai kepada realiti hakiki dan kesempurnaan mutlak adalah wājib al- wujūd (Wujudnya adalah wajib) di mana kesempurnaannya itu tidak terbatas dan dari sisi perbuatannya tidak akan berhujung.

Dimensi yang hanya sampai pada had potensi dan penerimaan semata-mata adalah hayula ʽula (materi pertama) di mana peluang untuk kehilangan kesempurnaan tidak ada had dan dalam menerima berbagai potensi ia tidak mempunyai had juga. Jarak antara kedua dimensi ini dibentuk oleh tahap-tahap pertengahan wujud. Cahaya wujud, dari awal kewiujudannya, tidak akan pernah sampai hingga pada tahap material pertama yang merupakan reaksi semata-mata (infiʽal mahḍ) kecuali harus melalui seluruh tahap pertengahan wujud yang mana ia di sebut qaws nuzul (perlenturan menurun). Demikian halnya wujud pada tahapan penyempurnaan, di mana dari maqam hayula (material) tidak akan pernah sampai ke maqam kedekatan pada Wajib al-Wujud kecuali ia harus melalui seluruh tahap yang ada pada qaws ṣuʽūd (perlenturan menaik). Dengan melalui perantara kaedah imkan ashraf, telah banyak maujud mutawassiṭ terealisasi pada qaws nuzul. Begitu juga melalui perantara imkan akhas, telah banyak maujud mutawassiṭ terealisasi. Iaitu pada qaws nuzul, dengan terbuktinya wujud nafs maka wujud akal pun melalui perantara imkan ashraf juga menjadi terbukti. Akan tetapi, nafs naṭiqah menjadi terbukti pada qaws nuzul dengan perantara kaedah imkan akhas dan pembuktian akal.[1]

 

Qaws nuzul dan ṣuʽūd manusia dalam pandangan Irfan

Allah (s.w.t) berfirman:”Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian kami kembalikan ia ke tempat yang serendah-rendahnya” (Qs. Al-Tin [95]:4-5). Hal ini sesuai dengan qaws nuzul dan menunjukkan bahawa sebelum alam semulajadi, manusia terlebih dahulu wujud. Perkara ini sesuai dengan realiti dan penarikan dari maqam tertinggi (aʽla ‘illiyyīn) ke maqam terendah (asfala sāfilīn) yang tidak mungkin terjadi kecuali harus melalui jalan-jalan yang terdapat di antaranya. Oleh itu dalam ilmu Ilahi turun dari Hadrat Wāhidiyyah dan ‘ain thābit (entifikasi kekal) ke alam mashiyat, dan alam mashiyat ke alam ‘uqul dan ruhanih (malaikat al-muqarrabin), dan dari alam itu ke alam malakut ‘ulya (nafs-nafs kulliyah) dan dari alam itu ke alam tabiat. Alam semualajadi juga memiliki tingkatan-tingkatan, dan yang paling rendah adalah alam hayula di mana ia merupakan tahap pertama alam atau dengan istilah lainnya ialah alam lampau dan ṭabi’at nāzilah (semulajadi yang menurun) dan darjat akhir ialah turunnya manusia. Lantas ia mulai melakukan perjalanan dan secara bertahap dari maqam terendah, bahan pertama (hayula) yang mengikat qaws (busur panah), hingga naik ke maqam “Thumma danā fatadallā fakāna qāba qawsayni aw adnā” (kemudian dia mendekat, lalu bertambah dekat lagi, maka jadilah ia dekat (pada Muhammad sejarak) dua hujung busur panah atau lebih dekat (lagi). Maka dengan itu manusia yang sempurna (insan kamil) adalah seluruh silsilah wujud, dan lingkaran wujud itu berakhir dengannya dan dialah yang awal dan akhir yang zahir dan batin serta dialah kitab universal Ilahi.[2]

Para ahli falsafah menganggap bahawa awal dan akhir kedua qaws tersebut adalah pada akal pertama yang mana berada dalam faiḍ muqaddas (emanasi yang Mahasuci) dan juga menganggap bahawa akal pertama tersebut merupakan tahap sederhana dan universaliti perintah Ilahi yang Esa (Qs. Al-Qamar [54]: 50).

Menurut tanggapan para urafa bahawa kesempurnaan atau had dari lingkaran tersebut berada pada qaws ṣuʽūd yang sampai ke maqam aw adnâ (atau lebih dekat), di mana permulaan gerakan dan terpancarnya limpahan tersebut dinisbahkan kepada nama-nama Dzat (Ilahi). Dari sini, kedua qaws ṣuʽūd dan nuzūl serta cakupan lingkaran perkara Ilahi dan juga gerakan pengadaan atau pembentukan tersebut menurut ahli irfan, lebih luas serta lebih besar jangkauannya dibandingkan apa yang difahami oleh ahli hikmah.

Dalam pandangan Irfan, insan kamil adalah apa yang diungkapkan oleh Al-Qur’an pada surat al Isra (17) ayat 79: “Dan pada sebahagian malam, kerjakanlah solat malam (dan bacalah Al-Qur’an). Ini sebagai suatu ibadah tambahan bagimu. Mudah-mudahan Tuhanmu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji”.

Ia Mahmud mutlaq (yang terpuji secara mutlak) lantaran semua makhluk di alam semesta yang sentiasa mendapat limpahan-Nya, memuji dan menyanjung Dia. Pemilik maqam mahmud adalah orang yang dengan meniti serta melalui kedua qaws nuzul dan ṣuʽūd itu serta sampai pada maqam aw adnā (atau lebih dekat), telah menyatukan dan membuat jambatan penghubung antara kedua qaws tersebut. Pada qaws nuzul, manusia meneruskan seluruh tahap-tahap yang telah diamanahkan dan setelah itu pada jangkamasa qaws ṣuʽūd, seluruh apa yang telah diperolehi dan dicapai pada zaman qaws nuzul harus dikembangkan dan tetap dijaga serta dipelihara.

Ahmad menjadi rasul, akal pun kerdil di hadapannya

Dua alam ini tercipta hanya kerananya

Aku telah menjadi nabi yang mengibarkan panji dalam genggaman

Kenabian terakhir dititipkan kepada Muhammad

Bulan yang merupakan batu cincin telah menjadi Zabarjad

Penutupnya adalah kasih Muhammad

Lingkaran dunia adalah lingkaran mim-nya

Kedua alam tersembunyi pada kediamannya

Lilin Ilahi berkobar dari dalam hatinya

Ibrah kehidupan telah ia dapati sepanjang abad

Sinar mentari berhajat kepadanya

Setengah hilal adalah malam mikrajnya

Peringkat awal di mana akal adalah tulisan

Duduk dalam mahjubah Ahmad

Dialah penutup rasul dan pamungkas para nabi. (Nizhami)

 

Dalam Al-Qur’an banyak ditemukan ayat-ayat yang menyingkap hal-hal yang berkaitan dengan qaws nuzul dan qsaus ṣuʽūd, di antaranya adalah surat al-A’raf (7) ayat 29:Sebagaimana Dia telah menciptakan kamu pada permulaan, (demikian pulalah) kamu akan kembali kepada-Nya” dan juga pada surat al-Anbiya (21) ayat 104:”Sebagaimana kami telah memulai penciptaan pertama begitulah kami akan mengulanginya” dan lain-lain.

Sehubungan dengan hal ini, di dalam doa Nudbah kita ucapkan sebuah ungkapan yang ditujukan kepada Hujjah Allah (s.w.t) di muka bumi ini (Imam Zaman a.j.):Yabna man danā fatadallā fakāna qāba qawsayni aw adnā dunuwwan wa iqtiraban minal ‘aliyyil aʽlā...” (Wahai putera seorang yang telah mendekat, lalu bertambah dekat lagi, maka jadilah ia dekat (pada Muhammad sejarak) dua hujung busur panah atau lebih dekat (lagi) kepada yang Mahatinggi).[3]

Perbincangan mengenai qaws ṣuʽūd dan nuzul sangat luas, tetapi kita cukupkan hanya di sini sahaja dan bagi mereka yang tertarik dengan perbahasan ini, maka kami anjurkan untuk merujuk ke rujukan-rujukan yang ada. []  



[1] Ghulam Muhsin ibrahimi dinai, Qawâid-e kulli-e Falsafi dar Falsafe-e Islâmi, jilid 1 halaman 30.

[2]  Sayyid Ruhullah Khomeini, Syarh-e Do’a-e Sahar, halaman 102, Nehdhat-e Zanân-e Musalmân.

[3] Abbas Muhaddits Qumi, Mafâtihul Jinân, Do’a Nudbah.

Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Bilangan komen 0
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai
Sila masukkan nilai

Kategori

Pertanyaan-pertanyaan Acak

Populer Hits