Carian Terperinci
Pengunjung
30510
Tarikh Kemaskini 2011/04/19
Ringkasan pertanyaan
Apakah syaitan (Iblis) berasal dari golongan malaikat atau jin?
soalan
Apakah syaitan (Iblis) berasal dari golongan malaikat atau jin?
Jawaban Global

Berkenaan syaitan samada ia berasal dari golongan malaikat atau jin, terdapat berbagai pendapat.

Sumber perbezaan pendapat ini, berhubung peristiwa penciptaan Nabi Adam As dimana para malaikat sujud kepada Adam As atas perintah Tuhan namun syaitan tidak melakukan hal yang sama.

Sebahagian berkata bahawa syaitan (Iblis) berasal dari golongan malaikat. Hujah mereka: oleh kerana dalam ayat al-Qur’an, Iblis telah dikecualikan dari golongan malaikat (seluruh malaikat sujud kecuali Iblis), maka itu Iblis tentu berasal dari golongan malaikat.

 

Jawab: Terkecualikannya Iblis dari para malaikat tidak menunjukkan Iblis spesis dengan para malaikat. Bahkan sejauh-jauh makna yang boleh difahami di sini bahawa Iblis (melalui ibadahnya ribuan tahun) berada bersama para malaikat dan sebaris dengan mereka. Namun kemudian dikeranakan sifat takaburnya, keingkarannya dan penentangannya di hadapan Allah Swt, maka ia dilempar keluar dari syurga.

Terdapat beberapa noktah yang dapat mengukuhkan masalah ini:

1.     Allah Swt berfirman dalam surah al-Kahf, “Syaitan (Iblis) berasal dari spesis jin.”

2.     Allah Swt menafikan segala bentuk kemungkinan terjadinya perbuatan maksiat dari para malaikat. Dengan demikian malaikat adalah makhluk yang suci -maksum- dan sekali-kali tidak akan terjerumus ke dalam perbuatan dosa, penentangan, kemegahan, kesombongan dan …..

3.     Dalam sebahagian ayat al-Qur’an, terdapat pembahasan berkenaan ayah-ayah dan datuk-datuk syaitan. Dan perkara ini menunjukkan bahawa terdapat proses kelahiran dan keturunan di kalangan syaitan dan secara umum ia berlaku di kalangan jin-jin, sementara malaikat merupakan kewujudan ruhani dan tidak mungkin terjadi masalah-masalah ini di kalangan mereka, sehinggakan mereka juga tidak makan dan tidak minum.

4.     Dalam sebahagian ayat al-Qur’an, Allah SWT berfirman bahawa malaikat ditempatkan sebagai para utusan -rasul-. Rasul ertinya utusan Allah dan barang siapa yang digelar sebagai utusan atau rasul, akan menepis kemungkinan terjadi sebarang kekufuran, kesalahan dan maksiat. Lalu bagaimana mungkin syaitan yang terjerumus ke dalam maksiat besar ini termasuk dari golongan malaikat?

 

Di samping itu, kesepakatan para ulama dan hadis-hadis mutawatir yang diriwayatkan dari para Imam Ahlulbait As menegaskan bahawa syaitan tidak berasal dari golongan malaikat. Dan sebagaimana yang kita ketahui bersama bahawa riwayat mutawatir merupakan salah satu wasilah yang paling penting dalam menyingkap kebenaran hadis.

Jawaban Detil

Fokus dan sebab utama pertanyaan soalan ini adalah –bermula dari- peristiwa penciptaan Nabi Adam As. Tatkala Allah Swt hendak mencipta manusia, malaikat dalam etika dan santun yang tinggi bertanya kepada Tuhan: “Apakah kami tidak mencukupi untuk bertasbih dan mensucikan-Mu? Secara dasarnya apakah tujuan penciptaan manusia? Ketika Allah Ta'ala menjelaskan rahasia penciptaan manusia kepada malaikat dan memberikan khabar gembira kepada mereka bahawa manusia adalah khalifah Tuhan di muka bumi. -Mendengar hal ini-, para malaikat dengan tawaduknya menerima seruan Tuhan (untuk bersujud kepada Nabi Adam As) dan dengan rendah hati, tulus, dan penuh penghormatan, mereka sujud kepada Nabi Adam a.s..

Di antara para malaikat, atau sebaiknya kami katakan dalam barisan para malaikat ada Iblis. Ia juga dalam tempoh yang lama telah beribadah kepada Tuhan. Namun di dalam batinnya tersembunyi sesuatu yang tiada mengetahuinya kecuali Tuhan. Rahasia yang tersembunyi selama ini terungkap pada peristiwa penciptaan Adam As. Terbukti Iblis membelakangi (kufur) perintah Tuhan. Sebenarnya Iblis telah kafir semenjak dulu, namun dengan sifat takabbur dan penentangannya dari sujud kepada Nabi Adam As, tirai kekufuran ini tersingkap.

Ketika Allah Swt berfirman kepada seluruh malaikat dan Iblis (yang ada di kalangan mereka dan beribadah): Sujudlah kepada Adam a.s. Seluruh malaikat mematuhi perintah ini kecuali Iblis yang menentang perintah ini dan tidak sujud kepada Adam As. Alasan Iblis adalah bahawa aku diciptakan dari api sedangkan dia dari tanah liat. Bagaimana mungkin kewujudan yang lebih tinggi boleh sujud kepada makhluk yang lebih rendah?

Seakan-akan Iblis lalai dari hakikat Adam As yang sebenarnya! Seakan-akan ia tidak melihat bahawa ruh Ilahi telah dihembuskan ke dalam diri Adam As. Hakikat kemanusiaan manusia, nilai, dan harganya terletak pada mutiara malakuti yang berasal dari Allah Swt yang telah dianugerahkan kepada Adam As. Benar, menurut sangkaan Syaitan, api lebih halus dari tanah liat, walaupun dalam bandingan -qiasan- ini ia juga telah melakukan kesilapan– yang mana ia sekarang bukan menjadi fokus pembahasan kami–. Ia hanya melihat Adam hanya dari unsur material, duniawi (nasut) dan jasad manusia sahaja, namun lalai dari sudut kedudukan menjulang kemanusiaan yang terpendam pada diri Adam As! Dan dari dua perbuatan Iblis ini, ia mendapat dua reaksi, iaitu terusir dari syurga dan dari sisi Tuhan. Reaksi pertama perbuatan Iblis adalah sifat bangganya terhadap aksi penciptaan manusia (dari tanah liat) dan reaksi kedua perbuatannya adalah kesombongannya dan puncak penentangannya terhadap perintah Allah Swt.

Kini persoalan yang yang timbul apakah Syaitan (Iblis) termasuk dari golongan para malaikat atau tidak? Sebelum menjawab pertanyaan ini, ada baiknya kami menjelaskan terlebih dahulu kosa kata dari pertanyaan ini secara ringkas supaya dengan izin Allah Swt, kami dapat menyediakan jawapan yang mantap, kokoh dan ilmiah. Atas alasan ini, kami akan mengkaji beberapa redaksi berikut ini:

A.     Syaitan;

B.     Iblis;

C.     Malaikat;

D.     Jin.

 

a)     Syaitan: Perkataan syaitan bersumber dari dari kata sya-tha-na شَطَنَ- -. Syâtin bermakna kewujudan yang rendah dan tercela, ingkar, keras kepala dan menentang. Ia lebih umum dari manusia, jin, atau haiwan dan bahkan juga bermakna ruh jahat dan jauh dari kebenaran. Pada hakikatnya, terdapat titik persamaan dari makna-makna ini.

Oleh kerana itu, Syaitan adalah merupakan nama Am (nama spesies) yang dilebelkan kepada kewujudan yang menyesatkan dan yang menyelewengkan (baik manusia atau bukan manusia).

Dalam al-Qur’an dan juga dari lisan para Imam Ahlulbait As bahawa Syaitan tidak hanya disandarkan kepada satu kewujudan yang tertentu, bahkan kepada manusia-manusia jahat atau akhlak yang tercela seperti hasad, juga disebut sebagai syaitan.[1]

b)   Iblis: adalah nama khusus (‘alam) yang hanya memiliki satu individu luar (mishdaq) sahaja. Ia adalah makhluk pertama yang melakukan maksiat di alam semesta dan mendakwa dirinya bebas -independent- di hadapan Allah Swt. Bersikap sombong dan bongkak. Ia menentang perintah Tuhannya dan pada akhirnya diusir dari syurga. Nama rendah lainnya Iblis adalah “Azâzil[2] dan Iblis berasal dari kata “Ablas” yang sebenarnya ia merupakan gelaran baginya. Iblis ertinya berputus asa dan boleh jadi penyebutan ini kerana Iblis telah berputus asa dari rahmat Tuhan sehingga ia disebut sebagai Iblis.

c)   Malaikat: Baik kiranya jika dijelaskan sebahagian dari sifat malaikat supaya dengan itu kami dapat membuat kesimpulan bahawa malaikat tidak memiliki kecenderungan ke arah maksiat. Oleh kerana itu, Syaitan tidak boleh berasal dari jenis para malaikat.[3]

Malaikat-malaikat adalah satu kewujudan yang disebutkan Tuhan dengan sebaik-baik sifat dalam al-Qur’an. Allah Swt berfirman, Sebenarnya (malaikat-malaikat itu) adalah hamba-hamba yang dimuliakan. Mereka itu tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah-perintah-Nya. (Qs. Al-Anbiya [21]:26-27) .

Dalam diri malaikat, tidak ada kecendrungan untuk menentang kebenaran dan di setiap keadaan, mereka sentiasa beribadah dan taat kepada Allah Swt. Para malaikat merupakan kewujudan yang maksum (terjaga dari perbuatan dosa). Diri dan zat suci mereka sekali-kali tidak pernah ternoda oleh dosa. Dan yang lebih penting dari semua itu, ketaatan dan kepatuhannya di hadapan Tuhan mereka. Sikap menzahirkan kelemahan mereka di hadapan segala sesuatu yang tidak ketahui dan tidak berbangga dan sombong atas apa yang mereka ketahui. Kerana mereka yakin bahawa segala apa yang mereka miliki adalah bersumber dari Allah Swt. Dan sekiranya sedetik saja iradah-Nya berkaitan ke atas sesuatu yang tidak diketahui, maka apa yang  mereka -malaikat- ketahui juga akan bertukar menjadi ketidaktahuan.

Benar, sepenting-penting perbezaan antara para malaikat dan syaitan adalah pada peristiwa penciptaan dan sujud kepada Adam a.s. Kerana malaikat dengan jiwa dan hatinya mendapati bahawa diri mereka tidak mengetahui tentang ilmu nama-nama Ilahi. Ertinya mereka memahami bahawa banyak hal yang tidak mereka tidak fahami. Namun syaitan dengan sifat pengingkaran dan sombong menyangka bahawa ia mengetahui segala-galanya, sedangkan ia sama-sekali tidak memahami bahawa sujud pada Adam pada hakikatnya kerana ilmu-ilmu yang telah dianugerahkan Tuhan kepadanya. Dan fikiran gelapnya sama-sekali tidak mampu untuk mengetahui ilmu-ilmu tersebut! Iaitu sifat takabur dan sombongnya menjadi penghalang baginya untuk memahami dan pada akhirnya, ia menjadi penghalang untuk ia sujud kepada Adam a.s.! Kerana penolakkannya untuk sujud adalah penolakan berdasarkan pada sikap takaburnya dan bukan kerana ia tidak mampu untuk sujud!

Dengan penjelasan ini, menjadi terang bahawa malaikat adalah maksum yang tulin dan terpelihara dari segala bentuk kesalahan. Tatkala tiada jalan untuk berbuat dosa, maka seluruh perbuatannya adalah ketaatan yang murni kepada Tuhan. Apabila ketaatan menjadi wajib dan harus kepada sesuatu kewujudan, maka kekufuran, kesombongan, dan kemaksiatan menjadi terhalang baginya. (Dalil ini merupakan dalil rasional pertama berkait perbezaan antara syaitan dan malaikat, dan sebagai kesimpulannya bahawa syaitan bukan dari golongan malaikat)

Sebelum mengutarakan dalil-dalil rasional (aqli) dan naqli (dalil-dalil ayat al-Qu'ran dan hadis), perlu kiranya di sini kami jelaskan secara ringkas tentang masalah jin.

d)   Jin: Jin pada asalnya adalah suatu kewujudan yang tersembunyi dari panca indra manusia. Al-Qur’an membenarkan kewujudan seperti ini dan menjelaskan beberapa perkara tentang jin serta memandang jenisnya berasal dari api; sebagaimana spesis manusia diciptakan dari tanah. Namun tentu saja penciptaan makhluk-makhluk ini terjadi sebelum manusia.[4]

Sebahagian ilmuan menyebut jin merupakan sejenis ruh yang berakal yang tidak memiliki unsur material. Namun jelas bahawa jin bukanlah makhluk nonmaterial secara mutlak. Kerana sesuatu yang diciptakan dari api adalah material dan memiki satu kondisi setengah abstrak -nonmaterial-. Atau dengan ungkapan lain disebut sebagai jenis tubuh yang halus (jism latif).[5]

Berdasarkan banyak ayat-ayat al-Qur’an menunjukkan bahawa jin juga seperti jenis manusia, iaitu memiliki kehendak dan perasaan dan dapat melaksanakan perkerjaan-pekerjaan berat.Ada yang mukmin dan ada yang kafir. Sebahagian mereka saleh, dan sebahagian yang lain melakukan kerosakkan. Sebagaimana manusia, mereka juga memiliki kehidupan, kematian dan kiamat…. Jenis kelaminnya ada pria dan ada wanita. Mereka juga berkahwin dan berketurunan.

Namun perbahasan utama adalah apakah iblis termasuk dari golongan malaikat atau tidak? Terdapat berbagai pendapat dikalangan ulama, dan sumber perbezaannya boleh jadi bersandar pada sebahagian ayat suci al-Qur’an.

Sebahagian berkata: syaitan (Iblis) berasal dari golongan malaikat. Dalil utama mereka adalah bersandar pada ayat yang menegaskan, Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat, “Bersujudlah kamu kepada Adam!” Maka mereka bersujudlah mereka kecuali Iblis.” (Qs. Al-Baqarah [2]:34)

Kerana pada ayat ini, iblis menjadi terkecuali (mutstastna) dan yang dikecualikan darinya (mutstastna minhu) adalah para malaikat. Dan kesimpulannya iblis sebahagian dari malaikat.

Tetapi penafsiran yang benar (dari ayat di atas) adalah bahawa iblis bukan dari golongan malaikat. Riwayat mutawatir yang datang dari Imam-imam Ahlulbait a.s. dan bersepakat tentang hal ini. Semuanya menegaskan bahawa iblis adalah dari golongan jin bukan dari malaikat! Dan untuk menetapkan masalah ini terdapat beberapa argumentasi dimana kami akan menyentuh sebahagian darinya:

1.     Allah Swt berfirman, “Iblis berasal dari golongan jin.” (Qs. Al-Kahf [18]:50)

2.     Allah Swt berfirman, -Malaikat- tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang Dia perintahkan kepada mereka, dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan. (Qs. Al-Tahrim [66]:6). Ayat ini menafikan secara umum kemaksiatan dari para malaikat. Dan hal ini menegaskan bahawa pertama, iblis bukan dari golongan malaikat. Kedua: malaikat sekali-kali tidak akan pernah berbuat maksiat.

3.     Allah Swt berfirman, Patutkah kamu mengambil dia (syaitan)  dan keturunannya sebagai pemimpin selain dari-Ku, sedang mereka adalah musuhmu? Amat buruklah iblis itu sebagai pengganti (Allah) bagi orang-orang yang zalim. (Qs. Al-Kahf [18]:50). Ayat ini menegaskan bahawa di antara golongan jin terdapat generasi atau dengan kata lain mereka melahirkan dan mempunyai keturunan. Sementara penciptaan para malaikat dari cahaya dan masalah-masalah begini tidak ada pada mereka.

4.     Allah Swt berfirman, Segala puji bagi Allah pencipta langit dan bumi, yang menjadikan malaikat sebagai para utusan (untuk mengurus berbagai macam urusan).(Qs. Fatir [35]:1). Dan firman-Nya: Allah memilih utusan-utusan-(Nya) dari malaikat dan dari manusia.” (Qs. Al-Hajj [22]:75).

Kita mengetahui bahawa kekufuran dan kemaksiatan tidak harus terjadi pada Rasul dan utusan Tuhan.

 

Dalam menjawab argumentasi bagi orang-orang yang menggunakan hujah terkecualikannya Iblis dari para malaikat, harus dikatakan bahawa terkecualikannya iblis dari para malaikat sama-sekali tidak menunjukkan sama spesis antara iblis dan malaikat. Setinggi-tinggi perkara yang dapat difahami dari perkara ini adalah bahawa iblis bersama dalam barisan para malaikat dan ia seperti para malaikat yang diperintahkan supaya  sujud. Sehingga sebahagian yang lain berkata: pengecualian dalam ayat ini termasuk pengecualian yang terputus –istisna' munfasil- (yang terkecuali bukan dari spesis yang dikecualikan darinya); iaitu suatu bentuk pengecualian dari yang bukan sejenisnya.[6]

Dalam menceritakan tentang sifat Iblis dikatakan bahawa ia telah beribadah kepada Tuhan selama enam ribu tahun. Oleh itu, menempatkan kewujudan seperti ini (yang telah beribadah dalam tempoh yang lama kepada Allah Ta'ala) dalam satu barisan dengan para malaikat bukanlah perkara yang asing.

Pernah ditanya kepada Imam Shadiq As bahawa apakah iblis dari golongan malaikat atau termasuk salah satu kewujudan samawi –di langit-? Beliau bersabda, “Ia bukan dari golongan malaikat juga bukan salah satu kewujudan samawi, bahkan ia adalah jin. Namun ia pernah bersama para malaikat. Malaikat juga beranggapan bahawa Iblis sejenis dengan mereka. Namun Allah Swt mengetahui bahawa ia tidak demikian. Peristiwa ini terus berlanjut hingga peristiwa perintah sujud kepada Nabi Adam As, dan dengan adanya peristiwa ini, rahasia terpendam Iblis menjadi terungkap.[7]

 

Sumber-sumber Rujukkan Untuk Kajian Lebih Lanjut:

1.     Marhum Thabarsi, Majma’ al-Bayan, jil. 1, hal. 163, ayat 34

2.     Allamah Thaba-thabai, Tafsir al-Mizân, jil. 1, hal. 122 dan seterusnya. Jil. 8, hal. 20 dan seterusnya.

3.     Abdullah Jawadi Amuli, Tafsir Maudhu’i Qur’ân Karim, jil. 6, pembahasan yang berkenaan dengan penciptaan Adam

4.     Misbah Yazdi, Ma’ârif al-Qur’ân, 1-3, hal. 297 dan seterusnya.

5.     Tafsir Nemune, jil. 1, ayat 34, dan jil. 11, hal 8

 



[1]. Raghib Isfahani, Mufrâdât al-Qur’ân, klausul syaitan.

[2]. Thabarsi, Majma’ al-Bayan, jil. 1, hal. 165.

[3]. Dari ayat yang terkait, redaksi para malaikat disebutkan dengan kata plural (jamak) disertai dengan alif-lam: ertinya seluruh malaikat diperintahkan untuk sujud kepada Adam.  

[4]. Dan Kami telah menciptakan jin sebelum (Adam) dari api yang sangat panas.” (Qs. Al-Hijr [15]:27)

[5]. Nasir Makarim Syirazi, Tafsir Nemune, jil. 11, hal. 79-80.  

[6]. Namun tentu saja terdapat dalil lain yang dijelaskan berkait masalah ini, tetapi oleh karena kesempitan ruang dan waktu, maka kami tidak akan membahasnya di sini. Bagi Anda yang tertarik sila rujuk Tafsir Majma’ al-Bayan, surah Baqarah, ayat 34.

[7]. Thabarsi, Majma’ al-Bayan, jil. 1, hal. 163, cetakan Beirut.

Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Bilangan komen 0
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai
Sila masukkan nilai

Kategori

Pertanyaan-pertanyaan Acak

  • Apa yang dimaksudkan dengan spiritualism hakiki dan spiritualism emosional?
    8531 Akhlak Praktikal 2011/07/21
    Kebiasaan terdapat orang-orang yang memiliki kecenderungan terhadap spiritual (rohani) dan keimanan pada umumnya kecenderungan mereka adalah berbentuk perasaan dan emosi jiwa. Ertinya orang-orang ini cenderong ke arah kerohanian dan spiritual dengan cara samada dengan mengikut cara (taqlid) kedua orang tuanya, suasana atau di bawah pengaruh dorongan naluri dan ...
  • Mengapa Network Marketing dan QI Internasional di Iran dilarang dan diharamkan?
    9235 Huquq Dan Ahkam 2011/11/23
    Sebabnya ialah kerana perusahaan-perusahaan seperti Gold Quest dan Goldmine (secara umum) merupakan perusahaan yang melakukan perniagaan dalam bentuk piramid untuk mengaut keuntungan yang melimpah. Perniagaan seperti ini secara rasmi dilarang di Iran. Larangan ini dilakukan kerana sangat membahayakan ekonomi negara. Bahaya yang ditimbulkan darinya adalah:
  • Mengapa para penziarah, khususnya para penziarah dari Iran, menumpahkan tangisan mereka di samping kuburan Baqi’?
    6922 Teologi Baru 2011/09/22
    Jawapan atas pertanyaan seperti ini bersandar pada pengenalan kita terhadap zat tangisan dan tujuan orang menangis.Tangisan terbahagi menjadi dua. Tangisan zahir dan tangisan batin. Tangisan batin hasil dari pelbagai pengaruh mental dan kesan di mana dengan tangisan batin ini muncul pada manusia akibat pelbagai aktiviti ...
  • Apakah bonda Imam Mahdi (a.j.) juga digolong sebagai maksum?
    9467 Sirah Para Maksumin a.s 2011/10/22
    Dalam pandangan Syiah, yang mempunyai kedudukan maksum (dalam erti umum) hanyalah para nabi dan pengganti mereka. Erti maksum di sini adalah bahawa mereka suci dari setiap kesalahan, kelupaan dan perbuatan dosa sepanjang hidup mereka, sama ada dalam memahami sesuatu, dalam menyampaikan wahyu, ataupun dalam pelaksanaan hukum Syarak. ...
  • Apa yang dimaksud dengan keadilan dalam dasar-dasar agama (ushuluddin)?
    10431 Teologi Klasik 2011/09/22
    Di dalam ilmu kalam,keadilan dibahaskan dan dikaji dengan seluruh pengertiannya. Akan tetapi kebanyakan dari pengertian yang mendapat kritikan dan menjadi sebab terpisahnya golongan Adliah (Imamiyah dan Mu’tazilah) dari golongan Asyairah, ...
  • Apakah Imam ‘Ali (a.s) memiliki isteri yang lain selama Sayidah Zahra (a.s) masih hidup?
    7061 تاريخ بزرگان 2011/12/19
    Sesuai dengan apa yang disebutkan oleh kitab-kitab sejarah bahawa isteri pertama Amirul Mukminin Ali (a.s) adalah Sayidah Fatimah. Di zaman hayat Sayidah Zahra, Imam ‘Ali (a.s) tidak menikah dengan wanita lain. Oleh kerana salah satu wasiat Hadhrat Zahra (a.s) iaitu beliau hendaklah menikah dengan Amamah binti ‘Ash yang pada hakikatnya ...
  • Apakah falsafah kemaskulinan wacana al-Qur’an?
    8354 Tafsir 2013/02/02
    1. Kita tidak boleh menganggap ungkapan dan perbicaraan al-Qur’an sebagai bersifat maskulin melainkan kita dapat menentukan bahawa spiritual hikmah ke atas lafaz dan bicara al-Qur’an itu bersandar kepada jantina dan kita dapat menentukan bahawa ia berpaksi atas maskulin. Melalui berbagai ayat al-Qur’an dapatlah difahami bahawa wacana yang ...
  • Bolehkah lantaran ayat tathir tersebut terletak di tengah-tengah redaksi ayat maka ia dikatakan tidak memiliki makna hashr (pembatasan)? Siapa sebenarnya yang disebut Ahlulbait?
    7633 Tafsir 2011/08/20
    Dalam menjawab pertanyaan pertama boleh dikatakan bahawa: ayat tathir ini berada ditengah-tengah ayat, di mana hal itu menegaskan bahawa konteksnya sejalan atau sama dengan subjek yang ada sebelum dan sesudahnya. Jikalaulah tidak ada pengkhususan untuk isteri-isteri Nabi ...
  • Apakah wahyu itu? Dan bagaimanakah wahyu itu diturunkan kepada para nabi?
    50254 Al-Quran 2011/01/01
    Wahyu dari sudut bahasa bererti isyarah -petunjuk- cepat yang boleh diketogorikan dari jenis perkataan, atau dari kod-kod percakapan, atau dari bentuk suara yang "tunggal", baik dalam bentuk suara yang tersusun atau dalam bentuk tanda dan seumpamanya.Makna-makna dan penggunaan-penggunaan yang berbeza-beza dari kalimat ini ...
  • Bagaimana pandangan Imam Khomeini terhadap Dr. Syari`ati?
    6554 تاريخ بزرگان 2011/07/21
    Berkenaan dengan pandangan Imam Khomeini tentang Dr. Syari`ati, yang berupa karya tulisan beliau yang ada di tangan kita disebutkan bahawa Imam Khomeini tidak menyebutkan secara jelas tanggapan positif atau negatif mengenainya dan tidak menyebut nama Dr. Syari`ati. Sudah tentu Imam Khomeini mengkritik orang-orang yang ...

Populer Hits