Please Wait
12502
Solat merupakan marhalah kemuncak peningkatan bagi setiap langkah ahli suluk –urafa'- dan sebuah lintasan tempat dimana seorang salik dapat berbicara dengan Tuhannya secara langsung dan tanpa perantara.
Allah Swt dalam al-Quran berfirman, "Dirikanlah salat untuk mengingat-Ku." (Qs. Thaha [20]:14). Dan Aku akan zuhur dalam ingatakan kamu berperantakan solat. Jika ingatan kepada Allah telah terbentuk melalui solat, maka kalbu manusia akan menjadi tenang; kerana mengingat Allah akan memberikan ketenangan dan keyakinan dalam kalbu (sebagaimana firman-Nya, "… hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram ...").
Orang yang menunaikan solat, -pada hakikatnya telah- memusnahkan tabiat haiwannya dan menghidupkan fitrah insaniah nya, kerana salah satu manfaat dan khasiat solat adalah menghidupkan fitrah. Orang yang menunaikan solat dengan bermodalkan ketenangan, yang mana ianya telah dihasilkan melalui solat tidak akan pernah terjatuh dalam kemuncak kehidupan yang penuh kemalasan, dan tidak akan pernah takut dalam kekacauan dan kesulitan.
Jika kebaikan sampai padanya, dia tidak akan menghalangnya untuk yang lain.
Solat adalah sebuah kautsar yang akan mesucikan manusia. Sungguh, jika kita tidak merasakan adanya kesucian, kebersihan, dan pancaran cahaya dalam diri kita dari solat yang kita lakukan, maka kita harus menerima bahawa kita masih lagi belum menunaikan solat yang hakiki. Boleh jadi solat yang kita lakukan itu sah dan benar, akan tetapi ia tidak diterima di sisi pangkuan Ilahi. Kerana solat yang diterima adalah solat yang dapat membersihkan dan mensucikan ruh manusia. Dan ketika mana seseorang itu mampu memfokuskan jiwanya di dalam solatnya di kala dia telah menutup mata dan telinganya (dari maksiat) di luar solat.
Solat adalah pertemuan dan menziarahi Sang Kekasih, hadir di mahligai Raja yang maha berkuasa. Waktu-waktu bersendiri pencinta dengan yang Yang dicintainya dan masa merintih serta memohon dengan Zat yang disembah yang maha esa. Dengan laungan takbir , kegimbaraan yang baru akan menempel ke dalam dirinya dan bergembira dengan memberi salam, dan dengan kecintaan yang tinggi menanti semula pertemuan (dengan Tuhannya).
Selama mana kamu belum mengenali-Nya dan tidak mencintai-Nya, selama mana kamu masih sibuk dengan yang lain dan lalai dari-Nya, siapakah yang mengetahui nilai sebenar solat?.
"wahai musim bunga jiwa, wahai jiwa musim bunga
dari awan rahmat, jiwa kami terus dijaga segar
janganlah dicabut asas hidayah dari diri kami
jangan pula ditarik sokongan dari jiwa kami
jangan menyelibungi daku dengan kesengsaraan perpisahan
datangkan setiap apa yang engkau sukai untuk diriku
wahai dari diri-mu kehijauan taman kecintaan[1]
Tuhanku! Siapakah yang telah meneguk cawan kecintaan dari tangan-Mu dan meletakkan ke tepi rantaian penghambaan yang lain? bunga bebawang yang mana satukah, yang telah membersihkan asas keperluannya di mata Engkau dan tidak kagum dengan (kebesaran) Mu? Kekasihku! Teratai yang manakah yang mencintai-Mu dapat menundukkan kepalanyaMu dan menyaksikan tarikan kelembutan-Mu (kasih-sayang-Mu) lantas lari ke dalam kolam?. Cintaku! Manusia yang manakah yang telah mencantumkan dahi kecintaan di atas tanah Ketuhanan dan telah merasakan kemanisan-Mu dapat menyerahkan jiwanya kepada yang lain? [2]
Dan (kepantasan) borak (sejenis haiwan syurga) perjalanan dan keluasan peningkatan ahli makrifat dan pemilik jiwa adalah solat, dan solat khusus mereka, kesenangan dan keuntungan setiap dari ahli amal (sair dan salik) yang menuju kepada Allah adalah mengikut kedudukan ketinggian diri mereka masing-masing.[3]
Ketika a-Quran al-Karim membicarakan tentang masalah solat, dengan firmannya: "Dirikanlah solat untuk mengingati-Ku." Dan Aku akan muncul di dalam ingatan kamu, dengan solat yang kamu lakukan. Sekiranya mengigati Allah muncul melalui solat, jiwanya akan tenang, dan dari satu sudut, dengan mengingati Allah akan memberikan ketenangan kepada jiwa. (sebagaimana firman-Nya, "… hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram." Qs. Al-Ra’ad [13]:28).
Dengan demikian, seorang pelaksana solat akan memiliki kalbu yang tenang, tiada rasa takut terhadap selain-Nya, tidak ada seorang musuhpun baik dari dalam maupun dari luar yang akan mampu mempengaruhinya, kerana seorang yang senantiasa melakukan solat akan senantiasa mengingat-Nya, sedangkan mengingat-Nya akan memberikan ketenangan dan kemantapan kalbu.
Allah yang maha agung di dalam surah al-Ma'arij ayat ke 19 hingga 23, berkenaan hikmat-hikmat solat, berfirman: "Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kikir. Apabila ia ditimpa kesusahan, ia berkeluh kesah, dan apabila ia mendapat kebaikan, ia amat kikir, kecuali orang-orang yang mengerjakan solat."
Fitrah manusia menuju ke arah tauhid, sedangkan tabiatnya lebih cenderung ke arah kekotoran dan pencemaran (dalaman). Para Anbia mengidupkan Fitrah, sedangkan tabiat tidak memberikan apapun selain penyimpangan dan penyelewengan.
Pelaksana solat akan menewaskan tabiat (liarnya) dan menghidupkan fitrah. Ciri-ciri solat adalah menghidupkan fitrah. Pendiri solat adalah orang yang akan menundukkan tabiat yang liar. Dia dengan bermodalkan ketenangan yang telah diperolehnya dari solat, tidak akan terjebak dalam kemalasan dan tidak berkeluh kesah dan takut dalam kesulitan. Setiap kebaikan yang sampai kepadanya, dia tidak akan menghalangnya untuk yang lain dan dia tidak akan menjadi tamak.[4]
Telah dinukilkan dari Imam Baqir As dari Rasul Saw yang bersabda: "Ketika seorang hamba Tuhan bangun mendirikan solat, Allah yang maha agung akan melihatnya sehinggalah dia selesai dari solatnya dan akan terpancar rahmat Ilahi yang melimpah luas dari atas kepalanya hingga ke ufuk langit, dan para malaikat akan mengelilinginya. Allah Ta'ala akan memerintahkan malaikat supaya mengatakan: "Wahai para pelaksana solat, jika kamu mengetahui siapakah yang sedang memandang kamu dan dengan siapakah kamu bermunajat, maka sudah pasti kamu tidak akan mempedulikan selain-Nya dan tidak akan memisahkan diri dari keadaan ini."[5]
Keindahan terbatas wajah material Yusuf telah mampu membuat wanita tenggelam dalam kehairanan[6]. Bagaimana pula akan terjadi terhadap keindahan mutlak, dimana setiap keindahan berada di bawah naungan-Nya?[7]
Ahli sair suluk atau Urafa' yang khusus asyik dan tenggelam di dalam zikir dan ibadah[8].
"Ya Rabb! Janganlah kosongkan ruang jiwa kami dari kecintaan
Curahkan makrifat minuman memabukkan kecintaan kami
Di kala kami bertakbir, janganlah diberi ruang selainnya
Dalam pandangan makrifat ketinggian maqam kami
Panjangkan waktu rukuk kami yang memabukkan
Jadikan dalam sujud, kemuncak ketinggian maqam kami
Ketika qunut, janganlah dipalingkan tumpuan kami walau sezarah sekalipun
Bisikan jiwa dan pendengaran dari bibir kami adalah perminitaan kami
Tengelamkan (kami) ke dasar penyaksian syahadah
Terimalah dari kami diri kami di kala memberi salam". [9]
Sayyidus Syuhada Husain As di saat petang hari Asyura berkata kepada Abul Fadhl Abbas As: "katakan kepada musuh bahawa malam ini adalah malam Asyura supaya mereka memberikan kepadaku kesempatan satu malam lagi. Kerana Allah Swt mengetahui bahawa aku begitu mencintai solat, dan solat adalah kecintaan dan cahaya mata hatiku."[10]
Ya, sementara ada orang-orang membanggakan diri dengan mengatakan: "Aku mendirikan solat." Sedangkan Imam (dengan rendah hati) mengatakan: "Aku mencintai solat dan solat adalah cahaya mata hatiku." Sungguh kedua-dua jumlah ini ada perbezaan yang sangat ketara sekali.
Putera-putera Imam Sajjad As, Imam Baqir As dan para Imam maksum As yang lain pun seperti ini juga, sehingga mereka ini (putera-putera) akan memanfaatkan kesempatan untuk bermain ketika bapa-bapa mereka mula mendirikan solat. Mereka mengatakan: "Ketika ayah kami sedang melakukan solat, beliau tidak akan lagi memperdulikan kami walaupun kami membuat bising".[11]
Pernah suatu hari ketika Imam sedang melakukan solat, di sekitar kediaman beliau telah terjadi satu kebakaran. Penduduk setempat berteriak sehinggalah mereka berjaya memadamkannya. Setelah selesai solat, Imam dikhabarkan bahawa di sini tadi telah terjadi kebakaran, dan suasana menjadi sebegitu bising dan kelang kabut sekali. Adakah anda tidak menyedarinya? "Imam bersabda: "Tidak". Mereka bertanya: "Bagaimana boleh begini?". Bersabda: "Sebenarnya ketika itu aku sedang memadamkan api yang lain. Aku telah memadamkan api di alam sana."[12]
Benar, yang dimaksud dengan solat adalah kehadiran kalbu dan tenggelam yang sempurna serta kebinasaan zat seorang hamba pada Zat yang disembah, dan kejayaan pada menyaksikan Haq.
Akan tetapi, permulaan untuk sampai kepada maqam ini adalah dengan melakukan riyadi dan mujahadah (nafs). Ia adalah hal yang sangat diperlukan dimana jika sedetik saja kita terlena dan tidak menyibukkan diri dengan perintah kalbu maka kita tidak akan mampu untuk sampai pada rahsia solat.
Namun secara global, tokoh-tokoh para alim telah mengklasifikasikan rahsia solat dalam enam tingkatan:
Pertama: kehadiran kalbu; iaitu tidak mengaitkan sesuatupun di dalam kalbunya selain Tuhan.
Kedua: memahami makna bacaan, dzikir, dan tasbih yang terdapat dalam solat sedemikian hingga kalbu ketika memahami kata-kata tersebut akan bergerak bersesuaian dengan lisan.
Ketiga: mengagungkan; iaitu dalam keadaan solatnya dia menyadari akan keagungan Tuhan yang disembahnya dan menjadikan-Nya sebagai sumber segala tujuan.
Keempat: haibah, iaitu rasa ketakutan yang menguasai kalbunya di mana jangan-jangan terjadi kesilapan di dalam ibadahnya.
Kelima: harapan; iaitu maqam kemuliaan dan kedermawanan Tuhan yang akramul akramin menjadi jelas bagi kita dimana kemuncak rahmat dan kasih sayang-Nya, Dia tidak akan membiarkan kita begitu saja dan akan mengampuni dosa-dosa kita.
Keenam: Malu; iaitu kita menyendari bahawa diri dan ibadah yang kita lakukan merupakan hal terkecil yang kita lakukan di hadapan-Nya. Ibadah kita pada dasarnya merupakan sebuah kerendahan diri dan penghambaan mutlak.[13]
"Ya Allah! Dalam kebingungan yang panjang ini
Daku berduka tangan kosong (fakir) dan jiwa yang penuh (harapan)
Daku fakir dari bekalan jalan abadi
Dengan kelebihan-Mu jiwaku penuh harapan
Menerangi jiwaku dengan cahaya
Hidupkan jiwaku dengan kehadiran (Mu)
Jadikan jiwaku haram rahsia-rahsia (mengetahui rahsia-rahsia-Mu)
Kejutkan daku dari tidur kelalaianku" [14]
Wahai yang mulia! Ini adalah penghujung peningkatan laluan setiap salik (urafa') dan satu laluan tanpa perantara dimana dia berbicara dengan Tuhan, dan tempat mengulangi kalimat mulia ini dalam setiap solat: "Iyyaka na'budu wa iyyaka nasta'in". (… hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan)[15]
Ya Allah! Tanpa keraguan bahawa pohon yang menyifatkan tidak akan mampu untuk mencapai langit pujian-Mu, dan burung yang berakal tak mampu mengepakkan sayapnya hingga ke kemuncak keindahan-Mu. Ilahi! Siapakah yang akan mampu memahami keagungan-Mu dengan kantong pemahaman kecil akal kami, dan dimanakah kami akan mampu merayap di puncak kebesaran-Mu dengan bebanan akal kami? Ilahi! Tempatkan kami bersama orang-orang yang mana pepohonan cinta yang akar-akarnya telah memenuhi di taman-taman dada-dada mereka, dan julangan cinta Engkau telah membakari jiwa-jiwa mereka dan haruman keindahan-Mu telah menyegarkan fikiran-fikiran mereka yang bercelaru. Mereka adalah orang-orang yang telah memilih kediaman mereka di samping rumah-Mu dan yang telah meneguk air kehidupan dari hujan kasih sayang-Mu dan mengenakan pakaian halus dari kelembutan-Mu.[16]
Imam Sajjad As (dalam salah satu munajatnya) bersabda: "(Ilahi)! Kurniakanlah daku kemanisan ingatan pada-Mu"[17]
Oleh kerana kami masih belum merasakan kemanisan ini, maka solat adalah hal yang biasa bagi kami. Faktor kami tidak merasakan keindahan cahaya solat ini meskipun kami menunaikan solat adalah kerana ketika kami menunaikan solat kami tidak melakukannya dengan adab-adab, irfan dan pengetahuan akan rahsia-rahsia solat[18].
Amirul Mukminin Ali As dalam Nahjul Balaghah telah menukilkan dari Rasul saw yang bersabda: "Aku hairan terhadap seseorang yang memiliki mata air di dalam rumahnya dan pada setiap hari ia membersihkan dirinya di dalamnya sebanyak lima kali sehari namun dirinya tetap kotor." Ini adalah kerana solat seperti mata air yang jernih dimana orang yang menunaikan solat akan membersihkan dirinya di dalamnya sebanyak lima kali sehari. [19]
Solat adalah sebuah telaga Kautsar yang mensucikan manusia. Jika dalam solat kita tidak merasakan kesuciannya maka kita harus menerima bahawa solat yang kita lakukan bukanlah solat yang hakiki. Boleh saja solat yang kita lakukan sah (dari sudut fekah), akan tetapi ia tidak diterima di sisi Tuhan, ini kerana ciri-ciri solat yang diterima adalah solat yang mampu membersihakan ruh dan jiwa manusia. Ketika manusia mampu menundukkan kalbunya dalam solatnya (pada hakikatnya) dia telah berhasil menguasai mata dan telinganya di luar solat[20].
"Di luar solat telah diikat tali (dipandu)[21]
Rugi penghambaan kepada selain Tuhan, rugi
Rugi Kehidupan tanpa dukanya, rugi
Tidak tunduk selain di sisi mahligai ketinggin-Nya
Rugi melutut kepada setiap yang lain, rugi
Manfaatkan usia dan nyawa pada (mentaati) Hak
Rugi selain penghambaan di dunia, rugi".[22]
Wahai yang mulia! Serahkan badan kepada dunia dan jiwa kepada Maula' (Tuhan), supaya nama dan …. Dan firman-Nya dapat memberi ketenangan kepada anda, di mana jiwa pencinta terbetuk dengan firman (Nya) dan hakikat penyingkapan tirai (kyasf) adalah tiadanya hijab antara jiwa dan Zat yang dicintai.
Berusahalah dalam setiap keadaan supaya jiwamu tetap bersama pembantu (Tuhan), bukan berada di lorong-lorong dan di pasar. Khususnya ketika solat di mana "المُصّلى یُناجى رَبّه " orang yang menunaikan solat menyeru Tuhannya.[23]
Maksud ucapan ini adalah: solat adalah pertemuan dengan Mahbub (Zat yang dicintai) dan bersendiri dengan-Nya. Ia adalah penghujung perpisahan (kepada selain Tuhan) dan saat-saat pertemuan. Hadir di sisi raja yang maha berkuasa di mana kadang-kala lidah bergerak dengan memuji-muji-Nya dan saat-saat anda menampakkan kelemahanmu. Anda menghargai peluang pertemuan (dengan Hak) dan mengalirkan hajat-hajatmu di atas lidah. Menyaksikan keagungan dan kebesaran mahligai kekuasaan-Nya, menundukkan kepala dari kehinaan diri di hadapan Hazrat Hak. Masa tidak anda sia-siakan, terus dengan ingatan (zikir) keindahan dan kebesaran-Nya. Oleh kerana anda tidak datang tanpa dijemput dan juga menjaga adab-adab semasa hadir (dihadapan-Nya), anda telah menjadi semakin dekat dan terus dengan bisikan cinta dan lidah anda terus menyebut hamba-hamba yang baik dan saleh, khususnya nama mulia hamba-Nya yang khusus (Rasulullah s.a.w.) dan …., dan berduka ketika waktu pertemuan berakhir dan dengan cinta yang tinggi menanti waktu pertemuan berikutnya. Anda mengucapkan salam pada-Nya dan berbangga dari pertemuan dengan-Nya, dalam keadaan lidahmu bergerak-gerak mengulang-ulang nama indah-Nya, dengan jiwa dan nyawa, dengan mengingati-Nya anda terus hidup.
Wahai yang mulia! Mereka yang tidak memiliki Yang dicintai dan yang tidak mengenali sifat-sifat indah dan kebesaran-Nya, jiwanya tidak akan condong pada-Nya dan tidak mendengar seruan-Nya. Tidur (yang banyak), lesu, beratnya makanan (dalam perutnya) dan jiwa yang sibuk dengan pekerjaan-pekerjaan harian (dunia) dan … menjadikan dia tidak akan mampu. ….
Maka itu, bagaimana boleh jadi cinta untuk bertemu dengan-Nya padahal dia tidak mengenal dirinya dan dari cinta dan takut, boleh menjadikan wajahnya berubah dan kakinya bergetar? Selama sibuk dengan diri sendiri dan tidak melangkahkan kaki ke luar, bilakah dapat kejayaan untuk bertemu yang lain?
Tidak lupa juga, bahawa tarbiah dan perkembangan seseorang remaja adalah berada dipangkuan keluarga di mana kadangkala ia berupa sebuah taman yang berbau haruman dan … dan (kadangkala) ia satu ruang yang mendukacitakan…
Juga bukanlah bahawa semua pohon yang baru dan remaja memiliki hubungan yang sama ketika bertemu dan menziarahi Tuhannya. Betapa saf-saf yang berbaris menanti dengan wajah-wajah yang bercahaya di pusat-pusat ilmu dan agama dan … untuk menunaikan solat.
[1]Mulla Mukhsin Faizd Kasyani. Dewan Syair. Sayyed Mahdi, Das Doa Ceysme Umid, Munajad Khamsata Asyar, Munajat ke-9, Hal 81
[2]Sayyed Mahdi, Das Doa Ceysme Umid, Munajad Khamsata Asyar, Munajat ke-9, Hal 81.
[3]Imam Khomeini, Sayyid Ruhullah, Sirr as- Shalat, Muasese-ye Tandzim wa Nasyr Atsar-e Imam, hal. 5.
[4]Jawadi Amuli, Abdullah, Hikmat-e Ibadat, hal. 95.
[5]Man La Yahdhurul Faqih, jil. 1, hal. 210, hadis ke 636.
[6]"Dan wanita (Zulaikha) yang Yusuf tinggal di rumahnya menggoda Yusuf untuk menundukkannya kepada dirinya …" (Qs. Yusuf: 23)
[7]Sabzewari, Mulahadi, Asrarul Hekam, hal. 528.
[8]Mulla Hadi Sabzawari, Asrarul Hikam. Hal: 528
[9] Faizd Kasyani. Dewan Sya'ir
[10]Maqtalul Husain As, hal. 232.
[11]Anwarul Bahiyyah, hal. 49.
[12]Biharul Anwar, jil. 46, hal. 78.
[13]. Meqdadi Ishfahani, Ali, Nesyan az bi Nesyan-ho, jil. 1, hal. 325.
[14]Attar Nisyaburi
[15]Qs. Al-Fatikhah:5.
[16]Syuja'i, Daste doa Cisym-e Umid, munajad ke 12.
[17]Mafatihul Jinan, Munajat Khamsah 'Asyar.
[18]Jawadi Amolli, Hikmat Ibadat. Hal 105
[19]Nahjul Balaghah, Khutbah 199
[20] Jawadi Amolli, Hikmat Ibadat. Hal 105-116
[21] Jawadi Amolli, Hikmat Ibadat. Hal 105-116
[22]Faidz Kasyani, Dewan Syair
[23]Hasan Zadeh Amulli, Tozioneh Suluk. Hal 12