Carian Terperinci
Pengunjung
7070
Tarikh Kemaskini 2010/06/09
Ringkasan pertanyaan
Apakah mustahil pada suatu saat, kekuasaan Imam Zaman ajf juga mengalami keruntuhan?
soalan
Kami pernah membaca dalam sejarah bahawa setiap pemerintahan dan kekuasaan pada suatu saat akan mengalami kejatuhan. Apakah tidak mungkin pada suatu saat, kekuasaan Imam Zaman ajf juga mengalami keruntuhan? Ertinya masyarakat merasa jenuh dan muak terhadap pemerintahan beliau.
Jawaban Global

Pada masa kekuasaan Imam Zaman Ajf, perkara semacam itu tidak mungkin terjadi. Kerana  keruntuhan yang dialami oleh para penguasa itu disebabkan kezaliman, kekejaman dan penyimpangan mereka dari prinsip-prinsip keadilan atau disebabkan kerana penipuan mereka dan kedengkian masyarakat terhadap pemerintahan. Faktor-faktor seperti itu tidak mungkin terjadi pada masa kekuasaan Imam Mahdi ajf.

Jawaban Detil

Runtuh dan jatuhnya sebuah pemerintahan boleh terjadi kerana dua faktor:

a). Tunjang-tunjang setiap pemerintahan itu akan runtuh disebabkan kerana  kezaliman, kejahatan dan jauh menyimpang dari jalan yang benar dan adil. Akibatnya rakyat akan melakukan pemberontakan terhadapnya atau kerana  adanya serangan dari luar terhadapnya yang pada akhirnya pemerintahan tersebut mengalami keruntuhan. Di sepanjang perjalanan sejarah, banyak kekuasaan mengalami keruntuhan disebabkan faktor tersebut. Contohnya pada masa kekuasaan Islam, kekuasaan Bani Umayyah mengalami keruntuhan kerana  kezaliman, kejahatan dan tidak berlaku adil terhadap rakyatnya, sehingga akhirnya kekuasaan Bani Abbasiyah dapat menggulingkannya atau kekuasaan Bani Abbasiyah yang tumbang akibat serangan pasukan Mogol atau kekuasaan Sasani di Iran yang pasrah menyerah setelah mendapat serangan hebat dari pasukan Islam. Ini adalah kerana  kezaliman dan kejahatan yang dilakukan oleh para penguasa pada masa itu, telah mencapai pada tahap kemuncak sehingga rakyat pun merasa jemu untuk melakukan pembelaan. Bahkan sebaliknya, mereka berusaha mencari perlindungan agar dapat bebas dari kezaliman dan kejahatan oleh para pemerintah. Begitu pula terjadinya revolusi Islam di Iran dan runtuhnya kekuasaan kerajaan beraja di Iran dan kebangkitan rakyat untuk menggulingkan mereka.

Di sepanjang sejarah, seluruh pemerintahan dan kekuasaan yang zalim mengalami kondisi seperti itu. Ertinya kekuasaan mereka itu jatuh kerana kudeta atau kerana serangan dari luar dengan alasan kerana  terjadinya kekacauan dalam negeri dan kedengkian rakyat yang pada akhirnya kekuasaan itu pasrah dan tumbang.

 

b). Faktor lain yang menyebabkan jatuhnya sebuah pemerintahan adalah provokasi yang dilancarkan oleh mediamasa terhadap rakyat sehingga mereka merasa muak terhadap pemerintah. Hal itu sebagaimana terjadi pada masa khilafah Amirul mukminin Ali bin Abi Thalib As. Provokasi yang sangat hebat para penentang dan berbagai serangan yang dilancarkan terhadap Hazrat As, tidak memberikan kesempatan kepada rakyat untuk dapat berpikir dengan baik. Dan ditambah lagi dengan banyak penyimpangan yang terjadi di dalam masyarakat ketika itu, menyebabkan Hazrat As tidak mahu menerima tampuk kekuasaan –ketika ditawarkan kepadanya-. Hazrat As tahu bahawa para pemuka masyarakat ketika itu, sudah begitu jauh menyimpang sehingga sangat sulit sekali untuk menegakkan keadilan di tengah-tengah mereka. Rakyat pun, oleh kerana telah jauh menyimpang dari kebenaran ajaran Islam yang murni, tidak menunjukkan sebarang penentangan terhadap provokasi negatif tersebut.[1] Hingga pada akhirnya Hazrat As meneguk madu syahadah dan masa khilafahnya pun berakhir.

 

Adapun pada masa pemerintahan Imam Zaman Ajf hal itu tidak akan terjadi. Kerana pada masa khilafah beliau, rakyat telah mencapai kesadaran berfikir yang tinggi dan kemajuan dalam ilmu pengetahuan. Di zaman Hazrat Ajf, tunggak kekuasaan yang satu dan semua propaganda dan media masa akan berada di bawah kekuasaannya. Seluruh ajaran Islam, diantaranya adalah “amar makruf” dan “nahi mungkar”, dapat dijalankan dengan baik. Oleh kerana itu, kudeta, pemberontakan dan kedengkian rakyat tidak akan terjadi terhadap pemerintahannya. Dengan penjelasan ini, masalah kedua (penipuan dan kecurangan terhadap rakyat) juga tidak akan akan terjadi.

 

Benar, walaupun syaitan-syaitan di zaman pemerintahan Hazrat Ajf masih tetap aktif melakukan bisikan dan kejahatan dan sebagian masyarakat juga akan tertipu dengan tipu dayanya.[2] Tetapi kebanyakkan rakyat, sebagaimana telah dijelaskan di atas, telah mengetahui jalan yang benar, sehingga mereka tidak mungkin akan tertipu dan tidak merasa jenuh dan muak terhadap pemerintahan Hazrat Ajs.



[1]. “Ali az Zaban-e 'Ali ya Zandegani Amirul Mukminin 'Ali As”. M/S: 160-164. Dr. Syed Muqaddam Syahidi. Pusat penyebaran budaya Islam, 1379,. “Sirah Siyasi wa Ijtimai Imam 'Ali As”. M/S: 51-76. Syed Sa'id Lawasani. Pusat Kajian Universiti Azadi Islami, 1380.

[2] . Untuk mengetahui secara ringkas sila rujuk kitab-kitab ini : “Pemerintahan universal Imam Mahdi As”. Nashir Makarim Syirazi, “Mahdi Inqilâb-e Buzurgh”, Ibrahim Aminni. “Dadgâstari Jahân”, Hadi Kamil Sulaiman dan kitab: “Ruzgâr-e Rahâi” terjemahan 'Ali Akbar Mahdi Pur, Jilid : 2.

Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Bilangan komen 0
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai
Sila masukkan nilai

Kategori

Pertanyaan-pertanyaan Acak

  • Bagaimana pandangan Imam Khomeini terhadap Dr. Syari`ati?
    6814 تاريخ بزرگان 2011/07/21
    Berkenaan dengan pandangan Imam Khomeini tentang Dr. Syari`ati, yang berupa karya tulisan beliau yang ada di tangan kita disebutkan bahawa Imam Khomeini tidak menyebutkan secara jelas tanggapan positif atau negatif mengenainya dan tidak menyebut nama Dr. Syari`ati. Sudah tentu Imam Khomeini mengkritik orang-orang yang ...
  • Apakah terdapat pertentangan antara kebebasan manusia dan penutupan Tuhan terhadap mata hati para pendosa?
    10058 Teologi Klasik 2011/04/19
    Terdapat banyak ayat yang membicarakan tentang tertutupnya mata hati, penglihatan, dan pendengaran orang-orang kafir, kaum munafik, kelompok sesat dan penyimpang, para pendosa dan penjenayah.“Khatm” dan “thab’e’” bermakna tutup, mencap, mengukir, mencetak dan membentuk sesuatu dalam bentuk yang tertentu. “Qalb” terkadang digunakan untuk ...
  • Mengapakah Tuhan menciptakan syaitan?
    11774 Teologi Klasik 2011/11/23
    Pertama: Peranan syaitan dalam menyimpangkan dan menyesatkan manusia hanya berada pada peringkat mengajak dan menyeru. Kedua: Proses untuk meraih kesempurnaan sentiasa berlangsung di tengah pelbagai cabaran dan paradoks. OIeh kerana itu, penciptaan hidupan dan makhluk sedemikian dalam sistem penciptaan tidak boleh disebut sebagai sia-sia atau tanpa alasan. Melainkan hal itu ...
  • Apakah Nabi (s.a.w) mati syahid?
    12240 تاريخ بزرگان 2011/05/10
    Banyak dalil yang termaktub dalam kitab-kitab hadis dan sejarah, baik Syiah atau pun Sunni yang menegaskan hal ehwal kesyahidan Nabi (s.a.w) akibat diracun. Namun noktah berikut ini juga harus diperhatikan bahawa apabila kesyahidan kita definisikan dengan makna terbunuh di jalan Allah dan rasul sebagaimana yang dijelaskan dalam al-Qur’an, ...
  • Apakah ketiadaan syaitan setara dengan tiadanya penyempurnaan bagi insan?
    7362 Teologi Klasik 2014/05/20
    Sila ambil perhatian, walaupun peranan syaitan-syaitan jin dan manusia merupakan sebuah peranan yang penting, dan mereka perlu wujud, namun siapakah yang memilih untuk memainkan peranan ini seiring dengan pilihan dan kehendak sendiri tanpa paksaan daripada Allah (s.w.t). Allah (s.w.t) tidak menciptakan syaitan sebagai syaitan. Ini disebabkan sudah ...
  • Apabila Tuhan merupakan Pencipta segala sesuatu, apakah dosa-dosa dan segala perbuatan buruk yang dilakukan manusia adalah merupakan makhluk Tuhan juga?
    10164 Teologi Klasik 2011/05/09
    Jawapan pertanyaan ini akan menjadi jelas dengan memerhatikan definisi kehendak (irādah) dan pembahagian-pembahagiannya iaitu iradah (kehendak) takwini dan tashri’i. Kehendak terbahagi kepada dua, pertama kehendak takwini dan kedua kehendak tasyri’i.Kehendak Takwini ialah pengetahuan terhadap ciptaan secara sempurna dan meliputi segala-galanya, iaitu sebagaimana Allah ...
  • Bolehkah lantaran ayat tathir tersebut terletak di tengah-tengah redaksi ayat maka ia dikatakan tidak memiliki makna hashr (pembatasan)? Siapa sebenarnya yang disebut Ahlulbait?
    7961 Tafsir 2011/08/20
    Dalam menjawab pertanyaan pertama boleh dikatakan bahawa: ayat tathir ini berada ditengah-tengah ayat, di mana hal itu menegaskan bahawa konteksnya sejalan atau sama dengan subjek yang ada sebelum dan sesudahnya. Jikalaulah tidak ada pengkhususan untuk isteri-isteri Nabi ...
  • Mengapa Network Marketing dan QI Internasional di Iran dilarang dan diharamkan?
    9468 Huquq Dan Ahkam 2011/11/23
    Sebabnya ialah kerana perusahaan-perusahaan seperti Gold Quest dan Goldmine (secara umum) merupakan perusahaan yang melakukan perniagaan dalam bentuk piramid untuk mengaut keuntungan yang melimpah. Perniagaan seperti ini secara rasmi dilarang di Iran. Larangan ini dilakukan kerana sangat membahayakan ekonomi negara. Bahaya yang ditimbulkan darinya adalah:
  • Siapakah yang akan masuk ke dalam syurga?
    12330 Teologi Klasik 2013/01/24
    Dengan mengamati ayat-ayat al-Qur'an dapatlah difahami bahawa syurga merupakan janji tetap Allah (s.w.t) yang telah diperuntukkan bagi orang-orang "muttaqin", "mu’min" dan orang yang patuh terhadap seluruh perintah Allah (s.w.t) dan Rasulullah (s.a.w). Orang seperti ini adalah insan yang benar-benar bahagia dan berjaya. Dengan menyemak ...
  • Apakah orang-orang beriman akan mendapat kenikmatan alam kubur dan orang-orang kafir akan dibalas dengan azab kubur?
    21316 Teologi Klasik 2011/12/19
    Syaikh Mufid dalam kitab Awâil al-Maqâlat-nya, membahagikan manusia menjadi empat bahagian berdasarkan keyakinan dan amalan perbuatan mereka:1.             Orang-orang beriman yang bertakwa2.             Orang yang melakukan dosa tanpa iman dan penentang keras kepala

Populer Hits