Carian Terperinci
Pengunjung
24103
Tarikh Kemaskini 2011/07/21
Ringkasan pertanyaan
Mengapa orang-orang Jamal (seperti Aisyah, Thalha, Zubair) mengangkat senjata melawan Imam Ali As?
soalan
Mengapa orang-orang Jamal (seperti Aisyah, Thalha, Zubair) mengangkat senjata melawan Imam Ali As?
Jawaban Global

Dengan memperhatikan sumber-sumber sejarah, kita akan mengkaji sebab-sebab berlakunya perang Jamal dari kedua belah pihak dan kemudian memberikan penilaian atasnya:

 

A.    Sebab-sebab terjadinya perang Jamal dalam pandangan orang-orang Jamal:

1.     Dalam jumlah yang terdapat dalam ucapan-ucapan Aisyah dan Thalha dapat ditegaskan bahawa diantara faktor-faktor terpenting berlakunya perang Jamal adalah kerana ingin menebus darah Ustman. Di samping itu, sebagian orang memandang Ali As sebagai orang yang bertanggung jawab atas pembunuhan Utsman.

2.     Sebagian ulama Muktazilah berkeyakinan bahawa Aisyah dan para pengikutnya bermaksud ingin menunaikan tugas amar makruf dan nahi mungkar.

3.     Thalha menyebutkan sebab lain yang kurang-lebih senada dengan sebab sebelumnya, ia adalah ingin melakukan kebaikan atas umat Nabi Saw dan menyebarluaskan ketaatan kepada Allah Swt.

4.     Khilafah dan kepemimpinan Imam Ali As tidak mengikut dengan model dan gaya para khalifah sebelumnya, maka itu ia tidak sah.

5.     Ali As dalam berbagai urusan pemerintahannya tidak melibatkan Thalha dan Zubair dalam perbincangannya.

 

Sebab-sebab terjadinya perang Jamal menurut pandangan Ali bin Abi Thalib dan pengikutnya:

1.     Thalha dan Zubair adalah dua orang yang mencari kekuasaan: Amirul Mukminin As dalam khutbah 148 Nahj al-Balâgha bersabda: “Thalha dan Zubair masing-masing berharap agar kekuasaan jatuh di tangan mereka.”

2.     Melanggar janji setia (baiat dan ikrar): Imam Ali As dalam beberapa penjelasannya ketika mengumumkan supaya bersiap-siaga untuk perang, telah menuding kedua orang ini sebagai orang-orang yang telah melanggar janji dan baiat mereka.

3.     Dendam dan kesumat yang silam: noktah ini sememangnya tidak dapat diingkari bahawa terdapat banyak orang yang menaruh dendam kepada Imam Ali As. Hadrat Amirul Mukminin As menyebutkan akar-akar permasalsan tersebut: Pertama: Pengkhususan persaudaraan antara Nabi Saw dan Imam Ali As. Kedua: Keunggulan Imam Ali atas Abu Bakar. Ketiga: Terbukanya pintu rumah Imam Ali As ke arah masjid Nabi Saw (sedangkan pintu-pintu rumah yang lain ditutup). Keempat: Penyerahan panji kemenangan Khaibar di tangan Ali As.

Demikian juga Thalha dan Zubair juga berharap agar Ali As melibatkan mereka berdua dalam (majlis) mesyuwaratnya dalam urusan (pemerintahan) dan menyerahkan kepada mereka sebagian urusan pemerintahan dimana tidak satu pun dari harapan ini terpenuhi dan hal ini telah menyebabkan munculnya kebencian kepada Ali As.

4.     Nifaq: Hipokritas dan bermuka dua adalah merupakan salah satu sebab yang lain (yang menyebabkan meletusnya perang Jamal) sebagaimana telah disinggung oleh Imam Ali As.

5.     Hilangnya keamanan dalam kehidupan kaum Muslimin: Bukti nyata dari sebab ini adalah penyerangan orang-orang Jamal di Basrah ke atas baitulmal dan pembunuhan sebagian masyarakat.

6.     Menutup amal-perbuatan (jahat) mereka: Berkait dengan masalah ini, Amirul Mukminin As dalam khutbah 137 Nahj al-Balâgha bersabda: “Mereka ingin menuntut darah yang telah mereka tumpahkan sendiri.”

Jawaban Detil

Untuk mengkaji sebab-sebab tercetusnya peperangan Jamal kiranya perlu untuk melihat dalil-dalil dari kedua-dua belah pihak yang berbalah kemudian mengukurnya mengikut dengan fakta-fakta sejarah dan selepas itu memilih pandangan yang benar. Pertamanya kami akan menyemak secara global faktor-faktor tercetusnya peperangan Jamal menurut pandangan orang-orang yang memulai peperangan ini (ashab Jamal):

 

A.    Sebab-sebab meletusnya perang Jamal menurut para pembesarnya:

1.     Setelah kaum Muslimin melakukan baiatnya kepada Imam Ali As, Aisyah yang hadir ketika itu di tengah-tengah perhimpunan kaum Muslimin berkata: “Wahai kaum Muslimin! Sesungguhnya Ustman terbunuh dalam keadaan teranaiya.”[1] Ucapan Aisyah ini secara zahirnya telah menjadi batu asas bagi penentangannya terhadap Amirul Mukminin As dan kebiasaannya faktor ini dikemukakan adalah sebagai alasan utama keluarnya Aisyah dan para pendokongnya untuk melawan Amirul Mukminin Ali As. Kerana mereka memandang bahawa Ali As adalah merupakan punca utama atas terbunuhnya Utsman, dengan demikian mereka bangun menentangnya.

2.     Sebahagian ulama Muktazilah berpandangan bahawa Aisyah dan para pengikutnya bermaksud ingin menjalankan tugas amar makruf dan nahi mungkar.[2]

3.     Thalha dalam menyampaikan khutbah yang ditujukan kepada masyarakat Basrah berusaha menunjukkan kepada masyarakat bahawa kebangkitannya tidak bermaksud untuk merebut jawatan kekhalifahan dan pemerintahan, bahkan ia mahukan bantuan dari penduduk Basrah supaya semuanya berupaya memperbaiki umat Rasulullah Saw dan menyebarkan ketaatan kepada Allah Swt.[3]

Sebagaimana yang telah disebutkan, secara umumnya kebanyakkan khutbah yang dipetik dari Aisyah dan Thalha, menyebut tentang pembunuhan Utsman dan mahu menebus kembali darahnya yang tumpah adalah sebab utama mengapa mereka melanggar perjanjian dan baiat mereka kepada Ali bin Abi Thalib As. Terdapat juga masalah lain yang dapat disebutkan di sini dimana Thalha mengira bahawa pemerintahan Ali As tidak sejalan dan tidak mengikut model dan gaya pemerintahan tiga khalifah sebelumnya dan Ali As tidak bermusyawarah dengannya dalam urusan pemerintahan. Dan ini menjadikannya bangun menentang Imam Ali As[4]

 

Sebelum menjelaskan sebab-sebab tercetusnya peperangan Jamal menurut Ali bin Abi Thalib As kita harus memperhatikan satu poin penting iaitu faktor-faktor utama terjadinya perang. Amirul Mukminin As dalam khutbah 172 Nahj al-Balâgha bersabda, “Thalha dan Zubair telah mengheret isteri Rasulullah Saw bersamanya bak budak yang dibawa untuk dijual di pasar.” Dari sabda Amirul Mukminin As ini dapat difahami bahawa pelaku penting perang Jamal, tidak lain adalah Thalah dan Zubair. Dan Aisyah dalam hal ini lebih banyak telah disalahgunakan.

 

B.    Sebab-sebab meletusnya perang Jamal menurut Ali bin Abi Thalib dan para pengikutnya:

1.     Mengejar kekuasaan: Amirul Mukminin dalam khutbah 148 Nahj al-Balâgha menjelaskan bahawa Thalha dan Zubair yang mecetuskan peperangan Jamal ini kerana ingin mengejar kekuasaan: “Masing-masing dari mereka berharap mereka dapat meraih kekuasaan dan harapannya tertambat pada kekuasaan serta tidak lagi memandang sahabatnya.”

2.     Melanggar baiat dan janjisetia: Amirul Mukminin As dalam sebuah khutbah ketika mengarahkan masyarakat supaya bersiap-sedia (untuk berperang) bersabda: “Sesungguhnya Thalha dan Zubair telah melanggar baiat dan janjisetia mereka serta telah mengheret Aisyah dari rumahnya supaya dapat menyemarakkan api fitnah dan menumpahkan darah.”[5]

3.     Dendam kesumat yang lampau: noktah ini sememangnya tidak dapat diingkari bahawa terdapat dendam kesumat terhadap Ali bin Abi Thalib As. Hadrat Amirul Mukminin As menyebutkan akar-akar permasalahan tersebut, di antaranya: Pertama: Kerana Rasulullah Saw mengutamakan saya dibandingkan ayah Aisyah sendiri. Kedua: Kerana Rasulullah Saw mengkhususkan saya sebagai orang yang bersaudara dengannya.[6] Ketiga: Kerana Allah Swt memerintahkan kepada Rasulullah Saw supaya menutup semua pintu rumah yang berakhir dengan masjid dan termasuklah pintu rumah ayah Aisyah, namun pintu rumah saya tetap terbuka.[7] Keempat: Kerana Rasulullah Saw menyerahkan panji kemenangan Khaibar kepadaku setelah ia menyerahkannya kepada yang lain. Dan saya telah menyebabkan kemenangan (dalam peperangan tersebut) dan hal ini telah menyebabkan mereka berduka dan sebagainya.[8]

Di samping itu, Thalha dan Zubair berharap bahawa Ali bermusyawarah dengan mereka dalam urusan pemerintahan. Kerana Thalha dan Zubair melihat diri mereka sederajat dengan Ali As dan bahkan lebih tinggi darinya. Dan mereka juga berharap bahawa setelah kematian Utsman mereka dapat meraih sebagian urusan pemerintahan. Namun tidak satu pun dari harapan ini dapat dicapai dan hal telah menjadi sebab timbulnya dendam kesumat pribadi keduanya terhadap Ali bin Abi Thalib As.

4.     Nifak: Imam Ali As dalam khutbah 13 Nahj al-Balâgha menyifatkan bahawa agama orang-orang ini memiliki dua wajah.

5.     Melenyapkan keamanan kaum Muslimin: Setelah para pembesar Jamal berjaya berkuasa di Basrah, mereka mula menyerang gudang Bahrah dan menceroboh serta merampas harta dari baitulmal. Demikian juga mereka turut menyerang masyarakat, menyiksa sebagian orang serta membunuh sebagian yang lain.[9]

6.     Menutup tindakan mereka sendiri: Tatkala Amirul Mukminin mendengar khabar bahawa Thalha dan Zubair bangkit demi menuntut darah Utsman, Hadrat As bersabda: “Tiada orang lain selain mereka sendiri yang telah membunuh Utsman. Dan juga kandungan ucapan ini telah disebutkan juga di dalam khutbah 137 Nahj al-Balâgha, “Mereka ingin menuntut darah orang yang telah mereka tumpahkannya sendiri.”

Dengan kondisi ini, Amirul Mukminin As bersabda: Talhah telah mencetuskan peperangan supaya dengan itu ia tidak dipertanggungjawabkan atas pembunuhan Ustman[10]. Dan dengan merenung ungkapan di atas dapat disimpulkan bahawa: Pertama: kebanyakan cemohan dan cercaan Amirul Mukminin kepada para pembesar Jamal adalah berdasarkan ucapan Hazrat As kepada Thalha dan Zubair. Sepertinya Hazrat As meyakini bahawa punca tercetusnya perang adalah mereka berdua ini. Dengan kata lain, Aisyah hanya memainkan peranan kedua (cabang) dalam bencana ini dan telah disalahgunakan oleh keduanya. Kedua: Apabila diperhatikan jelas bahawa tiada satu pun sebab dan dalil yang disebutkan oleh para pembesar Jamal untuk dapat diterima. Khusunya tatkala kita tahu bahawa pembunuhan dan menuntut darah Utsman hanya sekadar alasan dan propaganda semata-mata; ini kerana Aisyah sendiri tidak memiliki hubungan baik dengan Utsman. Dinukilkan bahawa Aisyah telah membawa pakaian Rasulullah Saw ke hadapan Utsman dan berkata kepadanya, “masih belum kering lagi kelembapan kain kapan Rasulullah Saw, engkau telah menyelewengkan hukum-hukumnya.” [11]

 

Maka itu, perhatikanlah bahawa para pembesar Jamal, dengan bertopengkan wajah yang ceria dan mahukan kebenaran tetapi bangkit menentang Ulil Amrinya (pemimpin) dan melanggar baiat serta janjisetia mereka, yang mana semua ini tidak lain hanya sekadar alasan (untuk mereka sampai kepada tujuan mereka dan dendam kesumat terhadap Hazrat As) semata-mata.



[1]. Al-Jamal, Syeikh Mufid, hal. 228; menukil dari Târikh Thabari, jil. 4, hal. 448-450; al-Syâfi, jil. 4, hal. 357-358.  

[2]. Ibid, hal. 64; menukil dari Masâil al-Imâmah, hal. 55; Fadhl al-I’tizâl, hal. 72.  

[3]. Ibid, hal. 304; yang menukil dari Ansâb al-Asyrâf, hal. 226 dan 229.  

[4]. Ibid, hal. 306; yang menukil dari Ansâb al-Asyrâf, hal. 226.  

[5]. Al-Jamal, Syeikh Mufid, hal. 240; yang menukil dari Târikh Thabari, jil. 4, hal. 455 & 480; Ansab al-Asyrâf, hal. 233.  

[6]. Ibid, hal. 409 yang menukil dari Sirah Ibnu Hisyam, jil. 2, hal. 150; Sunan Tirmidzi, jil. 5, hal. 595.  

[7]. Ibid, hal. 410 yang menukil dari Musnad Ahmad, jil. 4, hal. 369.  

[8]. Ibid, yang menukil dari Musnad Ahmad, jil. 1, hal. 99; Shahih Bukhari, jil. 5, hal. 76.  

[9]. Nahj al-Balâgha, Sayid Radhi, khutbah 218.  

[10]. Ibid, khutbah 174.  

[11] ابن ابی الحدید معتزلی، شرح نهج البلاغة، ج 6، ص 215، کتابخانه آیت الله مرعشی، قم، 1404 هـ ق.

Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Bilangan komen 0
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai
Sila masukkan nilai

Kategori

Pertanyaan-pertanyaan Acak

  • Apa yang dimaksudkan pernyataan ‘buta di akhirat’?
    24593 Tafsir 2011/08/20
    Yang dimaksud dengan buta di hari akhirat dalam ayat, “Dan barang siapa yang buta (hatinya) di dunia ini, nescaya di akhirat (nanti) ia akan buta (pula) dan lebih sesat dari jalan (yang benar).” (Qs. Al-Isra [17]:72) dan ayat
  • Mengapakah Ahlul Bait (a.s) hanya dikhususkan untuk beberapa orang sahaja?
    18030 Teologi Klasik 2013/01/08
    Terdapat banyak dalil dominan pengkhususan Ahlul Bait kepada lima orang Āl ʻAba; iaitu Muhammad (s.a.w), Ali, Fatimah, Hasan dan Husain yang telah dinukilkan daripada Nabi (s.a.w) oleh para ahli hadis, ulama Syiah dan ulama Ahlusunnah di mana terdapat lebih dari 70 sumber terkenal Ahlusunnah manakala dalam sumber ...
  • Apakah syaitan (Iblis) berasal dari golongan malaikat atau jin?
    31337 Tafsir 2011/04/19
    Berkenaan syaitan samada ia berasal dari golongan malaikat atau jin, terdapat berbagai pendapat.Sumber perbezaan pendapat ini, berhubung peristiwa penciptaan Nabi Adam As dimana para malaikat sujud kepada Adam As atas perintah Tuhan namun syaitan tidak melakukan hal yang sama.Sebahagian berkata ...
  • Bagaimana pandangan Imam Khomeini terhadap Dr. Syari`ati?
    7061 تاريخ بزرگان 2011/07/21
    Berkenaan dengan pandangan Imam Khomeini tentang Dr. Syari`ati, yang berupa karya tulisan beliau yang ada di tangan kita disebutkan bahawa Imam Khomeini tidak menyebutkan secara jelas tanggapan positif atau negatif mengenainya dan tidak menyebut nama Dr. Syari`ati. Sudah tentu Imam Khomeini mengkritik orang-orang yang ...
  • Bagaimana hubungan antara kehendak Ilahi dan keinginan manusia?
    20286 Teologi Klasik 2011/01/17
    Manusia adalah kewujudan yang Mumkin  (iaitu kewujudan yang possible, iaitu ia boleh ada ketika ada penciptaanya dan boleh tiada ketika tiada penciptanya. Hubungan wujud dengan tidak wujud baginya adalah sama) yang mana hakikat wujud dan seluruh dimensi keberadaannya bersumber dari Allah Swt. Allah Swt dengan ...
  • Kenapa Iblis (syaitan) diciptakan daripada api?
    14290 Teologi Klasik 2010/11/14
    Pertanyaan Ini Tidak Mempunyai Jawapan Lengkap. Sila Klik Kategori Jawapan Detail. ...
  • Mengapa teks surah al-Fatihah dinyatakan sedemikian rupa sehingga hamba bercakap-cakap dengan Tuhannya dan bukan sebaliknya?
    11252 Tafsir 2015/06/09
    Sebagian surah dan ayat al-Quran memiliki sisi edukatif dan pengajaran; artinya diturunkan untuk mengajarkan cara bagaimana mengunkapkan pujian dan munajat kepada Allah Swt. Paragraf-paragraf al-Quran ini terkadang dimulai dengan ungkapan seperti “Qul” (Katakanlah) yang menegaskan sisi edukatif ungkapan tersebut; seperti surah-surah Tauhid dan al-Muaddzatain[1] ...
  • Apa yang dimaksudkan dengan bada', lauh mahfuz, kitabul mubin, lauh mahw wa isbat?
    20336 Teologi Klasik 2010/11/14
    Bada’ bermakna zahir (jelasnya) sesuatu setelah tersembunyi. Dan yang digunakan dalam al-Quran adalah makna ini:  و بدا لهم من اللَّه ما لم یکونوا یحتسبون" Dan jelaslah bagi ...
  • Bagaimanakah manusia dapat sampai kepada kesempurnaan?
    14156 Akhlak Praktikal 2012/05/17
    Jawapan untuk pertanyaan di atas dapat diklasifikasikan dalam empat perbahasan, iaitu: a. Definisi dari perkataan "sempurna" dan perbezaannya dengan perkataan "lengkap"; b. Kesempurnaan manusia; c. Kesempurnaan manusia dari perspektif Islam; dan d. Jalan menuju kesempurnaan. Perkataan "sempurna" kadang-kadang digunakan dengan makna yang selaras ...
  • Apakah telaga kautsar itu?
    16839 Tafsir 2011/07/21
    Kata "kautsar" mempunyai erti kebaikan yang banyak dan melimpah. Dan terdapat begitu banyak contoh (mishdaq) untuk kata kautsar ini, seperti: telaga dan sungai kautsar, syafaat, nubuwwat atau kenabian, hikmah, ilmu, generasi dan keturunan yang banyak.Kautsar memiliki dua mishdaq (wujud), iaitu mishdaq ...

Populer Hits