Carian Terperinci
Pengunjung
14793
Tarikh Kemaskini 2012/05/17
Ringkasan pertanyaan
Apakah matlamat Allah menciptakan manusia?
soalan
Apakah matlamat Allah menciptakan manusia?
Jawaban Global

Tuhan adalah zat yang Maha Sempurna secara mutlak, suci dari semua kekurangan dan kecacatan, Maha Kaya dari semua kewujudan di alam semesta ini, tidak memerlukan apa pun, sebaliknya makhluk-makhluk-Nya pula ialah mereka yang perlu dan berhajat kepada-Nya. Di sisi lain, dalam kesempurnaan-Nya Allah adalah zat yang Maha Bijaksana dan penuh Hikmah iaitu mustahil bagi-Nya untuk  melakukan perkara yang sia-sia dan tanpa makna.

Oleh kerana Dia adalah Maha Pencipta, dengan Rahmat-Nya Dia menciptakan manusia sebagai ciptaan yang paling istimewa di antara makhluk-makhluk yang lain. Manusia berbeza dari benda mati, tumbuhan dan juga binatang. Manusia tak dilahirkan hanya sekadar untuk hidup, berkembang-biak dan memuaskan semua naluri kehaiwanannya semata-mata. Memang benar, manusia mempunyai keistimewaan yang membezakannya dari sekalian makhluk yang lain, iaitu akal. Manusia mempunyai matlamat penciptaan lebih tinggi dari sekadar tumbuhan dan haiwan yang hanya hidup untuk memenuhi nalurinya itu. Namun apakah tujuan itu? Untuk apa Allah menciptakan manusia yang berbeza dengan makhluk selainnya dan mengapa?

Dewasa ini kita melihat manusia mula kehilangan jati-dirinya. Mereka sama sekali tidak memahami tujuan dan asal usul dirinya. Tenggelam dalam kehidupan mereka sendiri. Mereka menyangka bahawa kehidupan ini tak lebih dari sebuah sandiwara. Mereka mengira akhir perjalanannya adalah kehancuran dan kegelapan total yang tanpa makna. Inikah tujuan Tuhan menciptakan mereka? Apakah hanya menenggelamkan mereka dalam penjara kebimbangan dan kecemasan yang menyeksa ini? Sungguh, Maha Suci Allah dari semua yang mereka persangkakan.

Jawaban Detil

Matlamat penciptaan ini telah dibuktikan bahawa setiap dari nama-nama dan sifat-sifat Ilahi adalah ʻain zat-Nya, samada yang kembali kepada Zat dan sesuai dengan keterangan kewajipan wujud-Nya. Contohnya sifat-sifat: ilmu, qudrah, qayyūmiyyah, mālikiyyah, ḥakimiyyah Tuhan, samada yang dikaitkan dengan perbuatan (fiʻl) mahu pun yang lebih dikenal sifat perbuatan misalnya rububiyah, raziqiyah, khaliqiyah, irādah, rahmat Tuhan, keindahan merupakan sifat-sifat thubutiyah (ثبوتیة). Melalui perantara sifat-sifat inilah Allah sentiasa menyampaikan limpah kurnia yang menyusuli di antara penciptaan-Nya tanpa had di mana ia dicipta bersambungan dan tidak terputus serta menescayakan proses mencipta, "Kullu yaumin huwa fī sya'n." (Qs. Al-Rahman [55]:29). Atau secara sederhana dikatakan bahawa KeMahapenciptaan Tuhan menyebabkan-Nya selalu mencipta. Kemenciptaan-Nya ini adalah kerana Zat-Nya sendiri, bukan kerana sebab yang lain.

Suatu hal lagi yang harus diperhatikan di sini ialah oleh kerana Allah (s.w.t) Maha Bijaksana, dan seorang yang bijaksana tidak akan melakukan perbuatan sia-sia dan tidak berfaedah, maka kerana itulah sistem penciptaan Tuhan adalah sistem yang mustahil tidak matlamat. Selain itu dalam sistem penciptaan ini tidak terdapat keserabutan dan ketidak teraturan. Atom-atom semesta pun bertutur:

Tiada dalam sebuah daerah satu noktah yang bertentangan dengan kekurangan dan kelebihan

Di mana aku melihat perkara ini tanpa boleh berdalih

Menurut nas ayat-ayat al-Qur'an, Yang Maha Pencipta bagi seluruh makhluk tidak mencipta-Nya dengan sia-sia dan main-main. Bahkan ciptaan-Nya berasaskan tujuan penting walau pun sekecil apa pun, ia selaras dengan matlamat utama. Tidak ada satu pun di antaranya yang tidak berperanan dan tidak bekerja. Oleh kerana itu disebutkan bahawa sebab dan penghujung matlamat bagi ‘kejadian’ dan ‘kemunculan ciptaan’ adalah kerana manusia. Dengan kata lain, Allah (s.w.t) menjadikan alam semesta untuk mencipta manusia, bukan untuk diri-Nya sendiri kerana mustahil Ia memerlukan makhluk-Nya. Ini disebabkan manusia merupakan sebaik-baik makhluk sebagaimana Allah (s.w.t) adalah sebaik-baik Pencipta (ʼahsan al-khāliqīn). Dalam salah satu hadis Qudsi menyatakan bahawa: "Wahai Bani Adam! Aku menciptakan segala sesuatu untukmu dan engkau untuk-Ku."[1]

Kerana itulah dikatakan bahawa: Walau apa pun matlamat penciptaan manusia itu, keputusannya adalah kembali kepada manusia itu sendiri, bukan untuk Tuhan yang Maha Kaya secara mutlak. Manakala seluruh kewujudan mumkināt seperti manusia berhajat dan perlu kepada-Nya. "Wahai manusia! Kamu sekalian yang perlu kepada Allah; dan hanya Allah-lah Yang Maha Kaya lagi Maha Terpuji." (Qs. Al-Fatir [35]:15); atau pada ayat lainnya, "Dan Musa berkata (Bani Isra’il), “Jika kamu dan orang-orang yang ada di muka bumi semuanya menjadi kafir, (maka tindakanmu ini tidak dapat mendatangkan mudarat bagi Allah, kerana) sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji.” (Qs. Ibrahim [23]:8)

Amirul Mukminin Ali (a.s) dalam khutbahnya berkata: "Kemudian daripada itu, Allah Yang Mahasuci dan Mahamulia menciptakan (semua) ciptaan. la menciptakan mereka tanpa sebarang keperluan daripada ketaatan mereka atau supaya selamat dari perbuatan dosa mereka. Kerana dosa daripada seseorang yang berbuat dosa tidak merugikan-Nya dan tidak pula ketaatan seseorang yang menaati-Nya menguntungkan-Nya.[2] (melainkan tujuan perintah mentaati dan melarang untuk tidak bermaksiat adalah keuntungan bagi para hamba).

Al-Qur’an menjelaskan masalah matlamat penciptaan manusia dengan berbagai penerangan. Sebenarnya setiap satu daripada ayat tersebut menyentuh salah satu dimensi matlamat ini, di antaranya ialah: "Yang menciptakan mati dan hidup supaya Dia mengujimu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.   (Qs. Al-Mulk [57]:2).  Ertinya, ujian bercampur dengan pembinaan dan latihan supaya menghasilkan kesempurnaan. Dalam masalah lain dikatakan: "Jika Tuhanmu menghendaki, tentu Dia menjadikan manusia umat yang satu, tetapi mereka sentiasa berselisih pendapat, kecuali orang-orang yang diberi rahmat oleh Tuhanmu. Dan untuk (menerima rahmat) itulah Allah menciptakan mereka. Kalimah (keputusan) Tuhanmu telah ditetapkan: sesungguhnya Aku akan memenuhi neraka Jahanam dengan semua jin dan manusia (yang durhaka)." (Qs. Huud [11]:118-119).

Kesemua ayat ini menegaskan satu hal, iaitu pembinaan, penggembelengan dan hidayah serta kesempurnaan umat manusia. Tujuan utama di sebalik penciptaan manusia adalah pencapaian kesempurnaan dan kebahagiaan hakiki. Tingkat tertinggi kemanusiaan dan alam malakut hanya dapat tercapai apabila manusia berpijak pada pengenalan, makrifat, penghambaan secara sedar di hadapan Tuhan.

Bermula dari sini jelaslah bahawa tujuan asas dan maksud utama penciptaan manusia adalah ‘sampai kepada kesempurnaan dan kebahagiaan’, ‘mencapai berbagai kemuliaan yang paling tinggi dan nilai-nilai kemanusiaan’ yang hanya dapat diraih ketika berpijak di atas pengenalan, makrifat, penghambaan dan pengabdian secara sedar di hadapan Allah (s.w.t). Kesemuanya ini tersembunyi dalam rahsia perintah untuk beribadah kepada-Nya yang akan mampu mendekatkan diri pada-Nya, Puncak semua Kesempurnaan. "Aku tidak menciptakan jin dan manusia kecuali menyembahku." (Qs. Al-Dzariyat [51]:56).

Dalam sebuah riwayat yang dinukil dari Imam Shadiq (a.s) yang berkata: "Imam Husain (a.s) datang ke hadapan para sahabatnya dan berkata: "Allah (s.w.t) tidak menciptakan hamba-hamba kecuali untuk mengenal-Nya. Tatkala ia mengenal-Nya ia beribadah kepada-Nya dan ketika beribadah kepada-Nya, ia akan melepaskan diri dari penghambaan kepada selain Allah.[3][]

 


[1]. Yabna Ādam! Khalaqtu al-asyā liajlikum wa khalaqtuka liajli," Al-manhaj al-Qawî, jil. 5, hal. 516;  'Ilm Yaqīn, jil. 1, hal. 381.

[2]. Khutbah Hamām.

[3]. InnāLlāh Azza wa Jalla ma khalaq al-'ibād illa liya'rafuhu faidza 'arafuhu 'abaduhu, faidza 'abaduhu istaghnahu biibadatihi 'an ibadati man siwahu," Ilal al-Syarāi', Shaduq, sesuai nukilan dari al-Mizān, jil. 18, hal. 423.

 

 

Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Bilangan komen 0
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai
Sila masukkan nilai

Kategori

Pertanyaan-pertanyaan Acak

  • Apakah syarat-syarat untuk bermubahalah? Dalam perkara apa dibenarkan bermubahalah? Apakah mubahalah akan benar-benar terjadi?
    19380 مباهله 2014/05/20
    Mubahalah ialah saling melaknat sehingga barangsiapa yang berada di dalam kebatilan akan berada dalam kemurkaan Allah (s.w.t), kemudian diketahuilah pihak mana yang berada di dalam kebenaran manakala kebenaran dapat diketahui dan dikenal pasti perbezaannya mengatasi kebatilan. Mubahalah merupakan sebuah doa dan memiliki ciri-ciri dan juga syarat-syarat khusus ...
  • Dalam perspektif agama Islam dan Syiah, dalam masalah-masalah apa sajakah manusia memiliki ikhtiar dan kebebasan?
    8922 Teologi Klasik 2011/07/21
    Dengan merujuk pada teks-teks agama dan mencermati kandungan ayat-ayat dan riwayat-riwayat, dapat ditemukan adanya pemahaman akan kebebasan manusia. Makna dari pernyataan ini bukanlah bermaksud manusia itu memiliki kebebasan secara mutlak dan tidak ada satupun faktor atau kekuatan yang mampu memberikan pengaruh atau menguasai ke atas perbuatannya, bahkan ...
  • Mengapa Network Marketing dan QI Internasional di Iran dilarang dan diharamkan?
    10462 Huquq Dan Ahkam 2011/11/23
    Sebabnya ialah kerana perusahaan-perusahaan seperti Gold Quest dan Goldmine (secara umum) merupakan perusahaan yang melakukan perniagaan dalam bentuk piramid untuk mengaut keuntungan yang melimpah. Perniagaan seperti ini secara rasmi dilarang di Iran. Larangan ini dilakukan kerana sangat membahayakan ekonomi negara. Bahaya yang ditimbulkan darinya adalah:
  • Apakah keIslaman dengan cara bertaklid diterima oleh Allah (s.w.t)?
    12116 بیشتر بدانیم 2013/05/25
    Sekiranya kita tidak mengemukakan sebarang dalil berkenaan dengan akidah di hari akhirat nanti kecuali dalil taklid dan menuruti orang terdahulu secara membabi buta, sedangkan kita tahu bahawa nenek moyang kita bukanlah ahli ilmu, berpengetahuan, golongan intelek dan tidak juga berada dalam asuhan serta bimbingan para ulama, maka ...
  • Apakah teori world line tidak bertentangan dengan kewujudan dan keabadian ruh (sekurang-kurangnya setelah kematian)?
    9937 Teologi Klasik 2012/03/08
    Jawaban Global: Dari perspektif Islam "aku" merupakan sebuah realiti yang berbeza dengan tubuh badan. Ayat-ayat seperti berikut ini menegaskan dan menjelaskan makna dan hakikat ini. "Maka apabila Aku telah menyempurnakan penciptaannya, dan telah meniupkan roh (ciptaan)-Ku ke dalamnya, maka tunduklah kamu ...
  • Mengapa Anda membatasi dan mengkhususkan Ahlulbait a.s. untuk beberapa orang saja?
    8419 Teologi Klasik 2011/07/21
    Pengkhususan “Ahlulbait a.s.” untuk empat belas maksum bukanlah pengkhususan dan pembatasan manusiawi dan kemanusiaan. Pengkhususan dan pembatasan dapat disimpulkan dari kalam Ilahi pada ayat tathir dan riwayat Nabawi yang menjelaskan ayat ini.Dalam menetapkan dakwaan ini dapat disandarkan kepada dalil-dalil yang berbentuk ayat-ayat dan riwayat-riwayat.
  • Apakah yang dimaksudkan dengan “arasy” dan “kursi ” (berdasarkan penafsiran yang pelbagai tentangnya)?
    73331 Tafsir 2010/11/14
    “Arasy” bermakna sesuatu yang mempunyai atap. Takhta kerajaan juga boleh dinamakan arasy sebagai kiasan (kinayah) daripada kekuasaan dan pemerintahan. Sedangkan “kursi ” juga bermakna takhta dan singgahsana. Kedua-dua kata itu digunakan dalam al-Qur’an. Terdapat banyak tempat dalam al-Qur’an, arasy dinisbatkan kepada Allah ...
  • Apa makna muslihat Allah swt yang disebutkan dalam al-Quran?
    21471 Tafsir 2010/11/14
    "Muslihat" bermakna mengurus dan memikirkan  alternatif dalam perbuatan-perbuatan baik atau buruk. Dan atas alasan ini penggunaannya dalam al-Quran juga telah menggunakan "السَّیئ"bersama dengan keterangan.
  • Apakah prinsip-prinsip falsafah penantian Imam Mahdi (Mahdawiyah)?
    8681 انسان و خلافت الاهی 2012/11/22
    Prinsip-prinsip falsafah mahdawiyah dapat diselidiki dari dua arah tujuan: Dari haluan sebab akhir (العلة الغائیة) dan sebab al-fāʻiliyyah (العلة الفاعلیة). Iaitu dari arah kewajaran yang mempunyai matlamat dan mustahil ada pertentangan dengan objektif penciptaan manusia sempurna. Sementara insan sempurna ini berada di dalam rangkaian sebab ...
  • Tolong jelaskan ayat-ayat Al-Qur’an yang menentukan imāmah Imam Ali (a.s)?
    15397 Macam-macam 2013/05/25
    Sebaik-baik jalan untuk menetapkan imāmah Imam Ali (a.s) bagi Ahlusunnah adalah bersandar kepada Al-Qur’an dan hadis-hadis yang menjelaskan ayat-ayat tersebut yang dinukil dari kitab-kitab mereka. Sudah tentu orang itu harus merupakan seorang pencari kebenaran sehingga tidak bersandar pada penjelasan-penjelasan yang keliru, non-rasional serta tidak menutup matanya terhadap ...

Populer Hits