Carian Terperinci
Pengunjung
6874
Tarikh Kemaskini 2011/08/20
Ringkasan pertanyaan
Bilakah pemerintahan adil yang universal akan terbentuk? Setelah berdirinya pemerintahan tersebut, apakah kemiskinan dan kezaliman akan musnah?
soalan
Berapa lamakah pemerintahan adil akan wujud selepas kemunculan Imam Mahdi (a.s)? Apakah setelah terbentuknya pemerintahan yang adil, kemiskinan atau kezaliman dalam sebuah masyarakat tetap masih wujud? Jika tidak wujud, seolah-olah kita tidak menjumpai perbuatan dosa?
Jawaban Global

Yang dapat diambil dari hadis-hadis tentang peperangan Imam Mahdi (a.s) melawan orang-orang yang zalim adalah peperangan tersebut akan berlangsung selama lapan bulan. Lapan bulan setelah kemunculan Imam Mahdi (a.s), berbagai negara akan berada dalam kekuasaannya sehingga wujud sebuah pemerintahan adil di seluruh dunia. Kekafiran, syirik dan kemunafikan akan musnah. Dengan demikian kezaliman tidak akan lagi mendominasi sebuah masyarakat dan sarana maksiat akan dilenyapkan, lebih-lebih lagi perbuatan dosa secara kolektif dalam sebuah masyarakat. Kelak, bumi akan mengeluarkan harta karun dari tanah dan tumbuh-tumbuhan. Hak-hak kaum fakir akan dikembalikan dan diambil daripada orang yang zalim dan sebuah kelompok. Kemudian dibahagikan kepada mereka yang fakir dan miskin, sehingga tak ada lagi orang yang akan menerima sedekah dan zakat kerana semua orang telah berkemampuan dan berkecukupan.

Jawaban Detil

Meyakini Imam Mahdi (a.s) dan fenomena-fenomena selepas kemunculannya merupakan salah satu misdaq (obyek) iman kepada yang ghaib. Penerimaan serta pembelajaran ciri-cirinya merupakan salah satu jalan ibadah sedangkan penggunaan teks-teks muktabar bukanlah tidak mustahil.[1] Namun bertitik tolak dari situ, hadis-hadis dan riwayat-riwayat menjadi usang dan musnah kerana berlalunya zaman yang penuh dengan bala kerana taqiyyah di kalangan pengikut Syiah, pemalsuan dan penyelewengan daripada pihak musuh, perawi yang lupa dan tidak teliti dalam mengingat, masa yang berlalu dengan tiadanya kemungkinan-kemungkinan percetakan. Tidak mungkin sifat kebenaran dari perincian perkara yang lalu dan setelah terjadinya perkara tersebut dapat dikenal pasti oleh Syiah dan mereka yang menantinya. Terutama sekali apabila kita menemui beberapa konflik non-naratif yang tidak boleh berkumpul bersama. Dengan ini, jawapan dari soalan di atas terutamanya bahagian pertama yang berbentuk yang dicurgai dan sangkaan, ia memerlukan analisa dalam beberapa bahagian yang berasingan. Oleh kerana itu jawapan yang diberi berdasarkan bahagian-bahagian yang terpisah:

Mengenai pertanyaan berapa lamakah akan terbentuk pemerintahan adil selepas kemunculan Imam Mahdi (a.s), Imam Bagir (a.s) berkata: “Imam Kedua Belas memerangi musuh-musuh Allah selama delapan bulan hingga Allah ridha atasnya.”[2]  Sesuai riwayat yang kita dapatkan bahawa Imam Mahdi (a.s) akan muncul di kota Mekah dan seiring dengan bergabungnya para pembela dan pengikutnya, beliau akan bergerak menuju ke Iraq, kemudian menuju ke Syam (Suriah) dan setelah itu, menuju Baitul Maqdis.

Tak lama kemudian, seluruh negara-negara Eropah, Turki, Cina, Afganistan dan negara yang lain akan berada di bawah kekuasaannya. Pemerintahan adil, kedamaian dan ketenteraman dunia akan wujud setelah tempoh lapan bulan peperangan berlangsung.[3]

Terdapat banyak perbezaan riwayat-riwayat berkenaan dengan masa berlangsungnya pemerintahan Imam Mahdi (a.s). Ada yang mengatakan masa pemerintahan tersebut, berlangsung selama sembilan belas tahun dan beberapa bulan, tujuh tahun, empat puluh tahun, sepuluh tahun dan tiga ratus sembilan tahun di mana setiap tahunnnya sama dengan dua puluh atau empat puluh tahun. Dikatakan bahawa empat puluh hari setelah kesyahidan (syahadah) Imam Mahdi (a.s), akan nampak tanda-tanda kiamat dengan hancurnya langit dan bumi dan terjadilah kiamat.[4]

 

Apakah masih ada seseorang fakir setelah tertegaknya pemerintahan Imam Mahdi (a.s)?

Tatkala kebangkitan Imam Mahdi (a.s) dan terbentuknya sebuah pemerintahan adil, bumi akan mempersembahkan harta karun berupa bahan galian dan tumbuh-tumbuhan kepada beliau. Beliau (a.s) akan mengembalikan hak-hak kaum lemah dan fakir daripada para penguasa zalim serta akan membahagikannya secara adil kepada mereka. Dengan demikian tidak akan dapat ditemui lagi seorang fakir pun juga tidak ada lagi seorang pun yang mau menerima zakat dan sedekah. Imam Shadiq As berkata: “ Dunia akan berbahagia dengan ditegakkannya keadilan, langit akan menurunkan hujan, pepohonan akan menampakkan buahnya dan bumi akan memunculkan tumbuhan-tumbuhan untuk menghiasi para penghuninya.[5] Imam Mahdi As menyuruh seorang untuk mengumumkan kepada orang-orang bahawa barang siapa yang membutuhkan harta, supaya berdiri namun hanya satu orang diantara mereka yang berdiri dan berkata: “ Saya membutuhkan harta”. Imam Mahdi as berkata: “ Pergilah ke seorang penjaga dan katakan bahawa aku menyuruhnya untuk memberikan uang kepadamu”, setelah seorang tadi, menyampaikan perintah Imam Mahdi As kepada penjaga tersebut. Penjaga tersebut menyuruh untuk memenuhi karungnya dengan uang dan kemudian setelah ia mengemas karung berisi uang tersebut, dan hendak memikulnya ia merasa menyesal dan berkata: “ Kenapa diantara umat Muhammad Saw aku harus menjadi orang yang paling rakus harta? Mengapa aku tidak mempunyai harga diri sebagaimana yang dimiliki orang lain? Setelah itu ia hendak mengembalikan uang tersebut kepada penjaga tadi, akan tetapi penjaga tadi menolaknya. Kemudian Imam Mahdi As berkata: “Aku tidak akan mengambil kembali uang yang telah aku berikan kepadamu”.[6] Rasulullah Saw bersabda: “Orang-orang akan mencari seseorang yang mau menerima pemberian, zakat dan sedekah mereka, namun mereka tidak mendapatkannya sebab pada saat nanti, semua orang akan menjadi kaya dengan anugerah Ilahi”.[7]

 

Apakah setelah berjalannya pemerintahan Imam Mahdi (a.s) masih ada kezaliman di tengah masyarakat?

Keistimewaan pemerintahan Imam Mahdi (a.s) ialah seperti mana matlamat utama seluruh para nabi, iaitu tercipta kedamaian, ketenteraman dan keadilan di seluruh dunia dan hancurnya kebejatan, penyimpangan, kezaliman dan aksi jenayah.

Namun, keberkesanan para nabi dan washi mereka pada saat itu tidak terlalu kelihatan. Tercipta kedamaian, ketenteraman dan keadilan dunia ini merupakan tujuan mereka semua manakala fitrah suci semua orang di sepanjang sejarah juga menanti saat-saat sepeti ini. Maka dari itu, disebabkan Allah (s.w.t) menjadikan para Nabi dan washi sebagai seseorang yang maksum di mana mereka tidak akan pernah mengingkari janji mereka dan tidak akan membuat orang berharap atau menanti kesia-siaan. Maka sudah pasti, janji Allah akan terealisasi dengan kriteria transenden ini, bahkan kewujudan janji Allah tersebut dapat dianggap sebagai matlamat penciptaan manusia.

Dengan rahmat Ilahi kelak seluruh umat akan bersatu berada di bawah panji tauhid sedangkan kekafiran, syirik dan kemunafikan akan mengalami kehancuran.[8] Terdapat banyak hadis baik yang tersurat maupun yang tersirat menyebut hal tersebut. Di antara hadis-hadis tersebut ialah ucapan Imam Hasan al-Askari kepada anaknya yang berbunyi: “Hai anakku, seakan-akan aku melihat pada suatu saat nanti tatkala pertolongan Allah datang padamu, engkau berada di puncak keagungan, lalu suriya kebenaran bersinar dan menelan kegelapan batil. Allah (s.w.t) akan menghancurkan kekuatan para pemerintah zalim melaluimu dan syiar-syiar agama akan dihidupkan kembali. Ufuk dunia akan menjadi terang, kedamaian dan ketenteraman akan tercipta di segala penjuru dunia. Musuh-musuhmu akan kalah dan terhina sedangkan para pembelamu akan menjadi mulia dan menang. Tidak ada satu pun dari para penguasa zalim, penentang dan para pelanggar hak-hak manusia yang akan tertinggal di muka bumi ini, sebab barang siapa yang bertawakal kepada Allah (s.w.t), maka Allah akan mencukupkannya sebagaimana Allah akan menyelesaikan urusanNya dengan mewujudkan janji, keputusan dan takdir-Nya.[9]

 

Apakah ada dosa masih akan dilakukan ketika pemerintahan al Mahdi (a.s)?

Faktor yang mendesak perbuatan dosa ialah kerakusan dan kebergantungan manusia kepada harta dunia. Apabila menggunakan harta secukupnya, manusia mampu menjaga kemuliaan serta harga dirinya di kalangan masyarakat dan mengarahkan pandangan dunianya ke arah pandangan dunia Ilahi, maka harta dunia menjadi tak bernilai baginya. Sebab dia percaya bahawa janji-janji Allah (s.w.t) adalah benar dan akan terwujud meskipun musuh-musuh tidak akan menerima dan tidak akan membiarkan hal tersebut terealisasi. Ketika manusia meyakini adanya hari kebangkitan, penghitungan amal, surga dan segala isinya di sana tidak dapat dibandingkan dengan usia manusia dan segala yang ada di dunia ini, maka tidak akan ada lagi motivasi untuk berbuat dosa. Ditambah, adanya hadis dan argumentasi sebagian para muhaqiq tersohor yang mengatakan bahawa usia iblis akan di akhiri dengan kebangkitan Imam Mahdi (a.s).

Dengan bersandarkan pada hadis Nabi Saw yang berbunyi: “Iblis yang terkutuk akan disembelih oleh Nabi di Baitul Maqdis, sehingga bisikan, gangguan, rayuan dan perangkapnya pun akan lenyap.”[10] Sementara dari sisi lain, adanya pemerintahan adil dan merata, persekitaran sihat dan tenteram yang mencegah masyarakat dari kerosakan, penyimpangan dan perbuatan dosa merupakan benteng untuk perbuatan dosa. Dengan demikian benteng tersebut akan mencegah motivasi perbuatan dosa. Terdapat banyak hadis yang berkaitan dengan hal tersebut, diantaranya ialah hadis dari Imam Ja`far Shadiq dalam menunjukkan pemerintahan Imam Mahdi (a.s) yang berbunyi: “Ikatan-ikatan yang tidak sah, minuman-minuman yang memabukkan dan memakai barangan riba akan tiada, sementara orang-orang menuju ke arah ibadah dan ketaatan, amanah-amanah dipelihara dan disampaikan dengan baik, kejahatan-kejahatan manusia akan musnah, sedangkan orang-orang soleh akan tetap ada.[11] Rasulullah Saw bersabda: “ Allah (s.w.t) akan menghilangkan kesulitan-kesulitan umat dengan perantara Imam Mahdi (a.s) dan akan memenuhi hati hamba-hambaNya dengan ibadah dan ketaatan. Keadilan-Nya meliputi segala sesuatu. Allah (s.w.t) akan memberantas kebohongan dan para pembohong melalui Imam Mahdi (a.s). Allah (s.w.t) akan menghancurkan jiwa-jiwa pemangsa, penentang dan pemicu permusuhan serta mengeluarkan mereka dari perbudakan yang hina.[12] []

 

 

Daftar Pustaka:

1.     Al-Qur’an al-Karim.

2.     Ibrahim Amini, Dād Gustāre Jahān, hal 388, 447.

3.     Haidar Kasyani, Hukumāte Adle Gustār,  hal 225, 301.

4.     Muhammad Jawad Khurasani, Mahdi Muntazar As, hal 188, 273.

5.     Ali Kurani, Ashre Zhuhur,  hal 351, 370.

6.     Jam’e Newsyandagān Adle muntazar, Guftār-e 1, 11

7.     Shafi Gulpaigani,Lutfillah, Muntakhābul Atsār

8.     Shafi Gulpaigani Lutfillah, Imāmat wa Mahdawiyat,  jil. 3

9.     Kamil Sulaiman, Ruzegār Rahā`i, penerjemah Ali Akbar Mahdi Pur,  jil 1 dan 2

10.  Allamah Majlisi, Bihār,  jil. 51 dan 52.

11.  Muhammad Husain Thabathabai, Tafsir al-Mizān, jil.14  hal 160 dan 170.



[1]. Lutfullah Shafi Golpaigani, Nawide Amn wa Aman( Imamat wa Mahdawiyat ), jil. 3 hal. 28-42.

[2]. Ilzām an Nāshib, hal. 189. Ghaibāte Nu`mani, hal. 165. Besyāratul Islām, hal. 199. Nukilan daripada kitab Ruzegār Rahā`i, jil. 1 hal. 478.

[3]. Ruzegār Rahā`i jilid 2 hal. 536 dan 470. Bihār al-Anwār, jil. 52, hal. 309 dan 392.

[4]. Ruzegār Rahā`i, jil. 2 hal. 601-658. Bihār al-Anwār, jil. 2, hal. 279 dan 392.

[5]. Besyāratul Islām, hal. 71. Dinulik daripada kitab “Ruzegār Rahā`i, hal. 639.

[6]. Al-Muntakhāb al-Ātsar, hal. 147. Musnad Ahmad, jil. 3 hal, 37. Al-Shawā`iq al-Muhriqah, hal. 164. Yanābi` al-Mawaddah jil. 3, 135.

[7]. Ilzām al-Naashib, hal. 230. Besyāratul Islām, hal. 256. Ruzegar Raha`i, hal. 598.

[8]. Jika Tuhanmu menghendaki, tentu Dia menjadikan manusia umat yang satu, tetapi mereka sentiasa berselisih pendapat. (Pengetahuan tentang rahsia) yang ghaib di langit dan di bumi hanyalah kepunyaan Allah, dan kepada-Nya-lah dikembalikan seluruh urusan. Maka sembahlah Dia dan bertawakallah kepada-Nya. Dan sekali-kali Tuhanmu tidak lalai dari apa yang kamu kerjakan. (Qs. Al-Hud [11]: 118 & 123).

[9]. Bihār al-Anwār, jil. 5, hal. 35. Wafātul Askari, hal. 49 nukilan dari Ruzegār Rahā’i, jil.1 hal. 530-531. Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.  (Qs. Al-Thalaq [65]:3)

[10]. Al Mizān, jil. 14 terkait Qs. Hajar:36, hal. 160-161-175.

[11]. Al-Muntakhāb al-Atsār, hal. 474. Ilzāmu al-Nāshib, 228. Al-Malāhim wal Fitan, hal. 54

[12]. Bihar al-Anwar, jil. 51 hal. 75. Al-Malāhim wal Fitan, hal. 56. Al-Ghaibah, hal. 114.

Opini
Bilangan komen 0
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai
Sila masukkan nilai

Kategori

Pertanyaan-pertanyaan Acak

Populer Hits