Carian Terperinci
Pengunjung
14805
Tarikh Kemaskini 2012/05/17
Ringkasan pertanyaan
Apakah makna dari ayat berikut, "Tuhan akan memberikan hidayah kepada sesiapa pun yang Dia kehendaki dan akan menyesatkan sesiapa pun yang Dia kehendaki"?
soalan
Apakah makna dari ayat berikut, "Tuhan akan memberikan hidayah kepada sesiapa pun yang Dia kehendaki dan akan menyesatkan sesiapa pun yang Dia kehendaki"? Tidakkah ayat ini bermakna penafian ikhtiar dan kebebasan manusia serta menjadikan keterpaksaan terhadap ciptaan-Nya?
Jawaban Global

Dalam ilmu Kalam (teologi) telah terbukti bahawa manusia memiliki ikhtiar dan kebebasan dalam melaksanakan aktiviti-aktivitinya, dan ajaran-ajaran al-Quran pun tidak bertentangan dengan hakikat ini bahkan membenarkannya. Akan tetapi disebabkan sebahagian daripada ayat-ayat al-Quran yang merupakan penafsir dan penjelas bagi ayat-ayat lain, maka ayat-ayat tersebut harus diletakkan secara bergandingan sehingga dapat ditemui makna yang pasti. Jika kita perhatikan, kata iḍlāl (menyesatkan) di dalam ayat-ayat al-Quran dinisbahkan kepada Tuhan, syaitan dan kepada yang lainnya. Namun yang harus diperhatikan di sini adalah dalam keadaan apa, bagaimana dan kepada siapakah sehingga Tuhan dikatakan sebagai menyesatkan?

Tindakan penyesatan daripada Tuhan bukanlah perbuatan menyesatkan yang telah ada sejak awal lagi, malah perbuatan menyesatkan yang dilakukan oleh Tuhan hanya ditujukan kepada mereka yang menyesatkan dirinya sendiri dengan kehendak mereka sendiri. Dalam surah al-Baqarah (2) ayat ke 26, Tuhan berfirman, "Dengan perumpamaan itu, Dia menyesatkan ramai insan, dan dengan perumpamaan itu (pula) Dia memberikan petunjuk kepada ramai insan. Dan Dia tidak akan menyesatkan dengan perumpamaan itu kecuali orang-orang yang fasik."

Secara zahirnya penjelasan ayat ini boleh jadi akan menimbulkan sangkaan bahawa hidayah dan kesesatan memiliki dimensi jabr dan keterpaksaan serta hanya mengikuti kehendak-Nya saja. Padahal redaksi terakhir dari ayat ini menjelaskan tentang hakikatnya yang sebenar dan menganggap bahawa sumber hidayah dan kesesatan adalah perbuatan manusia itu sendiri.

Jawaban Detil

Dalam beberapa masalah daripada Al-Quran al-Karim, Tuhan Yang Maha Tinggi mengetengahkan tentang persoalan hidayah dan kesesatan dengan penjelasan yang berbeza.

Sebelum itu adalah penting untuk diperhatikan bahawa sebahagian daripada ayat-ayat al-Quran tidak dapat ditafsirkan dan diambil kesimpulan kesimpulan secara sendirian, kecuali untuk memahami makna hakikinya perlulah digunakan peranan ayat-ayat yang lain.

Berikut ini adalah beberapa ayat yang mirip dengannya:

Dalam surah an-Nahl (16) ayat ke 93, Tuhan berfirman, "Dan kalau Allah menghendaki, nescaya Dia menjadikanmu satu umat (satu umat sahaja dan memaksamu untuk beriman). Tetapi Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendaki-Nya dan memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dan sesungguhnya kamu akan ditanya tentang apa yang telah kamu kerjakan."

Dalam surah al-Kahf (18) ayat ke 17, Allah berfirman, "Barang siapa yang diberikankan petunjuk oleh Allah, maka dialah yang mendapat petunjuk; dan barang siapa yang disesatkan-Nya, maka kamu tidak akan mendapati seorang pemimpin pun yang boleh memberikan petunjuk kepadanya."

Sedangkan surah al-A'raf (7) ayat ke 286, berfirman, "Barang siapa yang Allah sesatkan, maka ia tidak memiliki orang yang akan memberikan petunjuk. Dan Allah membiarkan mereka terumbang-ambing dalam kezaliman mereka."

Demikian juga dalam surah al-Zumar (35) ayat ke 36-37, Tuhan berfirman, "Dan barang siapa yang disesatkan Allah, maka tidak ada seseorang pun yang menjadi pemberi petunjuk baginya. Dan barang siapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka tidak seorang pun yang dapat menyesatkannya. Bukankah Allah Maha Perkasa lagi mempunyai (kekuasaan untuk) mengazab?"

Dalam tafsir Al-Mizan, ketika menjelaskan ayat ke 93 dari surah An-Nahl (16), Alamah Thabathabai (r.a) berkata, "Maksudnya ialah Tuhan mampu menciptakan seluruh manusia dalam satu tahap dari sisi hidayah dan kebahagiaan. Sedangkan yang dimaksudkan dengan ‘disesatkan sebahagian’ dan ‘diberikan petunjuk pada sebahagian yang lain’ bukanlah petunjuk dan kesesatan yang telah ditentukan sejak awal, melainkan sebagai kesesatan dan petunjuk yang bersifat imbalan dan akibat kerana seluruh mereka, baik yang mendapat hidayah mahupun yang sesat telah memiliki hidayah pada awalnya. Orang yang akan disesatkan oleh Tuhan adalah mereka yang memilih jalan kesesatannya sendiri, iaitu mereka yang melakukan maksiat dan tidak menyesali tindakannya. Sedangkan orang yang dihidayahkan oleh Tuhan adalah mereka yang tidak kehilangan hidayah fitrihahnya dan menapakkan langkahnya berdasarkan hidayah fitriyah tersebut, atau sentiasa berada dalam ketaatan. Sekiranya ia melakukan dosa dan maksiat sekali pun, maka dia akan kembali ke jalan yang lurus dan kembali kepada sunnah Ilahi yang tidak akan mengalami perubahan.

Pada dasarnya ayat yang berbunyi, "Dan sesungguhnya kamu akan ditanya tentang apa yang telah kamu kerjakan", merupakan sebuah kalimah untuk menghilangkan prasangka yang berkemungkinan akan muncul dalam benak manusia iaitu kewujudan hidayah dan kesesatan di tangan Tuhan akan membatalkan dan menghilangkan kebebasan manusia. Seterusnya apabila kebebasan ini menjadi batal, maka persoalan kenabian dan risalah juga akan menjadi batal. Untuk menghilangkan prasangka seperti ini maka jawapannya ialah: tidak. Masalah ikhtiar dan kebebasan masih tetap ada, dan kewujudan hidayah serta kesesatan di tangan Tuhan tidak akan membatalkan kebebasan kamu kerana Tuhan tidaklah menetapkan kesesatan dan hidayah ini sejak awal. Kesesatan yang diberikan oleh-Nya merupakan imbalan, iaitu seseorang yang menginginkan kesesatan untuk dirinya sendiri maka dia akan mendapatkannya. Demikian juga seseorang yang memilih petunjuk dan hidayah, maka dia dibantu dalam hidayah. Kesimpulannya ialah Tuhan akan membantu apa pun yang kamu kehendaki, dan Dia akan membantu dalam apa yang kamu pilih."[1]

Ayat-ayat al-Quran saling menyempurnakan dan sebahagian ayat akan menafsirkan ayat yang lainnya. Di sini Tuhan berfirman, "Dia akan menyesatkan sesiapa pun yang dikehendaki-Nya", tidak syak lagi ia adalah seperti yang difirmankan, "Allah akan menyesatkan orang-orang yang tersesat"[2], dan tak beza dengan apa yang Tuhan berfirman, "Demikianlah Allah menyesatkan orang-orang yang melampaui batas dan ragu-ragu"[3], atau firman-Nya, "Demikianlah Allah menyesatkan orang-orang kafir."[4]

Dengan demikian benarlah apabila dikatakan bahawa Tuhan akan menyesatkan sesiapa pun yang Dia kehendaki. Namun yang harus diketahui di sini adalah hamba seperti apakah yang diancam dalam kesesatan ini?

Tuhan hanya akan menyesatkan orang-orang yang zalim, pendusta, fasik, berlebih-lebihan, kafir, dan mereka yang tidak mentaati perintah-Nya. Jadi mukadimah dan pengantar daripada penyesatan daripada Tuhan sebenarnya berada di tangan hamba-Nya itu sendiri. Demikian juga halnya apa yang berkaitan dengan hidayah. Dalam masalah ini juga terdapat syarat-syarat yang harus dipenuhi. Jika Tuhan berfirman, "memberikan petunjuk kepada sesiapa yang dihendaki" hal ini mengiringi pengertian bahawa Dia akan memberikan petunjuk dan hidayah kepada sesiapa pun yang dihendaki-Nya. Terdapat juga ayat-ayat yang membahaskan syarat-syarat hidayah, di antaranya ialah dalam salah satu ayat Allah berfirman, "Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan Kepada mereka jalan-jalan Kami."[5] Sementara itu di tempat lain Allah berfirman, "Allah tidak akan memberikan petunjuk kepada orang-orang yang fasik", "Allah tidak akan memberikan petunjuk kepada orang-orang yang kafir", "Allah tidak akan memberikan petunjuk kepada mereka yang merancang penghianatan", … iaitu Tuhan akan menafikan hidayah-Nya bagi mereka yang tidak berada dalam posisi mendapat hidayah.

Dengan demikian jelaslah bahawa orang-orang yang soleh dan bertakwa sama sekali tidak layak untuk menjadi sesat dan mereka yang membantah sudah pasti tidak akan layak untuk mendapatkan hidayah. Adalah penting di sini untuk dipaparkan noktah berikut iaitu kemestian mengambil metodologi daripada Pencipta yang telah disediakan dan mengambil tanggungjawab makhluk yang telah ditunjukkan jalannya agar sampai kepada maksud dan tujuan sebenar. Jika tidak diri sendiri akan menyimpang dari jalannya dan hasilnya adalah bantahan. Maka tanggung jawabnya ialah berada di tangannya sendiri. Dalam al-Quran al-Karim Tuhan berfirman, "Allah menyeru (manusia) ke Dārus Salām (syurga), dan menunjukkan jalan yang lurus kepada orang yang dikehendaki-Nya."[6], iaitu Tuhan memanggil seluruh ciptaan-Nya untuk menuju ke negeri kebahagiaan dan keselamatan. Demikian juga Dia berfirman, "Siapapun yang berkehendak, maka dia dapat memilih jalan Tuhannya, dan akan memperolehi kecenderungan dan kedekatan untuk mendatangi Kami, dan Kami akan membimbing dan memberikan hidayah kepadanya". Jika tidak demikian, mereka yang tidak memiliki keinginan dan kecenderungan untuk ke arah-Nya akan menyimpang dari jalan yang hak, serta tidak beriman kepada ayat-ayat, rasul-Nya, dan hari kiamat. Maka dia akan termasuk dalam golongan ayat berikut, "Barang siapa yang kafir kepada Allah sesudah dia beriman, (dia akan mendapat kemurkaan Allah), kecuali orang yang dipaksa kafir padahal hatinya tetap tenang dalam beriman (maka sesungguhnya dia tidak berdosa). Akan tetapi orang yang melapangkan dadanya untuk kekafiran, maka kemurkaan Allah akan menimpanya dan baginya azab yang besar."[7]

Jika kita cermati ayat-ayat di atas maka tidak akan tertinggal sedikitpun keraguan bahawa Tuhan memberikan kebebasan, ikhtiar dan autoriti kepada semuanya, sebagaimana firman-Nya, "Sesungguhnya Kami telah menunjukkan jalan (yang lurus) kepadanya; ada yang bersyukur dan ada pula yang kafir (tidak bersyukur)."[8]

Dan kesimpulannya ialah Tuhan tidak akan memberikan hidayah dan petunjuk-Nya kepada orang-orang yang zalim, pendusta, dan orang-orang yang menyimpang, kerana sesungguhnya kelompok ini telah berada dalam kesesatan yang nyata, di mana Tuhan berfirman, "Dan barang siapa mendurhakai Allah dan rasul-Nya, maka sungguhlah dia telah tersesat, dalam kesesatan yang nyata."[9]. Oleh itu orang yang tidak taat kepada-Nya dan kepada rasul-Nya, maka sesungguhnya dia telah tersesat dan berada dalam kesesatan yang nyata. Dengan demikian bagi mereka yang berhak untuk mendapatkan hidayah, maka Tuhan akan menunjukkan jalan untuknya ke syurga di samping tidak ada seorang pun yang akan mampu menyesatkannya. Bagi mereka yang berhak untuk mendapatkan seksaan dan bakal diseret ke dalam api neraka pula, maka tidak akan ada seorang pun yang akan mampu menjaganya dari seksaan azab ini. Namin baik mereka yang berhak mendapatkan adzab mahu pun mereka yang berhak mendapatkan pahala, pilihan tersebut  telah diserahkan di tangan manusia sejak awal lagi.

Jika seseorang menjadi zalim, maka Tuhan tidak akan memberinya petunjuk, Allah berfirman, "Sesungguhnya Allah tidak akan memberikan petunjuk-Nya kepada orang-orang yang zalim", dan jika seseorang berada dalam ketakwaannya maka Tuhan akan memberikan hidayah kepadanya, sebagaimana firman-Nya, "Hai orang-orang yang beriman, jika kamu bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan memberikan kepadamu (kekuatan) pembeza (antara yang hak dan yang batil di dalam hatimu), menghapuskan segala kesalahan-kesalahanmu, dan mengampuni (dosa-dosa)mu."[10]

Oleh kerana itu memilih jalan yang baik ataupun yang buruk, sejak awal telah berada di dalam autoriti kita dan hakikat ini diterima oleh hati setiap manusia.[]


[1] . Al-Mizān, Alamah Thabathabai, Muhammad Husein, jil. 12, hal. 48 pada penjelasan ayat ke-93 surah an-Nahl, dengan terjemahan bahasa Parsia.

[2] . Qs. Ibrahim (14): 27.

[3] . Qs. Al-Ghafir (50): 34.

[4] . Qs.Al-Ghafir (50): 74.

[5] . Qs. Al-Ankabut (29):69.

[6] . Qs.Yunus (10):25.

[7] . Qs. An-Nahl (16): 106.

[8] . Qs. Ad-Dahr (76): 3.

[9] . Qs. Al-Ahzab (33): 36.

[10] . Qs. Al-Anfal (8): 29.

 

Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Bilangan komen 0
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai
Sila masukkan nilai

Kategori

Pertanyaan-pertanyaan Acak

  • Mengapa dalam agama Islam, orang murtad harus dihukum mati? Adakah hal ini tidak bertentangan dengan kebebasan berakidah?
    30196 Huquq Dan Ahkam
    Murtad adalah menzahirkan dan menegaskan keluarnya daripada suatu agama. Orang yang murtad biasanya, mengajak orang lain untuk ikut keluar dari agamanya. Hukuman mati tidak berlaku bagi seseorang yang keluar daripada agama, ketika ia tidak menampakkan kemurtadannya dan tidak mengajak orang lain untuk melakukan hal yang sama ...
  • Sampai ke manakah had keluasan skop bagi kegiatan akal menurut Islam dan dalam bidang apakah akal dapat dimanfaatkan?
    6457 عقل، علم، حکمت
    Akal merupakan kekuatan yang paling bernilai yang dianugerahkan Tuhan dalam kewujudan manusia. Akal yang dianugerahkan tersebut memiliki pembahagian dan darjat: Akal teori yang bekerja dengan memahami dan mengenal berbagai realiti dan penilaian atasnya. Akal praktikal adalah kekuatan yang mengawal reaksi dan kelakuan manusia. Aktiviti ...
  • Apakah matlamat Allah menciptakan manusia?
    10929 Teologi Klasik
    Tuhan adalah zat yang Maha Sempurna secara mutlak, suci dari semua kekurangan dan kecacatan, Maha Kaya dari semua kewujudan di alam semesta ini, tidak memerlukan apa pun, sebaliknya makhluk-makhluk-Nya pula ialah mereka yang perlu dan berhajat kepada-Nya. Di sisi lain, dalam kesempurnaan-Nya Allah adalah zat yang Maha ...
  • Mengapa redaksi “al-Qurba” pada ayat 23 surah Syura anda simpulkan sebagai Ahlulbait (a.s)?
    9587 Teologi Klasik
    Apabila maksud pembicara dari sebuah redaksi atau kata-kata yang digunakan di dalamnya tidak jelas pada setiap kedudukan dan kalimat, maka ia harus dilihat pada petunjuk-petunjuk (qarāin) yang dapat menjelaskan maksud dari ucapannya itu. Berkenaan dengan ayat 23 surah al-Syura “Qul laa as’alukum ‘alaih ajran illa mawaddata fil qurbah” ...
  • Bagaimana hubungan antara kehendak Ilahi dan keinginan manusia?
    15876 Teologi Klasik
    Manusia adalah kewujudan yang Mumkin  (iaitu kewujudan yang possible, iaitu ia boleh ada ketika ada penciptaanya dan boleh tiada ketika tiada penciptanya. Hubungan wujud dengan tidak wujud baginya adalah sama) yang mana hakikat wujud dan seluruh dimensi keberadaannya bersumber dari Allah Swt. Allah Swt dengan ...
  • Apa makna pengumuman tujuh orang marja’ dari pihak Jamia’ Mudarrisin (Dewan Guru Hauzah)?
    5439 Huquq Dan Ahkam
    Di antara syarat-syarat marja’ taklid adalah ia lebih unggul dan lebih tinggi dari sudut keilmuan daripada mujtahid-mujtahid lain yang ada pada zamannya. Dan dengan adanya mujtahid a’lam, tidak dibenarkan untuk mengikut pada mujtahid yang tidak a’lam. Dan ini dalam keadaan jika jarak antara mujtahid a’lam dan ...
  • Mengapa Syiah memiliki keyakinan terhadap masalah imāmah dan para imam secara khusus?
    9634 کلیات
    Nampaknya yang anda maksudkan dari pertanyan ialah bagaimana kita dapat meyakini dan memahami peribadi imam. Akan tetapi sebelum menjawab pertanyaan anda seharusnya terlebih dahulu kami menjawab pertanyaan mengapa kita harus meyakini masalah imāmah? Imāmah dalam Islam memiliki nilai penting dan merupakan tingkatan terakhir dalam perjalanan manusia menuju ...
  • Sejarah dan asal usul pemikiran Baha’iyyah.
    10480 Teologi Klasik
    Pengasas dan pelopor aliran Baha’iyyah adalah Mirza Hussain Ali Nuri yang memeluk ideologi Ali Muhammad Bab dan beriman dengan dakwaan-dakwaannya setelah kemunculan dan huru-hara Ali Muhammad Bab dengan propaganda Mullah Husein Busyrawiyah. Setelah kematian Bab dan berpaling dari mentaati saudaranya Yahya Subḥ Azal (Pengganti Bab), Mirza Hussain Ali Nuri ...
  • Bagaimana pandangan Islam tentang perniagaan dan perdagangan dengan sistem Network Marketing (NM) yang digagas oleh compensation plan?
    11694 Huquq Dan Ahkam
    Perniagaan dan perdagangan dengan sistem elektronik sebagaimana yang mereka jelaskan, adalah perniagaan dan perdagangan tanpa perantara atau broker di mana pembeli barang atau pembeli perkhidmatan melakukan urusniaga melalui internet. Perniagaan dan perdagangan seperti ini jika dilihat dari sisi penggunaan sarana elektronik, kemudahan ...
  • Apakah falsafah kemaskulinan wacana al-Qur’an?
    6600 زن
    1. Kita tidak boleh menganggap ungkapan dan perbicaraan al-Qur’an sebagai bersifat maskulin melainkan kita dapat menentukan bahawa spiritual hikmah ke atas lafaz dan bicara al-Qur’an itu bersandar kepada jantina dan kita dapat menentukan bahawa ia berpaksi atas maskulin. Melalui berbagai ayat al-Qur’an dapatlah difahami bahawa wacana yang ...

Populer Hits