Carian Terperinci
Pengunjung
8744
Tarikh Kemaskini 2013/01/24
Ringkasan pertanyaan
Apa hubungan yang terajut di antara agama dan kebudayaan?
soalan
Apa hubungan yang terajut di antara agama dan kebudayaan?
Jawaban Global
Penjelasan hubungan yang terjalin di antara agama dan kebudayan dapat dilakukan dengan mengenal dengan baik identiti, tujuan dan fungsi agama serta kebudayaan dalam masyarakat.
Meskipun sebahagian orang mengingkari kewujudan hubungan antara agama dan kebudayaan namun sebenarnya pandangan ini benar-benar tidak berasas. Memang jelas sebahagian unsur-unsur kebudayaan tidak dapat diterima oleh agama akibat tidak selari dengannya setelah bertentangan dengan matlamat luhur agama-agama samawi, iaitu mencapai kesempurnaan. Namun kebanyakan kebudayaan selaras dengan program dan agenda agama. Ini merupakan suatu hal yang wajar apabila ianya mendapat sokongan agama. Dari perspektif yang lain, banyak hal yang berasal dari kebudayaan lahir dan terbentuk dari kegemilangan nilai agama.
Jawaban Detil
Terdapat banyak makna yang berbeza tentang Agama dari sudut bahasa. Antaranya ialah Jazā’ (ganjaran), adat, pengadilan dan pertimbangan. Menurut kitab-kitab bahasa dan penafsiran ayat-ayat al-Qur’an, agama kebanyakannya merujuk kepada ketaatan dan pembalasan. Kadangkala membawa maksud pinjaman, perhitungan dan hukuman.[1]
Agama yang bermakna ketaatan dapat ditemui pada ayat al-Qur’an seperti "lā ikrāha fī al-dīn" (tiada paksaaan dalam beragama) (Qs. Baqarah [2]:256) Agama yang membawa makna pembalasan dapat disaksikan pada ayat "māliki yawm al-dīn" (penguasa pada hari pembalasan." (Qs. Al-Fatiha [1]:4)
Menurut Raghib Isfahani, agama secara teknikal dicerap daripada syariat.[2] Sesuai dengan ungkapan Fadhil Miqdād agama ialah ṭarīqah dan syariat; ertinya jalan dan aturan.[3]  Perjanjian-perjanjian Ilahi ini menyeru kepada para penganutnya untuk menjalankan aturan-aturan dan hukum-hukum yang telah disampaikan kepada Rasulullah (s.a.w) dan berada di sisinya. Demikianlah makna umum agama iaitu seluruh peraturan Ilahi dan samawi yang disampaikan kepada masyarakat melalui para nabi.[4]  Dengan kata lain, agama adalah sekumpulan akidah, akhlak dan hukum-hukum.[5]
Walau bagaimanapun makna khusus agama atau agama yang benar dan diterima (di sisi Allah) adalah Islam. "Inna al-Dīn ʻindaLlah al-Islām." Sesungguhnya agama yang diterima di sisi Allah adalah Islam." (Surah Ali Imran [3]:19)
Kebudayaan merupakan salah satu fahaman yang sangat menyeluruh dan universal dalam ilmu-ilmu sosial di mana terdapat berbagai definisi yang diberikan tentangnya.
Dari segi bahasa kebudayaan (culture) bermakna adab, ilmu, pengetahuan dan makrifat.[6]
Dalam terminologi ilmu-ilmu sosial disebutkan bahawa kebudayaan ertinya ilmu dan adab, tradisi dan kebiasaan, hal-hal yang diterima di setiap kaum dan bangsa, baik itu ilmu, kebiasaan, adab dan tradisi – yang diterima dan diamalkan oleh tiap-tiap anggota komuniti kaum tersebut. Dengan kata lain, kebudayaan adalah sekumpulan ilmu, pengetahuan, seni, pemikiran dan keyakinan, moral, aturan, adab dan resam.[7]
Berkenaan dengan perbahasan utama kita di sini tentang apakah terdapat hubungan antara agama dan kebudayaan atau tidak? Apabila terjalin hubungan eksistensial di antara keduanya, apakah agama dan kebudayaan itu merupakan hal yang satu? Atau agama merupakan sebahagian dari kebudayaan setiap kaum dan bangsa. Atau pun agama itu sendiri adalah pencetak kebudayaan. Dengan memperhatikan berbagai definisi yang diwacanakan berhubung dengan kebudayaan, perkara ini merupakan masalah yang terus menerus dibahaskan dan terdapat perbedaan pendapat di dalamnya.
Sebahagian orang berpandangan bahawa di antara redaksi agama dan kebudayaan tidak ada sebarang hubungkai sedikit pun; Ini disebabkan kebudayaan merupakan warisan komuniti berasaskan kebangsaan yang diperolehi atas proses menuju kesempurnaan secara semualadi dan berperingkat. Keadaan-keadaan lumrah dan demografi mempengaruhi adanya perbezaan dalam kebudayaan. Dengan kata lain, apa yang dicipta masyarakat dalam berbagai situasi yang lumrah, geografi dan mungkin sejarah, kemudian dipersembahkan kepada manusia adalah kebudayaan. Namun agama bukan warisan masyarakat atau komuniti sedangkan agama-agama bukanlah produk yang dicipta oleh manusia. Menurut ahli kalam, agama merupakan peraturan Ilahi. Dari tanggapan itu dapatlah dikatakan bahawa memang terdapat perbezaan antara agama dan kebudayaan, tetapi selari antara satu sama lain.[8]
Sebahagian pemikir meyakini bahawa menolak hubungan antara fahaman agama dan kebudayaan merupakan suatu hal yang aneh. Apabila dalam agama diperbahaskan masalah akhlak dan akidah maka roh kebudayaan menjadi seperti itu juga. Sekiranya adab dan resam merupakan bahagian dari kebudayaan maka syariat agama juga berbicara tentang adab dan kebiasaan.[9]
Namun kebudayaan tidak menjadi satu kerana perbezaan keadaan dan geografi. Sebahagian kebudayaan seperti tradisi menguburkan hidup-hidup anak perempuan di zaman jahiliyah, berbagai bid'ah dan khurafat yang merebak di tengah masyarakat berubah seiring dengan berlalunya waktu dan ianya menjadi sebuah kebudayaan bagi masyarakat tersebut. Jelas kebudayaan seperti ini tidak ada kaitan dengan agama. Sebahagian kebudayaan diterima oleh agama dengan menggunakan metodologi jarh dan taʻdil dan kebanyakan perkara agama menjadi dasar perkembangan sebuah kebudayaan.
Dalam latar belakang kemunculan agama, sejarah agama-agama menunjukan bahawa kemunculan agama samada disebabkan sistem penstrukturan yang didapati dalam agama sebelumnya telah rosak, mengalami penyelewengan akhlak mahupun sosial dalam kemasyarakatan. Walau bagaimanapun, apabila sebuah agama atau ajaran muncul, selalunya ia akan mengalami sebuah revolusi atau perubahan asasi pada nilai-nilai dan sistem yang dianuti sebuah masyarakat sehingga menjadi sebab kegoncangan sesebuah kebudayaan. Sebahagian kejatuhan unsur-unsur kebudayaan lama, ia memungut unsur-unsur baru yang selaras dengan nilai-nilai atau maktab baru.  Melalui jalan inilah, agama atau ajaran-ajaran mengstrukturkan kebudayaan.
Walaupun setiap agama muncul tanpa diiringi kebudayaan, namun setiap agama melahirkan atau mengemukakan nilai-nilai baru. Pertama, nilai-nilai ini berada dalam format kebudayaan yang menyingkirkan kebudayaan lama selama ia tidak selaras dengan nilai-nilai ini. Misalnya kemunculan Islam yang menyingkirkan kebudayaan penanaman anak perempuan hidup-hidup. Kedua, format-format yang kosong kandungannya dan bertentangan dengan nilai-nilai baru, namun dapat ditiupkan roh dengan bersandarkan nilai-nilai baru dan mengeluarkannya dari kerosakan serta menjadikannya sebagai media bagi kemunculan nilai-nilai ini.
Dalam Islam, haji dapat dijadikan contoh dari format-format ini. Sebelum kedatangan Islam model ibadahnya dimasuki unsur syrik, namun Islam tidak menghalang bentuk-bentuknya dan masih tetap memelihara adab-adab serta kebiasaan ibadah haji model lama disamping mengisi ketauhidan di dalamnya. Kerana itu, kebudayaan lama itu menjadi kuat dan bertahan dalam sistem kebudayaan baru. Atau contoh yang lain lagi, perayaan sambutan tahun baru di Iran sebelum dan setelah Islam.
Pada hakikatnya, agama baru tidak memunculkan kebudayaan baru secara mendadak, malah ia mengemukakan nilai-nilai baru. Kemasyarakatan berdasarkan nilai-nilai inilah melahirkan kebudayaan baru. Setelah kebudayaan baru muncul, kini agama termasuk sebahagian dari kebudayaan masyarakat tersebut dengan berasaskan agama baru.[10]
Apa yang perlu diberi perhatian di sini ialah kemasukan suatu agama di dalam berbagai kaum dan bangsa menjadi penyebab kemunculan banyak kebudayaan berdasarkan nilai-nilai agama bergabung menjadi satu dengan budaya. Gambaran seperti ini tidaklah tepat sehingga kita menyangka bahawa agama akan melahirkan sebuah budaya sekiranya masuk ke dalam mana-mana kawasan. Yang sebenarnya ialah agama  menjadikan nilai-nilai yang satu itu sebagai tolok ukur dan kriteria pada setiap masyarakat. Namun beraneka macam kebudayaan akan sering muncul akibat adanya kebudayaan-kebudayaan lama; Ini disebabkan pembentukan format-format kebudayaan ini bergantung sepenuhnya pada lakaran geografi dan gaya hidup setiap kaum dan bangsa.[11][]
 

[1]. Dāirat al-Ma'ārif Tashayyu', jil. 7, redaksi agama.
[2]. Raghib Isfahani, Mufrādāt Alfāz Qur'ān, hal. 177, redaksi agama
[3]. Fadhil Miqdad, Syarh Bāb Hādi 'Asyar, hal. 2.
[4]. Dāirat al-Ma'ārif Tasyayyu', jil. 7, redaksi agama.
[5]. Abdullah Jawadi Amuli, Fitrat dar Qurān, jil. 12, hal. 145.
[6]. Muhammad Mu'in, Farhang-e Mu'in, jil. 2, redaksi kebudayaan.
[7]. Sayid Mustafa Husaini Dasyti, Ma'ārif wa Ma'arîf, jil. 8, redaksi kebudayaan.
[8]. Ruznāme Salām, 15/7/1371, hal. 10.
[9]. Ibid.
[10]. Ruznāme Jahān Islām, 1/2/1373, hal. 10.
[11]. Ibid.

Opini
Bilangan komen 0
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai
Sila masukkan nilai

Kategori

Pertanyaan-pertanyaan Acak

  • Siapakah yang akan masuk ke dalam syurga?
    12682 Teologi Klasik 2013/01/24
    Dengan mengamati ayat-ayat al-Qur'an dapatlah difahami bahawa syurga merupakan janji tetap Allah (s.w.t) yang telah diperuntukkan bagi orang-orang "muttaqin", "mu’min" dan orang yang patuh terhadap seluruh perintah Allah (s.w.t) dan Rasulullah (s.a.w). Orang seperti ini adalah insan yang benar-benar bahagia dan berjaya. Dengan menyemak ...
  • Apakah agama itu satu atau banyak?
    8047 Teologi Baru 2013/01/08
    Jikalau maksud agama ialah sekumpulan akidah, akhlak, undang-undang dan peraturan yang diturunkan daripada Allah (s.w.t) kemudian disampaikan kepada orang ramai dengan perantara para nabi, maka dalam bentuk ini semua agama merupakan sebuah perkara yang satu. Perbezaan di antara agama dalam arahan-arahan juzuknya hanyalah perubahan yang selaras dengan ...
  • Mengapa Network Marketing dan QI Internasional di Iran dilarang dan diharamkan?
    9768 Huquq Dan Ahkam 2011/11/23
    Sebabnya ialah kerana perusahaan-perusahaan seperti Gold Quest dan Goldmine (secara umum) merupakan perusahaan yang melakukan perniagaan dalam bentuk piramid untuk mengaut keuntungan yang melimpah. Perniagaan seperti ini secara rasmi dilarang di Iran. Larangan ini dilakukan kerana sangat membahayakan ekonomi negara. Bahaya yang ditimbulkan darinya adalah:
  • Apakah Kelebihan yang dimiliki oleh Nabi Sulaiman a.s sehingga Allah SWT menganugerahkan kerajaan, pemerintahan dan kekuasaan kepadanya?
    22546 Teologi Klasik 2011/07/21
    Tujuan asal daripada pengangkatan dan pengutusan para nabi-nabi (anbiya) Ilahi adalah untuk menyampaikan kalamullah kepada masyarakat dan mengajar tatacara kehidupan yang benar kepada mereka.Akan tetapi, sebagian daripada persoalan-persoalan agama, seperti hukum-hukum kekayaan, jihad dan sebagainya tidak akan terlaksana tanpa adanya kekuasaan. ...
  • Apakah syurga dan neraka sekarang ini wujud?
    18598 Teologi Klasik 2011/04/19
    Menurut ayat dan riwayat, syurga dan neraka yang dijanjikan, sekarang ini ada kewujudannya. Dan pada hari kiamat kelak ia akan ditunjukkan secara sempurna dan manusia akan ditempati di kediaman abadinya masing-masing, sesuai dengan amal perbuatan, keyakinan, dan keikhlasan mereka. Terdapat sudut lain yang dapat digambarkan (tentang syurga dan ...
  • Apa yang menjadi latar belakang penolakan agamawan atas doktrin wahdat al-wujud?
    9134 Irfan Teori 2011/08/20
    Wahdat al-wujud adalah gagasan yang paling fundamental dalam lapangan irfan. Menurut pandangan dunia irfan seperti dalam mazhab Ibnu Arabi, wahdat al-wujud adalah doktrin yang paling ...
  • Apakah ketaksuban sentiasa tidak baik? Sekiranya benar demikian apakah dalilnya.
    17023 تعصب، ملی گرایی و نژاد پرستی 2015/05/23
    Taksub (تعصب) dan asabiyah (عصبیة) berasal dari kata dasar ‛aṣaba yang membawa makna urat dan saraf yang menghubungkan sendi-sendi.[1] Setelah itu sebarang perhubungan dan kaitan dinamakan taksub dan asabiyah. Taksub dan iri hati dalam beragama, kasih terhadap saudara mara, membantu dan ...
  • Didalam beberapa tempat Al-Qur`an berkata kepada Nabi s.a.w, bahawa engkau tidak bertanggungjawab keatas iman masyarakat. Apakah hal tersebut tidak bertentangan dengan jihad ibtidâ`i dan amar makruf?
    6096 Teologi Klasik 2011/07/21
    Dalam pandangan al-Qur`an baik jihad ibtidâ`i (menyerang) mahupun jihad difâ`i (membela diri)adalah bertujuan untuk menghidupkan hak kemanusiaan. Dan tauhid adalah hak manusia yang paling penting. Tauhid merupakan hiasan fitrah yang paling berharga sehingga Islam membenarkan berjihad demi untuk memelihara hak tersebut. ...
  • Adakah hikmah dan ilmu itu berbeza?
    9748 Tafsir 2010/11/14
    Makna hikmah daripada segi bahasa adalah ucapan dan perbuatan yang sesuai dengan kebenaran dan realiti, sampai kepada kebenaran dengan media ilmu dan akal atau yang membuat manusia berdiri di atas landasan kebenaran. ...
  • Mungkinkah manusia dapat menjalin komunikasi dengan makhluk-makhluk di alam-alam yang lain?
    17887 Teologi Klasik 2013/03/30
    Tidak syak lagi memang ada sebahagian manusia yang dapat menjalinkan hubungan dengan makhluk tertentu di alam lain. Sudah tentu komonikasi ini bukan dengan jalan pengambilan dadah dan minuman keras. Terdapat perbezaan luas berkenaan dengan medium dan jalan yang dapat dijadikan sebagai perantara untuk mencapai informasi tentang perkara ...

Populer Hits