Carian Terperinci
Pengunjung
9530
Tarikh Kemaskini 2011/01/17
Ringkasan pertanyaan
Apakah meminta hajat dari selain Tuhan seperti kepada Rasulullah Saw dan para Imam Ahlul Bait a.s. a.s.tidak termasuk perbuatan syirik, kerana bukankah yang mengabulkan hajat hanyalah Tuhan semata?
soalan
Apakah meminta hajat dari selain Tuhan seperti kepada Rasulullah Saw dan para Imam Ahlul Bait a.s. a.s.tidak termasuk perbuatan syirik, kerana bukankah yang mengabulkan hajat hanyalah Tuhan semata?
Jawaban Global

Menghormati, merujuk, tawassul (berperantara), meminta hajat dari para pembesar ini (Rasul dan para Imam Ahlul Bait a.s.) jika dilakukan dengan tujuan bahawa mereka dalam memenuhi keperluan-keperluan kita sebaris dengan Tuhan atau memiliki autonomi dan tidak memerlukan kepada Zat Suci Tuhan, maka tujuan dan penyimpulan seperti ini adalah syirik, dan ia bercanggah dengan tauhid af'ali –perbuatan- (memiliki kuasa autonomi dan tidak memerlukan selain dari-Nya dan seluruh kewujudan memerlukan kepada Tuhan dalam setiap perbuatan mereka) dan dengan tauhid Rububi –ketuhanan- (bahawa hanya Dialah satu-satunya pengatur dan Tuhan yang memiliki kuasa autonomi, sedangkan seluruh kewujudan lainnya, seperti malaikat, para nabi dan faktor-faktor alam merupakan pembantu-pembantu-Nya), dan perbuatan ini termasuk sebagai syirik dalam perbuatan mahupun ketuhanan.

Akan tetapi, jika penghormatan, tawassul dan rujukan kita kepada mereka ini dengan tujuan:

1.      Ketaatan terhadap perintah Ilahi.

2.      Menunaikan -hak- agama, berhubungan dengan hak yang mereka miliki sebagai perantara suci; baik dari sisi Faiz Takwini (penciptaan alam takwiniyah) mahupun penetapan hukum agama (tasyri'iyah);

3.      Meneladani dan memanfaatkan kurnia-kurnia istimewa yang dimiliki oleh mereka, tanpa menganggap mereka memiliki kuasa autonomi dari Yang Maha Suci.

 

Maka perbuatan-perbuatan ini samasekali tidak bertentangan dengan tauhid perbuatan atau tauhid ketuhanan, dan tidak membatasi sifat Tuhan yang Maha Memberi Hajat, kerana perbuatan, pengaturan dan pemenuhan hajat hamba-hamba Tuhan melalui manusia-manusia suci ini berada di bawah garis wilayah perbuatan, pengaturan, dan pemenuhan hajat Tuhan, bukan dalam tahap yang sama atau sebaris dengan wilayah Tuhan sehingga boleh dikategorikan sebagai perbuatan syirik.

Oleh kerana itu, ukuran dalam meminta hajat dari selain Tuhan bergantung kepada niat seseorang. Jika seseorang ber-tawassul kepada mereka dan menganggap mereka memiliki kedudukan dan maqam ketuhanan, autonomi dan tidak bergantung kepada Tuhan, maka tawassul seperti ini yang datangnya dari akidah semacam ini dikategorikan sebagai syirik.

Namun, jika dia melakukannya demi mentaati perintah Tuhan dan memanfaatkan kemuliaan dan ketinggian mereka di sisi-Nya, semoga dengan itu kewujudan suci ini akan menyampaikan hajat-hajat mereka kepada Tuhan atau mereka sendiri yang akan memenuhi hajat-hajat tersebut selepas mendapat izin Tuhan, maka perkara ini bukan sahaja tidak syirik, bahkan orang yang ber-tawassul juga akan mendapat pahala dari Tuhan, kerana ia telah melaksanakan perintah Ilahi.

Jawaban Detil

Manusia adalah kewujudan yang memiliki dua dimensi, iaitu ia terbentuk dari ruh malakuti dan jisim (body) Nasuti dan material yang bergantung dan memerlukan. Oleh kerana manusia memiliki dua dimensi, maka mereka dituntut supaya memenuhi keperluan kedua-dua dimensi yang dimilikinya ini dengan seimbang dan jauh dari sifat berlebih-lebihan dan berkurangan agar ia dapat hidup dengan selamat dan boleh melanjutkan kehidupannya, dan melangkahkan kakinya untuk sampai ke puncak kebahagiaan hakiki, yang tak lain ia adalah maqam khalifatullâh.

Tuhan Yang Maha Bijaksana yang memiliki tujuan tertentu dalam penciptaan manusia juga mengetahui seluruh keperluan-keperluan dimensi wujud manusia ini. Sebelum penciptaan atau sezaman dengan kemunculan manusia, Dia telah menyediakan keperluan-keperluan yang diperlukan untuk memenuhi keperluan-keperluannya.

Pengaturan Ilahi (مشیت الهی) juga meliputi hal berikut bahawa dengan proses alami, manusia dengan kehendak dan usahanya akan memenuhi keperluan bagi keselamatan dan kebahagiaan jasmani dan ruhani mereka dengan memanfaatkan kemudahan-kemudahan yang telah disediakan untuk mereka, walaupun Tuhan Maha Mampu untuk mencipta manusia dalam bentuk yang sempurna dari sisi jasmani sejak awal ia diciptakan sehingga manusia tidak lagi memerlukan kepada tahapan kesempurnaan, sebagaimana terjadinya penciptaan langit dan bumi, dan Dia juga Mampu menciptakan ruh manusia secara sempurna sehinggakan tidak terdapat lagi sebarang kekurangan dari sisi ibadah, ketaatan dan masuknya mereka ke alam suci malakut, sebagaimana malaikat-malaikat-Nya diciptakan.

Akan tetapi, kelebihan dan keunggulan manusia dibanding seluruh kewujudan dan makhluk terletak pada perkara ini yang mana selain mereka memiliki keperluan-keperluan jasmani dan ruhani, mereka juga boleh sampai pada tempat yang bahkan lebih tinggi dan lebih baik dari tempat yang dihuni oleh para malaikat.

Untuk memenuhi keperluan-keperluannya, manusia yang mempunyai pilihan ini harus memanfaatkan seluruh nikmat yang ada di langit dan di bumi yang telah dikaruniakan oleh Tuhan kepada mereka supaya mereka tetap selamat dan mampu melanjutkan kehidupannya, dan demi memenuhi segala keperluan ruhaninya, mereka harus memanfaatkan apa yang terdapat dalam agama atau syariat supaya ruh malakutinya boleh bergabung dengan alam malakut dan dapat dipenuhi segala keperluannya.

Bukan merupakan sebuah hal yang diragukan lagi jika dalam penerimaan faktor-faktor semulajadi atau takwini ini bagi memenuhi keperluan-keperluan jasmaninya dan juga kemanfaatan serta penggunaannya dari hidangan yang telah dibentangkan di sepanjang siang dan malam. Kerana semenjak  manusia dilahirkan bahkan semenjak mereka diciptakan di dunia ini, mereka sudah terbiasa dengan hal-hal tersebut.

Dan rata-rata pemikiran tokoh-tokoh agama tidak akan merasakan bahawa dengan memanfaatkan kemudahan-kemudahan ini dalam memenuhi segala keperluan jasmani boleh dianggap perbuatan syirik atau menggunakan hak milik Tuhan bukan pada tempatnya.

Tuhan Yang Maha Bijaksana demi memenuhi keperluan ruh manusia, Dia juga telah menyediakan hidangan lain yang berada dalam acuan syariat dan agama, iaitu ia berupa hidangan-hidangan akidah yang sihat, ibadah, akhlak dan pendidikan yang disalurkan melalui perantara hamba-hamba-Nya -yang terpilih- (para Anbia dan Rasul), dan dengan dasar inilah mereka disebut sebagai perantara peyampai syariat.

Pada sisi yang lain, para anbia' juga diwajibkan untuk menjaga batasan-batasan dan kewajiban-kewajipannya selain daripada memanfaatkan hidangan-hidangan tersebut , supaya dengan itu, mereka juga dapat memenuhi keperluan-keperluan ruh dan spiritual mereka dan bergabung dengan alam suci malakut yang lebih luas dari deria pancaindera serta peyaksian mereka (di alam ghaib) dan gaib dari mata lahiriah mereka. Sekurang-kurang mereka mempunyai beberapa masa di sepanjang siang dan malam untuk berkomunikasi dan berhubungan dengan alam suci ketuhanan (dalam bentuk ibadah-ibadah harian).

Di dalam perjalanan ini, terdapat sebahagian manusia telah mendahului sebahagian yang lain dalam memanfaatkan hidangan syariat-syariat Ilahi dan lebih cepat dan lebih bertenaga untuk bergabung dengan alam malakut, seakan-akan mereka telah terpisah dari alam tabiat dan menemukan diri malakutinya.

Begitu juga, ada diantara kelompok mereka, di kalangan sahabat-sahabat seperjalanan mereka yang telah  melangkah terlebih dahulu dan mampu sampai kepada maqam khalifatullah dan menjadi "Ammalul Allah" (pembantu-pembantu Tuhan). Dan dengan itu, mereka telah memperolehi maqam perantara pemberi kurnia penciptaan; iaitu perantara antara alam malakut tersebut dengan orang-orang yang tertinggal di belakang. Oleh kerana itu, orang-orang yang masih tertinggal terpaksa melalui perantara ini untuk memanfaatkan dan memenuhi keperluan-keperluannya di dalam alam malakut tersebut.

Di sinilah timbul keraguan tentang adanya kontradiksi bertawasul dan meminta hajat dari manusia-manusia suci dengan tauhid perbuatan dan tauhid ketuhanan. Sedangkan, masalah ini sebagaimana halnya memanfaatkan kemudahan-kemudahan material bagi memenuhi keperluan-keperluan jasmani tidak dikira syirik, kerana Tuhan Yang Maha Tinggi telah menjadikan nikmat-nikmat tersebut untuk kegunaan manusia,[1] dan menjadikannya tunduk di bawah kehendak manusia, dan telah memberikan izin kepadanya secara alami untuk memanfaatkan nikmat-nikmat itu dengan cara yang sah dan benar (sebagaimana yang telah dijelaskan dalam agama), dan manusia yang mengesakan Tuhan juga mengetahui bahawa seluruh ciptaan dan kurniaan Tuhan ini bergantung kepada Zat Suci-Nya dan ia pernah terlepas dari Zat Wajib Ta'ala atau berdiri sendiri.

Bersandar kepada ini, maka bertawassul, menghormati, dan meminta hajat dari manusia suci ini samasekali tidak ada sebarang kontradiksi dengan asas-asas tauhid perbuatan, tauhid rububiyah maupun membatasai sifat Tuhan Yang Maha Pemberi Hajat, kerana dalam tawasul ini dan memberi tumpuan kepada tokoh-tokoh suci pada hakikatnya tidak menjadikan mereka sebaris dengan -wilayah- Tuhan atau mereka memiliki kuasa autonomi dan tidak bergantung kepada Tuhan.

Bahkan manusia yang sedar menganggap seluruh perbuatan dan pengaturan tokoh-tokoh suci tersebut berada di bawah wilayah kuasa perbuatan dan pengaturan Allah Ta'ala, selain wujud mereka juga adalah wujud yang fakir dan memerlukan sebagaimana halnya dengan kewujudan-kewujudan yang lain yang fakir dan bergantung kepada Zat Suci Tuhan, dimana tanpa kurnia dan anugerah Ilahi, mereka juga tidak akan memiliki wujud dirinya sendiri, lebih-lebih lagi untuk melakukan sebarang perbuatan dan memenuhi hajat-hajat orang yang lain.

Maka dengan dasar ini, tidak akan melazimkan perbuatan syirik dengan kepercayaan bahawa perbuatan mereka dan kemampuan mereka menunaikan hajat-hajat manusia, kerana ia terletak di bawah garis wilayah perbuatan dan sifat Maha Pemberi Hajat yang dimiliki oleh Tuhan (dan ia bukan berdiri di atas dirinya sendiri atau tidak bergantung kepada Tuhan).

Akan tetapi, persoalannya kenapa Tuhan memerintahkan kita supaya merujuk kepada manusia-manusia suci ini, dan mengapa kita memerlukan mereka supaya kita dapat sampai kepada alam suci dan alam malakut. Jawapannya dapat disimpulkan dalam beberapa perkara:

 

1.      Manusia-manusia suci ini adalah merupakan perantara suci Ilahi dengan para hamba-Nya, dan tempat saluran turunnya rahmat Ilahi ke atas seluruh kewujudan alam, sehingga jika kewujudan-kewujudan suci ini tidak ada, maka langit-langit dan bumi serta apa yang ada di dalamnya juga tidak akan diciptakan. Sebagaimana yang terdapat dalam sebuah hadis Qudsi yang ma'ruf, yang mana Allah swt berfirman (melalui lisan Nabi-Nya): "Jika bukan kerana kamu (Rasulullah saw), maka Aku tidak akan menciptakan bintang-bintang, dan jika bukan kerana Ali As, Aku tidak akan menciptakanmu, demikian juga, jika bukan kerana Fatimah As, maka Aku tidak akan menciptakan kamu berdua, kerana kewujudan kamu bertiga saling menyempurnakan diantara satu sama yang lain dan yang telah menjadi alasan penciptaan."[2]

Oleh kerana itu, untuk bergabung kepada sumber penciptaan wujud, tidak ada cara lain selain kita terpaksa memanfaatkan perantara wujud ini, supaya kita tidak dipinggirkan dari mendapat kurniaan dari Tuhan Yang Maha Kuasa. Dengan alasan inilah, kita membaca dalam doa Nutbah (doa imam Zaman a.s. yang dibaca pada pagi Jumaat) yang bermaksud: "Dimanakah pintu Tuhan, tempat dimana mereka boleh memasukinya?"

2.      Dengan memerhatikan bahawa manusia-manusia suci ini yang dekat dengan maqam Ketuhanan yang telah menghiasi diri mereka dengan sifat-sifat Ilahi, dengan mengikuti dan menumpukan diri kepada mereka pada hakikatnya sama halnya dengan mengikuti dan menumpukan diri kepada Tuhan, kerana menghampirkan diri kepada mereka meskipun dalam kesusahan dan penderitaan akan mengingatkan manusia kepada Tuhan dan kepada ayat-ayat-Nya. Maka itu, dalam doa Nudbah, kita membaca: "Dimanakah wajah Tuhan yang dipandang oleh para Aulia Tuhan?"

3.      Dan oleh kerana manusia-manusia agung ini adalah perantara kurniaan Tuhan, dan doa-doa mereka tidak ditolak, dan syafaat mereka diterima di sisi Tuhan. Maka dalam kelanjutan doa Nutbah kita membaca "Di manakah orang menderita itu yang setiap kali berdoa akan dikabulkan?", mereka juga adalah manusia-manusia yang mulia, maka mereka tidak akan pernah menolak satupun permintaan dan tidak akan membiarkan para pemintanya kembali dengan tangan kosong jika hal itu ada kebaikan baginya. Hal-hal semacam ini telah seringkali disaksikan oleh orang-orang yang sezaman dan para penziarah mereka. Oleh kerana itulah dalam doa ziarah Jami'ah Kabir dikatakan, "kamu memiliki kebiasaan yang baik, tabiat yang mulia, dan maqam yang haq, benar dan penyayang."

4.      Interaksi dan hubungan langsung dengan alam gaib berada di luar jangkauan dan kemampuan manusia-manusia biasa yang belum melintasi tahapan kesempurnaan, oleh kerana itu mereka harus menggunakan kemudahan-kemudahan dan jalan untuk memanfaatkannya. Di sinilah Allah swt berfirman, "Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah, carilah perantara untuk mendekatkan diri kepada-Nya,…" (Qs. Al-Maidah: 35).

Selain itu terdapat banyak riwayat yang memperkenalkan Ahlulbait Nabi alaihimussalam sebagai 'wasilah' dan 'Iman yang kukuh" kepada Tuhan yang harus diketahui dan dikenal oleh setiap Mukmin serta berpaut kepadanya.[3] Di dalam doa Nutbah juga kita membaca: "Dimanakah perantara yang mempertemukan langit dan bumi?"

5.      Pengenalan, kembali dan bertawassul kepada mereka akan lebih mengenalkan kita akan diri mereka dengan lebih baik, mempermudahkan hajat dan menyebabkan persaudaraan, kasih sayang, serta dekat dengan mereka. Dan pendekatan kepada manusia-manusia suci ini akan menyebabkan diri sendiri memperoleh pendidikan, hidayah, kebaikan akhlak, serta bimbingan, di saat mereka (manusia-manusia suci) sama sekali tidak berhajat kepada kedatangan manusia ke arahnya, kerana mereka ini telah sampai pada tujuannya dengan bantuan dan kurniaan Ilahi.

6.      Merujuknya masyarakat kepada wali-wali Tuhan akan memberikan pahala sesuai dengan jerih payah yang mereka lakukan sebagaimana firman Allah swt kepada nabi-Nya, "Dan pada sebagian malam hari, bacalah Al-Qur’an (dan kerjakanlah salat) sebagai suatu tugas tambahan bagimu; mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji." (Qs. Al-Isra: 79)

7.      Dari satu sisi, Merujuk dan bertawassulnya seseorang kepada manusia-manusia suci ini akan mendorong yang lain supaya mengikuti jalan-jalan mereka, dan dari sisi lain ia juga menghilangkan kesombongan dan keangkuhan pada diri seseorang hamba, pezuhud, pesuluk, dan seluruh mereka yang mendakwa bahawa mereka sedang menuju ke jalan Allah dan mensucikan jiwa mereka. Dan selain itu, ia juga menahan hadirnya aliran-aliran syaitan yang dilakukan oleh orang-orang yang riya dan sesat.

8.      Maqam manusia sempurna lebih tinggi dari tingkatan para malaikat, kerana:

a.      Malaikat berkhidmat kepada para hamba-hamba yang shaleh di dunia mahupun di akhirat.

b.      Perbuatan malaikat adalah bersifat keterpaksaan dan tidak didasarkan pada aspek ikhtiari (mempunyai pilihan), kerana itu tidak ada kelebihan bagi mereka

c.      Pada malam mi'raj, Rasulullah saw lebih maju ke hadapan dibanding malaikat Jibrail As dan mendahuluinya dan …, dan berada di satu posisi, tempat yang mana malaikat pengatur, mengatur sebahagian urusan (yang berada di bawah wilayah kuasa Tuhan). Bagaimana mungkin tidak boleh terjadi sebegini bagi manusia-manusia yang telah sempurna dan telah mencapai maqam yang tinggi di sisi Tuhan?

d.      Sirah tokoh-tokoh suci atau mansuai agung ini adalah yang mana setiap perkara yang berada di bawah kemampuan mereka, ianya akan diserahkan kepada mereka dan akan berada di bawah penguasaan mereka, supaya dengan itu, mereka dapat memenuhi hajat-hajat orang-orang yang bertawasul kepada mereka yang mana dengan jalan ini, selain mereka juga akan mendapat hidayah dan bimbingan, mereka juga akan dapat meraih pahala atas usaha yang telah mereka kerjakan sebelum itu, dan manusia yang lain turut dapat mengenali mereka dan mengetahui kedudukan mereka dan dapat berhubung dengan mereka secara mudah

 

Yang pasti, mereka-mereka yang datang merujuk kepada manusia-manusia suci ini tahu bahawa mereka itu bukanlah seperti Tuhan atau memiliki kuasa autonomi sebagaimana Tuhan Yang Maha Agung dan mengetahui bahawa tanpa izin dan kehendak Tuhan, mereka tidak boleh berbuat apa-apa.

Roh kenyataan ini adalah : bahawa untuk berhubungan dengan alam ghaib, melaksanakan perintah-perintah Tuhan, memperolehi hidayah, bimbingan, menuju ke tingkatan yang lebih tinggi (tingkatan maknawi), dan perolehan segala hajat duniawi dan ukhrawi, zahir dan batin memerlukan kepada pengenalan (makrifat), kembali kepada mereka, tawassul, dan kecintaan kepada kekasih-kekasih Tuhan dan manusia-manusia suci. Bertawasul (iaitu menjadikan mereka sebagai perantara dalam segala urusan) kepada mereka bermaksud bertawasul kepada faktor-faktor sebab dan berpegang teguh dengan tali-tali Tuhan yang sangat kukuh dan perantara-perantara Mahligai -Kudrat- Tuhan.

Perantara-perantara suci ini yang mana segala kewujudannya dan urusannya bergantung terus (mutlak) kepada Tuhan dan setiap perbuatan mereka -termasuk memenuhi segala hajat manusia- berada di bawah wilayah kuasa perbuatan Tuhan dan sifat-Nya Yang Maha Memenuhi Hajat. Manusia yang berhubungan dengan manusia-manusia suci dan Ilahi ini tidak dikira perpuatan syirik, kerana Yang Maha Memenuhi Hajat secara mandiri dan hakiki hanyalah Tuhan sahaja.

 

Sumber-sumber Rujukan Yang Lain

1.         Musawi Ishfahani, Sayid Muhammad Taqi, Mikyalul Makârim, jilid 1 dan 2,  penerjemah: Sayid Mahdi Hairi Qazwini.

2.         Mishbah Yazdi, Muhammad Taqi, Âmuzesy 'Aqâid, jilid 1 – 2 (Iman Semesta dalam terjemahan Indonesia).

3.         Mishbah Yazdi, Muhammad Taqi, Ma'ârif Qurân, jilid 1 - 3.

4.         Syirwani, Ali, Ma'ârif Islami dar Âtsâr Syahid Muthahhari, hal. 250 - 251 dan 90 - 110.

5.         Begitu pula rujuklah buku-buku Teologi/Kalam yang berkaitan dengan pembahasan syafaat, tauhid perbuatan, dan imamah.



[1] . Qs. Jatsiyah: 12 dan 13. Qs. Lukman: 20

[2] . Dikutip dari: Barnomeye Sume'eh, Mahdi, Syab-e Qadr Cist? Nasyre Kausar Gadir, jilid 2,hal 79 dan 81.

[3] . Ziyarat-e Jome'eh Kabirah.

Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Bilangan komen 0
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai
Sila masukkan nilai

Kategori

Pertanyaan-pertanyaan Acak

Populer Hits